Folio PBSM

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 111

1.

0 PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT BERUNIFORM

1.1 Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan Unit Beruniform BSMM

1.1.1 Perlembagaan BSMM

Akta & Perlembagaan BSMM


.
 Akta 4,1962 – Persatuan Persekutuan Palang Merah Malaya
 Akta Parlimen 1965
- Seksyen 3, akta 47,1965 – Persatuan Palang Merah Malaysia.
 Akta 47 , 1965
 Akta Persatuan Palang Merah Malaysia.
 Akta 162, 1975 – Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
.
• Akta Persatuan Palang Merah Malaysia berkuatkuasa pada 1 Julai 1965.
• Tujuan persatuan ialah
• Bantuan dalam menjaga kesihatan, mencegah penyakit dan mengurangkan penderitaan sama
ada dalam masa aman atau perang.
• Mewujudkan bantuan sukarela kepada yang sakit dan cedera.
• Menjalankan tanggungjawab dalam negara .
• Semua urusan persatuan perlu ditadbir oleh Majlis.
• Semua ahli Majlis yang pertama adalah daripada Persatuan Persekutuan Persatuan Palang Merah
Malaya.(Akta 4, 1962)
• Peraturan akan diwujudkan dari semasa ke semasa oleh Majlis.
• Pendapatan dan harta benda tidak boleh dijadikan bonus, dividen atau yang mendatangkan faedah bagi
ahli persatuan.
• Akta 162, 1975 Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.(pertukaran nama dan lambang persatuan)
• Kalau disabit Kesalahan dalam penyalahgunaan lambang akan didenda sebanyak RM300.00
• Objektif Dan Tujuan Persatuan ialah seperti berikut:-
• Mengekalkan dan meneruskan usaha untuk mengurangkan penderitaan, penyakit.
• Mempromosikan pembentukan cawangan dan cabang serta latihan dan mempunyai kawalan
umum ke atasnya.
• Mempromosikan serta mengekalkan minat masyarakat.

1
• Bekerjasama dengan persatuan sukarela yang lain serta agensi kerajaan untuk mengekalkan
kawalan pentadbiran sendiri.
• Menjalankan aktiviti secara sukarela.
• Menjalankan tugas menjajar dengan prinsip.
• Mencegah penyalahgunaan simbol dan lambang.
Mempertimbangkan dan bersetuju dengan kes yang sesuai yang diadakan oleh masyarakat

1.1.2 Prinsip-prinsip Asas BSMM

7 Prinsip Asas yang di amalkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa diterima bersama pada
tahun 1965 oleh Konferen Antarabangsa ke 20.

Prinsip Asas BSMM

1. Kemanusiaan
    - berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan serta memupuk
persefahaman,persahabatan,kerjasama dan kedamaian antara manusia.

2. Kesaksamaan
    - memberi bantuan tanpa membezakan bangsa,kaum,agama,darjat atau perbezaan politik.

3. Berkecuali
    -tidak menyebelahi mana-mana pihak.

4. Kebebasan
    - diberi kuasa untuk bertindak secara bebas.

5. Perkhidmatan Sukarelawan
    - satu badan sukarela yang bertindak tanpa memikirkan keuntungan.

6. Bersatu
    - hanya terdapat satu BSMM atau PALANG MERAH di dalam sesebuah negara.

2
7. Kesejagatan
    - BSMM adalah sebuah pergerakan antarabangsa.

• .

1.1.3 Lambang dan cogan kata

Cogan kata Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM/ICRC) ialah Amidst War,
Charity (Inter Arma Caritas).
Cogan kata BSMM ialah Keamanan Melalui Kemanusiaan (Per Humanitatem Ad Pacem)

Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan kepada negara Switzerland, di mana simbol
palang berwarna merah yang berlatarbelakangkan putih seperti mana warna bendera negara Switzerland
yang diterbalikkan. Lambang ini diwujudkan untuk mengenalpasti perlindungan bagi mereka yang
tecedera di masa perang dan kakitangan-kakitangan yang menjaga dan merawat mereka.

3
Pada bulan November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Russia, mengumumkan
kepada Majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvensyen Geneva, bahawa lambing Palang Merah
menghina kepercayaan agama anggota tenteranya dan mereka menggunakan lambang Bulan Sabit
Merah untuk perkhidmatan ambulans mereka. Langkah tersebut diikuti oleh banyak negara-negara Arab
dan negara-negara yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Sekarang ini sebanyak dua
puluh sembilan buah negara telah menggunakan lambing Bulan Sabit Merah untuk menandakan
kakitangan-kakitangan dan barang-barang yang dilindungi oleh Konvensyen Geneva.

Negara-negara yang menandatangani Konvensyen Geneva mestilah mengawal penggunaan


lambing tersebut. Lambang hanya boleh dipamerkan di atas kenderaan, kapal terbang, kapal laut,
bangunan, pembinaan dan juga oleh orang-orang yang ditugaskan untuk menjaga dan mengangkut
mereka yang tercedera akibat perang.

4
Adalah dilarang menggunakan lambang ini bagi tujuan peperangan, perniagaan dan pusbiliti.
Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dibenarkan menggunakan lambing ini untuk
mengenalpasti bangunan, barang dan kenderaan kepunyaan mereka.

Konvensyen Geneva 1949 menetapkan Penggunaan Lambang sebagai Pelindung

Protokol Tambahan III

 Mengiktiraf lambang tambahan yang tersendiri yang bebas daripada konotasi agama, budaya atau
politik, dengan status yang sama di sisi undang-undang seperti Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah.
 Meningkatkan perlindungan untuk pekerja kemanusiaan dan mangsa konflik bersenjata

 Membolehkan Persatuan Kebangsaan yang tidak mahu menggunakan palang merah atau
bulan sabit merah untuk menyertai Pergerakan ini

 Membolehkan Persatuan untuk menggunakan palang merah dan bulan sabit merah bersama-sama
 Mencegah pembiakan lambang

5
1.1.4 Bendera dan lagu BSMM

LAGU BULAN SABIT MERAH

Bulan Sabit Merah Di Malaysia


Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya

Lirik : Dato’ Dol Ramli


Lagu : Dato’ Johari Salleh

1.1.5 Persetiaan/Ikrar dan Undang-Undang Pertubuhan

6
Ikrar Bulan Sabit Merah Malaysia

Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia,


Berikrar,
Taatsetia kepada Duli Yang Maha Mulia,
Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung dan Pemerintah-pemerintah
Di negeri kami,
Berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara
Bahawa kami berikrar,
Akan sentiasa patuh kepada Perlembagaan dan Undang-undang
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Undang-undang yang lain
Dan arahan walaupun di mana jua kami berada
Bahawa kami berikrar,
Akan sentiasa memberikan khidmat sukarela kami,
Kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman
Dan bencana,
Berdasarkan kepada prinsip Bulan Sabit Merah Malaysia seperti
KEMANUSIAAN
KESAKSAMAAN
BERKECUALI
KEBEBASAN
KHIDMAT SUKARELA
KETUNGGALAN
KESEJAGATAN

1.2 Sejarah Unit Beruniform


1.2.1 Sejarah pengasas - Jean Henry Dunant

7
Beliau sangat dikenali sebagai Bapa Palang Merah. Beliau telah dilahirkan pada 8 Mei 1828 di
Geneva, Switzerland. Bapanya seorang ahli perniagaan perbankan yang masyhur dan mempunyai
kehidupan mewah. Sementara ibunya pula merupakan yang sentiasa mentaati agamanya dan memberi
sepenuh kasih saying kepadanya. Beliau telah dididik sebagai seorang yang mentaati agama serta
berjaya menjadi seseorang yang berpengaruh dikalangan komunitinya kerana mempunyai disiplin yang
tinggi.
Dari segi penglibatannya dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan, beliau merupakan seorang
yang sangat aktif dalam pelbagai pergerakan amal dan keagamaan menjadi menjadi ahli kepada League
of Aims di Geneva, sebuah bandaraya kelahirannya. Tujuan beliau menyertai aktiviti-aktiviti jasmani dan
kerohanian sebegini adalah membantu penduduk miskin dan orang-orang yang ditimpa kesusahan,
musibah serta kesakitan. Selain itu, beliau juga sering membantu banduan-banduan yang berada di
penjara-penjara berdekatan untuk mempunyai kehidupan yang lebih baik melalui pendekatan perubahan
sikap dan perangai. Apabila usianya mencapai 30 tahun, beliau telah menunjukkan minat kepada
organisasi Young Men’s Christian Association (YMCA) yang terletak di Switzerland, Belgium dan
Perancis. Beliau juga telah memberikan cadangan bahawa sesuatu organisasi seperti YMCA tidak hanya
menghadkan pergerakannya di benua Eropah sahaja seperti YMCA England. Seterusnya pada tahun
1853, beliau telah menggabungkan beberapa kumpulan pergerakan di Eropah menjadi sebuah
organisasi yang besar. Hasilnya wujudlah sebuah persidangan YMCA Sedunia diadakan di Paris 1855.

Pada tahun 1849, beliau mula menceburi bidang perniagaan sebagai seorang perantis di sebuah
bank di Geneva. Kemudiannya, beliau telah dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Pengurus Besar di
sebuah bank cawangan Colonies Suisses de Setif yang beroperasi di Algeria. Selepas beberapa tahun,
beliau telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatannya untuk memulakan perniagaan sendiri.

8
Pada masa itu Algeria merupakan tanah jajahan Perancis. Untuk mengembangkan
perniagaannya, beliau perlu berurusan dengan Maharaja Perancis pada waktu ituSepanjang
perjalanannya, beliau telah singgah di beberapa buah bandar di Itali seperti Castiglione delle Pieve. Pada
bulan Jun 1859, beliau telah tiba di Solferino dan sebuah pertempuran telah meletus. Di sini, beliau telah
menyaksikan sendri bagaimana medan peperangan telah dipenuhi dengan askar-askar yang tercedera.
Kedapatan juga mayat-mayat yang bergelimpangan di merata-rata tempat. Ini adalah kerana pasukan
perubatan di kedua-dua belah pihak yang berperang itu tidak mempunyai anggota, kelengkapan dan
kemudahan perubatan untuk menangani situasi yang dashyat dan luar dugaan seperti ini. Disebabkan
beliau mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi, beliau telah menangguhkan perjalanan. Beliau
bukan sahaja turut membantu askar-askar yang sakit dan cedera, malahan beliau sendiri telah
mengumpulkan orang kampung untuk memberikan rawatan di sebuah gereja yang berdekatan dengan
medan pertempuran. Peristiwa ini dengan mendadak telah menukarkankan kerjaya perniagaan kepada
seorang sukarelawan yang memberi perkhidmatan untuk membantu mangsa-mangsa yang cedera dan
menderita dalam peperangan tanpa mengirakan pangkat dan negara asal mereka.

Beliau telah berpendapat bahawa tragedy peperangan di Solferino ini perlu disebarkan kepada
lebih ramai orang. Justeru, beliau telah menulis sebuah buku yang bertajuk “Kenangan di Selferino “. Di
dalam bukunya, beliau telah mencadangkan ditubuhkan persatuan-persatuan yang mempunyai
sukarelawan-sukarelawan perubatan terlatih patut ditubuhkan di semua negara di dunia untuk menolong,
menjaga dan meringankan penderitaan askar-askar yang cedera dalam sewaktu peperangan. Ide-
ideanya ini telah mendapat sambutan dan sokongan ramai termasuk juga pihak berkuasa tentera. Untuk
mengembangkan lagi idenya dan mendapat sokongan, beliau telah menjelajah ke negara-negara di
seluruh Eropah bagi memberikan penerangan dan penjelasan lanjut kepada raja-raja, pemerintah-
pemerintah dan orang-orang yang berpengaruh dalam usahanya untuk mencapai misi murni ini.

Atas usaha-usaha beliau yang berterusan tanpa mengenal penat lelah ini, cadangan-cadangan
yang diutarakan di dalam buku penulisan telah beliau mendapat sambutan serta persetujuan daripada
pihak-pihak berkuasa di pelbagai negara. Beliau telah semakin dikenali dan diberi penghormatan yang
sepatutnya oleh ramai orang yang berpengaruh. Pada tahun1863 dan 1864, pelbagai pihak yang terlibat
telah memberi sokongan dan beliau sudah sampai ke kemuncak kegemilangannya dengan penubuhan
jawatankuasa khas dan sebuah konvensyen mengenai pengurangan penderitaan mangsa-mangsa
peperangan telah diadakan.

9
Namun kegemilangannya tidak kekal lama kerana ada pihak-pihak tertentu yang tidak menghargainya
jasa-jasa besarnya kepada nilai-nilai kemanusiaan. Pada tahun 1866 beliau mula meninggalkan
pergerakan yang diasaskan olehnya. Pada tahun 1867 perniagaannya mengalami kemerosotan. Pada
umur 39 tahun, beliau telah berhijrah keluar dari Geneva buat selama-lamanya. Selepas itu selama 20
tahun, beliau telah ditimpa kemiskinan dan kesengsaraan. Namun beliau masih dapat bertahan kerana
mendapat bantuan sara hidup keluarga dan sumbangan kawan-kawan. Kemudian beliau telah ditemui
oleh seseorang yang sangat mengenali beliau dan sekali sekala beliau telah dijemput untuk muncul
dalam beberapa majlis penghormatan oleh Persatuan Palang Merah di Eropah seperti Perancis, Itali dan
Jerman. Pada tahun 1901, Jawatankuasa Nobel telah menganugerahkannya pingat keamanan yang
pertama dan dikongsi dengan Frederic Passy, tetapi beliau tidak dapat hadir untuk menerimanya. Jean
Henry Dunant telah meninggal dunia pada hari Ahad, bertarikh 30 Oktober 1910 di Heidden, sebuah
perkampungan pergunungan yang tenang serta di kelilingi para penduduk yang sangat mengaguminya.

Hari lahirnya 8 Mei diisytiharkan sebagai Hari Bulan Sabit Merah / Palang Merah Antarabangsa. Rumah
kebajikan Heiden dijadikan Muzium Henry Dunant. Banyak bangunan, sekolah, jalan di Geneva dan
pelbagai tempat di serata dunia dinamakan sempena nama Henry Dunant. Pingat Henry Dunant
dikurniakan oleh ICRC kepada sesiapa yang berjasa dalam kerja-kerja kemanusiaan. Filem 'Henry
Dunant: Du Rouge Sur La Croix' telah diterbitkan bagi mengenang jasa-jasa beliau.

1.2.2 Sejarah penubuhan

Jawatankuasa Berlima

Pada tahun 1863 sebuah jawatankuasa dinamakan Persatuan Kebajikan Awam Geneva telah
ditubuhkan. Jawatankuasa ini terdiri dari Gustava Moynier, Dr. Maunior, Dr. Louis Appia, General Dufour
Dan Henry Dunant.

Jawatankuasa ini juga dikenali sebagai Jawatankuasa Berlima. Matlamat jawatankuasa ini ialah
untuk merangka peraturan-peraturan bagi pelaksanaan dan mempraktikkan cadangan-cadangan yang
terkandung dalam buku ‘Kenangan di Solferino’. Pada 26 hingga 29 Oktober 1863, satu Konvensyen
Antarabangsa telah diadakan di Geneva yang dihadiri oleh perwakilan dari 16 buah negara. Diakhir

10
konvensyen ini, para perwakilan telah menerima dan bersetuju melaksanakan sebanyak 10 resolusi dan 3
cadangan untuk merasmikan penubuhan Persatuan Palang Merah.

Keputusan Konvensyen Antarabangsa yang Pertama, yang dihadiri oleh 16


buah negara, telah memberi peruntukan seperti berikut:
 Setiap negara perlu menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bantuan yang boleh membantu
Perkhidmatan Perubatan Tentera dimasa peperangan.
 Ambulan, Hospital Tentera dan kakitangan Perubatan adalah dilindungi semasa peperangan.
 Mengesahkan satu jenis lambang yang seragam iaitu gelangan tangan dengan lambang palang
merah yang berlatarbelakangkan.putih.

1864 – Konvensyen Geneva Pertama

Konvensyen Geneva Pertama pada tahun 1864 merupakan tarikh penting dalam sejarah
kemanusiaan bagi “memperbaiki keadaan anggota tentera yang cedera dan sakit di medan perang”.
Sebelum itu, adalah difikirkan bahawa peperangan dan undang-undang tidak dapat dilaksanakan
serentak kerana kedua-dua mempunyai tujuan yang dianggap pada masa itu adalah bertentangan di
antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, Pengasas Persatuan Palang Merah, Jean Henry Dunant
tetap berpendirian bahawa undang-undang tetap boleh digunakan semasa peperangan, dan ianya
mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada mangsa-mangsa yang tidak berdaya untuk melibatkan
diri dalam peperangan.

Konvensyen-konvensyan Geneva

Seterusnya terdapat empat Konvensyen Geneva, kesemuanya. Ini merupakan usaha


berpanjangan menjangkau masa selama satu abad untuk memperbaiki aspek-aspek perlindungan yang
digubal semasa Konvensyen Geneva Pertama. Juga adalah dirasai bahawa terdapat keperluan untuk
meluaskan lagi perlindungan tersebut kepada banyak lagi kategori mangsa konflik bersenjata.

Konvensyen Geneva Pertama :


1864 - meluaskan perlindungan yang diberikan kepada ambulans dan hospital
kepada bot penyelamat, kapal hospital dan anak-anak kapal.
Konvensyen Geneva Kedua :
1899 - memberi perlindungan kepada anggota tentera yang luka, sakit dan
yang karam di laut.
11
Konvensyen Geneva Ketiga :
1929 - memberi perlindungan kepada tawanan perang.
Konvensyen Geneva Keempat :
1949 - melindungi orang-orang awam di dalam tahanan musuh.

