Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PELAPORAN PEMENTASAN TEATER TUAH JEBAT 2015 UNIVERSITI MALAYA

Teater Tuah Jebat telah dilaksanakan oleh pelajar-pelajar daripada Universiti Malaya pada
tahun 2015. Video pementasan teater ini telah dimuatnaik ke dalam Youtube pada 27 Mei
2015. Teater ini mengisahkan tentang kasih sayang antara sahabat dan taat setia rakyat
kepada pembesar. Berlaku pertengkaran antara Sultan Melaka dan Hang Tuah
menyebabkan Hang Tuah dihukum bunuh. Hang Jebat diamanahkan untuk menjadi
laksamana menggantikan Hang Tuah. Hang Jebat ingin menuntu bela akan kematian Hang
Tuah yang disangkakan sudah mati sehingga sanggup menderhaka kepada Sultan Melaka.
Sultan Melaka yang berang meminta bantuan Hang Tuah untuk membunuh Hang Jebat.
Walau bagaimanapun, disebabkan oleh kasih sayang seorang sahabat, Hang Tuah
membebaskan Hang Jebat dan berdusta kepada Sultan Melaka bahawa dia sudah
membunuh Hang Jebat.

Pementasan Teater Tuah Jebat ini bertemakan kasih sayang antara sahabat. Hang
Tuah dan Hang Jebat masing-masing tidak sanggup untuk membunuh sahabat mereka. Hal
ini menunjukkan betapa sayangnya mereka kepada sahabat sehingga sanggup mengingkari
arahan Sultan Melaka. Berdasarkan teater ini juga, terdapat beberapa orang watak yang
dipersembahkan. Antaranya, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang
Lekiu, dan Sultan Melaka. Walau bagaimanapun, watak yang lebih banyak ditonjolkan ialah
Hang Tuah dan Hang Jebat.

Plot Teater Tuah Jebat ini sedikit panjang dan boleh menyebabkan penonton bosan.
Hal ini disebabkan terdapat pengulangan babak pada pertengahan cerita iaitu ketika Hang
Tuah dan Hang Jebat bertengkar lalu berlaku aksi tikam-menikam. Jika penonton tidak
pernah mengetahui tentang sejarah cerita Hang Tuah, penonton akan berasa keliru dan
tidak memahami jalan cerita. Pada awal pementasan, pelakon-pelakon mempersembahkan
silat dan terdapat seorang wanita melagukan syair. Namun, syair yang dilagukan sedikit
panjang dan boleh menyebabkan penonton kurang tertarik. Walau bagaimanapun, silat yang
dipersembahkan telah menarik perhatian penonton untuk menonton.

Merujuk kepada dialog, pelakon-pelakon mampu mengujarkan dialog dengan sangat


jelas dan lantang. Dialog yang diujarkan juga sangat mudah untuk difahami oleh penonton.
Namun, bagi watak Sultan Melaka pergerakannya sedikit kaku dan terdapat dialog yang
kurang jelas diujarkan. Walau bagaimanapun, lakonannya sangat baik dan beliau sangat
menghayati watak. Selain itu, penulisan skrip juga sedikit tergantung apabila Sultan Melaka
tiba-tiba keluar ketika Hang Tuah dan Hang Jebat sedang berbicara. Hal yang sama juga
berlaku apabila Hang Jebat tiba-tiba menjadi marah. Penonton tertanya-tanya apakah yang
sedang berlaku. Walau bagaimanapun, setiap pelakon mampu menjiwai watak dengan
sangat baik. Seterusnya, kostum yang digunakan sangat bersesuaian dengan
kepahlawanan zaman dahulu. Kostum Sultan Melaka juga tidak terlalu berlebihan dan
sesuai dengan watak sultan. Kostum bagi Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang
Lekir, dan Hang Lekiu juga sangat bersesuai dengan watak laksamana. Muzik yang
digunakan dalam pementasan teater ini juga sangat menarik. Namun, terdapat sesetengah
muzik yang boleh membuatkan penonton terkejut kerana bunyi yang terlalu kuat dan secara
tiba-tiba. Hal ini boleh ditambah baik lagi dengan mengurangkan bunyi muzik yang terlalu
kuat.

Hiasan latar belakang bagi pementasan Teater Tuah Jebat juga sangat baik. Walau
bagaimanapun, terdapat sedikit kekurangan dari segi tatacahaya. Pada permulaan
pementasan, pencahayaan terlalu gelap sehingga pelakon-pelakon tidak kelihatan. Selain
itu, terdapat juga pencahayaan yang tidak seimbang menyebabkan pentas sebelah kanan
kelihatan sedikit gelap. Namun, pencahayaan sangat baik ketika Hang Tuah dan Hang Jebat
bergilir-gilir mengujarkan dialog disertakan dengan warna cahaya lampu yang berbeza.
Lampu hijau dinyalakan apabila Hang Tuah mengujarkan dialog manakala lampu merah
dinyalakan apabila Hang Jebat mengujarkan dialog. Dari segi tatarias pula, tidak banyak
prop yang digunakan di dalam pementasan ini. Hanya terdapat pentas, pintu dan tiga helai
kain putih. Pentas ini juga memudahkan pelakon untuk bergerak bebas disebabkan banyak
adegan pertempuran dilakukan.

Kesimpulannya, Teater Tuah Jebat sangat menarik walaupun sedikit panjang


pementasannya. Pelakon-pelakon yang dipilih juga sangat berbakat dan mampu menjiwai
watak dengan sangat baik. Dialog yang diujarkan juga sangat jelas dan lantang terutamanya
bagi watak Hang Tuah dan Hang Jebat. Prop yang tidak banyak juga memudahkan
pergerakan para pelakon. Namun, terdapat sedikit penambahbaikan yang boleh dibuat dari
segi pencahayaan, muzik latar dan penulisan skrip. Walau bagaimanapun, Teater Tuah
Jebat dapat memberi pengajaran yang baik kepada penonton.

You might also like