Panjang Berat Isipadu Cecair

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

HUBUNGAN ANTARA UNIT METRIK

MASALAH PENUKARAN UNIT UKURAN PANJANG

Pengenalan ukuran panjang bagi murid-murid di sekolah rendah


diMalaysia ini bermula daripada tahap 2 iaitu murid tahun 4, 5 dan 6. Bagi
menyempurnakan tugasan ini kami telah menemu bual beberapa orang guru
yang mengajar matematik di sekolah rendah dan membuat beberapa siri ujian
berkaitan dengan penukaran unit ukuran panjang.

Sepanjang penyelidikan dan pemerhatian kami, terdapat beberapa


masalah yang sering dilakukan oleh murid-murid tentang operasi penukaran unit
bagi ukuran panjang. Antara masalahnya ialah:

1.0 Keliru Menukar Unit Sentimeter (cm) kepada Milimeter (mm).

Murid bagi tahun 4 melalui kebiasannya diperkenalkan dengan unit kecil itu
milimeter dan sentimeter. Namun begitu mereka masih lagi membuat kesilapan
semasa menyelesaikan masalah yang melibatkan penukaran unit panjang
terutamanya. Lihat contoh soalan di bawah.

a) Kesilapan menukar 2.5 cm kepada mm. Murid ini telah menggunakan


operasi bahagi dengan 100. Sewajarnya, dia menggunakan operasi darab
dengan 10.
b) Kesilapan yang dilakukan ialah menukar 18 mm sedangkan jawapan
menghendaki menjawab dalam unit mm.

c) Kesilapan murid ini ialah mennyangkakan bahawa 1 cm itu bersamaan


dengan1000. Sedangkan 1cm bersamaan dengan 10mm.

LANGKAH MENGATASINYA MASALAH

Semasa pembelajaran dan pengajaran.

1.Memperkenalkan unit milimeter dengan meminta murid-murid untuk


mematuhi10 bahagian yang sama dalam setiap sentimeter pada pembaris.

2.Tunjukkan kepada murid-murid bahawa setiap bahagian kecil 1 mm.

3.Menjelaskan bahawa "cm" digunakan untuk sentimeter dan "mm" digunakan


untuk milimeter.
4.Apabila murid hendak menukar unit cm kepada mm, maka mereka hendaklah
menggunakan operasi darab dengan 10 dan sebaliknya jika hendak menukar
mm kepada cm, maka mereka mestilah membahagi dengan 10.

5.Beberapa contoh jawapan betul murid.

a) Murid ini memahami konsep penukaran 2.5 cm kepada mm


dengan mendarab 10 dan mengalihkan titik perpuluhan ke kanan
sebanyak sekali mewakili 1 sifar yang terdapat pada 10.

b) Jawapan ini adalah betul tetapi masih boleh diperkemaskan dengan


menulis unit disetiap langkah penggiraan.
2.0 Keliru Menukar Unit Kilometer (km) kepada Meter (m).

Masalah lain yang biasanya dilakukan oleh murid ialah tidak


dapatmengenalpasti dengan tepat yang manakah unit yang besar dan yang
manakahunit yang kecil. Contohnya, di antara kilometer,meter, sentimeter dan
milimeter yang manakah unit yang paling kecil? Tentulah jawapannya ialah
milimeter.

Tetapi seringkali murid tersalah menjawab dan itu menyebabkan


iamerupakan masalah yang guru di sekolah sering sahaja membincangkan cara
penyelesaian yang sesuai untuk murid – murid berkenaan.

Beberapa contoh kesilapan yang dilakukan oleh murid


semasamenyelesaikan masalah penukaran unit km kepada m dan sebaliknya.

a) Murid dapat menjawab betul untuk penukaran unit daripada km kepada m,


iaitudengan mendarab 1000. Tetapi jawapannya salah disebabkan kecuaian
semasamembahagi 10.

LANGKAH MENGATASI MASALAH

Semasa sessi pembelajaran dan pengajaran.

1.Untuk memperkenalkan ukuran bagi unit meter , guru bolehlah


menggunakancontoh lebar bilik darjah dan panjang papan hitam.
2.Akhirnya, bagi menyatakan unit kilometer, guru bolehlah memberi contoh
seperti ukuran panjang dari tempat tinggal mereka ke sekolah dan dari suatu
daerah ke suatu daerah yang lain.

3.Murid juga mestilah didedahkan bahawa 1 km bersamaan dengan 1000 m.

4.Apabila murid-murid telah dapat mengenalpasti perbezaan setiap unit, maka


bolehlah guru memberi seberapa banyak latihan bagi memantapkan lagi
pemahaman mereka.

