Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

PENGGUNAAN APLIKASI EASY-TAJWID DALAM MENGINGAT HUKUM NUN MATI


DAN TANWIN

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
Pendidikan Al-Quran merupakan pendidikan asas

Ilmu tajwid merupakan perkara asas dalam pembelajaran Al-Quran. Hal ini
adalah kerana membaca Al-Quran dengan tidak bertajwid akan mengubah maksud ayat
Al-Quran tersebut. Tambahan lagi, hukum mempelajari ilmu tajwid ialah fardhu kifayah
dan hukum beramal dengannya ialah fardhu ain keatas orang-orang islam yang telah
mukallaf dan berdosa serta dilaknat sesiapa yang membaca al-Quran tanpa
memelihara hukum tajwid (Mahadi & Azhari, 2003). Allah juga berfirman dalam Surah
Al-Muzzammil ayat 4:

‫َو َر ِت ّ ِل الْ ُق ْر َء َان تَ ْر ِتيال‬


“ Dan bacalah Al-Quran itu dengan tartil ”
Ayat di atas menunjukkan bahawa membaca Al-Quran secara tartil iaitu bertajwid amat
dituntut dalam Islam. Oleh itu, minat dalam pembelajaran bidang Al-Quran ini perlulah
dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

1.2 Konteks

Sebagai guru pelatih yang mengambil major mata pelajran Pendidikan Islam
Sekolah Rendah di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching Sarawak,
saya dikendaki untuk menjalani kursus selama 10 semester iaitu 2 semester di
peringkat persediaan dan 8 semester di peringkat ijazah sarjana muda perguruan.
Pada setiap semester, kami dikehendaki untuk menyiapkan beberapa kerja kursus
sebelum meneruskan pegajian ke semester seterusnya. Sebagai contoh, penghasilan
kertas cadangan bagi kajian tindakan merupakan satu tugasan yang perlu saya
lengkapkan bagi pengajian semester enam ini.
1
Kajian Tindakan berdasarkan kertas cadangan ini dijangka akan dilaksanakan
semasa praktikum fasa kedua di sebuah sekolah di kawasan Kuching yang akan
ditetapkan oleh pihak Institut. Jangkaan saya adalah murid-murid ini tidak asing lagi
dengan isu yang akan saya pilih. Hal ini adalah kerana mereka telah diperkenalkan
dengan hukum tajwid 5 ini sejak tahun satu lagi. Saya yakin bahawa murid-murid yang
akan saya ajar nanti mampu dan berminat untuk mengikuti kaedah yang saya gunakan
nanti kerana kaedah ini sesuai dengan kemajuan pada masa kini iaitu berbantukan
teknologi.

1.3 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Semasa saya menjalani praktikum fasa pertama di Sekolah Kebangsaan Bandar


Melawi (bukan nama sebenar), saya diamanahkan untuk mengajar kelas tahun 5 subjek
Pendidikan Islam. Sepanjang 12 minggu saya mengajar di sekolah tersebut, saya telah
mendapati bahawa murid-murid saya mengalami masalah dalam penguasaan ilmu
tajwid. Walaupun saya tidak mengajar bidang Al-Quran pada praktikum yang lalu, tetapi
setiap kali pembelajaran dan aktiviti berkenaan dalam bidang ibadat dan akidah,
majoriti murid dapat membaca sebutan makhraj dengan betul tetapi melanggar hukum
tajwid terutama berkenaan hukum lima iaitu nun mati dan tanwin. Apabila ditanya
secara teori berkenaan hukum tajwid ini, kebanyakan mereka masih keliru dan tertukar
berkenaan huruf dan bacaan dengung dan tidak dengung.

Semasa sesi pengajaran dan pemudahcara (PdPc), saya telah memfokuskan


pembelajaran ayat al-Quran ini secara koperatif. Hal ini adalah kerana kaedah ini
sesuai pada pembelajaran abad ke-21. Menurut Rohani Arbaa, Hazri Jamil dan
Mohammad Zohir (2017), pembelajaran koperatif merupakan kaedah paling asas yang
dilihat berjaya menerapkan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar. Namun
begitu, saya tidak menyalahkan kaedah koperatif tetapi mungkin strategi dan kaedah
yang saya gunakan tidak sesuai dengan tahap kecerdasan murid. Menurut Ab. Halim
Tamuri dan Mohamad Khairul (2010), penggunaan kaedah dan strategi mengajar yang
sesuai dengan tahap kecerdasan murid merupakan ciri yang perlu ada pada seorang
guru. Saya telah meminta pendapat daripada guru pembimbing dan rakan-rakan untuk
mengatasi masalah ini.