1.2.3 Sejarah penubuhan BSMM di Malaysia

1948 – Persatuan Palang Merah ditubuhkan di Tanah Melayu sebagai satu Cawangan Palang
Merah British
1950 – Ditubuhkan di Pulau Pinang
1951 – Ditubuhkan di Perak, Terengganu dan Selangor
1952 – Ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang
1961 – Pada 1 Mei 1961, Rang Undang-undang Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah
Melayu (Perbadanan) telah di baca di Parlimen
1962 – 16 April 1962 Akta Persatuan Palang Merah Malaysia Persekutuan Tanah Melayu
( Perbadaanan ) AKTA 1961 ( No. 4 tahun 1962) telah berkuatkuasa.
1963 – Pada 4 Julai 1963 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa ( ICRC) menerima
mengiktiraf secara rasmi sebagai satu Persatuan Palang Merah.
1965 – Apabila Malaysia ditubuhkan, Parlimen telah meluluskan akta Persatuan Palang Merah
Malaysia ( Akta No. 47 tahun 1965 )
1975 – 21 Ogos 1975 di atas persetujuan Di Raja, nama Palang Merah ditukarkan kepada Bulan
Sabit Merah dan diwartakan pada 4 September 1975 ( Akta 162 – membenarkan
pertukaran nama dan lambang ).

1.2.4 Tujuan penubuhan

Matlamat Pergerakan adalah


 memberi perlindungan dan meringankan kesengsaraan manusia dimana sahaja.
 Melindungi nyawa dan kesihatan.
 Memberi galakan perkhidmatan sukarela dan kesediaan berterusan untuk membantu ahli-ahli
Pergerakan.
 Serta menentukan penghormatan diberi kepada manusia, Terutamanya di waktu konflik bersenjata
dan juga kecemasan.
12
 Berusaha ke arah pencegahan penyakit-penyakit dan kebajikan sosial.
 Menghayati perasaan perpaduan yang menyeluruh kepada mereka yang memerlukan
perlindungan dan pertolongannya.

Dalam mengejar matlamat ini Pergerakan akan sentiasa Berpandukan kepada Prinsip-Prinsip Asasnya.

 Peranan:
o Peranan-melindungi dan menolong orang-orang awam dan anggota- anggota tentera yang
cedera.
o membekalkan bantuan kecemasan
o menggalakkan penubuhan & pembangunan persatuan
o menjalankan kerja-kerja kemanusiaan

1.2.5 Istiadat-istiadat rasmi pertubuhan

Istiadat Perhimpunan
• Masuk dalam barisan
• Melapor kekuatan pasukan
• Mengibarkan bendera Malaysia, Bulan Sabit Merah dan Negeri
• Bila lagu kebangsaan dimainkan, semua pegawai dan ahli berdiri tegak.
• Pegawai-pegawai yang beruniform memberi tabik hormat.
• Nyanyian lagu Negaraku dan Lagu BSMM
• Bacaan doa
• Ucapan pemimpin
• Bacaan ikrar
• Keluar baris

13
1.3 Struktur dan Organisasi Pertubuhan

1.3.1 Struktur Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)

Terdiri daripada 7 orang ahli jawatankuasa antarabangsa yang bertanggungjawab mengenai hal-
hal operasi dan penyeliaan secara langsung akan hal ehwal pentadbiran. Ia bermesyuarat seminggu
sekali dan dipengerusikan oleh Presiden JAPM

14
Dari Geneva, Ibupejabat Direktorat mengendalikan pelbagai perkhidmatan yang menyokong
aktiviti-aktivitinya di medan, sokongan operasi (Pengurusan Pentadbiran Wilayah, mengendalikan agensi
pengesanan pusat), pertimbangan mengenai undang-undang kemanusiaan dan prinsip-prinsip
pergerakan, sumber-sumber manusia, sokongan kewangan dan pentadbiran, selain daripada komunikasi
dan perhubungan raya.

 1990 – lebih 47 orang di Afrika, Amerika Latin Asia dan Timur Tengah
 840 delegasi ditempatkan di medan dibantu oleh 4500 pekerja yang terdiri daripada penduduk
setempat
 600 orang di Geneva memberi bantuan operasi dan pentadbiran

Peranan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)

Kemanusiaan Antarabangsa

1) Pemaju Konvensyen Geneva


 Memajukan Undang-Undang untuk kefahaman dan penyebaran Konvensyen Geneva.

2) Orang tengah yang berkecuali


 Bertindak selaku orang tengah di antara pihak-pihak yang bermusuh
 Memastikan mangsa-mangsa awam dan tentera dalam sesuatu peperangan mendpat
perlindungan dan pertolongan

3) Penjaga prinsip-prinsip
 Memastikan prinsip-prinsip asas dihormati.
 Memutuskan mengenai pengiktirafan persatuan-persatuan kebangsaan.

Kewangan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)

JAPM memperoleh punca kewangan daripada empat sumber:

 Sumbangan daripada negara-negara yang menjadi pihak kepada konvensyen Geneva dan
European Community (EC).
 Sumbangan daripada Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan.
 Sumbangan persendirian.

15
 Sumber-sumber lain.

Aktiviti-Aktiviti Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)

1. Perlindungan
 Memastikan tawanan perang dan orang tahanan mendapat makanan, tempat kediaman, layanan
dan keadaan kerja yang sepatutnya.
 Jika terdapat masalah, laporan akan dibuat untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

2. Pengesanan
 Memastikan orang tahan dapat berhubung dengan ahli keluarga masing-masing.
 Memdapat senarai orang-orang tahan kedua-dua pihak yang bermusuhan dan memaklumkan
kepada kedua-dua kerajaan yang terlibat.

3. Bahagian Bantuan Umum


 Mendapatkan dan memastikan bantuan yang sepatutnya sampai kepada pihak yang
memerlukan.
 Mengekalkan hubungan baik dengan penderma dan melatih delegasi-delegasi tertentu.
4. Bahagian Perubatan Umum

 Memastikan ubat-ubatan dan alatan perubatan mencukupi.


 Mengadakan pelbagai aktiviti seperti penjagaan pesakit serta pengeluaran alat-alat
prothesis dan ortopedik yang diperlukan oleh mereka.

Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Palang Merah & Bulan Sabit Merah

16
Ditubuhkan secara tidak langsung semasa Perang Dunia yang Pertama bagi menjalankan aktiviti
kemanusiaan seperti membantu mangsa perang dan tawanan perang.
Henry Pomeroy Davison mengesyorkan agar pertubuhan-pertubuhan disatukan di persidangan
perubatan antarabangsa dan membawa kepada Penubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Palang
Merah Pada 5 Mei 1919.

1983 – Nama rasmi – Persatuan-Persatuan Liga Palang Merah dan


Bulan Sabit Merah
November 1991 – telah ditukarkan kepada Pesekutuan Antarabangsa
Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah

Untuk mencapai ‘tujuan umum’ seperti yang digariskan dalam Artikel Perlembagaan Persekutuan,
fungsi-fungsi persekutuan adalah antara lain seperti;

 Bertindak sebagai badan tetap mengenai perhubungan, penyelarasan dan pengkajian di antara
Persatuan-persatuan Kebangsaan & untuk memberi mereka apa jua pertolongan yang diminta.

 Untuk menggalakkan dan mempromosikan dalam tiap-tiap negara penubuhan & pembangunan
Persatuan Kebangsaan yang bebas serta diikiraf

 Untuk memberi bantuan dengan apa jua cara kepada semua mangsa-mangsa bencana alam.

 Untuk membantu Persatuan-persatuan Kebangsaan dalam persediaan bantuan bencana, dalam


organisasi tindakan bantuan mereka dan juga dalam operasinya.

 Untuk mengatur, menyelaras dan mengarah tindakan bantuan antarabangsa selaras dengan

17
“Prinsip-Prinsip dan Peraturan-Peraturan untuk Bantuan Bencana Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah” yang diterima pakai oleh Persidangan Antarabangsa.

 Untuk menggalak dan menyelaras penyertaan Persatuan-Persatuan Kebangsaan dalam aktiviti-


aktiviti untuk menjaga kesihatan umum dan memajukan kebajikan masyarakat dengan kerjasama
pihak-pihak berkuasa kerajaan yang tertentu.

 Menggalak dan menyelaras di antara Perstuan-persatuan Kebangsaan , pertukaran idea bagi


pendidikan kanak-kanak dan belia dalam hasrat unggul kemanusiaan dan untuk menjalin
perhubungan persaudaraan di antara belia-belia daripada semua negara.
 Membantu Persatuan-persatuan Kebangsaan untuk pengambilan masuk ahli-ahli daripada
penduduk dan memupuk prinsip-prinsip asas dan hasrat unggul pergerakkan

 Memberi pertolongan kepada mangsa-mangsa konflik bersenjata selaras dengan perjanjian–


perjanjian yang dibuat dengan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM/ICRC)

 Membantu JAPM/ICRC memaju dan membangunkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa


dan bekerjasama dalam penyebaran undang-undang ini & Prinsip- Prinsip Asas di antara
Persatuan-persatuan Kebangsaan.

 Menjadi perwakilan rasmi Persatuan-persatuan di peringkat antarabangsa. Diantaranya adalah


dalam urusan yang bersangkutan dengan keputusan & perakuan yang diterima-pakai oleh
Perhimpunan Agung Persekutuan & menjadi penjaga kepada keutuhannya & pelindung kepada
kepentingannya

 Melaksanakan mandat yang diamanahkan kepadanya oleh Persidangan Antarabangsa.

Perhimpunan Agung

 2 tahun sekali
 Dipengerusikan oleh Presiden Persekutuan yang diihadiri oleh perwakilan daripada Persatuan-
Persatuan Kebangsaan.

Majlis Eksekutif
 Bertindak atas segala keputusan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung
 Terdiri daripada Presiden, 8 orang Timbalan Presiden, Presiden Persekutuan Kebangsaan bagi
negara di mana Persekutuan beribu pejabat & 16 Persatuan Kebangsaan yang dipilih oleh

18
Perhimpunan Agung

Suruhanjaya Statut

 Buat masa ini ada lima iaitu, Kewangan, Belia, Bantuan Bencana,
Pembangunan dan Kesihatan & Perkhidmatan Masyarakat.

Sekretariat
 Beribu pejabat di Geneva
 Diketuai oleh Setiausaha Agung yang dilantik oleh Perhimpunan Agung atas nasihat Majlis
Eksekutif.
 Menghantar Laporan Tahunan Kepada semua Persatuan-persatuan Persekutuan
 Sumber Kewangan adalah dari ahli persatuan

1.3.2 Struktur dan Organisasi


Peringkat IPGM

19
20
21
Senarai Nama Ahli-ahli

Jawatankuasa Majlis Tadbir IPGM

22
1.3.3 Struktur dan Organisasi Peringkat Sekolah Dan Kumpulan

SUSUNAN ORGANISASI & PANGKAT PASUKAN


BSMM SEKOLAH MENENGAH

PENAUNG
( Pengetua / Guru Besar )

PEMIMPIN

PENOLONG PEMIMPIN PENOLONG PEMIMPIN

KETUA UTAMA SEKSYEN

KETUA SEKSYEN KETUA SEKSYEN KETUA SEKSYEN

PKS PKS PKS PKS PKS PKS

AHLI AHLI AHLI AHLI AHLI AHLI


Dipakai AHLI AHLI AHLI AHLI AHLI AHLI
Dilengan
kanan AHLI AHLI AHLI AHLI AHLI AHLI

AHLI AHLI AHLI AHLI AHLI AHLI

1.3.4 Fungsi Majlis Tadbir Kebangsaan

Majlis Kebangsaan
• Mempunyai kuasa tertinggi untuk menentukan semua urusan dalam persatuan.

Komponen
• Pengerusi Kebangsaan
• Timbalan Pengerusi Kebangsaan
• 4 orang Naib Pengerusi ( Pengerusi Cawangan + Bendahari Kebangsaan.)

• Pengerusi bagi
• Tindakbalas kecemasan
• Perkhidmatan ambulans.
• Program darah
• Perkhidmatan masyarakat dan kesihatan
• IHL dan hal undang-undang.

23
• Latihan dan sumber manusia.
• Hal antarabangsa.
• Tabung kewangan
• Bangunan
• Pengurusan.
• 5 orang ahli yang dilantik.
• 2 wakil daripada Cawangan
• Ketua pegawai perubatan bahagian Tentera.
• Ketua Persatuan Perubatan Malaysia.
• 1 wakil daripada Kementerian Pendidikan, Alam Sekitar, Hal Ehwal Luar Negeri , Kesihatan,
Dalam Negeri, Kebajikan dan Belia dan Sukan.

Kuasa Majlis
• Pengurusan, harta benda persatuan.
• Keahlian.
• Mencadangkan setiausaha agung persatuan
• Menambahkan dan mengubahkan peraturan.

1.4 Pengurusan dan Pentadbiran

1.4.1 Pendaftaran ahli Pasukan Kanak-Kanak (Link)

Penerimaan dan Yuran Keahlian

Ahli Kanak-Kanak Bulan Sabit Merah (Link) di daftarkan di Sekolah


Rendah samada sekolah tersebut di bawah tajaan Kerajaan atau
Sekolah swasta atau sekolah Persendirian didalam negara Malaysia.

Ahli Kanak-Kanak didalam lingkungan umur 9-12 tahun bagi tahap 4,5,6
di kategorikan sebagai ahli kanak-kanak. Penerimaannya dalam Keahlian
Bulan Sabit Merah (Sekolah Rendah) atau di panggil “Red Cross Link”

24
Kaedah Pendaftaran Unit

Yuran Keahlian Kanak-Kanak dikenakan kepada setiap murid sebanyak


RM1.00 (Satu Ringgit) setahun

Pendaftaran Keahlian tersebut di sahkan melalui Cabang/Cawangan/Ibu


Pejabat Kebangsaan. Setiap Pasukan Kanak-Kanak mestilah
mengandungi sekurang-kurangnya 12 orang ahli kanak-kanak.

Kanak-Kanak BSMM (Link) perlu mendapat kebenaran bertulis daripada


Ibubapa/Penjaga masing-masing sebelum menyertai Pasukan Kanak-
Kanak di sekolah masing-masing. Borang pendaftaran Pasukan, Borang
yang berkaitan dengan keahlian ini hendaklah di penuhkan seperti di
Lampiran.

Sijil Pendaftaran Unit Kanak-Kanak

Sijil Pendaftaran Pasukan akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat


Kebangsaan dan diserahkan kepada Guru Besar sekolah yang telah
di sahkan pendaftaran Unit melalui Pejabat BSMM
Cawangan/Cabang.

BORANG-BORANG BSMM MENGENAI UNIT KANAK-KANAK.

Guru Pemimpin Unit Kanak-Kanak hendaklah mengisikan Borang


Pendaftaran Unit (Lihat Lampiran) dan menyerahkan borang tersebut
bersama-sama Borang Keahlian Tahunan kepada Cabang dan
seterusnya kepada Cawangan untuk disahkan.

Kad Pengenalan Ahli Kanak-Kanak

Kaedah Pendaftaran Keahlian - Kad Pengenalan baru Unit Kanak-


Kanak BSMM di terangkan di lampiran ………

25
Maklumat-maklumat mengenai BSMM boleh di perolehi melalui
Pejabat BSMM Cabang / Cawangan dengan menghubungi Pegawai
Pentadbiran Pejabat BSMM masing-masing atau layari email:
mrcs@po.jaring.my atau website: http:/www.redcrescent.org.my atau
email kepada Cabang / Cawangan masing-masing.

Sijil Keahlian Kanak-Kanak

Setiap murid-murid sekolah rendah dari umur 9-12 (tahap 4,5,6) yang
di daftarkan didalam Pasukan Kanak-Kanak BSMM (Link) akan
diberikan Sijil Keahlian Kanak-Kanak.

Serial No. Keahlian hendaklah di pantau dan dikawal selia oleh


BSMM Cawangan yang diselaraskan bersama oleh Cabang. Lihat
Lampiran ……… (Contoh Sijil Keahlian Kanak-Kanak)

Murid-murid yang telah meninggalkan sekolah rendah selepas tamat


Darjah 5 boleh menyambung keahlian mereka di sekolah menengah
dengan mendaftarkan diri di Pasukan Belia Sekolah Menengah.

26
1.4.2 Struktur Unit

SUSUNAN ORGANISASI & PANGKAT PASUKAN


BSMM SEKOLAH MENENGAH

PENAUNG
( Pengetua / Guru Besar )

PEMIMPIN

PENOLONG PEMIMPIN PENOLONG PEMIMPIN

KETUA UTAMA SEKSYEN

KETUA SEKSYEN KETUA SEKSYEN KETUA SEKSYEN

PKS PKS PKS PKS PKS PKS

AHLI AHLI AHLI AHLI AHLI AHLI


Dipakai AHLI AHLI AHLI AHLI AHLI AHLI
Dilengan
kanan AHLI AHLI AHLI AHLI AHLI AHLI

AHLI AHLI AHLI AHLI AHLI AHLI

Ketua Utama Seksyen


Ketua Utama Seksyen bertanggungjawab menjaga semua Seksyen dalam pasukan
nya. Dia akan menjalankan semua tugas yang diamanahkan oleh Komandan.
Semasa ketiadaan semua pegawai tinggi dalam pasukannya, tugas-tugas Pasukannya
dipikul oleh Ketua Utama Seksyen.

Ketua Seksyen:
Ketua Seksyen biasanya bertanggungjawab menjaga Seksyen atau Seksyen-seksyen dan membantu
melatih dan menjaga displin ahli-ahli Seksyen di bawah jagaannya. Selain dari tugas-tugas itu, ia mungkin
dikehendaki melaksanakan tugas kesetiausahaan seperti yang diarahkan oleh Komandannya. Semasa
ketiadaan semua
pegawai kanan dan Ketua Utama Seksyen, tugas dan tanggungjawab Pasukannya
dipikul oleh Ketua Seksyen.

