Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Bincangkan pendudukan Jepun di Asia Tenggara dari segi faktor imperialisme berlaku dan

kesannya kepada Asia Tenggara.

Faktor-faktor imperialisme pendudukan Jepun di Asia Tenggara.

1. Kekayaan bahan mentah di Asia Tenggara


 Asia Tenggara mempunyai kekayaan bahan mentah seperti bijuih timah, bijih
besi , getah, petroleum, dan sebagainya yang telah dijajah oleh kuasa Eropah
semenjak sekian lama.
 Jepun telah mewujudkan istilah ataupun propaganda “Kawasan Kesemakmuran
Asia Timur Raya” iaitu satu pakatan ekonomi dalam kalangan negara-negara Asia
Timur dan Asia Tenggara dalam menguasai ekonomi mereka sendiri sekaligus
mengusir kuasa Barat dari bumi Asia.
 Slogan “Asia Untuk Asia” juga digunakan oleh pihak Jepun sebagai strategi
mereka dalam mengeksploitasi ekonomi Asia Tenggara dengan mudah.

2. Asia Tenggara sebagai pasaran barangan Jepun.


 Ketika Asia Tenggara berada pada penguasaan Barat, Jepun menghadapi
masalah untuk memasarkan barangan mereka kerana perlu bersaing dengan
kuasa Barat.
 Barat juga menghadkan barangan Jepun yang boleh dipasarkan di negara-
negara Asia Tenggara.
 Dengan menguasai Asia Tenggara, pihak Jepun secara tidak langsung dapat
memasarkan barangan mereka di Asia Tenggara dengan jumlah kepadatan
penduduk yang ramai seperti Indonesia dan Indochina tanpa sebarang sekatan
daripada negara-negara penjajah Eropah.

3. Asia Tenggara sebagai jelapang makanan Jepun.


 Di Jepun menghadapi masalah kekurangan tanah pertanian dan bilangan jumlah
petani semakin berkurangan Jepun mengalami masalah bekalan makanan yang
serius.
 Jesteru, dengan menguasai kawasan Asia Tenggara yang subur dan mempunyai
tanah yang luas serta tenaga pekerja yang ramai, Jepun dilihat dapat mengambil
kesempatan dalam mengeksploitasi sumber pertanian di negara-negara Asia
Tenggara.
 Dengan itu, segala sumber bekalan makanan dari negara-negara Asia Tenggara
seperti beras diimport ke Jepun begitu mencukupi.

4. Pengaruh tentera dalam pentadbiran Jepun.


 Pada tahun 190tiga0, pentadbiran Jepun telah mula dikuasai oleh pemerintahan
tentera.
 Kemuncak penguasaan ketenteraan dalam pentadbiran Jepun dapat dilihat
melalui pelantikan Jeneral Tojo sebagai Perdana Menteri Jepun yang ke-40 pada
tahun 1941.
 Di bawah pemerintahan beliau telah memainkan peranan yang utama dalam
merangka strategi peperangan untuk menduduki kawasan di Asia Tenggara.
 Pengaruh tentera telah menjadi dasar kepada Jepun ke arah lebih bersifat
militari terutamanya dapat dilihat dari tindakan Jepun menyerang Manchuria,
china dan terlibat secara aktif dalam siri Perang Dunia Kedua.

Reaksi penduduk tempatan ke atas pendudukan Jepun.

 Tanah Melayu.
 Penentangan orang Melayu terhadap Jepun bermula apabila Jepun mula berlaku
kejam dan zalim terhadap penduduk tempatan.
 Jepun telah merampas segala hasil pertanian penduduk dan melakukan catuan
bulanan kepada setiap keluarga.
 Tindakan ini menyebabkan rakyat tempatan marah lalu berani mengangkat
senjata untuk menentang Jepun.
 Indonesia.
 Orang Indonesia tidak menentang Jepun kerana pemimpin utama seperti
Sukarno dan Muhammad Hatta dibebaskan dari tahanan dan kemudiannya
diangkat menjadi pemimpin.
 Antara tindakan Jepun untuk mengambil hati para pemimpin Indonesia seperti
penubuhan PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) yang berperanan penting dalam
gerakan nasionalisme rakyat Indonesia.
 Dalam bidang pentadbiran, Jepun telah memberi peluang kepada rakyat
tempatan dalam mengisi kekosongan sebagai pegawai kerajaan yang
ditinggalkan Belanda.
 Filipina.
 Jepun berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat tempatan supaya
Jepun dapat mengukuhkan penguasaan mereka.
 Untuk memenangi hati rakyat Jepun telah memberikan peluang kepada rakyat
untuk mentadbir dibawah Kesatuan Perkhidmatan Filipina Baru,
walaubagaimanapun hanya Jepun yang berkuasa terhadap kesemua jabatan-
jabatan dan para pegawai tempatan Filipina tidak mempunyai kuasa langsung.
 Jepun juga ingin memberikan kemerdekaan kepada Filipina serta ingin
membebaskan Filipina daripada penguasaan Amerika Syarikat dan melantik Jose
P Laurel sebagai Presiden Filipina, namun kuasanya adalah terhad dan
merupakan boneka kepada tentera Jepun sahaja.
 Akibatnya satu gerakan anti-Jepun ditubuhkan dengan sokongan padu oleh
golongan petani untuk menamatkan penguasaan Jepun.

Rujukan.

Wolf Mendl. 2001. London. Japan And South East Asia. Routledge Publication.

You might also like