2
Hasil daripada perbincangan yang telah dilakukan, saya telah mencuba
mengajar murid-murid dengan menggunakan kaedah mnemonik untuk menghafal
hukum 5 tersebut. Berdasarkan pengajaran, saya telah mendapati mereka secara
majoriti dapat mengikuti kaedah pengajaran saya. Hanya segelintir sahaja iaitu murid
yang dikategorikan sebagai murid lemah yang belum menguasai sepenuhnya kaedah
mnemonik yang saya terapkan. Hal ini mungkin berpunca daripada minat mereka yang
kurang terhadap pengajaran saya secara berpusatkan guru ketika saya mengajar
kaedah tersebut seperti yang dinyatakan Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Nordin Abd
Razak (2010), guru yang berkualiti akan dapat meningkatkan komitmen pelajar dalam
aktiviti pembelajaran dan menggalakkan penglibatan intelektual pelajar dalam proses
PdP. Namun, saya masih belum berpuas hati dan masih mencari jalan penyelesaian
agar semua murid dapat menguasai pengajaran yang saya terapkan. Melalui peristiwa
inilah saya bertekad untuk membuat kajian lanjut mengenai hukum 5.

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Pemilihan Fokus Kajian

Berdasarkan pengalaman lalu saya semasa menjalani praktikum, saya telah


mengenalpasti bahawa murid-murid masih lemah dalam menguasai ilmu tajwid secara
teori mahupun amali. Hal ini mungkin disebabkan oleh minat mereka ataupun strategi
yang saya gunakan. Murid-murid dilihat tidak begitu suka bergerak secara aktif dalam
aktiviti koperatif yang dijalankan. Saya tidak menyalahkan murid-murid saya kerana
tidak bergerak secara aktif kerana mungkin kerana mereka kurang motivasi untuk
terlibat dalam aktiviti akibat daripada PdPc saya yang tidak menggalakkan mereka
untuk berbuat sedemikian. Menurut Zaliza dan Zaitul Azma (2014), guru memainkan
peranan dalam meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran. Oleh itu, untuk
menambahkan minat dan motivasi mereka untuk belajar, saya perlu menjalankan
aktiviti sesuai dengan perkembangan semasa seperti menggunakan teknologi dalam
pengajaran.

Pada pendapat saya, elemen merentas kurikulum seperti penggunaan teknologi


maklumat perlu diterapkan untuk menambah pemahaman murid. Menurut Hasnuddin,
Norfaizuryana dan Nor Azzarahton (2015), Penggunaan teknologi merupakan

3
pendekatan baru yang positif di dalam pengajaran bahkan ianya dilihat dapat
meningkatkan kemahiran pemahaman murid di dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam. Dalam konteks aplikasi yang saya rancang, murid akan mempelajari
hukum lima menggunakan telefon pintar masing-masing setelah mereka pulang ke
rumah. Dalam aplikasi tersebut, saya telah meletakkan aktiviti pengukuhan yang mana
mereka akan mendapat markah berdasarkan jawapan yang betul dan kepantasan
mereka menjawab soalan tersebut. Mereka tidak dapat menjawab soalan tersebut
selagi mereka tidak menguasai hukum lima sepenuhnya.

Berdasarkan kajian lepas yang telah dijalankan oleh Arif Tri Septiawan, Aris
Rakhmadi dan Ady Purna Kurniawan (2012), mahoriti pelajar bersetuju bahawa
mempelajari ilmu tajwid menggunakan aplikasi digital bermanfaat dalam membantu
mereka belajar ilmu Tajwid. Melalui kajian yang telah dijalankan pengkaji lepas, saya
akan menambah baik aplikasi yang akan saya bina kepada yang lebih mudah dan
ringkas supaya dapat difahami terutama dikalangan murid-murid sekolah rendah.

Secara keseluruhannya, penggunaan aplikasi ini memudahkan murid untuk


mempelajari hukum tajwid lima. Mereka bukan sahaja dapat mempelajari hukum tajwid
lima malah dapat memberi keyakinan dalam membuat keputusan ketika memilih
jawapan yang betul untuk mencapai markah tertinggi.

