Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

2.

1 PERGOLAKAN DI YAMAN

Perang yang berlangsung di Yaman (Yemen) berbeza dengan Syria, pergolakan di Yaman
kurang mendapat perhatian. Tidak ramai yang nak berhashtag #SaveYemen atau
#SanaaBerdarah walaupun lagi telah genap 2 tahun perang ini berlangsung dan jumlah
korban telah pun mencecah 10,000 nyawa. Di samping mengebom orang awam Yaman
menggunakan pesawat F15 buatan Amerika Syarikat, Arab Saudi juga mengenakan sekatan
laut ke atas Yaman dan menyebabkan orang Yaman mati kebuluran.

Konflik ini berpunca daripada tindakan sekumpulan pemberontak bernama Houthi (atau
Ansar Allah) yang terdiri daripada penganut ajaran Syiah Zaidiyyah (Syiah 5 Imam). Pada
September 2014, militant Houthi telah menggulingkan kerajaan Abd Rabbuh Mansur Hadi
(Sunni) dengan kerjasama bekas presiden Ali Abdullah Saleh (Zaidiyyah). Hadi melarikan
diri ke Aden. Seterusnya, Saudi menyatakan sokongan kepada Hadi dan mengisytiharkan
perang ke atas Houthi bermula Mac 2015. Saudi disokong oleh negara-negara Teluk (GCC)
yang lain termasuk Qatar, dan paling penting sekali ialah Amerika yang telah untung
berbilion-bilion dengan menjadi pembekal senjata api kepada Saudi.

Perang Yaman bukan perang sektarian. Pertama, Saudi dan Qatar bukan wakil Sunni.
Kedua, Syiah di Yemen bukan ‘pemberontak’ dan Sunni di Yaman bukan ‘kerajaan’ dan
tiada sesiapa menindas sesiapa. Seramai 45% rakyat Yaman ialah penganut Syiah
Zaidiyyah manakala 53% ialah Sunni Syafiʿi. Syiah Zaidiyyah (akidah dan fekahnya jauh
berbeza dengan Syiah Imamiyah atau Syiah 12 Imam) dan Sunni Syafiʿi telah pun hidup
secara damai di bumi Yaman lebih dari seribu tahun, kenapa boleh tiba-tiba terjadi
kebencian sektarian?

Ketiga, hubungan Hadi, Saleh dan Houthi tidak menggambarkan konflik sektarian. Hadi
merupakan timbalan kepada Saleh selama 18 tahun (1994-2012) sebelum menggantikan
Saleh yang turun akibat demonstrasi rakyat membantah kerajaan Saleh yang telah
memerintah selama 33 tahun. Ketika perang saudara Yaman berlaku pada tahun 1994, Hadi
telah menyokong Saleh dan dengan itu Hadi dilantik sebagai Menteri Pertahanan dan Naib
Presiden.

Untuk memahami sebarang konflik geopolitik, adalah penting untuk kita memahami
konteksnya terlebih dahulu. Selepas kita memahami konteks, kita akan sedar apa yang
berlaku di Yaman ialah perang regional, bukan perang sektarian. Sentimen kabilah juga
memainkan peranan, namun dalam kabilah yang sama terdapat Syiah dan Sunni, jadi
sektarianisme bukan punca konflik. Puncanya ialah regionalisme di mana penduduk Yaman
selatan menganggap kerajaan pusat di Sanaa (Yaman utara) telah meminggirkan mereka
dari segi sosioekonomi, dan persepsi itu membawa kepada gerakan pemisahan dan konflik
berpanjangan. Gerakan Houthi hanya sebahagian daripada cerita Yaman yang rumit.

Gerakan Houthi yang diasaskan oleh Hussein al-Houthi pada tahun 2004 memberontak
terhadap kerajaan Saleh yang dianggap pro-Saudi dan pro-Amerika, bukan kerana ada
sektarianisme Sunni-Syiah di Yaman. Ia pernah berperang dengan kerajaan Saleh selama 6
kali, jadi adakah berlaku perang saudara di kalangan Zaidiyyah? Pelepasan kuasa Saleh
atas desakan rakyat pada tahun 2012 (Sunni dan Syiah sama-sama protes terhadap Saleh)
tidak berjaya memenuhi tuntutan Houthi. Jadi, Houthi sekali lagi melancarkan
pemberontakan terhadap kerajaan pusat.

Pada masa yang sama Houthi juga berperang dengan kumpulan Islah yang diketuai Sheikh
Abdullah al-Ahmar dari kabilah Hashid yang juga merupakan Zaidiyyah. Selain Houthi, juga
terdapat gerakan pemisah lain seperti Al-Hirak (Southern Movement) yang aktif sejak 2007.
Gerakan kumpulan-kumpulan seperti ini jarang dihighlight dalam laporan media arus utama,
kerana ia akan menggagalkan pembentukan naratif “Sunni vs. Syiah”.

ISIS dan Al-Qaeda sebenarnya untung daripada sentimen sektarian. Al-Qaeda beroperasi di
bawah Ansar Al-Sharia telah mengkafirkan Zaidiyyah, menyerang dan mengebom masjid-
masjid Zaidiyyah di mana Sunni juga solat bersama. Mengambil kesempatan ke atas
keadaan huru hara, Ansar Al-Sharia dapat menguasai kawasan Selatan.

