Kertas Kerja Jom Ke Sekolah 2020

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL 2

JALAN LONG YUNUS, 15200 KOTA BHARU, KELANTAN.


TEL: 09-7483269
FAX : 09-7484269
Emel : dbb1116@moe.gov.my

KERTAS KERJA
MAJLIS PERMUAFAKATAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
DAN POLIS DIRAJA MALAYSIA:
PROGRAM JOM KE SEKOLAH
2020

TARIKH PELANCARAN :17 Februari 2020


TEMPAT : Dewan Mustika SKSI2
SASARAN : Semua murid (363 orang)

‘GURU BERKUALITI MURID CEMERLANG’


SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL (2)
JALAN LONG YUNUS,15200 KOTA BHARU, KELANTAN.
TEL: 09-7483269 FAX : 09-7484269
Emel: dbb1116@moe.gov.my
__________________________________________________________________________

KERTAS KERJA
MAJLIS PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM:
PROGRAM JOM KE SEKOLAH
TAHUN 2020

1.0 LATAR BELAKANG

Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian


Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan
disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis, dalam kawasan sekolah adalah melalui
Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

2.0 RASIONAL
Komitmen antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui peranan sekolah dan
pihak PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha penguatkuasaan undang-
undang dan mencegah salah laku dalam kalangan murid. Jalinan yang mantap antara kedua-dua
pihak dapat memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan
konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PPS melalui program JOM KE
SEKOLAH pada awal tahun persekolahan ini diharapkan akan dapat menjadi medan ke arah
membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak
sekolah dan pihak PPS.
3.2 Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam
kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral
sama ada di dalam atau di luar sekolah.
3.3 Melancarkan Buku Panduan PPS untuk digunapakai oleh sekolah dan PDRM.
4.0 ANJURAN
4.1 Program Jom Ke Sekolah merupakan program kerjasama di antara KPM (Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian dan PDRM (Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan
Komuniti) Bukit Aman.
4.2 Peringkat sekolah dianjurkan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Murid.

5.0 SASARAN
5.1 Semua murid Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 2 dari Pra Sekolah, tahun satu hingga
tahun enam.
5.2 Jumlah murid 363 orang.

6.0 JAWATANKUASA
1. Pengerusi : En. Amiruddin Sham bin Yusoff (Guru Besar)

2. Timbalan Pengerusi : En. Mohd Azman b. Ibrahim (P.K. HEM)

3. Naib Pengerusi I : En. Muhammad Nawawi b. Shamsuddin (P.K. Pentadbiran)

4. Naib Pengerusi II : En. Chan Seew Eng (P.K.Kokurikulum)

5. Setiausaha : Pn. Shuhaila bt. Mat Yusof

6. Pengacara majlis : Pn. Shuhaila bt. Mat Yusof

7. Bacaan Doa : En. Abd. Rahim b. Hussin

8. Persiapan Tempat : Pn. Rosnazira bt. Ab. Rahman


dan pentas Pn. Mazni bt. Mohd Razali
Pn. Norlela bt. Mukhtar
Pn. Nik Erneeza bt. Nik Mustapha

9. Siaraya : En. Saiful Anuar b. Mohd Ariffin


En. Shamsul Bahri b. Saad

10. Kawalan Murid : En. Mohd Rofi b. Ishak


En. Mohd Sahidan b. Mohd Noor
En. Zilkarnain b. Ramli
Pn. Hanisah bt. Abd. Razak
Pn. Che Aminah bt. Ali
Pn. Norsuriasiti Hajar bt. Awang

11. Buku Program : Pn. Noor Maisharah bt. Yusoff


Pn. Norhayati bt. Noor

12. Gimik Pelancaran : Pn. Wan Hardiana Ayuni bt. Nik Mansor
Pn. Masney Aneda bt. Mohamed
Pn. Rozilawati bt. Sallehhuddin
Pn. Dayangku Asma Suryyati bt. Mohd Kamaludin
Cik Nur Anis bt. Mohd Rusli

13. Cenderahati & : Pn. Norwani bt. Abu Bakar


Buku Panduan PPS Pn. Siti Radziah bt. Hussain

14. Persegaran VIP : Pn. Ros Azimah bt. Hussein


Pn. Haliza bt. Mamat

15. Perakam : En. Ahmad Syafik b. Che Yaacob


En. Wan Mazlan b. Wan Yunus

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

ANGGARAN
BIL. PERKARA SUMBER
PERBELANJAAN
1. Cenderahati = RM20.00
2. Persegaran = RM30.00
PIBG SKSI2
3. Kain rentang = RM50.00
JUMLAH = RM100.00

8.0 ATUR CARA MAJLIS PELANCARAN

MASA PERKARA

6.45 pagi  Ketibaan Pegawai Perhubungan Sekolah


 Ketibaan Guru Besar
7.00 pagi  Meraikan kehadiran murid

 Perhimpunan murid, guru, PIBG dan PDRM


 Nyanyian lagu
 Negaraku
 Malaysia Bersih
 Negeri
 Sekolah
7.30 pagi
 Bacaan Doa
 Ucapan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)
 Ucapan Guru Besar
 Perasmian Majlis permuafakatan KPM dan PDRM:
Program Jom Ke Sekolah 2020 dan Pelancaran Buku Panduan PPS

9.00 pagi  Bersurai

PENUTUP
Kehadiran pihak polis pada awal musim persekolahan akan dapat meningkatkan kerjasama antara
pihak sekolah dengan PPS. Secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan usaha ke arah
pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif serta dapat meningkatkan kemenjadian murid.
Diharapkan Program Jom Ke Sekolah 2020 peringkat Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 2 ini dapat
berjalan lancar sebagaimana yang telah dirancang hasil kerjasama semua pihak.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

------------------------------- -------------------------------
(Shuhaila bt. Mat Yusof) (Amiruddin Sham bin Yusoff)
Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 2, Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 2,
Kota Bharu, Kelantan. Kota Bharu, Kelantan.

You might also like