Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

1.

0 PENGENALAN

Tatabahasa merupakan asas kepada pelahiran bahasa yang indah dan difahami
oleh pengguna. Tatabahasa yang lengkap dan tepat mencerminkan kebolehan intrinsik
penutur. Petikan yang diselitkan mengandungi beberapa kesalahan tatabahasa dari aspek
morfologi (bentuk dan golongan kata), frasa, ayat, ortografi dan kosa kata

2.0 ASPEK MORFOLOGI

Menurut Siti Hajar Abdul Haziz (2011), morfologi merupakan bidang tatabahasa yang
mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya. Ia mengkaji struktur, bentuk dan
golongan kata.

2.1 STRUKTUR KATA

Struktur kata bermakna susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang tulisan yang
menjadi unit bahasa yang bermakna (Siti Hajar Abdul Haziz, 2011). Ia memastikan cara
menulis perkataan yang betul dengan bunyi ujaran. Berdasarkan struktur kata, pelajar
tersebut membuat kesalahan dari segi kesalahan ejaan seperti ditunjukkan dalam jadual 1.

Jadual 1: Kesalahan ejaan


Kesalahan Pembetulan
Di Kulliyyah Eknomi Di Kulliyyah Ekonomi
Durian adalah bulah yang paling Durian ialah buah yang paling terkenal
terkenal
dia suka tolong mak memasak Dia juga suka menolong emak memasak

2.2 BENTUK KATA

Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil
daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan (Siti Hajar Abdul Haziz,
2011). Dari segi bentuk kata, pelajar tersebut membuat kesalahan dalam penggunaan
imbuhan.

2.2.1 Kesalahan penggunaan imbuhan

Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang diimbuhkan pada kata dasar yang
menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan merangkumi bentuk-bentuk terikat
seperti awalan, akhiran, sisipan dan apitan.
Berdasarkan jadual 3, 4, 5, 6 dan 7, pelajar tersebut tidak mengimbuhkan kata kerja
dasar dengan imbuhan awalan.

Jadual 3: Kesalahan imbuhan awalan


Kesalahan Pembetulan
Kongsi cerita Berkongsi cerita
Mengikut sumber Kamus Dewan Edisi Kedua Melayu, berkongsi bermaksud bersekutu
(bergabung) dalam sesautu kegiatan. Dalam hal ini, Kata dasar ‘kongsi’ memerlukan
imbuhan awalan ‘ber’ untuk menjadikan kata kerja tak transitif berpelengkap. Oleh sebab itu
pembetulan diberikan menjadi berkongsi cerita.

Jadual 4: Kesalahan imbuhan awalan


Kesalahan Pembetulan
Ayah saya kerja Ayah saya juga bekerja
‘Kerja’ iaitu kata dasar memerlukan imbuah awalan ‘ber’ untuk dijadikan ayat aktif tak
transitif.

Jadual 5: Kesalahan imbuhan awalan


Kesalahan Pembetulan
dia suka tolong mak memasak Dia juga suka menolong emak memasak
‘Tolong ’ ialah kata perintah dalam ayat permintaan perlu ditambahkan imbuhan awalan
‘men’ supaya menjadi ‘ menolong’ (kata kerja) emak ( transitif ).

Jadual 6: Kesalahan imbuhan awalan


Kesalahan Pembetulan
Father saya umur enam puluh tiga Bapa saya berumur enam puluh tiga tahun
Mengikut sumber Kamus Dewan Edisi Keempat, berumur bermaksud mempunyai umur,
berusia; Dalam hal ini,) ‘umur’ ialah golongan kata nama, ‘berumur’ ialah golongan kata
kerja yang bermaksud ‘mempunyai umur’.

Jadual 7: Kesalahan imbuhan awalan


Kesalahan Pembetulan
Buah-buahan ada yang musim Sesetengah buah-buahan merupakan buah-buahan
bermusim.
‘Musim’ ialah kata nama ‘bermusim’ kata kerja yang bermaksud ‘mempunyai musim ’ lebih
sesuai digunakan untuk menerangkan ‘buah-buahan’.
Berdasarkan jadual 8, pelajar tersebut menyalahgunakan imbuhan apitan pada kata
dasar.

