Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Rumusan

Syarikat Nestle merupakan sebuah syarikat yang dikaji oleh pengkaji. Berdasarkan
dapatan yang diperolehi, Syarikat Nestle telah mengamalkan campuran pemasaran yang
meliputi beberapa elemen berikut iaitu produk, promosi serta pengedaran dalam membantu
penjualan produk syarikat berkenaan. Berdasarkan hasil kajian ini, strategi yang diamalkan
oleh Syarikat Nestle membantu syarikat tersebut untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan
mereka dan juga untuk perniagaan berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan. Sesuatu
syarikat harus mengamalkan strategi yang berkesan supaya industri mereka terus berkembang
ke arah kejayaan.

Bagi elemen produk, Syarikat Nestle mengambil kira campuran pemasaran produk
berdasarkan aspek kedalaman, kelebaran, pembungkusan, dan pelabelan produk. Kelebaran
produk Nestle terdiri daripada kopi dan minuman, minuman dan makanan kanak-kanak/bayi,
bijirin sarapan, ais krim, coklat dan konfeksi serta pemakanan penjagaan kesihatan.
Manakala, kedalaman produk Nestle pula merujuk pada bilangan item produk yang
dihasilkan dan bilangan versi yang ditawarkan oleh setiap kelebaran produk tersebut.

Seterusnya, antara promosi yang dijalankan oleh Syarikat Nestle ialah pengiklanan
melalui media cetak dan media elektronik. Manakala, promosi jualan yang dibuat oleh
Syarikat Nestle adalah melalui alat promosi peraduan untuk menarik minat para pembeli.
Syarikat Nestle juga menggunakan publisiti untuk berkomunikasi dengan pengguna melalui
berita. Selain itu, Syarikat Nestle turut menggunakan perhubungan awam untuk menjalinkan
hubungan yang baik dengan masyarakat.

Justeru itu, pengkaji mendapati bahawa saluran pengedaran amat menitik beratkan
oleh Syarikat Nestle kerana pemasaran produk keluaran Nestle berkembang ke seluruh
pasaran. Dengan ini, pengkaji mendapati bahawa Syarikat Nestle telah mewujudkan saluran
agihan secara menegak iaitu dengan menggunakan orang tengah untuk memasarkan produk
keluaran Nestle. Orang tengah yang terlibat dalam pemasaran produk Nestle adalah ejen dan
peruncit. Di samping itu, Syarikat Nestle juga turut menggunakan saluran agihan secara
mendatar iaitu pengagihan yang dibuat oleh Nestle adalah secara intensif. Ini kerana,
pengkaji mendapati agihan Syarikat Nestle adalah sangat meluas.

Kesimpulannya, Syarikat Nestle merupakan sebuah syarikat yang terkenal dan antara
pesaing utama bagi syarikat keluaran makanan dan minuman. Hal ini kerana, Syarikat Nestle
sentiasa menitik beratkan tiga elemen campuran pemasaran iaitu produk, promosi, dan
pengedaran dalam organisasinya. Bagi memastikan Syarikat Nestle lebih terus kompetetif
dan berdaya saing, pengkaji ingin mencadangkan agar Syarikat Nestle mengadakan aktiviti
roadshow dengan lebih kerap bagi mempromosikan produk Nestle dengan lebih berkesan.
Aktiviti seperti roadshow ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan dengan masyarakat,
malah dapat memberi informasi mengenai produk keluaran Syarikat Nestle kepada umum
serta dapat meningkatkan lagi jualan produk Nestle.

You might also like