27
1.4.3 Pengurusan folio/Buku Log

Kandungan buku log / folio yang dilengkapi dengan butiran:

- Biodata.
- Laporan bagi setiap aktiviti / perjumpaan mingguan
- Nota bagi tajuk-tajuk yang berkaitan
- Bahan-bahan lampiran serta gambar / grafik
- Sumber rujukan

1.4.4 Tanggungjawab pemimpin

Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap pegawai dan ahli mengetahui dan memahami peraturan dan
undang-undang Persatuan. 'Kejahilan atau Tidak tahu' tidak boleh diterima sebagai alasan tidak
mematuhi peraturan dan undang-undang

 Pentadbiran

o Pendaftaran Ahli
o Insuran Ahli
o Kad Ahli
o Kewangan
o Perlantikan
 Ketua Utama Seksyen
 Ketua Seksyen
 Penolong Ketua Seksyen

o Tauliah

28
 Latihan

o Perjumpaan mingguan
o Program Latihan dan
o Peperiksaan
o Kursus
o Kecekapan Ahli
o Lencana kecekapan

 Tatatertib

o Tatatertib dalam pasukan.


o Melahirkan ahli yang berdisplin

 AktivitI

o Kerja Kemasyarakatan
o Pembangunan Belia
o Program Darah
o Menjaga Kesihatan Asas
o Program Anti-Dadah
o Lawatan ke Hospital
o Lawatan ke rumah orang tua
o Perkhemahan
o Lawatan sambil
o belajar
o Gotong royong dan lain-lain

29
 Pakaian Seragam

o Menentukan ahli mempunyai Pakaian Seragam mengikut peraturan

 Kebajikan Ahli
o Masalah,
o Sakit dan lain-lain

1.4.5 Pakaian seragam ahli dan pemimpin


(Sila rujuk Buku Panduan BSMM No. 5)

30
31
32
SISTEM LENCANA BELIA

CEGAH KEBAKA RAN

33
Azmi Tajudin, Pegawai Luar IPK & Othman Abu, Peg. Belia IPK - 2009 rev

34
Azmi Tajudin, Pegawai Luar IPK & Othman Abu, Peg. Belia IPK - 2009 rev

35
1.4.5 Takwim dan Rancangan Aktiviti

Contoh Perancangan Aktiviti Tahunan BSMM di Sekolah Kebangsaan

TARIKH CADANGAN AKTIVITI CATATAN


Mesyuarat Agung
Perlantikan AJK
Lagu dan Ikrar BSMM, Lagu Negaraku dan Lagu Negeri
Kelantan
Sejarah dan prinsip BSMM
Bendera, Logo dan Pakaian Rasmi
Peti Pertolongan Cemas
Asas Pertolongan Cemas
Panduan Rawatan Kecemasan
AMALI : Cara pemasangan khemah dengan betul
AMALI : Penyediaan makanan : Membuat sandwich
dengan cara yang betul
AMALI :Mencuci tangan dan membersihkan diri dengan
betul
AMALI : Asas Kawad Kaki
Ikatan Anduh dan Balutan
Jenis-jenis Penyakit
Ubat-ubatan
AMALI : Kerja Kemasyarakatan Gotong-royong
Majlis Penutup

2.0 KEMAHIRAN PERKHEMAHAN

2.1 KRAF PERKHEMAHAN

2.1.1 Pengenalan:

i. Konsep Khemah

36
a. Khemah ialah tempat perlindungan sementara yang selamat dan mempunyai
kemudahan asas yang minima.

b. Maksud tempat perlindungan ialah sebarang jenis dan bentuk tempat perlindungan,
sama ada yang diperbuat daripada kanves, nilon, dedaunan, buluh atau mungkin juga
daripada kayu dan batu. Yang penting, tempat perlindungan tersebut mampu
memberikan perlindungan daripada hujan, panas, angin dan juga kesejukan.

c. Berkhemah pula ialah penghidupan di luar bangunan, sama ada di halaman atau di
belakang rumah, di dalam hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya.
Dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan untuk hidup.

d. Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan.
Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab
terhadap pengurusan peralatan, makanan, dan perlindungan di samping melibatkan
diri dalam aktiviti yang berkaitan dengan perkhemahan.

e. Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji kemampuan mentaldan
fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang
terhad. Aktiviti berkhemah akan menguji setakat mana kesanggupan kita menghadapi
kekurangan & ketidakselesaan.

ii. Konsep Kraf Perkhemahan

a. Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi
cabaran alam sekitar dan alam semula jadi dalam kegiatan luar atau perkhemahan.

b. Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan apabila individu


melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan.

iii. Rasional

a. Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi cabaran
alam semula jadi dan habitatnya;

b. Memupuk perasaan cinta terhadap alam semula jadi dan mensyukuri akan ciptaan-
Nya; dan

c. Mengamalkan nilai-nilai murni dan menghayati akan keindahan alam flora dan fauna
yang terdapat di muka bumi ini.

iii. Objektif

a. Menggalakkan ahli BSMM untuk mengaplikasikan kemahiran dan teknik kraf


perkhemahan dalam aktiviti luar atau aktiviti perkhemahan;

b. Mendedahkan ahli BSMM untuk memahami akan habitat dan alam semula jadi serta
mengetahui cara-cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan atau tapak
perkhemahan; dan

37
c. Memberikan kesedaran kepada ahli BSMM tentang kepentingan menjaga alam sekitar
dengan cara yang betul dan berkesan.

2.1.2 Pengurusan dan Penjagaan Khemah:

i. Jenis-jenis Khemah:

a. Ridge tent:
Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang
bumbung. Diperbuat daripada material nylon yang
ringan supaya mudah dibawa dan dilipat

b. Dome tent:
Berbentuk gelembung dan menggunakan material
yang sesuai dan fleksibel. Ringan, mudah dibawa
dan sesuai digunakan untuk berkelah atau
perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya

c. Frame tent:
Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk
perkhemahan keluarga. Rangka khemah akan
dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian.

d. Bell tent:
Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah.
Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan
digantikan dengan khemah jenis “DOME”..

e. Shelter
Shelter sukar untuk dibina dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Shelter boleh
melindungi daripada serangga, panas, hujan, angin, salji dan suhu sejuk. Boleh
menyembunyikan diri daripada musuh bahaya
(i) Jenis-jenis Shelter

(a) Phonco-Lean-To
Mudah dan cepat dibina. Diikat pada
dua batang pokok.
Shelter tertutup pada satu bahagian
sahaja. Pastikan shelter tidak menghala
arah angin.

(b) Phonco Tent

38
Mudah dibina. Diikat antara dua batang
pokok. Shelter tertutup pada dua
bahagian,kiri dan kanan.

(c) One man Shelter


Mudah dibina dan terhalang dari
rintangan angin. Saiz yang kecil
menjadikan ia lebih sejuk dan nyaman..

i. Pengurusan dan Keselamatan Khemah:

a. Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan khemah.

b. Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian.

c. Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah.

d. Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau binatang lain dari
memasuki khemah.

e. Pastikan khemah ditutup jika tiada orang di dalamnya.

f. Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas.

g. Merokok adalah di larang sama sekali di dalam khemah.

h. Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan.

ii. Penjagaan Khemah:

i. Sentiasa melindungi pancang khemah dan pastikan tiang atau pancang khemah
berada dalam keadaan baik. Letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan
memasukkan dan mengeluarkan tiang atau pancang.

ii Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip jem dan susah untuk dibuka.

iii. Jangan menyimpan makanan didalam khemah untuk mengelakkan daripada binatang
mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha mencari makanan tersebut.

iv. Saranan yang penting sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali selepas trip atau
setelah selesai menggunakkannya, dan pastikan anda memeriksa setiap kotoran dan
sampah sarap yang tertinggal.

v. Sebelum menyimpan pastikan yang khemah anda betul-betul kering.

vi. Sekiranya khemah anda basah elakkan dari menekan, menarik, atau dengan apa cara
sekalipun untuk mengelakkan daripada terkoyak.

39
vii. Jangan menggunakan lilin, mancis, atau pembakaran terbuka berdekatan dengan
khemah.

viii. Sentiasa menggunakan peralatan yang menggunakan kuasa bateri di dalam khemah
dalam usaha mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

2.1.3 Tujuan dan Faedah Membuat Gajet:

i. Gajet ditakrifkan sebagai perkasasan atau peralatan atau perabot, seperti pagar, pintu,
kerusi, katil, rak barang, ampaian dan sebagainya yang terdapat di rumah. Gajet-gajet ini
diperbuat daripada kayu dengan menggunakan paku, gam dan sebagainya supaya kelihatan
kemas dan cantik serta sesuai dengan situasi tempat.

ii. Berdasarkan situasi di rumah, gajet juga amat diperlukan dalam aktiviti perkhemahan kerana
satu tapak perkhemahan boleh diibaratkan seperti sebuah rumah yang memerlukan pintu,
pagar, kerusi atau bangku, ampaian, rak kasut, rak barang, rak dapur dan seumpamanya.

iii. Bezanya, gajet-gajet dalam aktiviti perkhemahan diperbuat daripada buluh atau batang kayu
yang disambung atau diikat menggunakan tali dengan simpulan dan ikatan yang tertentu.
Simpulan dan ikatan ini amat penting agar gajet-gajet yang dibina menjadi kukuh dan
selamat digunakan. Sebaik-baik gajet perkhemahan ialah gajet yang dibina tanpa
menggunakan sebarang paku.

iv. Gajet-gajet ini dikenali juga sebagai kraf kayu atau wood craft. Gajet penting dalam aktiviti
luar kerana ia mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya:

a. menggantikan perkakasan dan perabot di rumah;

b. memudahkan pengurusan tempat atau kawasan perkhemahan; dan

c. menjadikan aktiviti perkhemahan lebih tersusun, teratur dan menyeronokkan.

v. Tujuan mendirikan gajet adalah untuk:

a. mempraktikkan ilmu simpulan dan ikatan yang telah dipelajarinya secara teori dan
amali dalam sesi perjumpaan mingguan;

40
b. membina semangat kekitaan, kerja sama, bertanggungjawab dan semangat bergotong
royong dalam kalangan ahli Kumpulan Seksyendalam suasana yang ceria dan
menyeronokkan;

c. mengisi masa lapang yang ada dengan aktiviti yang berfaedah sepanjang aktiviti
perkhemahan dijalankan;

d. mencerdaskan mental dan mencergaskan fizikal kerana memerlukan idea, kreativiti,


tenaga dan masa yang sesuai dan kondusif;

e. menentukan keluasan tapak perkhemahan masing-masing dengan mendirikan pagar


mengelilingi tapak khemah;

f. meninggikan taraf penghidupan di tapak perkhemahan agar kelihatan kemas, bersih,


selesa dan menarik.

g. dijadikan tempat untuk menyimpan, menyusun dan memperagakan perkasasan,


peralatan, bahan, maklumat, pakaian dan sebagainya;

h. melindungi bahan-bahan makanan, sama ada bahan basah atau bahan kering
daripada tercemar, sama ada oleh faktor alam ataupun oleh serangga dan haiwan;

i. memudahkan sebarang aktiviti dijalankan di dalam kawasan perkhemahan tanpa


sebarang masalah dan gangguan, seperti memudahkan pergerakan, senang mencari
maklumat serta barangan dan peralatan yang telah diletakkan atau disimpan di tempat
yang sesuai; dan

j. menjadi mercu tanda perkhemahan serta pengalaman dan kenangan yang tidak
mudah dilupakan.

41
vi. Terdapat beberapa faedah mendirikan gajet. Antaranya:

a. mewujudkan suasana yang tenteram, selesa, lapang dan selamat;

b. menjimatkan kos;

c. alam sekitar menjadi bersih dan nyaman;

d. barangan dan peralatan mudah disimpan dan diambil;

e. menambahkan pengetahuan dan pengalaman; dan

f. memanfaatkan sumber alam persekitaran dengan sebaik mungkin.

vii. Kaedah mendirikan gajet:

a. ringkas dan praktikal dengan penggunaan bahan dan peralatan yang minimum;

b. senang dibina dalam jangka masa yang pendek serta boleh serba guna;

c. menggunakan bahan dan alat yang ada dipersekitaran atau yang dibekalkan tanpa
memerlukan kos yang tinggi;

d. menggunakan simpulan dan ikatan yang betul dan kemas;

e. susun atur mendirikan gajet di tempat yang sesuai di dalam kawasan perkhemahan;
dan

f. jenis dan bilangan sesuai dengan bilangan peserta dan keluasan tapak.

viii. Bahan-bahan untuk mendirikan gajet:

a. Sebelum sesebuah gajet dibina, beberapa peralatan dan bahan perlu disediakan
terlebih dahulu. Peralatan dan bahan ini bergantung kepada jenis-jenis gajet yang
akan dibina.

b. Antara peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sesebuah gajet
(mengikut kesesuaian) ialah ;

42
(i) parang;

(ii) gergaji;

(iii) tali, sama ada tali rafia, rami atau manila, rotan, dawai atau akar;

(iv) buluh, sama ada yang lurus, bulat atau pun yang telah dibelah (boleh juga buluh
terpakai);

(v) kayu yang berukuran diameter di antara 10 cm hingga 18 cm;

(vi) kayu yang berukuran diameter di antara 18 cm hingga 22 cm;

(vii) ranting dan dahan pokok, sama ada yang lurus atau yang bercabang;

(viii) tin-tin kosong;

(ix) batu-bata;

(x) plastik;

(xi) zink;

(xii) papan;

(xiii) kad manila; dan

(xiv) dedaunan.

2.1.4 Jenis-jenis Gajet dan Kegunaannya:

i. Gajet perlu didirikan mengikut kesesuaian kerana terdapat pelbagai jenis gajet boleh
dibinakan sepanjang aktiviti perkhemahan dijalankan. Namun gajet perlu didirikan pada
waktu yang lapang atau pada waktu yang telah ditetapkan di dalam jadual perkhemahan.

ii. Antara gajet yang boleh dibina: ialah gajet dapur, meja, rak kasut, alas atau rak untuk
meletak beg pakaian, ampaian, pintu gerbang, menara kawalan, dan sebagainya.

a. tiang bendera;

b. pagar;

c. pintu gerbang;

d. papan kenyataan;

43
e. ampaian;

f. pangkin, tempat duduk dan meja;

g. rak kasut;

h. rak dapur;

i. rak barang; dan

j. lubang basah dan lubang kering (tempat buangan sampah).

iii. Tiang bendera:

a. Tiang bendera didirikan dengan menggunakan kayu


atau buluh, tali, dan bendera. Pelbagai bentuk boleh
dihasilkan untuk membuat tiang bendera. Walau
bagaimanapun, penghasilannya adalah bergantung
kepada sumber bahan yang ada.

b. Terdapat dua jenis tiang bendera didirikan dalam aktiviti


perkhemahan BSMM. Satu berupa tiang bendera utama
yang didirikan di hadapan kawasan lapang atau tapak
perhimpunan yang digunakan untuk mengibarkan
bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera BSMM,
manakala satu lagi berupa tiang bendera yang
digunakan untuk mengibarkan bendera Sekawan atau
Patrol di dalam kawasan perkhemahan Sekawan atau
Patrol itu sendiri.
iv. Pagar:

a. Gajet pagar amat penting dibina untuk menentukan keluasan kawasan perkhemahan Sekawan atau
Patrol. Gajet pagar didirikan dengan menggunakan kayu atau buluh yang dipacak
mengelilingi kawasan khemah kemudian diikat atau dihadang dengan tali untuk
menjadi pagar.

b. Pagar tidak perlu dibina terlalu tinggi. Sebaik-baiknya ketinggian pagar yang dibina
sekitar satu meter sahaja. Untuk memastikan pagar menjadi kukuh, jarak pancangan
kayu atau buluh hendaklah agak rapat sekitar dua meter antara satu pancangan.

c. Sekawan atau Patrol yang kreatif akan menghiasi pagar mereka dengan pelbagai
corak atau gaya agar pagar kelihatan kemas, menarik dan cantik.

44
KEDUDUKAN/PLAN PERKHEMAHAN

v. Pintu gerbang:

a. Gajet pintu gerbang merupakan satu daripada gajet


yang amat penting dibina dalam aktiviti perkhemahan.
Selain sebagai pintu masuk ke dalam kawasan
perkhemahan, pintu gerbang yang baik akan
berperanan sebagai pusat kawalan, di samping sebagai
tempat untuk memasang bendera Sekawan/Patrol.

b. Pembinaan pintu gerbang seharusnya bersesuaian


dengan bilangan hari dan bahan yang ada. Jika tempoh
perkhemahan agak lama dan bahan untuk mendirikan
gajet pintu gerbang banyak, seharusnya pintu gerbang
yang didirikan agak besar dan cantik.

c. Antara bahan dan peralatan yang diperlukan untuk membuat gajet pintu gerbang ialah:

(i) beberapa batang kayu atau buluh pelbagai


ukuran;

(ii) tali, sama ada rami, jut atau raffia;

(iii) cangkul, parang dan gergaji; dan

(iv) tangga (jika ada).

vi. Papan kenyataan:

a. Gajet ini dibuat untuk mempamerkan beberapa kenyataan atau maklumat berkaitan
ahli Sekawan atau Patrol, pengumuman pemimpin, pelan atau gambar rajah kawasan
perkhemahan Kumpulan Seksyendan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

45
b. Saiz papan kenyataan yang ingin dibuat bergantung kepada keperluan dan sumber
bahan yang ada. Bagi memastikan agar maklumat yang dipamerkan itu terlindung
daripada hujan dan matahari, kreativiti BSMM amat diperlukan untuk menyediakan
bumbung atau perlindungan yang bersesuaian bagi papan kenyataan berkenaan.

c. Antara bahan yang diperlukan ialah kayu atau buluh, tali, marker dan bahan-bahan lain
yang sesuai.