5.Beberapa contoh jalan penggiraan murid yang dapat menjawab dengan betul

a) Murid ini dapat mengenalpasti 80 m perlu dibahagi dengan 1000 untuk


menukarkan unit kepada km.

b) Murid ini dapat menjawab betul apabila menukar unit km kepada m


Dengan mendarab 1000.
3.0 Keliru dengan penukaran unit melibatkan sentimeter (cm) dan meter
(m).

Murid-murid sering melakukan kesilapan semasa menukar unit.


Merekatidak dapat membezakan operasi yang sesuai digunakan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, 3.4 km x 5 = ( berikan jawapan
kepada m). Kebanyakan muridtidak dapat mengingati konsep penukaran .
Sepatutnya mereka menyelesaikan dengan menggunakan operasi darab dengan
1000.

Masalah ini jugalah yang menyebabkan mereka tidak dapat menjawabsoalan


matematik dengan baik. Mengikut pemerhatian kami, hampir 60 peratus soalan
peperiksaan matematik melibatkan penukaran unit dalam pelbagai situasi.

a) Murid ini tidak dapat menjelaskan operasi yang perlu digunakan untuk
menyelesaikan penukaran unit ini.

b) Kekeliruan dapat dikenalpasti dengan langkah pengiraan yang tidak tepat


c)Murid ini langsung tidak melakukan penukaran unit dengan terus
menyelesaikan masalah.

LANGKAH MENGATASI MASALAH


Semasa sessi pembelajaran dan pengajaran

1.Memastikan murid benar-benar memahami hubungan di antara unit dalam


ukuran panjang.
2.Untuk memahami hubungan antara unit panjang adalah untuk mengetahui dan
memahami bagaimana satu unit panjang seperti meter yang berkaitan dengan
unit lain-panjang seperti kilometer.
3.Apabila hubungan ini adalah difahami, murid-murid akan dapat menukarkan
dari satu unit ke unit lain.
4.Contoh jawapan murid yang dapat memberikan jawapan yang tepat dengan
kaedah yang betul.

UNIT UKURAN ASAS


Panjang

Dalam ilmu fizik dan kejuruteraan, ketika salah satu berbicara tentang
"unit panjang", kata "panjang" adalah sinonim dengan "jarak". Ada beberapa unit
yang digunakan untuk mengukur panjang. Satuan panjang mungkin didasarkan
pada panjang dari bahagian tubuh manusia, jarak tempuh dalam beberapa
langkah, jarak antara landmark atau tempat-tempat di bumi, atau sewenang-
wenangnya pada panjang beberapa objek tetap. Dalam Sistem Satuan
Antarabangsa (SI), unit asas panjang adalah meter dan sekarang ditakrifkan
dalam istilah kelajuan cahaya. Para sentimeter dan kilometer, berasal dari
meteran, juga unit umum digunakan. Dalam unit US adat, sistem Inggeris atau
Imperial unit, biasanya digunakan unit panjang adalah inci, kaki, pekarangan,
dan batu. Unit digunakan untuk menunjukkan jarak dalam luasnya ruangan,
seperti di astronomi, yang lebih lama dari yang biasanya digunakan di Bumi dan
merangkumi unit astronomi, lampu-tahun, dan Parsec tersebut.
Cara mengukur panjang dengan menggunakan bahagian tubuh badan pada
zaman dahulu.

Alat-alat mengukur panjang pada zaman kini.

Oleh itu, unit ukuran panjang adalah 1 cm = 10mm, 1 m = 100cm, 1km =


1000m. Satu unit ukuran panjang boleh ditukarkan kepada unit ukuran panjang
yang lain.
Berat

Unit-unit dalam jisim adalah kilogram (kg) dan gram (g).

SEJARAH KILOGRAM (kg)

Kilogram (simbol: kg) merupakan unit asas SI untuk jisim. Satu kilogram adalah
sama dengan jisim prototaip antarabangsa yang disimpan di Biro Timbangan dan
Ukuran Antarabangsa (BIPM) dalam keadaan yang ditetapkan oleh CGPM
Pertama pada 1889. Kilogram juga merupakan unit asas SI tunggal yang
mempergunakan awalan serta unit SI tunggal yang masih ditakrifkan
berdasarkan artifak dan bukannya sifat fizik yang asas.Kilogram ditakrifkan oleh
BIPM seperti berikut: "Kilogram ialah unit jisim; kilogram adalah sama dengan
jisim prototaip kilogram antarabangsa.

Gram (simbol :g) Gram merupakan istilah yang mana awalan SI dibubuh. Ia
adalah unit asas bagi sistem sukatan cgs yang lebih lama dan yang kini tidak lagi
diguna secara meluas.