Jadual 8: Kesalahan imbuhan apitan


Kesalahan Pembetulan
Membacakan dan mendengaran Membaca dan mendengar Al-Quran
Al-Quran

Mengikut sumber Kamus Dewan Edisi Keempat Melayu, membacakan bermaksud


membaca untuk ‘siapa’ ( seseorang ) , membaca bermaksud membaca ( Al-Quran,buku,
akhbar dan sebagainya ) . Dalam hal ini, membacakan bermaksud membaca ‘untuk siapa’
manakala membaca bermaksud ‘baca apa ’ Oleh sebab itu pembetulan diberikan menjadi
Membaca dan mendengar Al-Quran.

2.3 GOLONGAN KATA

Golongan kata ialah proses mengkategorikan perkataan berdasarkan keserupaan


bentuk atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama (Siti Hajar Abdul Haziz,
2011). Golongan kata boleh dikategorikan kepada empat iaitu kata kerja, kata nama, kata
tugas dan kata adjektif. Dari segi golongan kata, pelajar tersebut membuat kesalahan dalam
penggunaan kata kerja dan tugas.

2.3.1 Kesalahan penggunaan kata kerja

Kata kerja merupakan merujuk kepada sesuatu perbuatan atau melakukan sesuatu.
Ia terbahagi kepada dua iaitu transitif dan tak transitif. Kata Kerja Transitf ialah segala
perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Kata kerja tak transitif ialah
segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri,
tidak kepada benda atau orang lain.

Berdasarkan jadual 9, 10 dan 11, pelajar tersebut tidak menggunakan kata kerja
sebelum kata nama.

Jadual 10: Kesalahan penggunaan kata kerja


Kesalahan Pembetulan
Malaysia ada banyak buah-buahan Malaysia banyak mempunyai buah-buahan tempatan
tempatan

Jadual 9: Kesalahan penggunaan kata kerja


Kesalahan Pembetulan
Itu negara ada banyak musim Negara ini banyak mempunyai orang Muslim

‘Banyak’ ( kata adjektif) yang diikuti ‘mempunyai’ ( kata kerja) mesti diletakkan sebelum
‘orang Muslim’ (frasa nama), untuk menjadi kata kerja transitif.

‘Banyak’ (kata adjektif) yang diikuti ‘mempunyai’ (kata kerja) mesti diletakkan sebelum
‘buah-buahan’ (kata nama) . mempunyai buah-buahan (kata kerja transitif).

Jadual 11: Kesalahan penggunaan kata kerja


Kesalahan Pembetulan
durian banyak vitamin dan nutrien durian banyak mengandungi vitamin dan nutrien.

Mengikut sumber Kamus Dewan Edisi Keempat, mengandungi bermaksud ‘berisi, memuat
sesuatu . Dalam hal ini, mengandungi (kata kerja) mesti diikuti dengan vitamin (kata nama)
untuk menjadi kata kerja transitif.

Berdasarkan jadual 12, pelajar tersebut tidak menggunakan kata kerja sebelum kata
nama.

Jadual 12: Kesalahan penggunaan kata kerja


Kesalahan Pembetulan
Saya suka ialah manggis Saya suka akan manggis

Mengikut sumber Kamus Pelajar Edisi Kedua, ‘menyukai’ bermaksud suka akan,
menggemari ; meminati , menaruh kasih sayang kepada sesuatu . Dalam hal ini , suka akan’
bermaksud ‘menyukai’ perlu diikuti dengan kata nama ( manggis ).

Berdasarkan jadual 13, pelajar tersebut menyalahgunakan kata kerja sebelum


penerang.

Jadual 12: Kesalahan penggunaan kata kerja


Kesalahan Pembetulan
Kakak memiliki sangat cantik Kakak saya memiliki sebuah kereta yang sangat cantik
kereta
Mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua ‘memiliki’ sebuah kereta bermaksud mempunyai
mengambil sesuatu dan dijadikan milik - sebuah kereta. Dalam hal ini, ‘Memiliki’ (kata kerja)
mesti diikuti ‘sebuah kereta’ (kata nama).

