Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

  Murid-murid sekolah digalakkan mengikuti kelas tambahan kerana banyak faedah yang mereka

peroleh apabila mengikuti kelas sebegini. Kelas tambahan sudah menjadi satu kebiasaan dalam
kehidupan murid-murid kini.
       Faedah yang ketara apabila seseorang murid itu mengikuti kelas tambahan ialah pemahaman
mereka terhadap pelajaran akan menjadi semakin kukuh. Kelas ini begitu penting buat murid yang
lemah dalam sesuatu pelajaran.
     Salah satu kelebihan kelas tambahan ialah guru boleh memberikan banyak latihan tambahan yang
boleh meningkatkan keupayaan murid itu untuk menjawab soalan. Kaedah ini juga dikenali sebagai
latih tubi yang turut memberikan satu pengalaman kepada murid untuk menghadapi realiti
peperiksaan sebenarnya.
     Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tambahan berupaya memberikan satu
keyakinan kepada murid tersebut dalam menghadapi peperiksaan pula. Mereka yang sudah banyak
kali membuat soalan yang hampir serupa berasa yakin untuk menjawab dengan tenang dan tepat
setiap soalan yang diberikan itu.
      Malah, kelas tambahan juga memastikan murid-murid memanfaatkan masa dengan aktiviti yang
berfaedah. Kelas tambahan yang diadakan selepas waktu sekolah biasa menyukarkan murid-murid
untuk terbabit dalam gejala yang tidak sihat seperti melepak dan menghabiskan masa menonton
televisyen.
     Kesimpulannya, murid-murid sekolah perlu digalakkan mengikuti kelas tambahan untuk
memastikan masa depan mereka cerah. Namun, jumlah kelas yang dihadiri oleh murid ini juga harus
dikawal supaya mereka tidak menghabiskan sepanjang masa dengan menghadiri kelas tambahan
sahaja. Kualiti lebih penting daripada kuantiti menghadiri kelas.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kelas tambahan bermaksud kelas pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di luar waktu
persekolahan atau ketima musim cuti sekolah.Ketika ini, kelas tambahan seakan-akan menjadi suatu
kewajipan bagi mana-mana sekolah. Pihak ibu bapa pula beranggapan kelas tambahan ini perlu bagi
meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak.            

    Kelas tambahan ini biasanya menjadi pilihan utama ibu bapa kerana kelas ini boleh diikuti oleh
murid-murid secara percuma. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos perbelanjaan ibu
bapa. Tambahan pula, tenaga pengajarnya pula terdiri daripada guru-guru sekolah itu sendiri.           

    Selain itu, kelebihan kelas tambahan ialah guru boleh memberikan banyak latihan tambahan yang
boleh meningkatkan keupayaan murid itu untuk menjawab soalan. Kaedah ini juga dikenali sebagai
latih tubi yang turut memberikan satu pengalaman kepada murid untuk menghadapi realiti
peperiksaan sebenarnya. Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tambahan berupaya
memberikan satu keyakinan kepada murid tersebut dalam menghadapi peperiksaan pula.               Di
samping itu, kelas tambahan yang dijalankan biasanya memberikan lebih kefahaman kepada murid-
murid. Murid-murid yang lemah akan diberikan lebih tumpuan kerana kelas ini tidak menekankan
silibus. Oleh itu, kelas tambahan banyak membantu murid-murid sederhana dan lemah untuk
menguasai kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran.   

           Malah, kelas tambahan juga memastikan murid-murid memanfaatkan masa dengan aktiviti
yang berfaedah. Kelas tambahan yang diadakan selepas waktu sekolah biasa menyukarkan murid-
murid untuk bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang hantu. Ini dapat menghalang mereka
terbabit dalam gejala yang tidak sihat seperti melepak dan menghabiskan masa menonton
televisyen.         
     Kesimpulannya, Kelas tambahan banyak menberikan manfaat. Oleh itu, ibu bapa harus
menggalakkan anak-anak mengikuti kelas tambahan untuk memastikan masa depan mereka cerah.

Kelas Tambahan merupakan kelas pengajran dan pembelajaran yang dijalankan di luar waktu
persekolahan atau cuti sekolah. Murid-murid sekolah digalakkan mengikuti kelas tambahan kerana
banyak faedah yang diperolehi apabila mengikuti kelas tambahan.

Melalui kelas tambahan, murid-murid akan dapat menambahkan dan mengukuhan ilmu
pengetahuan yang telah dipelajari di sekolah. Sebagai contoh, mereka akan semakin faham topik
sesuatu mata pelajaran kerana guru banyak latihan. Kesannya, murid-murid akan memperoleh
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Selain itu, murid-mirid akan dapat meningkatkan kemahiran menjawab soala peperiksaan. Dalam
kelas tambahan, guru akan mendedahkan kepda murid-murid teknik-teknik menjawab soalan. Guru
akan memberi contoh jawapan yang lengkap dan sesuai dengan soalan. Oleh itu, murid akan mahir
menjawab soalan.

Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tambahan berupaya memberikan satu keyakinan
kepada murid dalam menghadapi peperiksaan. Mereka telah membuat soalan yang hampir sama.
Justeru, mereka akan berasa yakin semasa menjawab soalan dalam peperiksaan.