2.1.1 Kebolehtadbiran

Aplikasi yang dirangka ini dapat dilaksanakan di dalam kelas mahupun diluar
kelas. Kandungan aplikasi mudah difahami dan dapat diakses walaupun murid-
murid berada di rumah.

2.1.2 Kepentingan

Aplikasi ini penting untuk membantu murid mempelajari hukum tajwid lima
melaluimedium pembelajaran yang menyeronokkan. Aplikasi ini juga berperanan
membantu murid untuk memudahkan hafalan melalui kaedah mnemonik cara
mudah hafal yang terdapat dalam aplikasi tersebut. Isu yang timbul ialah apabila
mereka mempelajari di dalam kelas tetapi lupa cara hafal yang diajar oleh guru.

4
Oleh itu, aplikasi ini dapt membantu mereka mengulang kaji dengan audio yang
lengkap walaupun mereka berada di rumah sekalipun.

2.1.3 Kebolehgunaan

Aplikasi ini akan dijalankan sepenuhnya oleh murid sebagai pengguna utama
medium pembelajaran ini. Guru sebagai fasilitator sahaja dalam hal ini ketika
sesi tindakan dijalankan dan membatu murid yang kurang faham akan penggunaan
aplikasi tersebut. Segala penerangan penggunaan aplikasi tersebut akan
dijelaskan dan digunakan oleh guru dahulu sebelum diedarkan kepada murid
murid untuk digunakan

2.1.4 Kawalan

Perlaksanaan tindakan adalaha diluar kelas terhadap murid-murid yang terlibat


dengan tindakan sahaja. Oleh itu, penetapan masa dan tarikh penting bagi
memastikan tindakan tersebut dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.

2.1.5 Kolaborasi

Usaha kolaboratif dijalankan bersama guru subjek Pendidikan Islam iaitu guru
pembimbing praktikum saya bagi mendapatkan maklumat berkaitan murid. Saya
akan mendapatkan maklumat melalui temu bual bersama guru dan analisis
dokumen seperti buku kerja murid dan rekod pencapaian mereka. Saya turut
meminta pendapat mereka untuk penambahbaikkan pengisian aplikasi mengikut
kesesuaian murid.

2.1.6 Kerelevenan

Menguasai topik ini merupakan satu perkara yang penting kerana ianya
mempunyai perkaitan dengan penguasaan dalam pembacaan al-Quran. Di
samping itu, setiap murid perlu mahir dalam menggunakan teknologi mengikut
pekembangan semasa. Aplikasi ini bertujuan untuk mecapai misi-misi berikut
dalam bentuk bahan interaktif yang menyeronokkan.

2.2 Pengumpulan Data Awal

5
Saya telah merujuk kembali bahan-bahan atau data-data yang telas saya catat
untuk penelitian terhadap kelemahan mengajar saya serta untuk menambahbaik
amalan pengajaran yang telah dilakukan . Pengumpulan data awal ini penting untuk
membuktikan masalah yang dikaji. Bagi kajian ini, dua bahan yang saya teliti semula
iaitu refleksi pada Rancangan Pengajaran Harian (RPH) saya dan tembual saya
dengan guru pembimbing di sekolah. Pengumpulan data awal ini penting untuk
membuktikan masalah yang dikaji.

Dalam pengajaran saya yang bertarikh 1 Ogos 2017, saya telah mengajar murid-
murid tahun 5 berkenaan bidang Ibadah. Daripada refleksi yang telah saya catatkan
pada RPH saya, saya telah mengenalpasti kelemahan yang terdapat sewaktu dalam
pengajaran. Murid-murid tidak dapat membaca dalil naqli daripada ayat al-Quran
dengan tepat kerana tidak menepati hukum yang sepatutnya. Mereka tidak dengung
kepada hukum Ikhfa’ Hakiki sewaktu dibacakan ayat tersebut. Apabila ditanya, mereka
tidak mengetahui apakah hukum tajwid apabila nun mati bertemu dengan huruf ‫ ت‬.
Hal ini mungkin berlaku akibat daripada teknik mengingat yang tidak tepat atau minat
murid yang menyebabkan mereka tidak dapat menguasai bidang ini. Oleh itu, saya
sepatutnya mencari penyelesaian berbanding menerangkan kepada murid sahaja
supaya mereka mudah untuk mengingat hukum tersebut.