2.3.2 Kesalahan penggunaan kata tugas

Kata tugas merupakan golongan kata yang tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam
binaan frasa. Semua perkataan yang bukan kata nama, kerja dan adjektif digolongkan
sebagai kata tugas. Terdapat tiga jenis kata tugas iaitu kata penyambung ayat, kata
praklausa dan kata prafrasa.

i. Kata Penyambung Ayat

Kata penyambung ayat merupakan perkataan yang menghubungkan dua atau lebih
ayat. Ia terdiri daripada kata hubung gabungan dan pancangan. Kata hubung gabungan
ialah sejumlah perkataan yang digunakan untuk menghasilkan ayat majmuk (Siti Hajar
Abdul Haziz, 2011). Manakala kata hubung pancangan ialah sejumlah perkataan yang
digunakan bagi menghubungkan klausa yang tidak setara pada klausa utama dalam ayat.

Jadual 14: Kesalahan penggunaan kata tugas (Kata Hubung Gabungan)


Kesalahan Pembetulan
Keluarga saya baik dan ramai dan Ahli keluarga saya baik, ramai dan lucu.
lucu
Berdasarkan jadual 14, pelajar tersebut menyalahgunakan kata hubung gabungan.

Kata hubung ‘dan’ tidak boleh hadir lebih daripada satu kali dalam satu ayat.

Berdasarkan jadual 15, pelajar tersebut menyalahgunakan kata hubung pancangan.

‘Sebab’ bermaksud punca. ‘Hal ini demikian kerana’ yang membawa maksud ‘memberi
penerangan’ lebih sesuai digunakan.

ii. Kata Prafrasa

Kata prafrasa ialah kata yang diletakkan di bahagian hadapan frasa. Jenis kesalahan
prafrasa yang telah dikenalpasti adalah kata bilangan dan kata pemeri. Kata bilangan
merupakan perkataan yang digunakan untuk menunjukkan jumlah atau bilangan. Manakala,
kata pemeri digunakan untuk memerikan sesuatu hal.

Jadual 15: Kesalahan penggunaan kata tugas (Kata Hubung Pancangan)


Kesalahan Pembetulan
Sebab durian banyak vitamin dan Hal ini demikian kerana durian banyak mengandungi
nutrien vitamin dan nutrien.
Berdasarkan jadual 16, pelajar tersebut menyalahgunakan kata bilangan pecahan.

Jadual 16: Kesalahan penggunaan kata bilangan (pecahan)


Kesalahan Pembetulan
Buah-buahan ada yang musim Sesetengah buah-buahan merupakan buah-buahan
bermusim.
‘Ada yang’ tidak gramatis kata bilangan ‘Sesetengah’ yang membawa maksud yang sama
dianggap gramatis untuk menerangkan frasa buah-buahan.

Jadual 17: Kesalahan penggunaan kata bilangan (himpunan)


Kesalahan Pembetulan
Berdasarkan jadual 16, pelajar tersebut menyalahgunakan kata bilangan himpunan.

To sum up, semua buah-buahan Kesimpulannya, buah-buahan mempunyai saiz, warna


mempunyai saiz, warna dan rasa dan rasa yang berbeza.
yang berbeza –beza.
Buah-buahan telah membawa maksud jamak, ‘semua’ yang juga bermaksud ‘jamak’ tidak
diperlukan.

Berdasarkan jadual 18, pelajar tersebut menyalahgunakan kata bilangan.

Jadual 18: Kesalahan penggunaan kata bilangan (Penjodoh bilangan)


Kesalahan Pembetulan
Saya mempunyai adik seorang Saya mempunyai seorang adik laki-laki / lelaki
laki-laki
Penjodoh bilangan ‘seorang’ perlu hadir sebelum kata nama (adik).

Berdasarkan jadual 19, pelajar tersebut menyalahgunakan kata pemeri.

Jadual 19: Kesalahan penggunaan kata pemeri


Kesalahan Pembetulan
Durian adalah bulah yang paling Durian ialah buah yang paling terkenal
terkenal
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat , ‘ialah’ ialah kata penghubung yang menerangkan
kata atau ayat yang di depan , kata penghubung yang mendahalui ayat yang menyatakan
sebab , kata yang menjadi pemerihal antara subjek dengan frasa utama bagi predikat
sesuatu ayat . Dalam hal ini , i) kata pemeri ‘ialah’ hendaklah diikuti dengan golongan kata
nama (buah) atau kata sendi manakala kata pameri ‘adalah’ perlu diikuti dengan golongan
kata adjektif dan kata kerja. Oleh sebab itu, ‘Durian ialah buah …’ lebih sesuai digunakan.

