Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Tugasan 1: Sosiobudaya

Pada 01 April 2019, saya telah menjalankan sesi temu bual bersama dengan salah seorang
guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Permatang Tinggi, Pulau Pinang. Tujuan saya
melakukan sesi temu bual tersebut adalah untuk mengetahui berkenaan dengan kesan
kepelbagaian sosiobudaya dari aspek bahasa dan implikasinya terhadap guru dan murid.
Perkara tersebut bertepatan dengan tugasan kursus asas pendidikan iaitu EDUP3073
Budaya dan Pembelajaran yang mana mengkehendaki saya menjalankan sesi temu bual
terhadap guru di sekolah pilihan saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah. Semasa
melaksanakan sesi temu bual bersama guru tersebut, saya telah mengutarakan beberapa
soalan yang berkaitan dengan aspek, kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya
khususnya di SJK (C) Permatang Tinggi.

Berdasarkan temu bual yang telah saya jalankan, terdapat beberapa kesan dan implikasi
kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia khususnya di SJK (C) Permatang Tinggi. Menurut
responden, terdapat lima aspek kepelbagaian sosiobudaya di SJK (C) Permatang Tinggi
iaitu bangsa, bahasa, struktur sosial, kepercayaan dan adat resam. Saya bersetuju dengan
kenyataan responden berkenaan dengan aspek sosiobudaya. Noriati A. Rashid et al. (2014)
bahawa aspek budaya sosiobudaya seperti bangsa, bahasa, adat resam dan jantina. Dari
segi bangsa, murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Permatang Tinggi majoritinya berbangsa
Cina. Terdapat juga murid daripada bangsa-bangsa lain seperti India dan Melayu. Untuk
aspek struktur sosial pula, responden menyatakan bahawa terdapat dua peringkat struktur
sosial di Sekolah Jenis Kebangsaan Permatang Tinggi iaitu kelas pertengahan dan kelas
bawahan. Berlandaskan aspek bahasa, kebanyakan murid di sekolah tersebut
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi meskipun terdapat sedikit
penggunaan bahasa ibunda. Menerusi temu bual yang dijalankan, responden menyatakan
bahawa kepelbagaian sosiobudaya dari aspek kepercayaan tidak wujud di sekolah ini
kerana kebanyakan murid menganut agama Buddha, Kristian dan Taoisme. Untuk aspek
adat resam pula, terdapat pelbagai jenis adat resam murid di Sekolah Jenis Kebangsaan
Permatang Tinggi kerana muridnya terdiri daripada pelbagai kaum meskipun didominasi
oleh kaum Cina.

Responden telah menyatakan beberapa kesan kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan


murid di SJK (C) Permatang Tinggi. Menurut responden, kesan yang paling ketara akibat
wujudnya sosiobudaya yang pelbagai dalam kalangan murid di dalam bilik darjah ialah
penggunaan Bahasa Melayu. Dalam hal ini, responden menerangkan bahawa murid di SJK
(C) Permatang Tinggi ini menggunakan bahasa ibunda apabila berkomunikasi dengan rakan
mereka yang terdiri daripada suku kaum yang sama. Keadaan tersebut bertepatan dengan
pernyataan Sufean Hussin (2004) yang menyatakan bahawa murid-murid yang terdiri
daripada bangsa yang sama lebih cenderung untuk menggunakan bahasa ibunda bangsa
masing-masing apabila berkomunikasi sesama mereka. Kepelbagaian sosiobudaya dalam
kalangan murid juga menyebabkan murid di Sekolah Kebangsaan Permatang Tinggi ini
mengetahui tentang budaya kaum lain menerusi interaksi sesama murid yang berbeza
kaum. Perkara tersebut bertepatan dengan Najeemah Md. Yusof (2006) yang menyatakan
bahawa interaksi antara murid yang terdiri daripada kaum berbeza menyebabkan murid
tersebut mengetahui aspek-aspek sosiobudaya yang berbeza sesama mereka.
Kepelbagaian sosiobudaya yang wujud dalam kalangan murid juga mengakibatkan murid
berkumpul mengikut kumpulan tertentu mengikut bangsa, bahasa dan struktur sosial seperti
mana yang dapat dilihat di SJK (C) Permatang Tinggi. Hal ini signifikan dengan teori
perapatan Ainsworth iaitu kanak-kanak menjalinkan hubungan sosial dengan individu yang
mempunyai persamaan dengan mereka .