Rajah 1: Petikan daripada refleksi RPH 1/8/2017

Selain itu, saya juga melakukan satu temu bual dengan guru pembimbing di
sekolah berkenaan isu ini. Antara soalan yang ditanya ialah bilakah mereka
mempelajari hukum tajwid ini?. Guru pembimbing saya menyatakan bahawa hukum
tajwid ini telah dipelajari sejak tahun 1 lagi tetapi tajuk hukum tajwid yang dipelajari tidak
sesuai dengan perkembangan mereka kerana isi tajwid yang memerlukan pemahaman
6
yang tinggi untuk menguasainya. Oleh itu, tidak ramai murid mampu untuk menguasai
hukum tajwid pada ketika itu tetapi ditekankan dalam tahun yang berikutnya apabila
berkesempatan. Berdasarkan respon guru pembimbing ini, saya menganggap bahawa
masih terdapat segelintir murid yang memerlukan bimbingan untuk menguasa hukum
tajwid ini.

2.3 Tindakan

Dalam tindakan untuk melaksanakan kajian ini, saya akan menggunakan Model
Kajian Lewin sebagai panduan perancangan. Model ini terdiri daripada dua kitaran yang
mana setiap kitaran terdiri daripada merancang (Plan), tindakan (Act), pemerhatian
(Observe) dan reflek (Reflect). Pada kitaran kedua, perancangan menjadi semakan
semula (Revised Plan) sebagai satu langkah penambahbaikkan bagi memenuhi
tindakan yang mungkin berubah mengikut situasi.

Rajah 2: Reka Bentuk Model Kajian Tindakan Lewin, Lewin’s cycling model

Berdasarkan langkah-langkah yang ada pada model ini, saya telah mampu
menganalisis isu yang saya hadapi dalam menambahbaik PdPc saya. Hasil daripada
analisis tersebut telah membantu saya merangka satu rancangan strategik untuk
menangani isu tersebut.

Menurut Linda Dickson dan Karen Watkins (1999), Lewin berfikir bahawa
penyelidikan tindakan sebagai kitaran yang berulang-ulang di antara pengawasan
masalah yang dihadapi. Melalui kitaran yang dinyatakan, saya akan menambah baik
terhadap isu yang saya jalankan kajian kerana pengkaji perlu membina rancangan
untuk bertindak kearah penambahbaikkan (Lee Keok, Zakri & Chua Lay (2018).

7
Kurt Lewin juga mewjudkan beberapa syarat untuk penyelidikan tindakan yang
mesti dipatuhi iaitu penyelidik mestilah berorientasikan masalah, peserta kajian mestilah
diutamakan, situasi semasa kajian mestilah dimasukkan dalam perbincangan,
penyelidik mestilah membuktikan setiap kajian sama ada melalui pemerhatian langsung
atau tidak langsung dan setiap penemuan mestilah bersesuaian dengan teori (Van
Vliet, V. ,2013). Oleh itu, pelaksanaan kajian yang akan saya jalankan mempunyai ciri-
ciri yang ditekankan oleh Kurt Lewin. Berikut merupakan langkah yang akan saya ambil:

Kitaran 1:

Langkah 1 (Merancang):

- Menganalisis data awal berkenaan isu kajian

- Murid yang terlibat dikenalpasti dan dimaklumkan

- Aplikasi Easy-Tajwid telah dihasilkan.

Langkah 2 (Tindakan)

- Menguji keberkesanan aplikasi dengan digunakan keatas murid yang dipilih.

Langkah 3 (Memerhati)

- Pemerhatian dilakukan untuk melihat penggunaan inovasi yang dihasilkan.

- Keputusannya diperoleh melalui ujian dicatat untuk langkah mereflek.

Langkah 4 ( Mereflek)

- Keputusan hasil pemerhatian di kaji semula dan proses mereflek dijalankan.

- Kekurangan akan ditambahbaik dalam kitaran yang seterusnya.

Kitaran 2:

Langkah 5 ( Semakan semula)

- Menambahbaik bahan inovasi untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan


bahan inovasi.