Di samping itu, kelas tambahan juga memastikan murid-murid memanfaatkan masa dengan aktiviti
yang berfaedah. Kelas tambahan menyukarkan murid-murid untuk bergaul dengan budak nakal. Ini
dapat menghalang mereka terlibat dalam gejala sosial seperti bergaduh, merokok, berjudi dan
sebagainya.

Kesimpulannya, kelas tambahan mendatangkan banyak faedah kepada kita. Oleh itu, setiap murid
haruslah mengikuti kelas tambahan.

Ramai murid mengikuti kelas tambahan. Kelas ini diadakan selepas waktu pembelajaran formal di
sekolah. Ada kelas tambahan yang disediakan secara percuma. Ada kelas tambahan berbayar yang
dianjur oleh pihak swasta. namun matlamat kelas ini adalah untuk persediaan menghadapi
peperiksaan UPSR , PT3 , SPM dan STPM

Dengan mengikuti kelas tambahan, seorang murid dapat menambahkan pemahaman sesuatu subjek
dengan lebih mendalam. Ada ketika subjek di ajar guru tidak sempat di habiskan semasa
pembelajaran formal disebabkan kekangan masa dan faktor lain.Oleh itu pelajaran yang tertinggal
tadi di ajar melalui kelas tambahan.

Selain itu murid yang mengikuti kelas tambahan dapat meningkatkan penguasaan teknik menjawab
soalan peperiksaan. Kelas tambahan agak berbeza dari pada kelas formal. Biasanya kelas tambahan
akan berfokus kepada peperiksaan. Di sini semua murid menjawab soalan secara lebih mendalam
dan latih tubi soalan peperiksaan. Tambahan pula guru akan cuba mengajar teknik menjawab
dengan betul bagi soalan yang berkaitan subjek diajar.\

Kita juga dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah semasa mengikuti kelas
tambahan. Kita tidak akan membuang masa dengan menonton televisyen terlalu kerap, bermain
permainan video dan bersembang dalam talian seperti 'Whatsapp' dan 'Facebook' sehingga
mengabaikan pelajaran.

Banyak sekolah yang menganjurkan kelas tambahan percuma kepada murid-muridnya. Dengan
kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan syarikat korporat sanggup menaja kelas tambahan percuma
kepada murid. Oleh itu ibu bapa dapat menjimatkan kos perbelanjaan daripada menghantar anak-
anak ke pusat tuisyen berbayar.Justeru secara tidak langsung dapat membantu meringankan
bebanan kewangan ibu bapa murid.

Oleh itu kelas tambahan banyak kebaikannya. Semua murid perlu manfaatkan sebaik mungkin.
Sementara ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka mengikuti kelas tambahan demi
kejayaan murid itu sendiri.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pusat tuisyen di negara ini bertambah dengan pesat bagai,
cendawan tumbuh selepas hujan. Sejak kebelakangan ini, kelas tuisyen sudah menjadi sebahagian
daripada budaya warga pelajar kita. Seseorang pelajar mengganggap dirinya tidak lengkap tanpa
menghadiri kelas tuisyen. Dengan ini, tidak keterlaluan jika dikatakan pusat tuisyen merupakan
sekolah kedua untuk para pelajar pada hari ini.

Dengan menghadiri kelas tuisyen, para pelajar mempersiapkan diri mereka ke arah peperiksaan. Hal
ini demikian kerana mereka mendapat bimbingan intensif bagi setiap mata pelajaran daripada guru-
guru tuisyen. Guru-guru tuisyen dapat memberikan tumpuan yang lebih dan mengukuhkan
pemahaman parapelajar kerana bilangan pelajar di dalam kelas tuisyen adalah kecil. Oleh itu, guru
tuisyen mudah untuk menyelesaikan masalah dan kekaburan yang dihadapi oleh pelajar.

Selain itu, pelajar sekolah sekarang sering dibebankan dengan pelbagai tugasan seperti folio dan
kerja kursus sehingga mereka tidak sempat untuk mengulang kaji pelajaran. Pelajar-pelajar
sewajarnya membuat ulang kaji secara konsisten untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam
peperiksaan. Jadi, kelas tuisyen dapat memberikan peluang untuk para pelajar menelaah pelajaran.
Mereka juga dibimbing menerusi kaedah latih tubi bagi membiasakan diri dengan bentuk soalan
peperiksaan sebelum menduduki peperiksaan sebenar.

Pelajar-pelajar yang menghadiri kelas tuisyen juga berpeluang untuk menambahkan kenalan baru.
Hal ini berlaku kerana kebanyakan pelajar di dalam kelas tuisyen datang dari sekolah yang berlainan.
Perkara ini membolehkan seseorang pelajar berkenalan dengan lebih banyak pelajar dan seterusnya
mewujudkan komunikasi sihat dalam kalangan pelajar. Mereka bertemu, berbincang dan berkongsi
maklumat tentang pelbagai perkara. Keadaan ini sudah tentu dapat menambah pengetahuan para
pelajar di samping mewujudkan persaingan sihat dan perpaduan antara pelajar.

Sebagai kesimpulan, kewujudan pusat tuisyen lebih banyak mendatangkan manfaat kepada para
pelajar. Walau bagaimanapun, pertumbuhan pusat tuisyen di negara kita harus dipantau oleh pihak
berkuasa dari masa ke masa agar mutu pengajaran serta bimbingan selaras dengan matlamat untuk
melahirkan pelajar cemerlang.

You might also like