Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

1.

0 CIRI-CIRI NEGARA BANGSA DAN FAKTOR-FAKTOR YANG


MENYEBABKAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA.

1.1 CIRI-CIRI NEGARA BANGSA

 NEGARA
 Negara merupakan wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan
pemerintah yang berwibawa.
 Institusi pemerintahan yang tersusun.
 Membuat dan melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan
undang-undang dan peraturan kerajaan.

 BANGSA
 Sekumpulan individu yang mendiami sesebuah wilayah.
 Mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam dan pengalaman
sejarah.

 PERLEMBAGAAN
 Perlembangaan merupakan peraturan yang tertinggi.
 Menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir dan memerintah sesebuah
Negara.
 Peraturan bertulis tertinggi yang didokumenkan dan dijadikan rujukan untuk
mentadbir Negara.
 Memberi jaminan perlindungan kepada rakyat Negara ini.

1
 KERAJAAN
 Institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan
dasar sesebuah Negara.
 Merangkumi semua badan yang membuat, mentafsiran dan melaksanakan
dasar-dasar tersebut.
 Badan perundangan, Badan pelaksana dan Badan kehakiman.

1.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA.

 INTEGRASI

 Antara faktor yang lazimnya mempengaruhi pembentukan negara bangsa

yang utama ialah integrasi. Menurut Zulhilmi Paidi, Rohani Ab Ghani,

Mohamad Idris Salleh, Ismail Yusoff dan Jazliza Jamaluddin (2011),

integrasi atau penggabungan atau pun penyatuan merupakan proses utama

dalam mewujudkan negara bangsa.

 Integrasi ini penting kerana hal ini merupakan salah satu usaha untuk

mewujudkan identiti nasional dalam kalangan kumpulan penduduk yang

terpisah-pisah akibat daripada perbezaan kaum, budaya, kepercayaan

politik, taraf sosioekonomi dan penempatan. 

 Selain itu, integrasi juga ditakrifkan sebagai satu proses penyesuaian

bersama oleh pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang diterima oleh

semua masyarakat. Contohnya, kaum Melayu di Malaysia perlu

2
menghormati budaya yang diamalkan oleh kaum-kaum lain agar integrasi

nasional mudah dicapai.

 Dalam proses integrasi, identiti, nilai-nilai dan hak setiap kaum tidak akan

disingkir sebaliknya perkara tersebut akan terus dibangunkan dengan

pelbagai kaedah.

 Sebagai contohnya, hak kaum-kaum lain untuk bebas menganuti agama

masing-masing lambang integrasi yang cuba diterapkan oleh negara. Hal ini

sangat penting supaya kedamaian negara dapat diwujudkan.

 NASIONALITI

 Faktor seterusnya yang mempengaruhi pembinaan negara bangsa ialah

nasionaliti. Secara ringkasnya nasionaliti dikaitkan dengan

kewarganegaraan.

 Menurut Zulhilmi Paidi, et al. (2011), nasionaliti merupakan ciri-ciri sifat

yang lahir dalam diri seseorang yang bersifat kebangsaan, iaitu berkaitan

dengan negara dan tanah air serta budaya. Menurut Zainal Abidin (1977)

dalam Zulhilmi Paidi, et al. (2011), menjelaskan bahawa negara adalah

wilayah atau unit politik yang mempunyai sempadan yang jelas, didiami oleh

sekumpulan manusia di bawah penyelenggaraan sesebuah kerajaan yang

berdaulat dan berkesan.

 Oleh sebab itu, nasionaliti sangat penting dalam pembentukan negara

bangsa. Sebagai contohnya, kewujudan kad pengenalan

atau ‘pasport’ membolehkan pengenalan identiti masyarakat dikenal pasti.

Kaedah akan memudahkan negara mempunyai rekod semua masyarakat di

Malaysia.

 NASIONALISME

 Di samping itu, nasionalisme juga merupakan faktor yang mempengaruhi

pembentukan dan pembinaan negara bangsa. Menurut Zulhilmi Paidi, et al.

(2011), nasionalisme ini ialah perasaan sayang terhadap bangsa dan

negara.

3
 Nasionalisme juga merupakan perasaan yang menyerap masuk ke dalam

diri individu yang merujuk kepada perasaan individu tersebut yang amat

cintakan bangsa dan negaranya.

 Sebagai contohnya, individu yang memiliki sifat nasionalisme ini akan cuba

untuk memaparkan perasaan tersebut menerusi tindakan atau perlakuan

mereka seperti sanggup menentang penjajah demi kebebasan negara.

 Elemen ini juga boleh diwujudkan melalui sentimen kebangsaan seperti

mempunyai semangat yang mendalam ketika lagu kebangsaan dinyanyikan atau

pun bendera negara dinaikkan.

 Senario ini sangat senang untuk difahami dan diamalkan oleh setiap kaum

kerana sekiranya semangat cinta akan negara dimiliki oleh semua kaum, hal ini

membolehkan perkongsian tanpa batasan kepada semua masyarakat dalam

negara.

 Oleh itu, jelaslah bahawa elemen nasionalisme sangat penting dalam usaha

membentuk dan membina negara bangsa kerana perkara berkenaan adalah

asas kekuatan, keyakinan diri, penyatuan dan perpaduan nasional dalam negara

kita.