Langkah 6 (Tindakan), Langkah 7 (Memerhati) dan Langkah 8 (mereflek)


8
- Dalam kitaran kedua ini, langkah yang hampir sama dalam kitaran pertama
diulang semula dengan bahan inovasi yang telah disemak dan ditambah baik.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

1.Mengenalpasti tahap penguasaan murid terhadap hukum tajwid lima setelah


menggunakan Aplikasi Easy-Tajwid.
2.Mengenalpasti persepsi murid terhadap penggunaan aplikasi Easy-Tajwid dalam
pembelajaran hukum tajwid 5.

3.2 Soalan Kajian

1.Sejauh manakah tahap penguasaan murid terhadap hukum tajwid lima setelah
menggunakan Aplikasi Easy-Tajwid?
2.Apakah persepsi murid terhadap penggunaan Aplikasi Easy-Tajwid dalam
pembelajaran hukum tajwid lima?
4.0 PESERTA KAJIAN

Saya telah menetapkan untuk melaksanakan penggunaan Aplikasi Easy-Tajwid


ini kepada kumpulan sasaran iaitu seramai 6 orang murid sahaja terdiri daripada 3 lelaki
dan 3 perempuan di sekolah saya berpraktikum untuk sesi dua yang akan datang.
Murid-murid yang akan dipilih nanti terdiri daripada, 3 orang murid sederhana dan 3
orang murid rendah.

5.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Langkah-langkah Tindakan

Berdasarkan tindakan yang saya rangka berdasarkan kajian tindakan Model


Lewin, jadual berikut merupakan fasa tindakan yang akan saya jalankan sepanjang
kajian ini.

Jadual 1: Langkah-langkah tindakan

9
FASA TINDAKAN YANG DIAMBIL
Merancang - Mengutip data mengenai isu yang terjadi melalui pemerhatian, temu
bual, Ujian, borang soal selidik.
-Data awal dianalisis dan dinilai.
-Menyediakan Aplikasi Easy-Tajwid (merangkumi hukum Izhar Halqi,
Ikhfa’ Hakiki, Idgham Maal Ghunnah, Idgham Bilal Ghunnah dan
Iqlab).
-Murid yang terlibat akan dimaklumkan lebih awal berkenaan tarikh,
masa dan tempat akan dilaksanakan.
Tindakan -Peserta kajian akan dijelaskan berkenaan cara menggunakan Aplikasi
Easy-Tajwid tersebut.
-Guru memberi murid masa untuk bermain dan bertanya soalan jika
ada.
-Selepas murid selesai menggunakan Aplikasi tersebut, setiap murid
dikehendaki untuk menjawab kuiz yang telah tersedia di dalam aplikasi
tersebut.
-Markah yang diperoleh akan dicatat secara mingguan.
-Guru berkongsi bahan tersebut kepada murid melalui WhatsApp.
Pemerhatia -Pemerhatian di buat untuk melihat kemampuan murid untuk
n menguasai hukum tajwid menggunakan aplikasi tersebut.
- Nota lapangan dicatat sepanjang aktiviti dijalankan dengan memberi
perhatian sepenuhnya terhadap pemahaman murid.
- Peserta kajian diedarkan borang soal selidik.
Reflek -Proses mereflek akan dilakukan berdasarkan data yang dikumpul.
-Proses menganalisis akan dibuat ke atas data tersebut.

Kitaran kedua akan dilakukan sekiranya aplikasi tersebut belum mampu untuk
memberi kefahaman kepada murid berkenaan hukum tajwid tersebut. Pengujian
dilakukan melalui lembaran kerja yang akan diedarkan pada perjumpaan kedua
bersama peserta kajian.

5.2 Perancangan Kaedah Pengumpulan Data

10
Pengumpulan data merupakan satu proses yang sangat signifikan dalam
menjalankan sesuatu kajian. Jadual berikut menjelaskan kaedah pengumpulan data
yang akan saya gunakan sepanjang kajian ini.

