Peralihan sokongan masyarakat terhadap Jepun dan Kelahiran semangat
nasionalisme. Jepun muncul sebagai kuasa besar yang dapat mengalahkan kuasa Barat di Asia Tenggara. Masyarakat di Asia Tenggara terpengaruh dengan Propaganda yang ditekankan oleh Jepun terhadap Asia Tenggara. Masyarakat Asia Tenggara bangkit dan menyokong Jepun yang menjanjikan kemerdekaan terhadap negara mereka. Kerjasama antara pemimpin tempatan dengan Jepun berlaku bagi menyingkirkan penjajah masing-masing.
Berlaku Kebangkitan politik di Asia Tenggara.
Jepun memberi kelonggaran terhadap masyarakat untuk berpolitik. Kemunculan organisasi politik untuk memperjuangkan kemerdekaan dan kebebasan. Banyak golongan yang melibatkan diri dalam politik bagi menyemarakkan lagi semangat nasionalisme. Jepun bertindak membebaskan pemimpin nasionalisme yang menjadi tahanan British di penjara. Sisitem Pemerintahan yang bercorak ketenteraan di Asia Teggara. Terbentuk secara corak ketenteraan dosebabkan keadaan yang masih dalam era peperangan. Setelah Jepun berjaya menduduki negara Asia Tenggara mereka bebas memperkenalkan pelbagai dasar. Asia Tenggara dibahagikan kepada beberapa wilayah yang ditadbir oleh satu pasukan tentera di setiap wilayah. Masyarakat kehilangan hak bersuara. Jepun kembali mengiktiraf kedudukan pemimpin tempatan namun kuasanya tetap terbatas. Rujukan. Robertson E. 1979. The Japanese File. Heinemann Educational Book (Asia). Singapura.