Berdasarkan jadual 20, pelajar tersebut tidak menggunakan kata pemeri di hadapan
frasa nama.

Kata pameri ‘ialah’ hendaklah diikuti dengan golongan kata nama (nasi ayam) atau kata
sendi manakala ‘adalah’ diikuti dengan kata adjektif dan kata kerja .

Jadual 20: Kesalahan penggunaan kata pemeri


Kesalahan Pembetulan
Makanan saya untuk iftar adalah Makanan saya untuk iftar ialah nasi ayam.
nasi ayam.
3.0 ASPEK FRASA

Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi
sekurang-kurangnya dua patah perkataan ataupun satu patah perkataan yang berpotensi
untuk diperluas menjadi dua atau lebih perkataan (Siti Hajar Abdul Haziz, 2011). Frasa
terdiri daripada frasa nama, kerja, adjektif dan sendi nama.

3.1 FRASA NAMA

Frasa nama ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan
atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat.
Terdapat dua binaan utama frasa iaitu inti+penerang yang dikenali sebagai hukum D-M dan
inti+inti.

3.1.1 Kesalahan penggunaan frasa nama (Inti+Penerang)


Binaan frasa inti+penerang ialah binaan yang terdiri daripada kata nama yang
menjadi inti hadir di depan, manakala penerangnya hadir pada kedudukan selepasnya.
Jadual 21: Kesalahan penggunaan frasa nama
Kesalahan Pembetulan
Contoh buah-buahan apple, Contohnya, epal, oren, tembikai, nanas dan buah-
orange, tembikai, nanas dan buahan yang lain di situ.
sebagainya.
Jadual 21 menunjukkan pelajar tersebut membuat kesalahan dalam membentuk
inti+penerang.

Buah-buahan yang lain (Frasa nama) perlu diikuti dengan predikat ‘di situ’ (Frasa sendi)
supaya menjadi sebuah ayat yang lengkap.

Jadual 22 dan 23 menunjukkan pelajar menulis frasa nama (Inti+Penerang) secara


terbalik.

Jadual 22: Kesalahan penggunaan frasa nama


Kesalahan Pembetulan
Itu negara Negara itu
Frasa nama ‘Itu negara’ dalam ayat di atas tidak tepat kerana unsur penerang iaitu ‘Itu’
mendahului unsur inti iaitu ‘negara’. Oleh itu, binaan frasa nama yang tepat ialah ‘Negara
itu’.
Jadual 23: Kesalahan penggunaan frasa nama
Kesalahan Pembetulan
Saya nama Nama saya

Sebagai contohnya, saya nama. Mengikut sumber Kamus Dewan Edisi Kedua Melayu,
Nama-saya bermaksud panggilan atau sebutan bagi orang ‘saya’. Dalam hal ini, perkataan
‘Nama’ diterangkan, manakala perkataan ‘Saya’ adalah menerangkan. Oleh sebab itu
pembetulan diberikan menjadi ‘nama saya’. Perkataan ‘Nama’ diterangkan, manakala
perkataan ‘Saya’ adalah menerangkan.
3.2 FRASA KERJA

Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan
kata intinya ialah kata kerja. Kata kerja terdiri daripada kata kerja transitif dan tak transitif.
Kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain manakala kata kerja tak
transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan.

3.2.1 Kesalahan penggunaan frasa kerja


Jadual 24 dan 25 menunjukkan pelajar tersebut menyalah tempatkan kata kerja dan
tidak menghasilkan frasa kerja dengan tepat.

Jadual 24: Kesalahan penggunaan frasa kerja


Kesalahan Pembetulan
Berpuasa di Malaysia berbeza dari Amalan berpuasa di Malaysia berbeza daripada amalan
berpuasa di negara saya berpuasa di negara saya
‘Berpuasa’ iaitu kata kerja tidak boleh hadir sebagai perkataan pertama dalam satu ayat.
‘Amalan’ iaitu kata nama yang bertindak sebagai ‘Subjek’ mesti digunakan.