Jadual 2: Senarai Kaedah pengumpulan data yang akan digunakan

KAEDAH TINDAKAN YANG DIAMBIL


PENGUMPULAN
DATA
Pemerhatian - Menggunakan rakaman video dan gambar sebagai panduan
pemerhatian terhadap peserta kajian semasa menggunakan
aplikasi tersebut.
Temu Bual - Soalan berstruktur dibina untuk menemu bual peserta kajian.
- Setiap peserta kajian akan ditemu bual berkenaan persepsi
mereka terhadap penggunaan aplikasi tersebut.
- Guru matapelajaran juga ditemu bual untuk mendapatkan
pandangan pencapaian murid tersebut.
Analisis Dokumen -Analisis dokumen diperolehi melalui ujian, soal selidik, gambar
dan nota lapangan. .
- Ujian diedarkan sebelum dan selepas penggunaan aplikasi
Easy-Tajwid. Melalui ujian ini, tahap penguasaan murid terhadap
ilmu tajwid dapat dikenalpasti sama ada mencapai objektif atau
tidak.
- Soal Selidik digunakan untuk mengumpul maklumat berkenaan
persepsi murid terhadap penggunaan bahan tersebut serta tahap
kepuasan mereka menggunakannya sebagai kit pembelajaran.
- Gambar dan nota lapangan diambil dan dicatat sepanjang
pelaksanaan tindakan dijalankan.

5.3 Perancangan Cara Penganalisisan Data

Menganalisis data merupakan proses yang penting setelah pengumpulan data


dijalankan. Data yang dikumpul akan dinilai dan dihubungkaitkan bagi mendapat hasil
penilaian berkenaan isu yang dikaji.

11
Jadual 3: Kaedah Penganalisisan Data

Kaedah Tindakan yang Diambil


Penganalisisan
Data
Analisis Analisis akan dibuat terhadap data yang akan diperoleh seperti
Kandungan berikut:
-Video dan gambar akan dianalisis untuk melihat perubahan
tingkah laku murid terhadap penggunaan aplikasi tersebut.
Penglibatan murid terhadap penggunaan aplikasi tersebut suka
atau tidak suka akan dirakam sebagai bahan bukti untuk tujuan
analisis data.
-Temu bual akan dianalisis untuk mengetahui persepsi murid
terhadap penggunaan bahan tersebut. Setiap isi perbincangan
akan dianalisis untuk melihat minat dan motivasi murid untuk
mempelajari hukum tajwid.
-Hasil ujian akan dianalisis untuk melihat prestasi murid selepas
menggunakan bahan tersebut. Hasil ujian ini akan dibandingkan
dengan hasil ujian pada perjumpaan yang sebelumnya.
-Soal Selidik akan dianalisis untuk mengenalpasti tahap
kepuasan murid menggunakan bahan tersebut. Kekurangan
yang terdapat dalam aplikasi tersebut yang diperoleh daripada
respon murid akan dibuat penambahbaikkan.
- Nota lapangan dianalisis berdasarkan catatan yang telah
dibuat

Persampelan Data - Persampelan data akan dibuat melalui analisis terhadap


lembaran kerja peserta kajian. Analisis data positif atau negatif
akan menentukan tahap kefahaman murid.

12
5.4 Jadual Pelaksanaan (Kaedah menyemak data)

Saya telah menghasilkan satu Carta Gantt sepanjang 3 semester iaitu semester
6, 7 dan 8 sebagai perancangan awal mengenai tindakan-tindakan yang akan saya
ambil sepanjang menjalankan kajian tindakan ini. Ianya akan berubah mengikut situasi
dan keperluan sepanjang pelaksanaan nanti.

Jadual 4: Carta Gant Penyelidikan Tindakan Semester 6

Perkara JANUARI FEBUARI MAC APRIL MEI


M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Konteks & / / / / / / /
refleksi pdp
Fokus kajian – / / / / / / /
pemilihan fokus
kajian
Fokus kajian – / / / / / /
pengumpulan
data awal
Fokus kajian – / / / / / / / / / /
cara tindakan
Objektif dan / / / / / /
soalan Kajian
Tindakan
Peserta Kajian / / / / / /
Perancangan – / / / / / /
langkah
tindakan
Perancangan – / / / / / /
pengumpulan
data
perancangan – / / / / / /
analisis data
Perancangan – / / / / / /
cara semak
data
Jadual / / / / / /
pelaksanaan
anggaran / / / / / /
belanjawan
Pembentangan /
proposal

13
Hantar /
proposal

Jadual 5: Carta Gant Penyelidikan Tindakan Semester 7

Perkara JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER


M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Mengumpul / / /
Data Awal
Perbincanga / / /
n dengan
guru
pembimbing
Pelaksanaa / / / / / /
n tindakan
Pengutipan / / / / / / / /
data
penyesuaia / / / / / / / / / / / /
n proposal
dengan
keadaan
sebenar
semasa
praktikum

Jadual 6: Carta Gant Penyelidikan Tindakan Semester 8

Perkara JANUARI FEBUARI MAC APRIL MEI


M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Penulisan / / / / / / / / /
laporan
Pengesahan / / / / / /
pakar
Pembentan /
gan laporan

5.5 Anggaran Perbelanjaan

14
Saya menggunakan bahan digital sebagai bahan inovasi. Oleh itu, tiada
perbelanjaan yang digunakan untuk menyiapkan bahani.