PELBAGAI CONTOH PAPAN KENYATAAN

vii. Ampaian:

a. Gajet ampaian boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk bergantung kepada kreativiti
pembuatnya. Walau bagaimanapun, gajet ampaian yang baik ialah gajet yang didirikan
tanpa bergantung kepada pokok atau batang-batang pokok yang hidup.

b. Oleh itu, gajet ampaian digalakkan didirikan di kawasan lapang, khususnya kawasan
yang terdedah kepada cahaya matahari dan angin di bahagian belakang kawasan
khemah kumpulan.

c. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat gajet ampaian ialah kayu atau buluh,
kayu bercabang, kayu atau buluh pancang dan tali atau dawai.

viii. Pangkin, tempat duduk dan meja:

a. Gajet ini dibuat untuk dua fungsi. Pertama, sebagai meja makan dan kedua, sebagai
meja persidangan atau perbincangan Sekawan/ Patrol.

b. Kebiasaannya gajet ini didirikan di bahagian belakang kawasan khemah kumpulan,


iaitu berdekatan dengan khemah dapur. Ada juga kumpulan yang membuat gajet
tersebut di bahagian hadapan atau kawasan halaman khemah kumpulan.

46
PELBAGAI CONTOH RAK MEJA
ix. Rak kasut:

CONTOH RAK KASUT

a. Gajet rak kasut dibuat untuk meletakkan kasut-kasut ahli kumpulan dalam kawasan
perkhemahan tersebut. Tempat yang paling sesuai untuk membina rak kasut ialah
berhampiran dengan khemah ahli, khususnya berdekatan dengan pintu khemah.

b. Gajet rak kasut dibina dengan menggunakan beberapa batang bulu atau kayu
berukuran antara suku hingga satu meter dan diikat dengan tali menggunakan
simpulan dan ikatan yang sesuai.
x. Rak dapur atau tempat memasak:

a. Rak atau gajet dapur atau tempat memasak merupakan antara gajet yang paling
penting perlu dibuat. Rak dapur boleh dibuat secara paling ringkas, yakni tanpa
bumbung atau boleh juga dibuat dengan berbumbung.

b. Gajet dapur yang paling ringkas ialah gajet dapur bergantung yang biasanya
digunakan untuk memasak air. Manakala untuk memasak makanan pula, gajet yang
paling ringkas ialah yang didirikan di atas tanah dengan menggunakan batu atau
tungku. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat gajet dapur ringkas ialah kayu
bercabang, kayu lurus atau buluh, batu bata, dawai, tanah kering, dan kawasan
berbukit.

47
PELBAGAI CONTOH RAK DAPUR

xi. Rak barangan dapur:

a. Gajet ini saiznya agak besar dan agak rumit juga untuk membuatnya. Gajet atau rak ini
digunakan sebagai tempat membasuh pinggan mangkuk yang dilengkapi dengan baldi
air atau besen, tuala kecil, sabun, dan air. Untuk menjimatkan ruang, gajet atau rak ini
boleh dibuat secara bertingkat-tingkat.

CONTOH RAK BARANGAN DAPUR


xii. Rak tempat menyimpan makanan:

a. Gajet ini dibuat berdasarkan kegunaannya. Sekiranya terdapat pokok di dalam


kawasan khemah kumpulan, maka gajet jenis bergantung sesuai digunakan. Sekiranya
tiada pokok dalam kawasan khemah berkenaan, gajet jenis bertingkat berbentuk kon
boleh dibuat.

CONTOH RAK MENYIMPAN MAKANAN

48
b. Gajet tempat menyimpan makanan yang baik ialah yang dihasilkan bersama penutup
yang diperbuat daripada plastik atau dedaun kering yang dianyam. Antara bahan yang
diperlukan ialah kayu atau buluh, buluh yang dibelah dua atau empat, tali, dan plastik
atau dedaun kering yang bersesuaian.

PELBAGAI CONTOH RAK MENYIMPAN MAKANAN BERTUTUP

xii. Tempat buangan sampah basah (sisa makanan) dan sampah kering:

a. Gajet ini juga amat penting dibuat untuk menjaga akan kebersihan kawasan khemah.
Gajet buangan sampah basah dan sampah kering boleh dibina di atas atas seperti
gambar rajah di bawah atau dengan cara mengorek lubang di tanah.

b. Demi menjaga kebersihan, pastikan gajet ini dibina di bahagian belakang berdekatan
dengan rak dapur dan ditutup sentiasa untuk mengelakkan lalat dan serangga lain
mengerumuni atau berkumpul dalam tenmpat sampah.

CONTOH LUBANG KERING DAN LUBANG BASAH

2.2 SIMPULAN DAN IKATAN

2.2.1 Tali-temali:

49
i. Simpulan dan ikatan merupakan aktiviti tali-temali yang amat berkait rapat dengan aktiviti
perkhemahan. Menguasai kemahiran tali-temali ini amat penting bagi memudah dan
meringankan kerja serta untuk menjamin keselamatan semasa menggunakan simpulan dan
ikatan agar tidak ditimpa kemalangan atau kecelakaan akibat tersalah mengikat atau
membuat simpulan.

ii. Terdapat pelbagai jenis tali yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dan situasi,
sama ada sewaktu menjalankan aktiviti perkhemahan, pengembaraan, pelayaran,
pendakian, di sekolah, pejabat mahupun di rumah.

iii. Antaranya ialah:

a. Tali penyelamat:

(i) Digunakan untuk menyelamat mangsa dan diperbuat daripada rami Itali atau
terylene.

(ii) Tali penyelamat dibentuk dengan cara tiga ikatan shroud laid.

(iii) Kebiasaan mempunyai diameter 2 inci.

(iv) Ketahanan tali rami Itali – 2.85 tan.

(v) Ketahanan tali terylene – 4.05 tan.

b. Tali pengangkat:

(i) Diperbuat daripada rami Manila dan nilon dengan cara ikatan hawser laid.

(ii) Mempunyai diameter 2 inci dan panjang 100 kaki.

(iii) Ketahanan tali rami Manila – 2.05 tan.

(iv) Ketahanan tali nilon – 3.40 tan.

(v) Ketahanan tali terylene – 4.05 tan.

c. Tali penarik:

(i) Diperbuat daripada terylene dengan cara ikatan hawser laid.

(ii) Mempunyai diameter 2 inci dan panjang 130 kaki.

(iii) Ketahanan tali penarik – 2.73 tan.

d. Tali pengikat:

(i) Diperbuat daripada rami Manila dengan cara ikatan hawser laid.

(ii) Mempunyai diameter 2 inci dan panjang 50 kaki.

50
(iii) Ketahanan tali pengikat – 2.03 tan.

iv. Penjagaan tali:

a. Tali yang baru dibeli hendaklah dibuka lilitannya dan ditegangkan sekali-sekala.

b. Hujung tali mestilah dililit atau dimatikan supaya tidak bercerai atau terlerai.

CARA UNTUK MEMATIKAN HUJUNG TALI

c. Gunakan tali atau benang kasar yang sesuai besarnya.

d. Selepas digunakan, tali hendaklah dilengkarkan atau digulung dengan baik sebelum
disimpan di tempat yang kering dan selamat.

e. Untuk menjamin kekuatan dan kekukuhan tali serta tahan lama, tali tidak perlu
dibasuhkan kerana akan mengakibatkan tali menjadi basah.

f. Tali yang basah tidak boleh terus disimpan. Keadaan ini akan menyebabkan tali
mudah menjadi reput dan tidak selamat digunakan.

g. Tali yang basah tidak digalakkan untuk dijemur di bawah panas matahari atau
menggunakan kuasa wap. Sebaliknya, tali tersebut perlu diudarakan dan dibiarkan
kering dalam suhu bilik.

h. Sebaik-baiknya, tali yang hendak disimpan boleh dilabelkan ukuran panjang dan
digantungkan di tempat yang sesuai.

i. Dicadangkan agar tali-tali yang hendak digunakan untuk tujuan mengangkat, menarik
dan menyelamat perlu diuji terlebih dahulu agar ia selamat digunakan.

2.2.1 Simpulan:

i. Simpulan ialah satu aktiviti tali temali yang menggunakan tali yang kecil dan sederhana
ukurannya untuk disimpulkan pada benda-benda yang kecil dan sederhana ukurannya juga.
Simpulan mudah diaplikasikan selalu walau di mana jua lokasinya, sama ada di hutan, di
rumah mahupun di pejabat. Misalnya, simpul manuk boleh digunakan untuk mematikan tali
ampaian. Manakala simpul buku sila pula boleh digunakan ketika membuat anduh untuk
menampung tangan yang tercedera atau patah.

51
CONTOH SIMPULAN DAN IKATAN

ii. Terdapat tujuh jenis simpulan asas, iaitu:

a. Simpul Mati (Thumb knot):

(i) Satu simpulan yang tidak mudah terurai atau terbuka disebabkan simpulan yang
kukuh. Satu simpulan tali yang mudah dan digunakan ikatan di bahagian hujung.

(ii) Simpul mati berfungsi untuk mematikan hujung tali supaya ikatan tali nampak
kemas serta tidak mudah terurai atau terbuka dan tali tidak terbuang.

b. Simpul Manuk (Clove hitch):

(i) Simpulan yang tidak mudah terburai atau terlerai.

(ii) Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.

(iii) Juga digunakan untuk mengikat tali pada botol atau tangkai buah durian (mudah
untuk membawanya).

(iv) Semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting dan lilit
kacang atau ular.

c. Simpul Buku Sila (Reef knot):

52
SIMPULAN BUKU SILA

(i) Simpulan yang tegap dan tidak mudah terlucut.

(ii) Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama saiz.

(iii) Mematikan ikatan pada bungkusan.

(iv) Membalut luka, bandage atau mematikan ikatan anduh.

(v) Mengikat khemah yang sudah dilipat.

d. Simpul Tindih Kasih (Bowline)

(i) Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.

(ii) Sangat berguna dalam kerja-kerja menyelamat.

(iii) Akan diikat pada pinggang mangsa dan ditarik ke tempat yang selamat.

(iv) Juga digunakan untuk mengikat leher haiwan.

e. Simpul Tindih Kasih Berganda (Double Bowline)

(i) Seperti simpul tindih kasih biasa tetapi lebih tegap dan kukuh kerana
menggunakan dua lapis tali.

(ii) Akan menghasilkan dua tanjul.

(iii) Sangat berguna dalam kerja-kerja menyelamat mangsa.

(iv) Kedua-dua tanjul boleh diubah mengikut kesesuaian mangsa.

f. Simpul Bunga Geti (Sheet Bend):

(i) Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama saiz dan berlainan saiz.

(ii) Juga digunakan untuk mengikat tali ke sesuatu tanjul.

53
CARA MEMBUKA SIMPULAN BUNGA GETI

g. Simpul Himpit (Fisherman’s Knot):

(i) Digunakan untuk menyambung dua utas tali licin yang sama ukuran/saiz.

(ii) Atau antara tali licin dengan tali nylon yang sama saiz.

(iii) Contohnya, tali kail dan tali nylon.

h. Simpul Belit Lucut:

(i) Dikenali juga sebagai ikatan bendera kerana digunakan untuk mengikat bendera
yang berlipat pada tiang bendera.

(ii) Juga dikenali sebagai ikatan pencuri kerana digunakan oleh pencuri untuk turun
dari tempat tinggi.

(iii) Sering digunakan untuk menuruni bukit, pokok atau tempat yang tinggi.

2.2.2 Ikatan

i. Ikatan ialah satu aktiviti tali temali yang digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan
papan untuk jambatan, tiang bendera, menara kawalan dan sebagainya. Kebiasaannya
dalam aktiviti BSMM, beberapa ikatan digunakan seperti iakatan seraya, iakatan serong,
ikatan silang gunting dan ikatan lilit balak.

ii. Jenis-jenis ikatan:

a. Terdapat empat jenis ikatan asas yang paling popular, iaitu:

(i) Ikatan Seraya

(a) Ikatan seraya digunakan untuk mengikat kayu atau buluh yang bersudut
tetap.

(b) Dimulakan dengan simpul manuk pada batang kayu/buluh kemudian lilit
dengan kemas dan ketat. Dikuti dengan lilitan di celah kayu/buluh. Ikatan
seraya diakhiri dengan simpul manuk pada kayu/buluh.

54
(ii) Ikatan Serong

(a) Ikatan serong digunakan pada kayu atau buluh yang bersilang dan dalam
keadaan serong.

(b) Bermula dengan ikatan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang.
Kemudian lilit secara membujur dan melintang seperti dalam gambar rajah
di bawah. Seterusnya, lilit di celah-celah silang supaya ikatan tersebut
kukuh dan kemas. Ikatan serong ditamatkan dengan simpul manuk.

(iii) Ikatan Lilit Kacang

(a) Ikatan lilit kacang digunakan untuk mengikat kayu atau buluh semasa
membuat gajet.

(b) Dimulakan dengan simpul manuk atau lilit balak pada sebatang tiang.
Kemudian ikat secara berselang-seli pada kayu/buluh lantai dari atas ke
bawah hingga selesai. Ikatan lilit kacang ditamatkan dengan simpul manuk.

55
(c) Selain mengunakan seutas tali, ikatan lilit kacang juga boleh dilakukan
dengan menggunakan dua utas tali. Lilit kacang yang menggunakan dua
utas tali akan menjadikan ikatan tersebut menjadi bertambah kemas dan
kukuh serta terjamin kuatnya.

56
(iv) Ikatan Silang Gunting

(a) Ikatan silang gunting digunakan untuk membuat jambatan, menara, gajet
dan menyambung kayu.

(b) Ikatan silang gunting digunakan untuk menyambung dua batang kayu atau
buluh atau mengikat dua batang kayu/buluh.

(c) Apabila menyambung dua batang tiang/kayu/buluh, ikatan silang gunting


akan digunakan pada kedua-dua hujung tiang/kayu/buluh.

(d) Ikatan silang gunting dimulakan dengan simpul manuk pada sebatang
tiang/kayu/buluh. Kemudian lilit kedua-dua batang tersebut dengan kemas
dan kuat. Ikatan silang gunting akan ditamatkan dengan simpul manuk.

2.4 IKHTIAR HIDUP

2.4.1 Pengenalan:

i. Ikhtiar hidup atau lebih dikenali sebagai survival boleh diertikan sebagai suatu situasi atau
keadaan genting serta mengalami kesukaran dalam usaha untuk meneruskan kehidupan,
terutamanya semasa mengikuti aktiviti perkhemahan di dalam hutan, bukit dan gunung.

ii. Oleh itu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup
atau daya usaha yang diutamakan dalam proses kelangsungan hidup. Dalam konteks aktiviti
luar, ikhtiar hidup merupakan satu usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang
supaya dia terus hidup semasa menghadapi ancaman, termasuk sesat di dalam hutan.

iii. Situasi ikhtiar hidup ialah apabila berlakunya gejala-gejala seperti yang berikut:

a. kehabisan bekalan makanan dan minuman;

b. ancaman binatang buas;

c. sesat di dalam hutan; dan


d. masalah perlindungan.

iv. Punca wujudnya situasi ikhtiar hidup ialah kelalaian manusia itu sendiri, sama ada di
peringkat perancangan, persiapan ataupun di peringkat pelaksanaan aktiviti. Kurang
57
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran mendorong ke arah wujudnya situasi ikhtiar
hidup.

v. Oleh itu, setiap individu yang ingin mengadakan atau menyertai aktiviti luar perlulah
mendalami ilmu dan kemahiran tentang perkhemahan agar situasi ikhtiar hidup akan dapat
dielakkan. Pelbagai cabaran dan risiko akan sentiasa dilalui sepanjang aktiviti luar
dilaksanakan.

vi. Prinsip ikhtiar hidup:

a. Keselamatan:
Keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat dilakukan
dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh
membahayakan keselamatan.
Misalnya, elakkan daripada memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui
puncanya, sama ada boleh dimakan atau tidak walaupun dalam keadaan yang sangat
lapar.
Masalah ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika soal keselamatan diri dan nyawa
diabaikan.

b. Usaha:
Dalam situasi ikhtiar hidup, pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke
semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Sikap berdiam
diri dan berserah kepada nasib atau takdir semata-mata tanpa usaha akan
mengundang risiko. Jika sesuatu usaha itu gagal maka hendaklah berusaha dengan
cara yang lain pula asalkan usaha tersebut tidak menjejaskan faktor keselamatan.
Semakin banyak usaha yang dilakukan semakin banyak peluang yang akan muncul
untuk mengatasi segala rintangan dan risiko yang dihadapi.

c. Kawalan diri:
Dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala
keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri,
perasaan cemas dan panik serta hilang pertimbangan akan menyebabkan seseorang
itu untuk bertindak secara terburu-buru tanpa berfikir. Keadaan ini pasti akan
menambahkan lagi kerumitan terhadap masalah yang sedang dihadapi.

d. Kerjasama:
Jika dalam pasukan atau kumpulan, kerjasama yang erat dan berterusan dalam
pasukan atau kumpulan amat penting untuk diberikan keutamaan agar segala
kerumitan dan kesulitan dapat diatasi secara bersama. Kesepakatan membawa berkat.
Jika tiada kesepatan segala masalah sukar diatasi.

58
2.4.2 Masakan solar/rimba/kelompok:

i. Masakan solar merupakan satu cara penyediaan makanan tanpa menggunakan peralatan
dapur dan hanya menggunakan cahaya matahari sebagai sumber tenaga pembakar.

ii. Kaedah memasak menggunakan tenaga solar mempunyai banyak kebaikan. Antaranya
ialah:

a. satu cara untuk mendidik ahli supaya sentiasa melindungi alam sekitar yang semakin
terancam;

b. mengurangkan pencemaran pembakaran bahan api;

c. mengurangkan bahaya gas dan kebakaran.

iii. Cuaca yang sesuai ialah semasa musim panas terik.

iv. Bahan -bahan yang diperlukan ialah:

a. aliminium foil;

b. periuk memasak nipis yang telah disembur cat aerosol hitam;

c. kertas kadbord yang tebal atau kotak besar yang kosong;

d. gam/glue;

e. pelekat kertas /paper binding tape;

f. plastik;

g. tali rapiah; dan

h. tiga batu kecil diletak dibawah panci/periuk nipis semasa memasak.