Jadual 25: Kesalahan penggunaan frasa kerja


Kesalahan Pembetulan
Kakak memiliki sangat cantik Kakak saya memiliki sebuah kereta yang sangat cantik
kereta
Mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua ‘memiliki’ sebuah kereta bermaksud mempunyai
mengambil sesuatu dan dijadikan milik - sebuah kereta. Dalam hal ini, ‘Memiliki’ (kata kerja)
mesti diikuti ‘sebuah kereta’ (kata nama).
3.3 FRASA ADJEKTIF

Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa
perkataan yang mengandungi kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya.

3.3.1 Kesalahan penggunaan frasa adjektif

Jadual 26: Kesalahan penggunaan frasa adjektif


Kesalahan Pembetulan
Banyak buah-buahan ke pasar Terdapat banyak buah-buahan di pasar raya Tesco.
raya Tesco
Perkataan ‘banyak’ (kata adjektif) tidak dapat hadir sendiri pada perkataan pertama.
3.4 FRASA SENDI NAMA

Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi
nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi
nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata
sendi nama dalam bahasa Melayu ialah ‘di’, ‘ke’, ‘dari’, ‘daripada’, ‘pada’, ‘kepada’, ‘untuk’
dan sebagainya.

3.4.1 Kesalahan penggunaan frasa sendi nama


Jadual 27: Kesalahan penggunaan frasa sendi nama
Kesalahan Pembetulan
Saya datang di Johor Saya datang dari Johor

Mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua , ‘dari’ ialah kata sendi nama menerangkan tempat
bermulanya sesuatu (bergerak , bertolak , berasal dan lain-lain) atau permulaan sesuatu
jangka waktu

Jadual 28: Kesalahan penggunaan frasa sendi nama


Kesalahan Pembetulan
Contoh buah-buahan apple, Contohnya, epal, oren, tembikai, nanas dan buah-
orange, tembikai, nanas dan buahan yang lain di situ.
sebagainya.
Buah-buahan yang lain (Frasa nama) perlu diikuti dengan predikat ‘di situ’ (Frasa sendi)
supaya menjadi sebuah ayat yang lengkap.

Jadual 29: Kesalahan penggunaan frasa sendi nama


Kesalahan Pembetulan
di Rabu pada hari Rabu.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, ‘pada’ ialah kata sendi nama yang digunakan untuk
menunjukkan waktu atau menunjukkan kata nama abstrak dalam pembentukan frasa atau
ayat. Dalam hal ini , kata sendi ‘ di’ diikuti frasa nama yang berkaitan dengan ‘tempat’
manakala Kata sendi ‘pada ’perlu diikuti masa – hari Rabu.
4.0 ASPEK AYAT

Ayat ialah unit terbesar dalam tatatingkat bahasa. Ia dikenali sebagai bentuk
pengucapan yang mengandungi fikiran sempurna. Kesalahan ayat yang didapati dalam
petikan tersebut ialah ayat tunggal. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu
predikat.

4.1 Kesalahan penggunaan ayat tunggal

Jadual 30: Kesalahan penggunaan ayat


Kesalahan Pembetulan
Saya nama Anas Nama saya Anas

Subjek (frasa nama) dalam ayat di atas tidak tepat kerana unsur penerang mendahului
unsur inti. Oleh itu, frasa nama yang tepat dalam ayat ini ialah ‘Nama’ sebagai unsur inti dan
‘saya’ sebagai unsur penerang. Kesalahan dalam ayat di atas juga berlaku disebabkan
gangguan bahasa ibunda atau bahasa kedua pelajar. Pelajar menggunakan struktur ayat
bahasa Inggeris iaitu ‘My name’ yang diterjemahkan sebagai ‘Saya nama’ dalam bahasa
Melayu.

Jadual 31: Kesalahan penggunaan ayat


Kesalahan Pembetulan
Di Kulliyyah Eknomi saya abang Di Kulliyyah Ekonomi abang saya belajar
belajar
Frasa nama dalam subjek ayat di atas tidak tepat kerana unsur penerang mendahului unsur
inti. Oleh itu, frasa yang tepat bagi subjek ayat di atas ialah ‘abang saya belajar’.

Jadual 32: Kesalahan penggunaan ayat


Kesalahan Pembetulan

Ayah kerja saya guru Ayah saya bekerja sebagai seorang guru

Ayat tersebut hendaklah dimulakan dengan frasa nama ‘Ayah saya’ sebagai subjek ayat,
diikuti kata kerja ‘bekerja’ dan frasa nama ‘sebagai guru’ sebagai predikat ayat. Selain itu,
awalan ‘be-’ perlu diimbuhkan pada kata ‘kerja’ agar ayat tersebut lebih gramatis.