ALAT MENGUKUR JISIM PADA ZAMAN DAHULU


TIMBANGAN (BERAT)

 menggunakan binatang & barang dagangan sebagai ukuran berat

 mereka juga mencipta alatan untuk mengukur berat seperti dacing & pikul.

ALAT MENGUKUR JISIM PADA ZAMAN SEKARANG

TIMBANGAN (BERAT)

 alatan yang digunakan adalah penimbang elektronik

 unit ukuran berat garam(g) dan kilogram (kg)

 S.I unit=kilogram (kg)

Isipadu cecair
Isipadu cecair ialah jumlah ruang yang diisi dalam sebuah bekas. Satu ciri
cecair yang penting ialah isipadunya tetap tidak berubah walaupun bentuk
bekasnya berubah.

Unit bukan piawai untuk isipadu cecair ialah sebarang ukuran isipadu
abitrari yang digunakan sebagai unit. Contoh biasa bekas yang digunakan
adalah sudu, cawan, mangkuk, dan baldi. Unit piawai isipadu cecair diterima di
peringkat antarabangsa. Contoh liter, gelen, pint dan kuart. Unit-unit seperti
gelen, pint dan kuart adalah unit Imperial untuk isipadu cecair manakal millimeter
dan liter adalah unit metrik.

(a) Dengan Unit Bukan Standard:


Bekas yang pelbagai bentuk dan saiz, sebaldi air

(b) Dengan Unit Standard:


Bekas berbeza saiz, selinder penyukat, lembaran kerja.
Kemahiran penukaran unit di dalam topik ukuran jisim bulat merupakan
satu kemahiran yang penting untuk dikuasai oleh murid-murid. Namun
begitu, murid-murid masih menghadapi masalah dan kurang menunjukkan
minat dalam menguasai kemahiran ini. Ini adalah kerana topik ini agak
rumit dan memerlukan murid memahami konsep pecahan secara konkrit
dan abstrak (Stefi & Hu, 2012). Menurut Subahan (1999), salah satu
sumber miskonsepsi boleh wujud di kalangan murid ialah daripada
penerangan yang terlalu ringkas dan tidak lengkap.

Mengikut teori behaviourisme, murid belajar apa yang diajar atau


sekurang-kurangnya sebahagian daripada apa yang dipelajari. Teori
Behaviourisme berpandangan bahawa pengetahuan diperolehi dari
pengalaman, dan pengetahuan sedia ada tidak diperlukan dalam
pembelajaran. Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh murid dapat
dijelaskan bahawa, murid beranggapan penambahan tajuk masa dan
waktu mempunyai konsep yang sama dengan penambahan nombor bulat.
Terdapat sesetengah murid yang tidak dapat membeza antara dua
bacaan unit piawai. Mereka menghadapi masalah dalam membuat
perbandingan antara dua unit yang digunakan. Hal ini demikian kerana
selalunya murid tidak memahami unit kecil berbanding unit besar.
Miskonsepsi ini berlaku kerana murid tidak meneliti dan menghiraukan
unit yang diberikan.
Kemahiran mengukur hendaklah diajar secara praktikal. Ini akan dapat
memudahkan murid memahami konsep ukuran panjang yang dipelajari. Di
samping itu, ianya juga penting kerana murid tidak lari daripada proses
membuat ukuran dalam kehidupan seharian. Pendedahan awal perlu
diberi kepada murid agar mereka mahir membuat ukuran dengan
menggunakan alatan-alatan ukur yang betul dan bijak menentukan unit
piawai ukuran yang sesuai digunakan.

Contohnya, arahkan murid menimbang beg sekolah menggunakan


penimbang senggatan 10 dan merekod bacaannya. Kemudian timbang
menggunakan penimbang senggatan 5. Dengan aktiviti ini, murid akan
lebih peka terhadap alat penimbang yang mempunyai senggatan yang
berbeza dan secara tidak langsung akan lebih teliti dalam membaca dan
merekod bacaan.

Menurut Mohd Dahlan (1992), penggunaan pelbagai alat bantu mengajar


mengikut cara yang bersesuaian dapat meningkatkan mutu atau tumpuan murid-
murid terhadap pembelajaran.

Secara konseptualnya, aktiviti menimbang objek menggunakan pelbagai jenis


penimbang akan membantu murid memahami konsep kg dan g.

Konsep matematik murid perlu diperkenalkan dengan pelbagai bentuk, kaedah


dan pendekatan.

Ini akan menyebabkan murid berasa kehilangan keyakinan dan bosan


kerana sering melakukan kesilapan dan kesalahan.

You might also like