6.0 RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri & Mohamad Khairul (2010), Amalan Pengajaran Guru Pendidikan
Islam Berkesan Berteraskan Konsep Mu’allim, Journal of Islamic and Arabic Education
2(1), 2010, 43-56

Arif Tri Septiawan, Aris Rakhmadi dan Ady Purna Kurniawan (2012), Pengenalan Dan
Pembelajaran Cara Membaca Alquran (Ilmu Tajwid) Berbasis Mobile Android,
(tesis sarjana yang tidak diterbitkan).Universitas Muhammadiah Surakarta.

Al-Quran Al-Karim. Surah Al-Muzzammil, ayat 4.

Hasnuddin, Norfaizuryana dan Nor Azzarahton (2015), Keberkesanan Penggunaan Ict


Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Bagi Sekolah
Kebangsaan Desa Pandan Kuala Lumpur, proceeding of IC-ITS 2015
International Conference on Information Technology & Society, boleh dimuaturun
di fstm.kuis.edu.my/…llpapers/IC-ITS 2015 – IT 075.pdf

Lee Keok, Zakri & Chua Lay (2018), Siri Pendidikan Guru: Penyelidikan dalam
Pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Linda Dickson dan Karen Watkins (1999), Action Research: Rethinking Lewin, London:
Sage Publications. Diakses daripada https://www.researchgate.net/publication
/247748272_ Action_Research_Rethinking_Lewin

Mahadi Dahlan & Azhari (2003), Kaedah Tajwid Resm Usthmani Dalam Al-Quran.
Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publications.

Rohani, Hazri & Mohammad Zohir (2017), Model Bersepadu Penerapan Kemahiran
Abad ke-21 dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Jurnal Pendidikan Malaysia 42(1)
(2017): 1-11

15
Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Nordin Abd Razak (2010), Hubungan Guru-Pelajar dan
Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar: Adakah Guru Berkualiti
Menghasilkan Perbezaan Pembelajaran antara Jantina Pelajar?, Jurnal
Pendidikan Malaysia 35(2)(2010): 61-6.

Van Vliet, V. (2013) . Action Research. Diakses pada 5 April 2018 di ToolsHero:
https://www.toolshero.com/change-management/action-research-lewin/

Zaliza & Zaitul Azma (2014), Sikap dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa
Melayu, Journal Social and Behavioral Sciences 134 ( 2014 ) 408 – 415.

16
7.0 LAMPIRAN

BORANG SOAL SELIDIK

Nama Murid: _____________________________________ Kelas: ____________

Arahan: Tandakan (√) berdasarkan jawapan yang betul sama ada ‘YA’ atau ‘TIDAK’.

Borang Soal Selidik

00BIL ITEM SKOR

YA TIDAK

1 Adakah anda meminati mata pelajaran Pendidikan Islam?

2 Adakah anda seronok menggunakan bahan ini?

3 Adakah anda rasa bahan ini kreatif dan menarik?

4 Adakah semua penggunaan gambar, bunyi dan video yang


digunakan adalah sesuai dan berkesan?

5 Adakah bahan ini mampu meningkatkan kefahaman anda tentang


topik yang diajar?
6 Adakah bahan ini membantu anda mengingat topik yang diajar
dengan mudah dan cepat?

7 Adakah anda dapat menjawab kuiz / latihan pengukuhan yang


diberikan dengan baik?

8 Adakah anda suka dan berpuas hati dengan ganjaran yang


diberikan?

17
9 Adakah bahan ini mampu menggalakkan kolaborasi antara anda
dan rakan-rakan anda yang lain?
10 Jika bahan ini digunakan di sekolah anda, adakah anda akan
menggunakannya lagi?

18

You might also like