5.0 ASPEK ORTOGRAFI

Ortografi merupakan ejaan dan saiz huruf. Jadual 33 menunjukkan kesalahan ejaan
pelajar tersebut.
Jadual 33: Kesalahan ejaan
Kesalahan Pembetulan
Di Kulliyyah Eknomi Di Kulliyyah Ekonomi
Durian adalah bulah yang paling Durian ialah buah yang paling terkenal
terkenal
dia suka tolong mak memasak Dia juga suka menolong emak memasak

Jadual 34 menunjukkan kesalahan penggunaan huruf kecil dan besar.

Jadual 34: Kesalahan huruf besar/ kecil


Kesalahan Pembetulan
kulitnya juga berkhasiat Kulitnya juga berkhasiat
Ayah saya kerja Di kedai juga Ayah saya juga bekerja di kedai
Di Palestine di Palestine
istanbul Istanbul

6.0 KOSA KATA

Kosa kata ialah keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa atau perbendaharaan kata.
Daripada membuat analisis petikan tersebut, didapati bahawa pelajar tersebut kurang
menguasai kosa kata Bahasa Melayu. Dia membuat kesalahan melalui menggunakan
bahasa pinjaman tanpa menterjemahkan. Contohnya dikemukakan dalam jadual 35, 36, 37,
dan 38.

Jadual 35: Kesalahan penggunaan kata pinjaman


Kesalahan Pembetulan
Father Bapa / Ayah

‘Father’ bermaksud bapa dalam bahasa Inggeris. ‘Bapa’ iaitu Bahasa Malaysia
dianggap gramatis.

Jadual 36: Kesalahan penggunaan kata pinjaman


Kesalahan Pembetulan
siblings adik-beradik

‘Siblings’ bermaksud adik-beradik dalam bahasa Inggeris. ‘adik-beradik’ iaitu Bahasa


Malaysia dianggap gramatis.

Jadual 37: Kesalahan penggunaan kata pinjaman


Kesalahan Pembetulan
To sum up, Kesimpulannya,

‘To sum up’ bermaksud ‘Kesimpulannya’ dalam bahasa Inggeris. ‘Kesimpulannya’


iaitu Bahasa Malaysia dianggap gramatis.

Jadual 38: Kesalahan penggunaan kata pinjaman


Kesalahan Pembetulan
Contoh buah-buahan apple, Contohnya, epal, oren,
orange,
‘Apple’ dan ‘orange’ bermaksud epal dan oren dalam bahasa Inggeris. ‘epal’
dan‘oren ’iaitu Bahasa Malaysia dianggap gramatis.
RUJUKAN TAMBAHAN

Kesalahan Pembetulan Jenis Kesalahan Penerangan secara terperinci


Saya nama Nama saya Kesalahan Perkataan ‘Nama’ diterangkan , manakala
Hukum DM perkataan ‘Saya’ adalah menerangkan
Membacakan Membaca dan Kata kerja Membacakan bermaksud membaca ‘untuk
dan mendengar Al- siapa’ manakala membaca bermaksud
mendengaran Quran ‘baca apa ’
Al-Quran
sebenarnya, Sebenarnya, saya
saya suka suka membaca
membacaan dan dan mendengar
mendengaran musik Urban
music urban
Kongsi cerita Berkongsi cerita Kata kerja Kata dasar ‘kongsi’ memerlukan imbuhan
awalan ‘ber’ untuk menjadikan kata kerja
tak transitif berpelengkap.

