Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KARANGAN BERFORMAT : SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Soalan : Kamu baru berpindah ke sekolah baru. Tuliskan sepucuk surat kepada kawan kamu untuk
menceritakan tentang sekolah baru tersebut.

12, Jalan 20,


Taman Mayang,
47300
Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

20 Januari 2015.

Menemui sahabatku, Farah semoga berada dalam keadaan sihat di


samping keluarga. Saya di sini sihat sejahtera.

Saya ingin mengucapkan terima kasih atas kad ucapan hari lahir
yang saudari kirimkan kepada saya. Saya ingin mengambil kesempatan
ini untuk menceritakan tentang sekola baharu saya.

Sekolah baharu saya ialah Sekolah Kebangsaan Taman Mayang


Indah. Saya baru berpindah ke sekolah ini pada awal sesi persekolahan
bermula. Kami berpindah kerana mengikut ayah saya yang telah
ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya.

Sekolah saya ini merupakan sekolah yang agak besar. Terdapat


pelbagai kemudahan disediakan untuk murid-murid. Antaranya
termasuklah makmal komputer, bilik alat pandang dengar, perpustakaan,
bilik sukan, surau dan dewan yang luas.

Selain sekolah saya, terdapat juga sekolah jenis kebangsaan C ina


dan Tamil yang dibina berdekatan dengan sekolah saya.

Saya berasa sungguh gembira keranan dapat belajar di sekolah ini.


Saya ingin belajar dengan gigih untuk mengharumkan nama sekolah saya.
Setakat ini sahaja cerita saya untuk kali ini. Sambutlah salam daripada
saya untuk saudari dan keluarga.

Sahabatmu,
Adila

You might also like