59
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT DAPUR

PROSES MENYEDIAKAN PERIUK

PENYEDIAAN MENU MASAKAN

PERIUK DIMASUKKAN KE DALAM BEG PLASTIK LALU DIIKAT DENGAN KETAT

60
Dapur Clinton

Peranan utama BSMM apabila bencana melanda:


 Membantu KementerianKebajikan Masyarakat mengada dan menguruskan pusat-pusat
bantuan/pemindahan, memasak, memberi makan ramai, mengagihkan bekalan bantuan baikpulih
mangsa bencana.
 Memasak dan mengagihkan bekalan dan makanan tanggungjawab khas BSMM.
 Memasak beramai-ramai secara Clinton Cookers dengan berdasarkan unit tertentu.
 Unit bantuan ringan
 Unit Bantuan Berat
 Unit Penyelamat
 Kereta pacuan 4 roda Land Rover/Land Cruiser dan unit trailer dapur yang mana mampu
mengendalikan satu pusat bantuan/pemindahan. Tiap-tiap satu unit dapor mampu memasak
makanan 250 orang/jam.dan trailer mempunyai simpanan makanan utk 1000 orang.

Ahli

• 1 ketua + 5 ahli terlatih.

Memasang dapur/alatan
• Pembakar
– 6’ dari tabung gas
– Di tempat rata
• Tungku di atas dapur
• Kuali 36” di atas tungku
• Kukusan dalam kuali - 90º
• Penghalang angin

Memasak
• Air dalam kuali hingga cecah dasar kukusan
• Setiap kukus ada 5 dulang
• 13 tin susu beras untuk setiap dulang
• 18 tin susu air untuk setiap dulang

61
• masa memasak 30-45 minit
• Bekas paling atas - 3/4 masak pindahkan ke bawah.
• Apabila sudah mula masak jangan buka - ikut masa
• Sedulang nasi untuk 50 orang.

2.4.3 Membuat perangkap:

i. Perangkap atau jerat dibina untuk memerangkap dan menangkap haiwan atau binatang
ketika kehabisan makanan semasa menyertai kegiatan perkhemahan di dalam hutan.
Terdapat beberapa jenis perangkap dan jerat yang digunakan antaranya:

a. perangkap atau jerat pelanduk;

b. perangkap atau jerat ayam hutan;

c. perangkap atau jerat hempap dan jerut;

d. perangkap kurungan.

ii. Perangkap atau jerat pelanduk:

a. Mudah untuk dibuat kerana ia hanya memerlukan beberapa bahan sahaja.Bahan-


bahan yang perlu disediakan ialah :

(i) kayu pelentik;

(ii) tali pesawat yang kuat dengan ukuran panjang yang sesuai;

(iii) kayu cabang berbentuk ’Y’ yang ditajamkan kedua-dua belah hujungnya;

(iv) kayu pesawat; dan

(v) alas pemijak.

b. Tali jerut atau alas pemijak perlu ditutup dengan menggunakan daun-daun. Daun-daun
juga digosok ke tengkuk dan tubuh untuk menyembunyikan bau badan.

ii. Perangkap atau jerat ayam hutan:

a. Jerat jenis ini mempunyai mekanisme yang sama dengan jerat simbat dan jerat sentak
yang dibuat bagi menangkap burung ruak-ruak.Di antara bahan-bahan yang digunakan
ialah:

(i) sebatang kayu lentik dengan ukuran panjang yang sesuai;

(ii) dua batang kayu yang bercabang;

(iii) tali pesawat;

(iv) dua batang kayu pelepas;

62
(v) sebatang kayu pesawat (kayu pembingkas) sepanjang 5 cm; dan

(vi) beberapa batang kayu pemijak.

b. Namun begitu cara ini kurang popular kerana badan ayam hutan mungkin akan
tersekat oleh kayu lengkung yang digunakan.

iii. Perangkap atau jerat hempap dan jerut:

a. Perangkap atau jerat hempap biasanya dibuat untuk mencederakan haiwan atau
binatang. Perangkap jenis ini mudah dibuat dan dapat dilihat dengan jelas.Beberapa
jenis bahan yang perlu disediakan ialah:

(i) tali pesawat yang cukup kuat dan mempunyai panjang yang sesuai;

(ii) umpan;

(iii) tali pemberat tambahan;

(iv) batang kayu penghempap;

(v) dua batang kayu penghalang hadapan;

(vi) dua batang kayu penghalang belakang;

(vii) kayu pesawat;

(viii) dua batang kayu pelepas; dan

(ix) beberapa batang kayu pemijak.

b. Perangkap atau jerat hempap dan jerut akan memastikan kaki haiwan terjerut serta
dihempap oleh batang kayu. Namun begitu, masalah yang timbul ialah untuk
mendapatkan kayu pelepas dan kayu pesawat yang kuat serta dapat menampung
berat kayu penghempap serta kayu pemberat tambahan.

iv. Perangkap atau jerat kurungan:

a. Perangkap kurungan digunakan untuk membolehkan kita menangkap haiwan hidup-


hidup. Sungguhpun begitu cara ini kurang popular dan tidak praktis kerana ia
mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan serta banyak membazirkan tenaga.
Bahan yang diperlukan bagi membuat perangkap jenis ini ialah :

(i) batang-batang kayu yang secukupnya untuk dijadikan dinding,kayu alang, tiang
pintu dan sebagainya;

(ii) umpan;

(iii) gelang rotan;

63
(iv) kayu pesawat; dan

(v) tali pesawat.

b. Tiang-tiang perangkap hendaklah ditanam ke dalam tanah bagi memastikan


perangkap atau jerat tidak terbalik akibat dirempuh binatang liar.

2.5 ASAS KAWAD KAKI DAN ISTIADAT

2.5.1 Pengenalan:

i. Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam atau unit beruniform, seperti
Pergerakan BSMM dan Kadet Remaja Sekolah yang melibatkan pergerakan kaki, tangan
dan badan secara serentak mengikut arahan yang diberikan oleh ketua (komander).
Berkawad ialah berjalan dgn rentak kaki yg sama atau berbaris atau mengadakan perbarisan
berdasarkan arahan yang diberikan oleh ketua..

ii. Kawad kaki merupakan sebahagian daripada aktiviti kecergasan dan berpasukan yang
bertujuan untuk membentuk disiplin dan ketatatertiban dalam pasukan. Di samping itu,
kawad kaki juga bertujuan untuk membentuk individu yang cergas, berdisiplin tinggi,
berfokus dan taat akan perintah dan arahan ketua.

iii. Dua bentuk latihan diutamakan, iaitu:

a. Latihan bahasa hukuman/perintah kawad; dan

b. Latihan pergerakan.

iv. Objektif kawad kaki adalah untuk:

a. membentuk peribadi individu;

b. menyemai semangat taat setia dan mematuhi arahan atau perintah;

c. menanam perasaan yakin;

d. membentuk semangat dan peribadi yang cergas, setia dan bertatatertib;

e. menanam dan menyemai semangat dan sikap bekerjasama; dan

f. menanam dan menyemai sifat-sifat yang teratur, kemas, berdisiplin dan berhemah
tinggi.

v. Kawad kaki mengandungi lima elemen utama, iaitu:

a. Kawad Statik

64
b. Kawad Dinamik

c. Kawad Asas
d. Kawad Formasi

e. Kawalan Kehormatan

2.5.2 Bahasa Hukuman Kawad:

i. Tiga asas dalam membina bahasa hukuman kawad:

a. Ingatan:
Memberi peringatan kepada skuad/kumpulan apa yang akan mereka buat.

b. Harkat/Amaran:
Peringatan yang panjang terhadap perbuatan atau pergerakan yang akan dilakukan
oleh skuad.

c. Perbuatan:
Arahan perbuatan yang patut dilakukan oleh skuad (dilafazkan dengan suara yang
amat nyaring oleh komander/pemimpin kawad.

ii. Contoh bahasa hukuman kawad:

Bahasa Hukuman Kawad Tindakan

BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA INGATAN

KE KANAN… HARKAT/AMARAN

PUSING PERBUATAN

iii. Latihan asas dalam membina bahasa hukuman kawad:

a. Masuk Baris;
b. Sedia;
c. Luruskan barisan;
d. Paras;
e. Senang Diri;
f. Rehatkan Diri;
g. Keluar Baris;
h. Pusing ke Kanan;
i. Pusing ke Kiri;
j. Pusing/Menghadap ke Belakang;
k. Pusing/Menghadap ke Hadapan;
l. Kawad Jalan Kaki;
m. Berhenti Semasa Berkawad/Jalan Kaki; dan
n. Bersurai.

65
2.5.3 Kawad Statik dan Dinamik:

i. Latihan kawad statik dan dinamik

a. Masuk Baris:

(i) Hukuman ini diberikan apabila latihan kawad/perbarisan/kawalan hormat hendak


dimulakan atau selepas skuad berada dalam kedudukan KELUAR BARIS, iaitu
berehat.

(ii) Arahan:

“DENGAR SINI SEMUA SEKALI, APABILA MENDAPAT HUKUMAN


TIGA/DUA/SATU BARISAN DI HADAPAN SAYA, SKUAD HENDAKLAH SEDIA,
BERLARI, BERBARIS DALAM TIGA/DUA/SATU BARISAN DI HADAPAN, DI
TENGAH-TENGAH DI MANA SAYA MENGADAP.”

“FAHAM ITU SKUAD!”


TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK!
atau
DUA BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK!
atau
SATU BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK!
atau
MASUK BARIS …… GERAK!

b. Paraskan Skuad:

(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

(ii) Arahan:

YANG TINGGI KE KANAN, YANG RENDAH KE KIRI DALAM SATU BARISAN


…… GERAK!
(Skuad akan bergerak dengan cara berpusing ke kanan selaku KELUAR BARIS
dan terus membentuk satu barisan panjang di hadapan pemimpin.)

NOMBOR!
(Skuad akan menyebut nombor masing-masing secara kuat/nyaring bermula dari
sebelah kanan.)

NOMBOR GANJIL SATU LANGKAH KE HADAPAN, NOMBOR GENAP SATU


LANGKAH KE BELAKANG …… GERAK!

ORANG DISEBELAH KANAN SEKALI, DIAM!


(Hukuman ini diberi sebagai tanda orang di sebelah kanan sekali sebagai
PENANDA KANAN.)

NOMBOR GANJIL KE KANAN, NOMBOR GENAP KE KIRI BARISAN, KANAN


DAN KIRI …… PUSING!

66
JADIKAN TIGA BARISAN, CEPAT JALAN!
(Skuad akan berjalan ke arah PENANDA dan mengambil tempat di barisan
tengah, belakang, hadapan dan seterusnya hingga terbentuk tiga barisan.)

c. Luruskan Barisan:

(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

KEDUDUKAN LURUSKAN BARISAN

(ii) Arahan:

KE KANAN …… LURUS!
(Skuad akan memandang ke kanan sambil mendepakan tangan kanan merapati
bahu kiri rakan sebelah. Kemudian skuad menghentakkan kaki sambil
meluruskan barisan dan berhenti sebaik barisan telah diluruskan.)

PANDANG …… DEPAN!
(Skuad akan memandang ke hadapan sambil menjatuhkan tangan kanan dan
kembali dalam kedudukan SEDIA.)

d. Senang Diri:

(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

Arahan:

SENANG …… DIRI!

KEDUDUKAN SENANG DIRI DAN REHATKAN DIRI

(ii) Jika skuad berada dalam kedudukan REHATKAN DIRI.

Arahan:

67
BARIS!
(Skuad akan berada dalam keadaan Senang Diri.)

e. Rehatkan Diri:

(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SENANG DIRI.

(ii) Arahan:

REHATKAN …… DIRI!

f. Sedia:

(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan REHATKAN
DIRI.

Arahan:

BARIS!
BARIS …… SEDIA!

(ii) Jika skuad berada dalam kedudukan SENANG


DIRI:

Arahan:

BARIS …… SEDIA!
KEDUDUKAN SEDIA
g. Buka Barisan:

(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

(ii) Arahan:

BUKA BARISAN …… GERAK!


(Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua langkah ke hadapan. Barisan
belakang akan bergerak satu atau dua langkah ke belakang.)

h. Tutup Barisan:

(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

(ii) Arahan:

TUTUP BARISAN……… GERAK!


(Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua langkah ke belakang. Barisan
belakang akan bergerak satu atau dua langkah ke hadapan.)

i. Pusing ke Kanan:

68
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

(ii) Arahan:

BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA

KE KANAN……… PUSING!
atau
KE KIRI……… PUSING!
atau
KE BELAKANG……… PUSING!

j. Pusing ke Kiri:

(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

(ii) Arahan:

BERGERAK KE KIRI BERTIGA-TIGA

KE KIRI……… PUSING!
atau
KE KANAN……… PUSING!
atau
KE BELAKANG……… PUSING!

k. Pusing / Menghadap ke Belakang:

(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

(ii) Arahan:

BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKANG

KE BELAKANG……… PUSING!
atau
KE KANAN……… PUSING!
atau
KE KIRI……… PUSING!

69
l. Kawad Jalan Kaki:

(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

(ii) Arahan (bergantung kepada penanda):

DARI KIRI, CEPAT……… JALAN!


atau
DARI KANAN, CEPAT ………, JALAN!
atau
DARI DEPAN, CEPAT ………, JALAN!
(jika dalam satu barisan sahaja)

m. Berhenti Semasa Berkawad atau Jalan Kaki:

(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan KAWAD JALAN
KAKI atau HENTAK KAKI.

(ii) Arahan:

BARIS, BERHEN……… TI!


(Hukuman BERHENTI akan dilafazkan dengan cara suku kata TI disebut sebaik
sahaja kaki kiri skuad mencecah ke tanah.)

n. Keluar Baris:

(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

(ii) Hukuman Keluar Baris diberikan jika skuad hanya berhenti rehat dan akan ada
perbarisan, kawalan hormat atau kawad kaki lagi selepas itu.

(iii) Arahan:

KELUAR …… BARIS!

o. Skuad Bersurai:

(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

(ii) Hukuman Bersurai diberikan setelah aktiviti perbarisan, kawalan hormat atau
kawad kaki tamat dan akan bersambung pada waktu atau hari yang lain.

(ii) Arahan:

BERSU …… RAI!
(Pergerakan BERSURAI sama seperti pergerakan ketika KELUAR BARIS.)
2.6 ASAS PERTOLONGAN CEMAS

2.6.1 Definisi dan Konsep Pertolongan Cemas:

70
i. Bantuan permulaan atau rawatan pertama atau awal yang diberikan kepada mangsa atau pesakit.
Usaha rawatan pertama atau rawatan awal dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulans atau
sebelum mangsa atau pesakit menerima rawatan daripada doktor di tempat kejadian.

ii. Pertolongan Cemas ditakrifkan sebagai bantuan permulaan, bantu mula atau rawatan awal yang
diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara
mengejut atau tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau
pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.

2.6.2 Tujuan dan Prinsip:

i. Tujuan pertolongan cemas:

a. Selamatkan nyawa:
Memberikan bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa dalam situasi yang
mengancam nyawa, seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasaan dan
jantung, kulit terbakar atau melecur dan yang seumpama dengannya.

b. Mengelakkan daripada bertambah buruk:


Memberikan rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan
kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.

c. Mengurangkan kesakitan:
Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan
kepada mangsa atau pesakit.

d. Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor:


Memudahkan tugas doktor untuk merawat mangsa sebaik tiba di tempat kejadian.

** Dapatkan bantuan kecemasan atau lanjutan daripada seseorang untuk memanggil


ambulans dengan kadar segera. Jangan tinggalkan mangsa keseorangan sehingga
bantuan tiba.

ii. Prinsip pertolongan cemas:

a. Elakkan bahaya dan utamakan keselamatan.

b. Dapatkan tindak balas mangsa.

c. Pastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersumbat.

d. Periksa pernafasan mangsa.

e. Periksa peredaran darah (carotid - nadi tepi leher/brachial - lengan atas)

2.6.2 Anduh dan Balutan:

i. Anduh

71
a. Anduh bermaksud ampu atau ambin, iaitu sejenis kain yang digunakan untuk
mengampu anggota badan yang cedera.

b. Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting dalam aktiviti pertolongan
cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dalam pelbagai situasi.
Kain anduh yang baik berukuran satu meter.

c. Antara kegunaan kain anduh ialah:

(i) mengampu bahagian yang cedera atau patah;

(ii) menghenti atau menahan pendarahan;

(iii) menetapkan bahagian yang cedera;

(iv) dapat digunakan sebagai pengipas;

(v) menutup tempat yang luka atau cedera; dan

(vi) sebagai pengelap atau sebagai karung tuaman sejuk (ais).

d. Jenis-jenis anduh:

(i) Anduh besar (large arm sling):

(a) mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.

(b) mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.

72
(ii) Anduk tiga segi atau Anduh St. John’s (triangular sling):

(a) menahan pendarahan anggota atas.

(b) mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.

(c) mengampu anggota atas yang cedera.

(iii) Anduh kecil (small sling):

(a) mengampu kecederaan di bahagian bahu.

(b) mengampu tulang klavikal yang cedera.

(c) mengampu anggota atas yang cedera.

(iv) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling):

73
(a) mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal.

74
(v) Anduh Improvised:

ii. Pembebatan dan Pembalut atau Balutan

a. Pembebatan (Dressing)

(i) Penyucian luka, penutupan luka dan pengawalan pendarahan diikuti balutan luka
dengan kain kasa atau steril pada kulit yang cedera.