Tidak dinafikan Iran dan Saudi juga cuba memanipulasi kerumitan konteks Yaman untuk
kepentingan masing-masing. Untuk sementara waktu, peranan Iran sangat terhad dalam
Perang Yaman, tidak seperti di Syria. Keutamaan Iran ialah untuk mewujudkan kawasan
Bulan Sabit Syiah (Shia Crescent) yang menyambungkan Iran, Iraq, Syria dan Lubnan.
Yaman terlalu jauh dan tidak strategik bagi Iran. Boleh rujuk kajian Thomas Juneau dari
Universiti Ottawa berjudul ‘Iran’s Policy towards the Houthis in Yemen: a Limited Return in a
Modest Investment’.

Tujuan Saudi pula lebih kepada pengukuhan keabsahan rejim Banu As-Saud. Campur
tangan di Yaman sama seperti campur tangan di Bahrain di mana Saudi dan GCC
membanteras demonstrasi rakyat yang majoritinya Syiah. Saudi risau dengan kebangkitan
politik orang Syiah yang akan menggugat keutuhan wilayah Saudi di mana ia juga
mempunyai kawasan yang bermajoriti Syiah di wilayah timur, dan di situlah kawasan
simpanan minyak Saudi.

Pendek kata, tanpa memahami konteks negara-negara Timur Tengah, kita akan mudah
terpedaya dengan dakyah/propaganda sesetengah pihak dan gagal memahami punca
masalah. Yaman mempunyai persamaan dengan Syria di mana kegagalan membentuk
negara bangsa yang jitu telah menjadikan negara terdedah kepada perpecahan dan
manipulasi kuasa-kuasa asing.

KESAN TERHADAP PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Isu pergolakan Yaman yang berlaku baru-baru ini secara tidak langsung juga turut memberi
kesan ke atas pendidikan di negara kita. Isu ini boleh diklasifikasikan sebagai suatu isu
politik dan juga ekonomi. Namun, pelajar-pelajar negara kita nampaknya mudah
terpengaruh dengan isu tersebut sehinggakan mereka tidak sedar sama ada umur mereka
itu layak untuk membincangkan isu politik ataupun tidak. Bukan sekadar itu sahaja, pelajar-
pelajar yang melibatkan diri secara tidak langsung terhadap isu ini juga turut membawa
fahaman masing-masing dan akhirnya akan membawa kepada perbalahan.

Hal ini demikian kerana, terdapat sesetengah pelajar yang menyokong tindakan
pemberontakan Houthi mungkin kerana mereka sudah terpesong akidah dan juga terdapat
segelintir pelajar yang menyokong kerajaan Yaman. Apabila mereka melibatkan diri secara
aktif dalam isu ini melalui perhimpunan-perhimpunan mahupun perbalahan idea melalui
media sosial, ini secara tidak langsung akan menjejaskan pelajaran mereka dan harapan
Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 nampaknya adalah
amat sukar untuk dicapai.

Pergolakan di Yaman telah membahayakan keselamatan rakyat Malaysia terutama sekali


pelajar yang menuntut ilmu di sana. Usaha kerajaan membawa balik pelajar Malaysia di
Sana’a, Yaman bertepatan dan harus dipuji berikutan ketidakstabilan dan keadaan tidak
menentu sehingga mengancam proses pembelajaran di negara bergolak tersebut.

Rata-rata pakar politik antarabangsa berpendapat tindakan pantas itu perlu diambil
memandangkan keadaan semakin kucar-kacir dan berkemungkinan akan bertambah buruk
pada bila-bila masa. Mereka berpendapat, ini kerana tiada jaminan keselamatan dan
kestabilan dapat diberikan mana-mana pihak termasuk daripada kerajaan Yaman sendiri
dan oleh itu kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara perlu bertindak cepat.

Jelas mereka, kerajaan telah belajar dan mengambil iktibar kejadian yang berlaku di Mesir
sewaktu melancarkan Ops Piramid 1 dan 2 pada 2011 bagi membawa pulang puluhan ribu
pelajar berikutan pergolakan dan ketidakstabilan negara tersebut.

Pakar-pakar juga senada, jika keadaan semakin parah di Sana’a, pelajar mempunyai
opsyen untuk menyambung pengajian mereka sama ada di dalam atau di luar negara selain
Yaman demi masa depan mereka.
Puluhan pelajar Malaysia di Yaman telah dan akan tiba di tanah air selepas meninggalkan
negara itu ekoran konflik terbaharu melanda Yaman berikutan pertempuran antara
pergerakan Syiah Houthi dan tentera kerajaan yang menyaksikan pemberontak berjaya
menguasai beberapa institusi penting di Sana’a, ibu negara itu.

Walaupun keadaan yang berlaku ini boleh membantutkan pembelajaran pelajar namun
situasi ini tidak boleh dielak dan faktor keselamatan adalah lebih penting yang telah diambil
kira dan diutamakan kerajaan. Kalau di Mesir, ramai pelajar perubatan, di Yaman pula ramai
pelajar pengajian Islam. Pilihan untuk tukar itu ada dan lebih mudah kerana kursus itu ada
ditawarkan di sini. Ia tidak sepayah dan sesukar sewaktu kerajaan mengendalikan Ops
Piramid di Mesir kerana perlu mencari alternatif lain supaya pelajar boleh terus
menyambung pelajaran di dalam bidang perubatan.

Tuntasnya, apabila dikaji dan difahami pergolakan di Yaman ini, para pelajar seharusnya
mengutamakan keselamatan nyawa dan fizikal diri sendiri. Disamping itu, pelajar-pelajar
yang berada di tempat kejadian seharusnya mengambil iktibar dari apa yang berlaku di
negara Yaman agar tidak terjadi kepada negara kita. Hal ini kerana para pelajar inilah atau
dengan kata generasi hari inilah yang akan memimpin negara pada masa akan datang.

You might also like