Di Palestine di Palestine Ejaan ‘Di’ bukan perkataan pertama, huruf ‘D’


mesti dikecilkan.
Father saya Bapa saya Bahasa i) ‘Father’ bermaksud bapa dalam bahasa
umur enam berumur enam pinjaman Inggeris. ‘Bapa’ iaitu Bahasa Malaysia
puluh tiga puluh tiga tahun (Bahasa dianggap gramatis.
Inggeris) ii) ‘umur ’ialah golongan kata nama ,
‘berumur’ ialah golongan kata kerja yang
bermaksud ‘ mempunyai umur ’

Ayah kerja saya Ayah saya struktur ayat ‘Ayah kerja saya guru’ tidak gramatis.
guru bekerja sebagai dari segi frasa
seorang guru dan imbuhan
Ayah saya kerja Ayah saya juga i) kata kerja i) ‘kerja’ iaitu kata dasar memerlukan
Di kedai juga bekerja di kedai imbuah awalan ‘ber’ untuk dijadikan ayat
aktif tak transitif.
ii) Ejaan ii) ‘’D’bukan perkataan pertama , huruf ‘d’
mesti dikecilkan
Saya ada Saya mempunyai i) Bahasa i) ‘Siblings’ bermaksud adik-beradik dalam
sebelas siblings sebelas adik- pinjaman bahasa Inggeris. ‘adik-beradik’ iaitu Bahasa
beradik. (Bahasa Malaysia dianggap gramatis.
Inggeris)
Di Kulliyyah Abang saya i) Ejaan i) ‘Kulliyyah’ sepatutnya dieja menjadi
Ekonomi saya belajar di dewan ‘kuliah’
abang belajar kuliah Ekonomi.
Saya Saya mempunyai Kata bilangan Penjodoh bilangan ‘seorang’ perlu hadir
mempunyai adik seorang adik laki- sebelum kata nama (adik)
seorang laki-laki laki / lelaki
Kakak memiliki Kakak saya Golongan kata ‘Memiliki’ (kata kerja) mesti diikuti ‘sebuah
sangat cantik memiliki sebuah kereta’ (kata nama).
kereta kereta yang
sangat cantik
dia suka tolong Dia juga suka i) Golongan kata i)‘Tolong ’ ialah kata perintah dalam ayat
mak memasak menolong emak permintaan perlu ditambahkan imbuhan
memasak awalan ‘men’ supaya menjadi ‘ menolong’
ii) dialog (kata kerja) emak ( transitif ) .
ii) ‘Mak’ digunakan dalam ayat dialog,
perkataan ‘emak’ dianggap lebih gramatis.
Keluarga saya Ahli keluarga i) Penggunaan i) ‘Ahli’ perkataan ini perlu diletakkan
baik dan ramai saya baik, ramai kata sebelum keluarga yang bermaksud ‘ ahli
dan lucu dan lucu. sekeluarga ’
ii) Kata hubung ‘dan’ tidak boleh hadir lebih
ii) kata hubung daripada satu kali dalam satu ayat.
di Rabu pada hari Rabu. Kata sendi Kata sendi ‘ di’ diikuti frasa nama yang
berkaitan dengan ‘tempat’ manakala
Kata sendi ‘pada ’perlu diikuti masa – hari
Rabu .
Malaysia ada Malaysia banyak Golonga kata ‘banyak’ (kata adjektif) yang diikuti
banyak buah- mempunyai buah- keja ‘mempunyai’ (kata kerja) mesti diletakkan
buahan buahan tempatan sebelum ‘buah-buahan’ (kata nama) .
tempatan mempunyai buah-buahan (kata kerja
transitif)
Durian adalah Durian ialah buah i) Kata pemeri i) kata pemeri ‘ialah’ hendaklah diikuti
bulah yang yang paling dengan golongan kata nama (buah) atau
paling terkenal terkenal kata sendi manakala kata pameri
‘adalah’ perlu diikuti dengan golongan kata
adjektif dan kata kerja.
ii ) Ejaan ii) ‘buah’ adalah betul