Dalam sesi temu bual yang telah dijalankan, responden telah menyatakan beberapa
implikasi kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan murid berdasarkan dua aspek iaitu
murid dan guru. Dalam konteks murid, kepelbagaian sosiobudaya memerlukan murid
tersebut menggunakan Bahasa Cina ketika berkomunikasi sesama mereka. Menerusi
penggunaan Bahasa Cina yang juga merupakan bahasa kebangsaan, semangat perpaduan
dalam kalangan murid dapat diwujudkan (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Implikasi
kepelbagaian sosiobudaya yang seterusnya ialah murid perlu memahami perbezaan dalam
kalangan mereka. Perkara tersebut adalah penting untuk mewujudkan penerimaan terhadap
perbezaan aspek sosiobudaya dalam kalangan murid untuk mewujudkan perasaan saling
hormat-menghormati sesama murid seperti mana yang ditekankan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menerusi aspek identiti nasional.

Walaupun implikasi yang positif kepelbagaian sosiobudaya dalam kalanga murid berlaku
tetapi implikasi yang negative juga berlaku dalam kalangan murid terutamanya pelajar India
dan pelajar Melayu. Hal ini demikian kerana mereka terpaksa belajar bahasa Cina supaya
mereka dapat mengetaui ilmu pengetahuan yang terdapat dalam buku teks mereka. Buku
teks di SJK (C) Permatang Tinggi adalah dalam bahasa Cina dan semasa pengajaran dan
pembelajaran seharian bahasa yang digunakan oleh guru juga bahasa Cina. Keadaan ini
menyebabkan pelajar Melayu dan Pelajar India terpaksa menggunakan banyak masa untuk
menguasai Bahasa Cina dan akibatnya pada permulaannya mereka gagal dalam menjawab
peperiksaan kerana mereka tidak memahami maksud atau perkataan ayat yang ditulis
dalam bahasa Cina.
Menurut responden kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan murid juga memberikan
implikasi terhadap guru kerana guru merupakan individu yang berperanan sebagai pendidik
murid. Berdasarkan pernyataan tersebut, implikasi kepelbagaian sosiobudaya dalam
kalangan murid terhadap guru ialah guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai
dengan semua kepercayaan, nilai dan agama murid menerusi pembelajaran secara
koperatif. Menurut Ragbir Kaur, Joginer Singh (2013), pembelajaran secara koperatif
mengalakkan murid untuk menerima perbezaan sesama mereka. Implikasi kepelbagaian
sosiobudaya yang berikutnya ialah guru menggunakan Bahasa Cina ketika berkomunikasi
untuk membudayakan penggunaan Bahasa Cina dalam kalangan murid. Hal ini selaras
dengan teori pembelajaran Albert Bandura yang mana murid belajar menerusi aktiviti
peniruan.

Secara holistik, terdapat pelbagai aspek sosiobudaya yang mendatangkan pelbagai kelas
dan implikasi terhadap murid, guru, sekolah dan pelaksanaan kurikulum tersirat berdasarkan
sesi temu bual yang telah dijalankan.

(851 patah perkataan)


Rujukan

1. Noriati A. Rashid et al. (2014). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

2. Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1 . Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar.

3. Hussin, S. (2004 ). Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan


Pustaka.

4. Joginder Singh, Ragbir Kaur. (2013). Panduan ilmu pendidikan untuk DPLI
psikologi . Selangor: Kumpulan Budiman.

5. Najeemah Md. Yusof. (2006). Konsep Pendidikan. Pahang: PTS Publications &
Distributors Sdn Bhd.
Lampiran

Gambar 1: Proses menemubual guru

You might also like