Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Hamidah binti Abdul Aziz

No. 16, Jalan Camar 2,


Taman Cenderawasih,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.

Pengarah
Jabatan Pelajaran Negeri Selangor,
Jalan Jambu Bol 4/3 E,
Seksyen 4,
40604 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. 16 Disember 2019

Tuan,

PERMOHONAN PERBELANJAAN KEMUDAHAN PERUBATAN (ALATAN)

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa saya, Hamidah binti Abdul Aziz, no. kad
pengenalan 800807-08-5910 merupakan salah seorang guru di Sekolah
Kebangsaan RTB Bukit Changgang, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan yang
telah berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah mulai 6
Januari 2004.

3. Untuk makluman pihak tuan, saya telah disahkan oleh pihak hospital
mengidap penyakit OTH, ICDIO, Multilevel Cervical Perineural Cysts.

4. Oleh yang demikian, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon bantuan
untuk menanggung kos alatan berjumlah RM8,500.00 yang akan dipasangkan ke
bahagian tulang belakang saya melalui pembedahan yang akan dilaksanakan di
Hospital Sungai Buloh, Selangor. Alatan tersebut ialah:

(i) Cervios Chron Os Case sebanyak 2 unit,


(ii) Vectra Plate Level 1 & 2 sebanyak 1 unit,
(iii) Vectra Screws sebanyak 6 unit dan,
(iv) Vista Collar sebanyak 1 unit.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan untuk mengambil tindakan susulan dalam
perkara di atas amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

....................................................
(HAMIDAH BINTI ABDUL AZIZ)

You might also like