(ii) Tujuan:

75
(a) Mengurangkan kesakitan.

(b) Menggalakkan penyembuhan luka.

(c) Memperbaiki kosmetik kulit.

(d) Mengawal penyebaran mikroorganisme.

(e) Mengawal kontaminasi luka.

(f) Memberi tekanan pada tempat tercedera.

(g) Mengawal pendarahan.

(h) Mengawal kecederaan lanjut.

(iii) Pembebatan ada tiga jenis, iaitu:

(a) Pembebatan medan – bagi kegunaaan pasukan keselamatan;

(b) Pembebatan luka – mengikut ukuran-ukuran luka; dan

(c) Pembebatan hospital – jenis kain kasa berukuran 10 X 10 mm.

76
b. Pembalut atau balutan:

(i) Pembalut (bandage) ialah kain kasa bergulung yang berfungsi sebagai pembalut
dan pengikat di bahagian anggota yang cedera. Pembalut juga berfungi sebagai
pembantu pembebatan. Setelah luka dicuci atau dibersihkan, luka tersebut akan
ditutup dengan pembalut untuk mengelak pendarahan dan jangkitan kuman.

(ii) Pembalut atau balutan ada dua jenis, iaitu:

(a) Pembalut kain tiga segi – untuk menganduh, membalut, mengampu ,


mengipas dan pengikat gelung cincin.

(b) Pembalut bergulung – untuk melakukan balutan lapan, balutan circular atau
spiraI dan balutan padi.

(iii) Tujuan dan Fungsi Pembalut:

(a) Melindungi luka daripada dijangkiti kuman.

(b) Melindungi luka daripada terus merebak, kecederaan lain atau lambat
sembuh.

(c) Memberikan keselesaan dan menutup luka serta menahan pendarahan.


77
(d) Mengurangkan kesakitan.

(e) Mencegah dan menghisap kotaran seperti darah, nanah dan serum.

c. Peraturan Am Membebat dan Membalut Luka:

(i) Bersihkan tangan terlebih dahulu.

(ii) Digalakkan memakai sarung tangan.

(iii) Tentukan saiz bebat atau pembalut yang sesuai bagi membebat dan membalut
luka. Saiz kain perlulah lebih besar daripada kawasan luka.

(iv) Bersihkan luka dan kawasan sekeliling luka sebelum melakukan pembebatan
dan pembalutan.

(v) Menetap dan mengemaskan bebat dan balutan di bahagian luka.

2.6.3 Merawat Luka dan Gigitan:

i. Merawat luka:

a. Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang mengakibatkan berlakunya
pendarahan atau pengaliran darah, sama ada di bahagian luar atau dalam badan
disebabkan oleh benda atau alat yang tajam atau tumpul.

b. Pendarahan ada tiga jenis, iaitu:

(i) pendarahan luaran (external):

(a) luka terhiris – disebabkan benda yang tajam seperti pisau;

(b) luka terkoyak – disebabkan cakaran binatang atau dawai;

(c) luka berdarah – kena pukulan tepat benda yang tumpul; dan

(d) luka tembus – luka yang disebabkan oleh tikaman pisau, jarum dan
tembakan.

(ii) pendarahan dalaman (internal):

(a) perut – muntah berdarah;

(b) rahim – tumpah darah;

(c) tali usus – darah pada dubur;

(d) buah pinggang – kencing berdarah;

78
(e) paru-paru/saluran pernafasan – batuk berdarah; dan

(f) tengkorak – darah mengalir melalui telinga atau hidung

(iii) pendarahan dalaman tanpa kesan:

(a) limpa dan hati pecah; dan

(b) pendarahan dalam otak.

c. Luka terbahagi kepada dua kategori, iaitu:

(i) Luka terbuka:


Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain yang mengakibatkan pendarahan
atau tumpahan darah yang banyak, renjetan dan jangkitan kuman.

(ii) Luka tertutup:


Kebiasaannya kulit tidak pecah tetapi pendarahan atau tumpahan darah berlaku
dalam tisu yang mengakibatkan bahagian yang cedera menjadi lebam.

79
d. Cara merawat luka terbuka:

(i) Luka-luka kecil:

(a) Memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja;

(b) Perlu dilakukan untuk mengelakkan jangkitan kuman.

(c) Langkah-langkah rawatan:

 Bersihkan tangan dengan sabun.


 Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
 Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
 Keringkan luka menggunakan tisu atau tuala yang steril.
 Lekatkan plaster mengikut ukuran luka.
 Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
 Gunakan pembalut untuk memegang plaster.

(ii) Luka-luka kecil yang ada benda asing:

(a) Sekiranya terdapat benda asing yang sukar dikeluarkan dari luka seperti
kaca atau serpihan kayu yang terbenam, jangan keluarkan objek tersebut
kerana dibimbangi akan menyebabkan lebih banyak kerosakan pada tisu
dan pendarahan.

(b) Cara terbaik yang perlu dilakukan ialah:

 Bersihkan tangan dengan sabun.


 Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
 Cuci luka agar tidak dijangkiti kuman.
 Keringkan luka secara perlahan-lahan menggunakan tisu atau tuala
yang sudah disteril.
 Kawal pendarahan atau pengaliran darah dengan menggunakan
tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau atau
persekitaran objek.
 Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan
risiko jangkitan kuman.
 Buat balutan sekeling objek sehingga boleh membalut tanpa menekan
objek.
 Bawa mangsa/pesakit ke hospital.

ii. Merawat gigitan:

a. Gigitan binatang biasanya meninggalkan luka yang dalam dan memindahkan kuman
ke tisu badan manusia kerana kuman terdapat pada mulut kebanyakan binatang.
Semua gigitan memerlukan rawatan perubatan dengan segera.

b. Tanda-tanda gigitan:

(i) Luka yang dalam di daging.

80
(ii) Luka mungkin berdarah banyak atau sedikit.

c. Kaedah rawatan:

(i) Cuci air liur binatang dengan air sehingga bersih.

(ii) Cuci dengan larutan cecair antiseptik/sapukan krim antiseptic.

(iii) Balut dengan pembalut steril.

(iv) Dapatkan bantuan perubatan, dail 991 atau pergi ke klinik atau hospital
berdekatan.

d. Jika digigit anjing:

(i) Galakkan pendarahan di sekeliling tempat gigitan.

(ii) Cuci luka secara menyeluruh dengan air dan sapukan dengan larutan cecair
antiseptik.

(iii) Letakkan pembalut di atas luka dan balutkannya.

(iv) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

** Perhatian: Pesakit perlu diperiksa untuk memastikan rabies jika gigitannya


adalah daripada anjing yang tidak dikenali.

2.6.4 Melecur, Pitam dan Patah:

i. Melecur dan terbakar:

a. Melecur:
Kecederaan disebabkan oleh haba lembab seperti air mendidih, wap atau minyak
panas. Terbakar dan melecur biasanya serius. Selain daripada kesakitan dan renjatan
yang serius selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut.

b. Terbakar:

Kecederaan kepada kulit dan tisu badan yang lain disebabkan terkena haba kering.
Terbakar boleh disebabkan oleh api yang menyala, bahan api, objek panas, bahan
kimia atau arus elektrik.

c. Ketenatan mangsa bergantung kepada:

(i) Luas permukaan yang cedera.

(ii) Tempat yang terbakar atau melecur.

(iii) Tahap terbakar.

81
(iv) Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa.

d. Jenis terbakar atau melecur:

(i) Luar – Terbakar pada bahagian kulit.

(ii) Dalam – Terbakar dalam rongga atau perut.

e. Sebab-sebab terbakar atau melecur:

JENIS SEBAB-SEBAB
Bahan api atau api.
Terkena dengan objek panas seperti perkakas dapur atau
Panas kering
puntung rokok.
Geseran
Panas lembab Wap, cecair panas seperti teh, kopi atau minyak
Kimia perindustrian seperti asap dan gas korosif.
Bahan kimia Kimia domestik seperti peluntur cat, racun rumput atau
alkali.
Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari (ultra
Radiasi violet)
Terdedah kepada punca-punca radioaktif.
Arus elektrik yang rendah seperti perkakas rumah.
Kilat dan petir.
Elektrik
* Terbakar disebabkan arus elektrik akan melibatkan
dua tempat luka sahaja.

f. Tahap kecederaan:

(i) Tahap pertama (Superficial burn):

Kecederaan terbakar/melecur pada bahagian kulit luar sahaja. Ia melibatkan


bahagian epidermis dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatan kemereh-merahan.

82
(ii) Tahap kedua (Intermidiate burn)

Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis). Kulit kelihatan
kemerah-merahan gelap, lepuh dan mengelembung. Terasa sakit.

(iii) Tahap ketiga (Deep burn):

Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih
kering. Rasa sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak.

83
g. Tanda-tanda terbakar atau melecur:

(i) Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama dan tahap kedua.

(ii) Bahagian anggota yang terlibat berwarna kemerah-merahan pada tahap awal,
merah gelap, lepuh dan mengelembung pada tahap kedua.

(iii) Pengaliran keluar plasma.

(iv) Renjatan.

h. Tindakan yang perlu diambil:

(i) Tindakan ‘3B’:

(a) Burning stop – Padamkan.

(b) Breathing maintain – Periksa pernafasan.

(c) Body examine – Periksa tahap terbakar/melecur.

(ii) Tindakan ‘3C’:

(a) Cool – Sejukkan.

(b) Cover – Tutup bahagian yang terbakar.

(c) Carry – Bawa ke tempat selamat. Hantar ke hospital.

(iii) Pengendalian am:

84
(a) Hentikan kebakaran - air.

(b) Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut keadaan).

(c) Tentukan ia bernafas.

(d) Alirkan air bagi terbakar/melecur tahap pertama dan kedua selama 20 minit
atau sehingga kesakitan berkurangan.

(e) Periksa A, B, C dan tentukan tahap terbakar.

(f) Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan tidak merebak supaya tidak
berlaku renjatan.

(g) Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan.

(h) Beri rawatan renjatan, jika perlu dan hantar ke hospital dengan segera.
ii. Pitam

a. Pengsan dan pitam merupakan peringkat tidak sedarkan diri yang singkat. Gejala ini
terjadi disebabkan oleh otak seseorang yang tidak berfungsi dengan betul.

b. Antara penyebabnya ialah:

(i) Kekurangan darah di dalam otak;

(ii) Kekurangan oksigen di dalam otak apabila pernafasan terganggu;

(iii) Merasa sakit kepala yang teramat sangat sehingga menyebabkan pengsan.

c. Cara merawat:

(i) Baringkan pesakit dengan kedudukan kepalanya rendah.

(ii) Longgarkan pakaian ketat.

(iii) Lap mukanya dengan tuala basah ATAU biarkan dia menyedut larutan harum
ammonia.

(iv) Apabila dia telah sedar semula, suruhlah ia bangun sendiri.

(v) Apabila ia sudah mampu bangun, berikan minuman sama ada air, kopi atau teh
panas.

iii. Patah:

a. Patah ialah tulang pecah atau retak. Ia mungkin disebabkan oleh daya secara
langsung, misalnya, jika seseorang dilanggar oleh sebuah kenderaan yang bergerak
ATAU daya tidak langsung, contohnya jika seorang pemain bola sepak telah tersepak

85
tanah dan bukannya bola maka daya mungkin dialihkan untuk memecah tempurung
lututnya.

b. Tanda-tanda patah tulang:

(i) Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah tulang.

(ii) Bengkak dan lebam.

(iii) Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel.

(iv) Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kejutan, ini amat ketara jika
patah berlaku di tulang paha atau pelvis.

c. Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk mencegah pergerakan di
sekeliling tempat yang terlibat .

d. Cara merawat:

(i) Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah dicegah
pergerakannya dengan sempurna. Jika nyawa pesakit terancam, barulah dia
dipindahkan.

(ii) Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat untuk mencegah
pergerakan.

(iii) Ikat pembalut dengan kuat untuk mecegah pergerakan, tetapi tidak terlalu kuat
kerana ia boleh menjejaskan pengaliran darah.

(iv) Semasa membalut anggota yang patah, sendi-sendi di bahagian atas dan bawah
anggota juga harus dicegah pergerakannya.

(v) Bawa mangsa ke hospital dengan segera.

** Penting: Rawat terlebih dahulu masalah kesukaran pernafasan, perdarahan


yang banyak dan tidak sedarkan diri sebelum merawat anggota yang patah.

2.6.5 Keracunan dan Terseliuh:

i. Keracunan

a. Keracunan berlaku apabila terdedah secara melampau atau berlebihan terhadap toksik
(bahan-bahan beracun), sama ada berbentuk cecair atau gas yang boleh
menyebabkan penderitaan sementara atau berkekalan.

b. Tanda-tanda terkena keracunan:

(i) Mangsa merasa loya dan mungkin akan muntah.

(ii) Mangsa mengalami sakit abdomen.

86
(iii) Cirit birit mungkin terjadi.

(iv) Tanda-tanda terkejut.

(v) Mungkin tidak sedarkan diri.

c. Arahan merawat:

(i) Pastikan saluran udara, pernafasan dan peredaran terbuka dan dapatkan
bantuan perubatan.Tanyakan mangsa tentang apa yang telah dia makan.

(ii) Jangan memaksa mangsa muntah (kecuali jika mangsa termuntah sendiri).

(iii) Baringkan pesakit di atas permukaan yang kukuh (mangsa mungkin muntah).

(iv) Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan pernafasan CPR.

(v) Hubungi 991 atau hantarkan mangsa ke hospital.

(vi) Jika terkena Racun Aerosol, tanda keracunan:

(a) Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau kerongkong.

(b) Rawatan kecemasan:

 Keluar dari tempat/kawasan yang disembur racun.


 Hirup udara segar di ruang terbuka.
 Tanggalkan pakaian yang terkena racun.
 Jika terkena kulit, basuh dengan menggunakan sabun dan air.
 Jika terkena pada mata, bersihkan mata dengan menggunakan air
yang banyak.
 Selepas itu, bolehlah diberikan dua hingga lima titis ubat mata bagi
setiap mata.

ii. Terseliuh

a. Sendi merupakan tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan yang
melebihi had biasa pada sendi boleh mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu
penyambungan antara tulang). Ligamen sama ada boleh meregang dengan
berlebihan, terkoyak atau terputus.

b. Kecederaan pada ligamen seperti ini disebut terkehel (dislocation) dan terseliuh
(sprain). Terdapat sedikit perbezaan antara terkehel dan terseliuh walaupun kedua-
duanya melibatkan kecederaan pada ligamen.

c. Terkehel ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang melebihi had
sehingga menyebabkan tulang beralih dari kedudukan asal dan menjejaskan struktur
ligamen.

87
d. Manakala, terseliuh pula ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi
yang melebihi had sehingga menjejaskan ligamen tetapi tulang tidak beralih dari
kedudukan asal.

e. Tanda-tanda ligamen terseliuh:

(i) Sakit-sakit.

(ii) Bengkak.

(iii) Bertambah sakit apabila bergerak.

(iv) Pergerakan yang terhad.

f. Cara-cara merawat terseliuh:

(i) Hadkan pergerakan anggota.


(ii) Gunakan konsep RICE:

R - Rest (Rehatkan bahagian yang cedera dengan kedudukan yang selesa)

I - Ice (Letakkan ketulan [tuamkan dengan] ais pada bahagian yang cedera)

C - Compress (Longgarkan otot-otot yang tegang dan tekan bahagian yang


cedera dengan satu lapisan tebal kapas dan balut)

E - Elevate (Lipat atau tinggikan bahagia yang cedera)

(ii) Dapatkan bantuan perubatan.

2.6.6 Pemulihan Pernafasan atau Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR):


(Sila rujuk Buku Panduan BSMM No. 7 : Peraturan-peraturan dan Undang-undang Kursus,
Peperiksaan dan Persijilan BSMM)

i. Jika seseorang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, kita perlu mengambil alih
pengudaraan dan peredaran dengan segera supaya pengaliran oksigen ke otaknya
berterusan.

ii. Ingat petua ABC:

A - Saluran Udara (Airway):


Pastikan saluran udara terbuka.

B - Pernafasan (Breathing):
Bernafas untuk pesakit dengan mengembungkan paru-parunya dan mengoksigenkan
darah.

C - Peredaran (Circulation):
Mengedarkan atau melancarkan aliran darah dengan memampatkan dada.

88
iii. Cara-caranya:

A - Saluran Udara Terbuka:

(i) Baringkan pesakit. Keluarkan sebarang benda asing daripada mulutnya dan
bersihkan tempat di sekeliling mulut.

(ii) Angkat lehernya ke atas dan dongakkan kepalanya ke belakang perlahan-lahan.

(iii) Tarik rahangnya ke atas.

B - Pernafasan:

(i) Letakkan mulut anda di atas mulut pesakit,


picit hidungnya agar tertutup dan hembus ke
dalam mulutnya dengan kuat supaya dadanya
mengembung. Jika pesakit adalah seorang
bayi atau kanak, letakkan mulut anda di atas
hidung dan mulutnya semasa menghembus.

(ii) Alihkan mulut anda dan dengar dengan teliti


bunyi udara hembus. Kemudian ulang
tindakan menghembus. Jika tiada pertukaran
udara, periksa semula kedudukan kepala dan
rahang pesakit serta lihat sama ada lidahnya
menghalang saluran udara. Cuba sekali lagi.

(iii) Jika anda masih tidak mendapat sebarang pertukaran udara, pusing pesakit ke
sisinya dan tampar tulang kipas beberapa kali untuk mengeluarkan sebarang
benda asing daripada tekak.

(iv) Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut. Jangan putus asa sehingga pesakit
mula bernafas. Dalam beberapa kes, ia mengambil masa beberapa jam sebelum
sesorang pesakit itu pulih.

(v) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Pastikan pesakit berasa hangat
dan baring dalam posisi yang selesa apabila dia telah pulih semula.