Sebab durian Hal ini demikian i) perkataan i) ‘sebab’ bermaksud punca. ‘Hal ini
banyak vitamin kerana durian demikian kerana’ yang membawa maksud
dan nutrien banyak ‘memberi penerangan’ lebih sesuai
mengandungi digunakan.
vitamin dan
nutrien. ii) golongan kata ii) mengandungi (kata kerja) mesti diikuti
kerja dengan vitamin (kata nama) untuk menjadi
kata kerja transitif.
Itu negara ada Negara ini banyak Golonga kata ‘banyak’ ( kata adjektif) yang diikuti
banyak musim mempunyai orang keja ‘mempunyai’ ( kata kerja) mesti diletakkan
Muslim sebelum ‘orang Muslim’ (frasa nama), untuk
menjadi kata kerja transitif .
Saya suka ialah Saya suka akan Golongan kata ‘Suka akan’ bermaksud ‘menyukai’ perlu
manggis manggis ( kata kerja,kata diikuti dengan kata nama ( manggis )
nama )
Saya datang di Saya datang dari Kata sendi Kata sendi ‘dari ’perlu diikuti tempat
Johor Johor –‘Johor’ yang bermaksud berasal daripada
sesuatu tempat (Johor)
Banyak buah- Terdapat banyak i) Frasa i) ‘banyak’ (kata adjektif) tidak dapat hadir
buahan ke pasar buah-buahan di sendiri pada perkataan pertama.
raya Tesco pasar raya Tesco.
ii) Hukum DM ii) ‘pasar raya’ diterangkan , manakala
‘Tesco’ menerangkan pasar raya

Contoh buah- Contohnya, epal, i) Bahasa i) ‘apple’ dan ‘orange’ bermaksud epal dan
buahan apple, oren, tembikai, pinjaman oren dalam bahasa Inggeris. ‘epal’ dan‘oren
orange, nanas dan buah- (Bahasa ’iaitu Bahasa Malaysia dianggap gramatis.
tembikai, nanas buahan yang lain Inggeris)
dan sebagainya. di situ. ii) ‘…dan sebagainya’ dianggap tidak
ii) Frasa gramatis, ‘…buah-buahan yang lain’ lebih
sesuai digunakan .

..buah-buahan yang lain (Frasa nama) perlu


iii) Ayat diikuti dengan predikat ‘di situ’ (Frasa
Tergantung sendi) supaya menjadi sebuah ayat yang
(tidak lengkap.
mempunyai
predikat )
Berpuasa di Amalan berpuasa i) Frasa i) ‘berpuasa’ iaitu kata kerja tidak boleh
Malaysia di Malaysia hadir sebagai perkataan pertama dalam
berbeza dari berbeza daripada satu ayat. ‘Amalan’ iaitu kata nama yang
berpuasa di amalan berpuasa bertindak sebagai ‘Subjek’ mesti
negara saya di negara saya digunakan.
ii) kata sendi
ii) ‘dari’ kata sendi diikuti dengan ‘arah’
‘tempat’ dan ‘masa’ manakala ‘ daripada’
diikuti dengan manusia atau bukan
manusia ( amalan berpuasa)

Makanan saya Makanan saya Kata pameri Kata pameri ‘ialah’ hendaklah diikuti
untuk iftar untuk iftar ialah dengan golongan kata nama (nasi ayam)
adalah nasi nasi ayam. atau kata sendi manakala ‘adalah’ diikuti
ayam. dengan kata adjektif dan kata kerja .
To sum up, Kesimpulannya, i) Bahasa i) ‘To sum up’ bermaksud ‘Kesimpulannya’
semua buah- buah-buahan pinjaman dalam bahasa Inggeris. ‘Kesimpulannya’
buahan mempunyai saiz, (Bahasa iaitu Bahasa Malaysia dianggap gramatis.
mempunyai warna dan rasa Inggeris)
saiz, warna dan yang berbeza.
rasa yang ii) kata bilangan ii) buah-buahan telah membawa maksud
berbeza –beza. jamak jamak, ‘semua’ yang juga bermaksud
‘jamak’ tidak diperlukan.

iii) penggunaan iii) beza’ dianggap perkataan mubazir ,


kata ‘berbeza’ telah dianggap gramatis yang
bermaksud ‘pelbagai jenis’
kulitnya juga Kulitnya juga Ejaan ‘K’ulit bukan perkataan pertama , huruf ‘k’
berkhasiat berkhasiat mesti dikecilkan
Buah-buahan Sesetengah buah- i) Kata bilangan i) ‘ada yang’ tidak gramatis
ada yang musim buahan jamak kata bilangan ‘Sesetengah’ yang membawa
merupakan buah- maksud yang sama dianggap gramatis
buahan untuk menerangkan frasa buah-buahan .
bermusim.
ii) golongan kata ii) ‘Musim’ ialah kata nama
‘bermusim’ kata kerja yang bermaksud
‘mempunyai musim ’ lebih sesuai
digunakan untuk menerangkan ‘buah-
buahan’ .

You might also like