Soalan Tutorial 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PERANCANGAN PERSEDIAAN PENGAJARAN

Guru mestilah membaca dan mentafsir terlebih dahulu aspek-aspek penting dalam sukatan pelajaran :

1. Unit-unit pembelajaran

2.Objektif-objektif pengajaran

3. Kemahiran yang ingin dicapai

4.Strategi dan aktiviti pdp yang bersesuaian

5. Sumber serta bahan pengajaran

komponen-komponen dalam satu persediaan mengajar.

1. Maklumat Am

2. Pengetahuan Sedia Ada

3. Objektif pengajaran

4. Isi pelajaran.

5. Nilai Murni.

6. Sumber Pembelajaran.

Penyampaian :

1. Set induksi – perkembangan – isi pelajaran

- kemahiran

- strategi pengajaran

- pembelajaran

- penerapan nilai

- penggunaan sumber

2. Penutup – cara penutup

- aktiviti susulan

- penilaian objektif

- rumusan/kesimpulan

RANCANGAN PENGAJARAN
- Satu rancangan yang ditulis oleh guru dalam buku rekod mengajar dengan menggunakan format
yang standard.
- Rancangan pengajaran juga ialah hasil daripada kemampuan guru untuk merancang
pengajarannya berdasarkan isi-isi kandungan dari tajuk yang telah ditetapkan dalam sukatan
pelajaran.
- Mematuhi ciri-ciri yang telah ditetapkan seperti langkah-langkah pengajaran, isi kandungan,
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan refleksi guru pelatih.
- Sukatan pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran ialah bahan utama yang menjadi sumber bagi
merancang pengajaran.

Terdapat 2 jenis : RPT dan RPH

PELAKSANAAN PENGAJARAN

Antara strategi untuk pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah selaras dengan kssr ialah:

1. Belajar cara belajar (BCB)

2. Pembelajaran Masteri

3. Pembelajaran Kontekstual

4. Pembelajaran akses kendiri

5. Pembelajaran konstruktivisme

6. Pengajaran berasaskan kajian masa depan

7. Penggunaan teknologi maklumat

PERSEDIAAN PENGAJARAN MIKRO

- Memilih Topik
- Merancang

LATIHAN

- Memerhati; Menganalisis pengajaran dengan menggunakan borang pemerhatian


- Mengajar; Mengamalkan kemahiran-kemahiran pengajaran (rakaman video)
MAKLUM BALAS
- Perbincangan; Pengajaran (tayangan video
Definisi Talaqqi Musyafahah
Merujuk kepada kalimah talaqqi dan musyafahah, kedua-duanya berasal dari kalimah bahasa
Arab. Talaqqi pada bahasa iaitu pertemuan secara berhadapan atau bersemuka. Dari sudut
istilah pula bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka.
            Manakala kalimah musyafahah pada bahasa ialah sebutan daripada mulut ke mulut
yang diambil dari pergerakan dua bibir. Dari sudut istilah membawa maksud murid menerima
pengajaran secara dengan sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya
(mengikutnya).
            Apa yang boleh difahami daripada makna kedua-dua kalimah ini ialah murid bertemu
atau bersemuka secara berhadapan dengan guruuntuk mendengar bacaan guru sambil
memerhatikan pergerakan bibir guru semasa menyebut kalimah atau ayat al-Quran dengan
sebutan yang fasih dan betul. Seterusnya, murid pula membaca seperti guru membaca di
samping guru membetulkan sebutan dan bacaan murid tersebut.
Langkah :
1. Guru membaca bacaan contoh kepada seorang atau beberapa orang murid
2. Murid mengikut bacaan guru
3. Guru meminta seorang atau beberapa orang murid membaca di hadapan guru
4. Guru mendengar dan menilai bacaan murid

Definisi Tasmi’
Tasmik itu sendiri yang bererti mendengar yang diambil dari perkataan bahasa Arab. Dalam
kaedah Tasmik ini, murid diminta membaca manakala guru akan mendengar. Tujuan
utama kaedah ini digunakan adalah untuk menguji tahap pencapaian setiap murid dalam
penguasaan bacaan dan hafazan al-Quran.
Langkah :
1. Cara pelaksanaan kaedah tasmik, ialah murid diminta membaca ayat yang ditentukan
oleh guru dengan suara yang kuat (jahar) atau nyaring, di hadapan guru sama ada
secara kumpulan atau individu bergilir-gilir. Guru mendengar bacaan atau hafazan murid
dengan teliti supaya dapat mengesan kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam
bacaannya.
2. Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan kesalahan murid tersebut. Untuk
menentukan pelajar menguasai tajwid, guru boleh menyoal pelajar tentang hukum
bacaan atau hukum tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca.

Definisi Tikrar
Maksud Tikrar pada bahasa ialah ulangan berkali-kali Pada Istilah pula ialah aktiviti
bacaan berulang-ulang kali untuk menguatkaningatan dan mengingati sesuatu bacaan berulang
kali.  Selepas guru membaca, murid-murid ikut.  Seorang murid membaca dan dikuti oleh murid-
murid lain.  Murid-murid membaca secara kelas.  Murid-murid membaca beramai-ramai
mengikut kumpulan, kumpulan lain mendengar sahaja.  Seorang murid membaca, yang lain
mendengar sahaja.
Langkah :
1. Hendaklah ditentukan bahan /isi kandungan.
2. Memastikan tahap kebolehan murid.
3. Guru memperdengarkan bacaan, sementara murid mendengar dengan teliti.
4. Guru meminta murid mengulangi bacaan sehingga fasih dan guru berpuas hati.
5. Kemahiran yang diajar tidak diubah sehingga murid mengusainya.

Definisi Kitabah
Tulis ayat-ayat yang hendak ditasmik mengikut sukatan hafazan (sama ada satu muka surat,
dua muka surat atau berdasarkan maqrak) yang hendak ditasmik dalam buku tahriri terlebih
dahulu kemudian menghafaz ayat-ayat atau menghafaz ayat-ayat terlebih dahulu kemudian
disusuli dengan menulis ayat.
Langkah :
Kaedah penulisan ayat juga boleh melibatkan penulisan ayat-ayat yang sukar untuk diingati. Ini
berlaku ketika murajaah sehingga terpaksa menghafaznya kembali. Ketika ingin menghafaznya
kembali atau dengan kata lain untuk melancarkan kembali ayat, terdapat beberapa pilihan.
pelaksanaan kaedah menulis. Antaranya dengan melancarkan ayat yang ingin dihafaz
berulangkali, disertakan dengan penulisan ayat tersebut secara satu persatu ayat atau
kesemua ayat yang akan dilancarkan. Penulisan tersebut dilakukan tanpa melihat mashaf dan
perlu dilakukan berulang kali. Ini menunjukkan bahawa aktiviti melancarkan kembali ayat akan
melibatkan menghafaz dan menulis secara kerap
Definisi Murajaah
Kaedah Murajaah adalah kaedah mengulang bacaan ayat-ayat yang telah dihafaz secara
berterusan tanpa sebarang kesukaran.
Langkah :
1. Murid baca ayat pertama dan ulang 10 kali
2. Murid baca ayat kedua dan ulang 10 kali
3. Murid baca ayat ketiga dan ulang 10 kali
4. Murid baca ayat keempat dan ulang 10 kali
5. Kesemua ayat di atas dica dan diulang sebanyak 5 kali

You might also like