C - Peredaran (Mampatan Luar Dada):

(i) Jangan lakukan mampatan luar dada jika jantung mangsa berdenyut, walaupun
hampir tidak kedengaran dan jika sebarang nadi dapat dirasai. Jika jantung
belum berdenyut lakukan perkara ini:

(a) Baringkan pesakit secara lurus dan pukul tulang dada.

89
(b) Jika jantung belum mula berdenyut, letakkan satu jari tangan kanan anda di
atas rawan dengan tangan kiri di atas tangan kanan.

(c) Tolak (tekan) dengan cepat dan angkat. Ulangi proses ini (Tekan…
Lepaskan… Tekan… Lepaskan…) Apa yang kita buat ini adalah dengan
menekan jantung mangsa dan memaksa darah mengalir ke seluruh
badannya. Ini menggantikan denyutan jantung.

(d) Selepas 30 mampatan, berikan dua bantuan pernafasan dari mulut ke


mulut. Teruskan dengan ritma 30 kepada dua sehingga jantung mangsa
berdenyut secara normal.

90
CPR untuk Orang Awam

CPR ialah satu teknik, yang boleh menyelamatkan nyawa, tanpa menggunakan alat-alat yang canggih
dan kepakaran yang boleh diperolehi di hospital.

Anda boleh melakukan dengan teknik ini dengan tangan, mulut dan fikiran yang logik.

BILA CPR BOLEH DILAKUKAN ?


CPR boleh dilakukan apabila seseorang itu telah ……..?

1. Tidak Sedarkan Diri

2. Tiada bernafas

3. Tiada denyutan nadi di karotid

Langkah-langkah CPR

1. Penilaian-Tentukan mangsa tidak sedarkan diri.

2. Cuba dapatkan bantuan dan panggil ambulan.

3. Betulkan kedudukan mangsa.

4. Buka saluran pernafasan-Dongakkan kepala dan angkat dagu.

5. Penilaian Pernafasan-Tentukan mangsa tidak bernafas-Dengan bunyi pernafasan,rasa haba


panas yang keluar dari mulut dan hidung mangsa ,lihat pergerakan dadanya(5-10).

6. Beri 2 kali pernafasan (11/2-2 saat setiap hembusan).

7. Penilaian peredaran darah-Tentukan ketiadaan nadi karotik(5-10).

8. Jika tiada nadi,lakukan pemulihan jantung dengan memberikan 30 kali tekanan keatas tulang
stermum sedalam 1 ½ -2 inchi mengikut kadar 80-100 kali tekanan seminit di ikuti 2 hembusan
pernafasan.

91
9. Berlakukan CPR sehingga:
a. Sehingga Ambulan sampai
b. Sehingga ada orang yang tahu tentang CPR ambil ahli dari penyelamat
c. Sehingga mangsa ada nafas dan nadi.
d. Sehingga penyelamat keletihan

10. Jika nadi ada,pastikan mangsa bernafas.Jika tiada bernafas-beri bantuan pernafasan sekali
hembusan setiap hembusan setiap 5 saat dengan kadar 12 kali seminit.

11. Jika mangsa sudah mula bernafas-pastikan tahap kesedaran mangsa semula,jika masih tidak
sedar diri,letak mangsa dalam kedudukan kemulihan sehingga Bantu perubatan tiba.Setiap 5
minit periksa nadi dan pernafasan.

PROTOKOL C.P.R 2000

 D  - DANGER  
 R  - RESPOND  
 A  - AIRWAYS  
 B  - BREATHING  
 C  - CIRCULATION

PROTOKOL C.P.R 2010

 D  - DANGER  
 R  - RESPOND  
 C  - CHEST COMPRESSION
 A  - AIRWAYS  

B  - BREATHING
3.0 PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN

92
i. Konsep Perkhemahan

Aktiviti perkhemahan merupakan suatu aktiviti yang


amat menyeronokkan dalam
kehidupan.

a. Berkhemah atau perkhemahan merupakan aktiviti sukan dan riadah yang amat baik
dan menarik diikuti, sama ada di peringkat individu, keluarga, sekolah mahupun
institusi sosial yang lain.

b. Di samping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan atau silatulrahim sesama


individu dan masyarakat, aktiviti ini juga dapat menambahkan pengetahuan dan
pengalaman yang amat berguna serta mengurangkan gejala-gejala sosial yang sering
mengganggu masyarakat, terutamanya golongan remaja. Antaranya, budaya lepak,
gejala dadah, dan jenayah-jenayah lain yang mungkin akan dapat dibendung melalui
aktiviti ini.

c. Sehubungan dengan itu, berkhemah atau perkhemahan boleh ditakrifkan sebagai


penghidupan di luar bangunan, sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung, dalam
kawasan sekolah dan sebagainya.

d. Berkhemah bermakna kita menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap


pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan
dengan persekitaran kita. Ini bermakna, seandainya kita berkhemah secara individu
atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semula jadi perlu kita utamakan.

e. Dahulu aktiviti perkhemahan merupakan satu keperluan untuk hidup, kerana ia berkait
rapat dengan ikhtiar hidup, sama ada secara individu atau berkumpulan.

f. Berkhemah merupakan satu cabang ilmu yang menguji kemampuan mental dan fizikal
untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad.
Aktiviti perkhemahan akan menguji sejauh manakah kesanggupan kita untuk
menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan sepanjang aktiviti ini dijalankan.

g. Kini aktiviti perkhemahan telah menjadi satu aktiviti yang wajib dalam kegiatan
kokurikulum unit beruniform di institusi-institusi pendidikan.

ii. Penglibatan:

a. Penglibatan dan penyertaan aktiviti perkhemahan mengikut pelbagai kategori:

(i) Kategori murid Sekolah Rendah:

93
(ii) Kategori pelajar Sekolah Menengah Rendah:

(iii) Kategori pelajar Sekolah Menengah Atas:

(iv) Kategori Pra-Universiti, Kolej Universiti, Universiti dan ahli yang berusia 18 tahun
dan ke atas:

(v) Kategori pemimpin (berusia 25 tahun dan ke atas):

b. Hampir kesemua penglibatan dan penyertaan ini memerlukan peserta mengikuti aktiviti
perkhemahan yang memerlukan berkhemah.

iii. Sijil dan Anugerah:

a. Setiap penyertaan di atas akan dianugerahkan sijil, iaitu sama ada Sijil Penyertaan
atau Sijil Penghargaan.

iv. Tujuan Perkhemahan:

a. Terdapat dua tujuan utama dalam melaksanakan aktiviti perkhemahan, iaitu;

(i) Tujuan Umum; dan

(ii) Tujuan Khusus.

b. Tujuan Umum:

Bertujuan untuk melatih ahli perkhemahan agar:

(i) dapat meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan;

(ii) dapat menghayati erti batasan kehidupan;

(iii) mempunyai daya tahan mental dan fizikal, khususnya semasa menerima arahan,
melaksanakan arahan serta semasa menjalankan aktiviti-aktiviti yang lasak;

(iv) mempraktikkan dan memahirkan ilmu-ilmu yang telah dipelajari secara teori,
seperti mendirikan khemah, memasang gejet, simpulan dan ikatan dan
sebagainya;

94
(v) menguatkan semangat dan mampu menghadapi pelbagai rintangan, khususnya
semasa aktiviti pengembaraan dijalankan seperti merentas bukit-bukau, danau,
lopak, dan sungai;

(vi) melaksanakan amanah dan tanggungjawab seperti mengurus diri sendiri dan
kumpulan;

(vii) mematuhi segala peraturan yang telah dirancangkan atau ditetapkan;

(viii) memupuk nilai-nilai murni yang ada pada diri individu dengan meningkatkan
semangat kekitaan, berpersatuan dan berdisiplin sentiasa ringan tulang dan
saling bekerja sama di antara satu sama lain;

(ix) menghargai dan mencintai alam sekitar ciptaan Tuhan dengan memelihara
kebersihan dan tumbuh-tumbuhan yang ada di kawasan tapak perkhemahan;

(x) sentiasa berhati bersih, iaitu tidak berasa bongkak, sombong, iri hati, atau busuk
hati dengan anggota kumpulan yang lain;

(xi) berhibur dengan aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah;

(xii) menghilangkan stres atau ketegangan jiwa; dan

(xiii) mengelakkan daripada gejala sosial yang kurang sihat dan tidak berfaedah.

c. Tujuan Khusus:

(i) Rekreasi:
Mementingkan kemudahan dan keselesaan dalam makan-minum dantempat
tidur. Tidak mementingkan kegiatan kemahiran Ilmu perkhemahan.

(ii) Khusus:
Kurang mementingkan keselesaan tetapi lebih penekanan terhadapkemahiran-
kemahiran ilmu perkhemahan yang berlatar belakang suasana backwoods (ala
hutan).

(iii) Pengembaraan ekspedisi:


Berkhemah sementara di sesuatu lokasi sewaktu dalam perjalanan jauh untuk
tujuan berehat atau untuk aktiviti tertentu seperti memancing, team-building·,
perancangan baru organisasi dan sebagainya.

(iv) Misteri:
Siri penjelajahan untuk mencari sesuatu yang tersembunyi berdasarkanpanduan
yang diberikan sama ada menggunakan peta atau kompas atau kedua-duanya,
seperti aktiviti treasure hunt.

(v) Penyelidikan:
Membuat kajian terhadap sesuatu yang mungkin memerlukan jangkamasa yang
lama di sesuatu lokasi. Kajian arkeologi misalnya.

95
(vi) Ikhtiar hidup/survival:
Untuk tujuan yang lebih khusus, biasanya untuk pengembaraan yang lasak,
berunsur ilmiah, menguji kemahiran yang telah dipelajari dan membina semangat
serta ketahanan diri.

Terdapat beberapa faedah dalam mengikuti aktiviti perkhemahan, iaitu;

v. Jenis Perkhemahan:

Terdapat tiga kategori atau jenis perkhemahan yang boleh dianjurkan oleh Unit Kokurikulum
atau Badan Beruniform, iaitu:

a. Perkhemahan ringkas:

(i) Tujuan utama sebagai pendedahan atau rekreasi semata-mata;

(ii) Dalam kumpulan yang kecil (antara dua hingga 4 orang sahaja);

(iii) Bilangan jurulatih/pemimpin yang tidak ramai (kadang-kadang hanya seorang


sahaja);

96
(iv) Tempoh masa yang pendek (sekitar satu atau dua hari sahaja);

(v) Perancangan yang singkat dan cepat (adakalanya secara ad-hoc sahaja);

(vi) Kos yang rendah dan berpatutan; dan

(viii) Tempat yang tidak jauh (adakalanya dalam kawasan sekolah).

b. Perkhemahan kumpulan atau unit:

(i) Tujuan utama sebagai penilaian (bukan rekreasi atau berkelah);

(ii) Dalam kumpulan yang lebih besar (sekurang-kurangnya 15 orang);

(iii) Melibatkan bilangan jurulatih/pemimpin yang ramai (antara tiga hingga lima
orang);

(iv) Tempoh masa masih pendek (sekitar dua hingga tiga hari);

(v) Perancangan yang agak rapi dan teliti (ada jawatankuasa khas);

(vi) Memerlukan kos yang tinggi dan berpatutan; dan

(viii) Aktiviti di luar kawasan sekolah.

c. Perkhemahan besar-besaran:

(i) Perkhemahan besar-besaran termasuklah perkhemahan yang dianjurkan secara


zon, daerah, negeri, negara dan antarabangsa;

(ii) Selain sebagai penilaian, perkhemahan jenis ini juga bertujuan bertujuan untuk
menjalin dan merapatkan hubungan silatulrahim sesama ahli;

(iii) Dalam kumpulan amat besar (adakalanya mencecah hingga puluhan ribu orang
yang melibatkan pelbagai unit dan negara);

(iv) Melibatkan bilangan jurulatih, pemimpin dan urus setia yang lebih ramai;

(v) Tempoh masih yang lebih panjang (antara lima hingga tujuh hari);

(vi) Perancangan yang lebih rapi, teliti dan bersistematik (mengambil masa yang
agak lama untuk merancang, adakalanya melebihi setahun);

(vii) Kos yang amat tinggi (memerlukan tajaan daripada pelbagai pihak, termasuk
kerajaan negeri dan kementerian, di samping agensi kerajaan dan pihak swasta);
dan

(viii) Memerlukan tempat yang luas (mampu menampung penglibatan sehingga


berpuluh ribu orang).

97
Oleh itu, perancangan dan pengurusan perkhemahan perlulah berdasar kepada kategori
atau jenis perkhemahan yang akan dianjurkan seperti di atas.

vi. Struktur Organisasi Aktiviti Perkhemahan:

a. Organisasi ialah jentera yang akan menggerakkan aktiviti untuk kumpulan. Oleh itu,
organisasi aktivti perkhemahan perlu dirancang berdasarkan perkara-perkara seperti
yang berikut:

(i) Penganjur:
Nama pihak yang menganjurkan perkhemahan tersebut perlu dicatatkan, sama
ada penganjuran utama atau penganjuran bersama.

(ii) Peserta:
Menentukan kumpulan sasaran dan kriteria peserta perkhemahan. Setiap
peserta yang akan menyertai sesuatu perkhemahan mestilah sihat, bersedia dan
telah menjalani latihan-latihan asas yang berkaitan. Kejayaan menjalani latihan-
latihan asas ini mestilah dijadikan prasyarat kepada peserta.

(iii) Saiz Kumpulan:


Menentukan jumlah bilangan minima atau maksima ahli bagi setiap kumpulan.

(iv) Syarat:
Menetapkan syarat-syarat tertentu kepada peserta perkhemahan seperti:
 jantina,
 had umur,
 keadaan tubuh badan,
 kelulusan akademik,
 kemahiran tertentu; dan
 urusan-urusan lain yang berkaitan.

(v) Kepemimpinan:
Menentukan organisasi kepimpinan dalam kumpulan-kumpulan semasa
perkhemahan.

(vi) Jawatankuasa:
Ahli Jawatankuasa Induk perlu ditentukan terlebih dahulu bagi melaksanakan
perkhemahan

vii. Staf Perkhemahan

Pengenalpastian anggota yang terbabit berdasarkan perkhemahan yang akan


dilaksanakan. Staf perkhemahan boleh terdiri yang terlibat langsung ataupun tidak
terlibat secara langsung.

(a) Staf secara langsung

98
Terdiri daripada senarai yang berada dalam jawatankuasa induk dan pelaksana
perkhemahan. Mereka terlibat secara penuh dan mempunyai surat lantikan mengikut
bidang masing-masing. Senarai penuh boleh dilihat pada senarai jawatankuasa
perkhemahan masing-masing. Adalah penting mereka ini dibekalkan senarai tugas
setiap bidang

(b) Staf secara tidak langsung

Terdiri daripada mereka yang turut membantu tetapi tiada dinyatakan dalam
senarai jawatankuasa seperti kerani kewangan yang meluluskan perkhemahan
tersebut, pemandu bas, pegawai tadbir dan sebagainya

viii. Perancangan dan Persiapan Awal

Sebelum aktiviti perkhemahan:

(i) Antara perkara yang perlu dilakukan sebelum aktiviti perkhemahan dilaksanakan
ialah:

(a) membentuk organisasi perkhemahan:

 Jawatankuasa Induk;
 Jawatankuasa Kerja atau Pelaksana; dan
 Barisan Jurulatih dan Pembimbing.

(b) mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Mesyuarat


Jawatankuasa Kerja Kursus atau Program Perkhemahan;

 mengesahkan pelantikan Ahli Jawatankuasa;


 mengenal pasti jurulatih, pembimbing dan pengiring;
 menentukan senarai tugas setiap Ahli Jawatankuasa, termasuklah
Penyelaras Kursus/Program, Pengiring, Pembimbing dan
Jurulatih;menentukan tarikh;
 menentukan kumpulan dan bilangan sasaran/peserta;
 memastikan nisbah guru/pensyarah dan murid/pelajar/siswa guru
menepati peraturan;
 menentukan tarikh dan bilangan hari yang sesuai;
 tentatif lokasi perkhemahan;
 tentatif atur cara atau jadual perkhemahan;
 tentatif tetamu kehormat yang akan hadir sewaktu perasmian;
 cara pergerakan ke tapak perkhemahan:

o tempahan bas (jika diadakan di luar);


o bilangan bas yang perlu disewa (mengikut bilangan peserta);
o kos sewaan bas.

 kos perbelanjaan keseluruhan (sebelum, semasa dan selepas aktiviti)


serta cara kutipan;
 permohonan kelulusan dan permit penganjuran perkhemahan; dan

99
 isu-isu lain yang berkaitan.

(c) menyiapkan senarai nama petugas dan peserta Kursus/Program;

(d) menentukan kadar kos perbelanjaan untuk menganjurkan perkhemahan;

 wang masuk; dan


 wang keluar.

(e) menyiapkan jadual perkhemahan yang meliputi:

 bilangan hari;
 masa perjalanan pergi dan perjalanan balik;
 pengisian program;
 waktu solat, waktu rehat dan waktu makan (termasuk menu makanan);
 pengurusan diri;
 aktiviti/kerja masa lapang; dan
 hal-hal lain yang berkaitan.

