Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Frasa kerja Bahasa Melayu

   Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan
kata intinya ialah keta kerja.
  Kata kerja tersebut boleh terdiri daripada kata kerja transitif atau kata kerja tak
transitif.
  Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek serta unsur lain
manakala kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang boleh hadir bersendirian atau
diikuti oleh satu atau sederetan perkataan.
  Contoh frasa kerja:
Subjek Frasa kerja
Adik sedang tidur.
Hang Jebat bertikam dengan Hang Tuah.
Pemburu menembak harimau itu dengan
senapangnya.
Kami sedang makan ayam goreng.

1)    Binaan frasa kerja


  Terdiri daripada 2 jenis:
a)    Frasa kerja yang tidak mengandungi objek.
  Kata kerja tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk
melengkapkannya.
  Frasa kerja ini mengandungi kata kerja tak transitif.
  Contoh ayat:
-       Mereka sedang tidur
-       Hujan turun dengan lebatnya.

b)    Frasa kerja yang mengandungi objek.


  Kata kerja mesti disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata
kerjanya.
  Frasa kerja ini mengandungi kata kerja transiitif.
  Selepas objek boleh diikuti dengan bahagian keterangan.
  Contoh:

Frasa nama
Subjek
Kata kerja objek keterangan
kami makan ayam goreng itu -
dengan
pemburu menembak harimau itu
senapangnya.
dia menjalankan tugasnya dengan baik.
2) Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek

  Frasa kerja yang tidak menmpunyai frasa nama sebagai objek disebut sebagai kata
kerja tak transitif.
  Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata kerja yang tidak perlu disambut oleh sebarang
frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya.
  Frasa nama sebagai objek boleh ditakrifkan sebagai unsur yang mengikuti kata kerja
transitif dalam ayat aktif dan ayat tersebut boleh mengalami proses pasif.
  Jika sesuatu ayat aktif tidak dapat dipasifkan, maka itu bererti kata kerja dalam ayat
tersebut bukan kata kerja transitif dan oleh itu tidak berobjek.
  Ada tiga jenis kata kerja tak transitif, seperti yang berikut:
(i)            Kata kerja tak transitif yang tidak diberi unsur pelengkap.
(ii)          Kata kerja tak transitif yang dapat diberi pelengkap sesudahnya
(iii)         Kata kerja tak transitif yang dapat diikuti oleh kata nama sebagai penerang

(i)            Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap

1. Kata kerja tak transitif jenis ini tidak memerlukan apa-apa unsur sebagai pelengkap. 
2.  Contohnya:

Semua penonton bangun.


Pokok itu tumbang.
Kanak-kanak itu menangis.

(ii)          Kata Kerja Tak Transitif dengan Pelengkap

1. Kata kerja tak transitif yang dapat diberi pelengkap ialah kata kerja yang tidak
mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap.
2. Namun, unsur-unsur itu bukanlah objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan.
3. Antara contoh-contoh kata kerja tak transitif demikian termasuklah beransur, tinggal,
menjadi, berbuat, ada, berbantalkan, bertilamkan, dan sebagainya.
4. Unsur-unsur yang menjadi pelengkap kepada kata kerja tak transitif demikian boleh
dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
(a) Kata adjektif sebagai pelengkap
i. Pelengkap kata adjektif seperti genting, kukuh, jahat, baik, lemah, miskin, dan
selainnya hadir sesudah kata kerja tak transitif untuk melengkapkannya.
ii. Contohnya:
Keadaannya menjadi genting
Kesihatan bapanya beransur baik.
Ekonomi negara kita beransur kukuh.
(b) Frasa sendi nama sebagai pelengkap
i. Frasa sendi nama sebagai pelengkap yang hadir selepas kata kerja tak transitif
mendukung makna ‘tempat’ sebagai unsur- unsur yang melengkapkan kata kerja tak
transitif.
ii. Contoh kata kerja demikian ialah berada, tinggal, menetap, bermastautin, mem-
be/ok, singgah, dan sebagainya:

Mereka berada di Kuala Lumpur.


Keluarga kami bermastautin di sini
Saya tinggal di kampung.

(c) Kata nama sebagai pelengkap


i. Ada kata kerja tak transitif tertentu yang harus diikuti oleh pelengkap kata nama.
Pelengkap yang demikian boleh dibezakan daripada kata nama sebagai objek atas
dasar pelengkap tidak boleh dijadikan subjek dalam ayat pasif.
ii. Ada dua kumpulan kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap:
i. kata kerja yang berimbuhan ber-. . . -kan. Contohnya:
Dia berbantalkan lengan.
Pengembara itu berselimutkan embun.
  
ii. Kata kerja yang boleh diikuti oleh kata nama sebagai pelengkap ialah menjadi
dan ada. Contoh- nya:
 Dia menjadi guru.
Negara kita akan menjadi pengeksport barang-barang
keluaran kilang.

(iii) Kata Kerja Tak Transitif dengan Kata Nama sebagai Penerang

i. Kata nama sebagai penerang yang mengikuti kata kerja tak transitif bukanlah objek
kerana ayat yang mengandunginya tidak boleh dipasifkan.
ii. Kata nama tersebut hanya menjadi penerang bagi kata kerja tak transitif dan bukan
pelengkap kerana kata nama penerang boleh ditiadakan tanpa merosakkan
kesempurnaan makna kata kerja demikian.
iii. Contohnya:
Frasa kerja
subjek
Kata kerja penerang
Kanak – kanak itu berbaju melayu
Lelaki itu berseluar Jean
Kegemarannya bermain bola

You might also like