(f) menyiapkan Kertas Kerja atau Kertas Cadangan Program untuk diserahkan
kepada pihak-pihak yang berkenaan;

(g) mengemukakan permohonan kelulusan mengadakan aktiviti kepada pihak


yang berkenaan;

(h) menyiap dan mengedarkan surat-surat kebenaran, surat-surat


pemberitahuan dan surat-surat pelantikan kepada pihak-pihak yang
berkenaan (termasuklah makluman bertulis kepada Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD)/Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Ibu Pejabat Polis,
Klinik Kesihatan dan organisasi yang lain, jika berkenaan;

(i) menguruskan surat kebenaran ibu bapa dan perakuan kesihatan murid;

(j) surat pelantikan kepada guru/pensyarah pengiring, pembimbing, pemimpin


dan jurulatih yang terlibat, termasuk jurulatih undangan atau jurulatih luar;

(k) memastikan semua yang terlibat, termasuk petugas dan peserta berada
dalam keadaan baik dan sihat serta bersedia dengan rela hati untuk
menyertai aktiviti perkhemahan;

(l) memperincikan peraturan-peraturan keselamatan;

(m) menyiapkan buku program dan borang-borang yang diperlukan semasa


aktiviti perkhemahan dijalankan:

(n) memastikan sijil penghargaan dan sijil penyertaan telah ditandatangani


oleh pihak-pihak yang berkaitan, dan jika perlu, siapkan hadiah dan
cenderamata juga;
100
(o) memastikan peralatan (lojistik) dan bahan serta keperluan untuk aktiviti
perkhemahan mencukupi dan boleh digunakan;

(p) memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan jurulatih diberikan


keutamaan, termasuklah:

 kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang sesuai;


 jangkitan penyakit;
 keracunan makanan;
 gigitan serangga berbisa; dan
 serangan binatang buas.

(q) memberi taklimat kepada semua yang terlibat dalam pengurusan


perkhemahan, termasuk guru/pensyarah pengiring, pembimbing, pemimpin
dan jurulatih, termasuk ibu bapa peserta (jika perlu);

(r) memberi taklimat kepada semua peserta perkhemahan;

(s) menentukan semua prosedur perkhemahan dipatuhi; dan

(t) menyediakan senarai semak sebelum, semasa dan selepas aktiviti


perkhemahan sebagai rujukan kerja.

ix. Pemilihan Tempat

mengenal pasti lokasi perkhemahan:

 keluasan kawasan perkhemahan yang dipilih menepati bilangan


peserta perkhemahan serta mampu menampung aktiviti perkhemahan,
seperti tapak perkhemahan, tempat perhimpunan, latihan, kuliah,
permainan dan kawasan untuk istirahat;
 memeriksa kawasan perkhemahan selamat untuk didiami dan
beraktiviti;

 memilih kawasan yang menarik dan mempunyai nilai-nilai tertentu,


umpamanya nilai sejarah, seperti di kawasan Gunung Jerai, Gunung
Ledang, Beruas dan sebagainya;

101
CONTOH TAPAK PERKHEMAHAN YANG LUAS, SELESA DAN SELAMAT

 kawasan yang bebas daripada laluan angin kencang yang boleh


mendatangkan bahaya dan kecelakaan seperti pokok tumbang,
khemah melayang atau runtuh, dan seumpamanya;
 kawasan yang tidak mempunyai pokok tua, pokok mati atau dahan
yang mudah serkah atau patah untuk mengelakkan pokok atau dahan-
dahan berkenaan menimpa khemah;
 kawasan tanah yang tidak mudah runtuh apabila hujan;
 kawasan yang bebas daripada banjir atau mudah ditenggelami air
apabila hujan;
 kawasan yang bebas daripada binatang liar atau orang-orang jahat
yang mungkin boleh mengancam keselamatan jiwa dan harta benda;
 menentukan lokasi penempatan khemah, kemudahan asas dan
keperluan-keperluan lain berfungsi dengan baik sesuai untuk aktiviti
perkhemahan, seperti:

o surau;
o tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki dan perempuan;
o bekalan elektrik;
o bekalan air bersih; dan
o sistem komunikasi.

 memastikan keperluan lojistik mencukupi dan berada dalam keadaan


boleh digunakan; dan
 menempah lokasi perkhemahan;

d. Semasa aktiviti perkhemahan:

(i) Antara perkara yang perlu dilakukan semasa aktiviti perkhemahan dilaksanakan
ialah:

(a) memberikan taklimat kepada semua yang terlibat sebaik sampai di tapak
perkhemahan;

(b) memastikan prosedur keselamatan sentiasa dipatuhi, termasuklah:

102
 tapak perkhemahan yang selamat untuk didiami dan beraktiviti serta
berkondisif;
 mendirikan khemah di kawasan yang selamat dan tidak berbatu tajam;
 sistem pencahayaan yang mencukupi untuk menerangi kawasan
perkhemahan;

(c) memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan jurulatih diberikan


keutamaan, termasuklah:

 kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang sesuai;


 jangkitan penyakit;
 keracunan makanan;
 gigitan serangga berbisa; dan
 serangan binatang buas.

(d) kemudahan asas berfungsi dengan baik, seperti:

 surau;
 tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki dan perempuan;
 elektrik;
 air yang bersih; dan
 sistem komunikasi.

(e) melakukan Istiadat Pemeriksaan Pagi pada setiap pagi untuk memastikan
peserta perkhemahan dapat mencapai standard atau tahap perkhemahan;

(f) selain Istiadat Pemeriksaan Pagi, pemantauan harus dilakukan untuk


memastikan aktiviti-aktiviti yang lain turut dilaksanakan sepanjang
perkhemahan ini dijalankan, seperti:

(g) membuat pemantauan agar Jadual Perkhemahan sentiasa dipatuhi dan


dilaksanakan mengikut perancangan, kecuali jika berlaku sesuatu perkara
yang tidak dapat dielakkan, termasuklah mengadakan mesyuarat jurulatih
pada setiap malam;

(h) menentukan semua peserta mengambil bahagian dalam semua aktiviti


perkhemahan yang telah dirancangkan; dan

(i) memantau dari semasa ke semasa agar setiap aktiviti yang dilaksanakan
dapat dijalankan dalam keadaan selamat dan baik; dan

(j) menyerahkan sijil-sijil penghargaan kepada para petugas dan sijil-sijil


penyertaan kepada peserta perkhemahan atau kursus pada akhir
perkhemahan/kursus.

e. Selepas aktiviti perkhemahan:

(i) Antara perkara yang perlu dilakukan selepas aktiviti perkhemahan dilaksanakan
ialah:

103
(a) mengemaskan peralatan yang dibawa
dan digunakan;

(b) memastikan keperluan logistik dan


peralatan perkhemahan mencukupi dan
berada dalam keadaan baik serta
bersih;

(c) memulangkan semua peralatan dan


lojistik yang dipinjam;

(d) meninggalkan kawasan perkhemahan dalam keadaan bersih;

(e) mengadakan mesyuarat post-mortem untuk membuat penilaian terhadap


aktiviti perkhemahan yang telah dijalankan dan membentangkannya dalam
mesyuarat;

(f) menulis dan mengedarkan surat-surat penghargaan kepada pihak-pihak


yang berkenaan; dan

(g) menyemak senarai semak;

(h) mendokumentasikan aktiviti sebagai simpanan untuk dijadikan sebagai


panduan dan bahan rujukan pada masa yang akan datang.

x. Aspek Keselamatan Perkhemahan:

Semasa aktiviti perkhemahan, bagi memastikan keselamatan:

(i) Antara perkara yang perlu dilakukan semasa aktiviti perkhemahan dilaksanakan
ialah:

(a) memberikan taklimat kepada semua yang terlibat sebaik sampai di tapak
perkhemahan;

(b) memastikan prosedur keselamatan sentiasa dipatuhi, termasuklah:

 tapak perkhemahan yang selamat untuk didiami dan beraktiviti serta


berkondisif;
 mendirikan khemah di kawasan yang selamat dan tidak berbatu tajam;
 sistem pencahayaan yang mencukupi untuk menerangi kawasan
perkhemahan;

(c) memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan jurulatih diberikan


keutamaan, termasuklah:

 kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang sesuai;

104
 jangkitan penyakit;
 keracunan makanan;
 gigitan serangga berbisa; dan
 serangan binatang buas.

(d) membuat pemantauan agar Jadual Perkhemahan sentiasa dipatuhi dan


dilaksanakan mengikut perancangan, kecuali jika berlaku sesuatu perkara
yang tidak dapat dielakkan, termasuklah mengadakan mesyuarat jurulatih
pada setiap malam;

(e) menentukan semua peserta mengambil bahagian dalam semua aktiviti


perkhemahan yang telah dirancangkan; dan

(f) memantau dari semasa ke semasa agar setiap aktiviti yang dilaksanakan
dapat dijalankan dalam keadaan selamat dan baik; dan

(g) menyerahkan sijil-sijil penghargaan kepada para petugas dan sijil-sijil


penyertaan kepada peserta perkhemahan atau kursus pada akhir
perkhemahan/kursus.

xi. Kemudahan Asas:

Seperti yang dinyatakan dalam proses pemilihan tapak perkhemahan yang baik, kemudahan
asas berfungsi dengan baik adalah menjadi suatu aspek kemestian, seperti:

 surau;
 tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki dan perempuan;
 elektrik;
 air yang bersih; dan
 sistem komunikasi.

xii. Pemeriksaan Pagi:

a. Tujuan:

(i) Meningkatkan darjah/tahap perkhemahan.

(ii) Peka pada kebersihan, uniform, alatan.

(iii) Tahu membuat gajet dengan baik.

(iv) Komen - puji dan tegur.

105
(v) Pengiktirafan – anugerah panent.

(vi) Menyerlahkan kerjasama ahli perkhemahan.

(vii) Pemimpin peka latar belakang ahli/peserta.

b. Komponen Penilaian:

(i) Peribadi/Pakaian seragam:

(a) Topi dan lencana.

(b) Baju, tanda nama dan lencana.

(c) Seluar dan tali pinggang (lelaki).

(d) Kasut hitam bertali (lelaki pemimpin dan pelajar).

(e) Kasut hitam bertumit tanpa tali (pemimpin perempuan).

(f) Kasut hitam bertali (pelajar perempuan).

(g) Stokin biru tua (hitam tidak digalakkan).

(h) Kebersihan dam kekemasan pakaian/uniform.

(i) Kebersihan kuku dan gigi.

(ii) Gajet:

(a) Pintu gerbang dan pagar.

(b) Bendera dan tiang bendera.

(c) Papan kenyataan.

(d) Rak kasut.

(e) Ampaian.

(f) Meja makan.

(g) Rak alatan tajam.

(h) Aksesori tambahan yang lain.

(iii) Dapur:

(a) Rak untuk dapur dan peralatan dapur.

106
(b) Kebersihan peralatan dapur.

(c) Rak makanan basah dan kering.

(d) Lubang basah dan Lubang kering.

(e) Kebersihan kawasan dapur

(iv) Khemah dan tataatur:

(a) Keceriaan kawasan perkhemahan.

(b) Susunan kedudukan khemah.

(c) Kekemasan khemah.

(d) Susunan kandungan peribadi (beg, pakaian, dsb).

(e) Susun atur gajet.

(v) Kebersihan:

(a) Kawasan khemah dan sekelilingnya.

(b) Dalam khemah.

(c) Peralatan dapur.

(d) Makanan tidak terdedah.

c. Prosedur Pemeriksaan Pagi:

(i) Peserta lengkap beruniform berbaris di hadapan khemah masing-masing. (Boleh


berbaris di dalam kawasan khemah jika kawasan khemah luas.)

(ii) Sebaik sahaja Ketua Kursus, jurulatih atau Ketua Pemeriksa tiba di hadapan
khemah, Ketua memberi arahan. Contohnya:

SKUAD...SKUAD …… SEDIA!

(iii) Ketua berkawad untuk melapor kepada Ketua, jurulatih atau Ketua Pemeriksa.
Cara melapor:

Tabik hormat …
ASSALAMU’ALAIKUM/SELAMAT PAGI, TUAN!

SKUAD SERAMAI LAPAN ORANG SIAP SEDIA UNTUK DIPERIKSA, TUAN!

Arahan Ketua /jurulatih/Ketua Pemeriksa:

107
WA’ALAIKUMUSSALAM/SELAMAT PAGI.

MINTA PENOLONG KETUA DAN QM SAHAJA KELUAR BARIS!

Tindak balas Ketua Sekawan/Patrol:


BAIK, TUAN!
MOHON KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN TUGAS YANG LAIN, TUAN!

Tabik hormat sekali lagi…


TERIMA KASIH, TUAN!

(iv) Selepas memberikan tabik hormat Ketua kembali ke tempat asal lalu
memberikan arahan khusus untuk Penolong Ketua dan QM keluar baris. Ketua
arahan:

PENOLONG KETUA DAN QM SAHAJA, KELUAR …… BARIS!

(v) Penolong Ketua dan QM akan bergerak satu langkah ke hadapan kemudian
pusing ke kanan sebagai tanda keluar baris.

(vi) Penolong Ketua dan QM akan membawa para penilai/pemeriksa atau jurulatih ke
dalam khemah untuk dibuat penilaian manakala Ketua berserta peserta
perkhemahan yang lain akan diperiksa tentang peribadi dan uniform pengakap
dalam satu barisan di hadapan khemah. Selesai penilaian Penolong Ketua dan
QM akan masuk ke dalam barisan kembali.

(vi) Pada akhir pemeriksaan pagi, Ketua perkhemahan akan lapor kepada Ketua
/jurulatih/Ketua Pemeriksa sekali lagi. Cara melapor:

Tabik hormat …
ASSALAMU’ALAIKUM/SELAMAT PAGI, TUAN!

SKUAD SERAMAI LAPAN ORANG SIAP MENGUCAPKAN TERIMA KASIH


ATAS PEMERIKSAAN TADI, TUAN!

Arahan Ketua /jurulatih/Ketua Pemeriksa:


WA’ALAIKUMUSSALAM/SELAMAT PAGI.

SELEPAS INI BERSIAP UNTUK ..........

Tindak balas Ketua:


BAIK, TUAN!
MOHON KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN TUGAS YANG LAIN, TUAN!

Tabik hormat sekali lagi…


TERIMA KASIH, TUAN!

(vii) Selepas memberikan tabik hormat, Ketua perkhemahan kembali ke tempat asal
lalu memberikan arahan keluar baris. Ketua memberikan arahan:

108
SKUAD! KELUAR ...... BARIS!

xiii. Surat-menyurat:

i. Sekurang-kurangnya sebulan sebelum aktiviti perkhemahan dimulakan, pihak penganjur


perlu menyiap dan mengedarkan beberapa jenis surat secara rasmi kepada pihak-pihak
yang berkenaan.. Antaranya, seperti:

a. Surat panggilan mesyuarat:

(i) Mesyuarat Jawatankuasa Aktiviti Perkhemahan Bilangan 01 – bertujuan untuk


melantik barisan jawatankuasa.

(ii) Surat panggilan mesyuarat ditandatangani oleh Setiauaha Jawatankuasa Induk.

b. Surat pelantikan jawatankuasa:

(i) Surat pengesahan pelantikan sebagai ahli jawatankuasa yang ditandatangani


oleh Kuasa Penganjur atau pihak penganjur.

(ii) Surat pelantikan sebagai pembimbing, jurulatih dan jurulatih luar atau jurulatih
undangan.

(iii) Draf surat disediakan oleh Setiausaha Jawatankuasa Induk.

c. Surat kebenaran:

(i) Surat memohon kebenaran daripada Kuasa Penganjur untuk menganjurkan


aktiviti perkhemahan yang ditandatangani oleh Setiausaha Jawatankuasa Induk.

(ii) Surat kepada ibu bapa memohon keizinan membenarkan anak mereka
menyertai aktiviti perkhemahan.

(iii) Surat memohon kebenaran untuk menggunakan tempat atau tapak


perkhemahan kepada tuan punya tapak.

d. Surat pemberitahuan:

(i) Pemberitahuan atau makluman secara bertulis kepada pihak-pihak yang tertentu
tentang aktiviti perkhemahan yang akan di jalan di dalam kawasan mereka,
seperti:

(a) Pejabat Pendidikan Daerah atau IPGM;

(b) Ketua Kampung;

109
(c) Balai Polis;

(d) hospital atau klinik kesihatan kerajaan;

(e) dan organisasi lain yang berkenaan.

xiv. Laporan dan refleksi:

i. Laporan aktiviti atau laporan kursus perlu dicatatkan sebaik sahaja aktiviti perkhemahan
atau kursus selesai dijalankan.

ii. Kebiasaannya setiausaha yang akan mencatatkan laporan aktiviti setelah berbinklah
dituliscang dengan pengerusi atau pihak penganjur.

iii. Laporan diperlukan sebagai bahan rujukan untuk pihak penganjur membuat pascanilai
(post-morterm) dan sebagai panduan dan penambaikan dalam menganjurkan aktiviti
perkhemahan pada masa yang akan dating.

iv. Perlu dicatatkan mengikut format laporan yang telah ditetapkan.

FORMAT MENULIS LAPORAN

1. Tajuk Laporan:
Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digarisi atau ditulis huruf besar
semuanya. Tajuk hendaklah ditulis di tengah-tengah. Boleh ditulis dalam dua baris, jika tajuk
terlalu panjang.

2. Isi Laporan
Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutupan.

3. Pengakuan Pelapor
Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.

4. Tarikh
Ditulis di sebelah kanan laporan setentang dengan pengakuan.

5. Tandatangan Pelapor
Di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.

6. Nama Pelapor
Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan sebelah tandatangan pelapor.

7. Jawatan Pelapor
Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma di hujungnya.
Seterusnya ditulis nama persatuan/pergerakan yang diwakili.

CONTOH FORMAT MENULIS LAPORAN

110
v. Penulisan mengikut urutan atau perkembangan peristiwa, iaitu yang dahulu didahulukan.

vi. Gunakan bahasa yang baik, padat tetapi ringkas.

vii. Boleh memasukkan beberapa gambar aktiviti di dalam laporan tersebut.

viii. Catatan refleksi boleh dicatatkan pada akhir laporan. Catatan boleh ditulis apa yang
dilihat, dirasai dan dialami serta kesan daripada aktiviti perkhemahan terhadap peserta
dan pembelajaran.

Penulisan laporan aktiiti berasaskan SWOT analasis amat digalakkan.

111

You might also like