2.0 TUJUAN PEMBINAAN SEBUAH NEGARA BANGSA.

4
Pembinaan negara bangsa antara satu negara dengan negara yang lain adalah
berbeza-beza. Proses yang perlu dilalui juga adalah panjang berdasarkan
perkembangan negara masing-masing. Walau bagaimanapun, Hargue dan Harrop
sudah membuat garis panduan di mana sesebuah negara bangsa akan terbentuk
hanya apabila empat peringkat atau tahap proses ini di lalui. Tahap-tahap itu adalah
untuk membina negara, membina bangsa, penyertaan Rakyat dan pengagihan nilai-
nilai dalam masyarakat.

Pembentukan Negara Dan Bangsa Malaysia merupakan satu perjuangan


yang masih belum selesai persoalan negara bangsa dan bangsa Malaysia menarik
perhatian pelbagai pihak selepas bekas perdana menteri Malaysia yang keempat,
Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakannya pada tahun 1991. Dalam ulasannya
terhadap Wawasan 2020, beliau menegaskan bahawa dalam usaha menjadikan
Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kita perlu berusaha ke arah
membentuk sebuah masyarakat yang liberal dan bertolak ansur tetapi pada masa
yang sama bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan pegangan agama masing-
masing.

Walaupun begitu, rakyat Malaysia perlu meletakkan kesetiaan yang tidak


berbelah bagi kepada negara. Reaksi masyarakat terhadap konsep negara bangsa
mahupun bangsa Malaysia kerap menimbulkan pelbagai perbahasan yang menarik.
Dari segi konseptual, ada yang menganalisis ‘bangsa Malaysia’ secara legalities
dengan menghubungkannya dengan konsep ‘warganegara’ manakala ada yang
melihatnya sebagai ‘ras’. Abdul Rahman Embong ( 2006 ) dalam Negara-Bangsa:
Proses dan Perbahasan mendefinisikan bangsa sebagai satu komuniti politik yang
terbentuk dalam sejarah yang ditautkan melalui perkongsian wilayah, budaya dan
bahasa serra perasaan sebangsa. Beliau turut membicarakan perbezaan
pengalaman pembinaan negara bangsa di Eropah dengan Malaysia.Namun begitu,
pembentukan negara bangsa di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru. Proses ke
arah itu, dikatakan telah bermula sejak era penjajahan British.

Perubahan dasar British selepas Perang Dunia Kedua dilihat sebagai titik
tolak apabila Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946. Di mana salah satu
objektif Malayan Union ialah mewujudkan satu bangsa ngkewarganegaraan
berlandaskan prinsip ‘jus soli’ iaitu kerakyatan berdasarkan tempat kelahiran
diperkenalkan. Ini membolehkan semua warga asing yang dilahirkan di Tanah
Melayu atau Singapura serta mereka yang berusia 18 tahun ke atas dan telah

5
bermastautin di sana untuk tempoh 10 daripada 15 sebelum 15 Februari 1942
mendapat kerakyatan mereka secara automatik. Penentangan yang berterusan
daripada orang Melayu serta sokongan yang berbelah bagi daripada golongan
imigran memaksa British untuk menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan
Tanah Melayu 1948. Dalam kompromi Inggeris – Melayu, British bersetuju dengan
pembentukan sebuah kerajaan pusat yang kuat dan dipertanggungjawabkan ke atas
semua perkara yang penting termasuklah soal pembangunan, kebajikan , kerakyatan
dan sebagainya.

Namun begitu, kuasa serta kedaulatan raja-raja Melayu dikembalikan dan


kepentingan orang Melayu terus dilindungi oleh British. Ia bertujuan mengelakkan
orang Melayu menentang British secara kekerasan dan pada masa yang sama
timbul kekhuatiran akan tersebar pengaruh komunis di kalangan orang Melayu.
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah mendapat reaksi negatif
daripada masyarakat imigran termasuklah AMCJA yang telah melancarkan hartal
kerana beranggapan perlembagaan baru itu menafikan hak golongan tersebut. Ia
menyaksikan wujudnya kerjasama antara kaum yang pertama dalam politik negara.
AMCJA telah membentuk pakatan dengan PUTERA, sebuah parti haluan kiri yang
dianggotai oleh parti-parti radikal seperti PKMM, API dan Awas.

Perlembagaan Rakyat yang terdiri daripada 10 prinsip telah diluluskan pada


April 1947 (James P. Ongkili. 1985, 63). Ia menampilkan konsep bangsa iaitu bangsa
Malaya yang terdiri daripada semua kaum yang mengaku Tanah Melayu sebagai
tanah airnya serta menunjukkan taat setia terhadapnya. Namun begitu, British
enggan berunding mahupun mengiktiraf kerjasama AMCJA-PUTERA yang didalangi
oleh PKM. Lantaran itu, British kekal dengan persetujuan yang dicapai hasil
rundingan dengan UMNO dan Raja-Raja Melayu. Perlembagaan Persekutuan 1948
yang dilaksanakan pada Februari 1948 dan kemerdekaan Tanah Melayu menjelang
31 Ogos 1957 telah merancakkan lagi usaha ke arah pembentukan negara bangsa.

Permuafakatan politik yang terbentuk antara UMNO – MCA – MIC bukan


sekadar mempercepatkan lagi proses kemerdekaan tetapi telah berjaya membentuk
satu gandingan yang mantap dan seterusnya menerajui negara ke satu dimensi
politik yang baru. Pembentukan Perlembangan Tanah Melayu 1957 hasil daripada
tolak ansur kaum membuktikan bahawa Tanah Melayu berada di landasan yang
tepat dalam usaha membentuk sebuah negara bangsa yang dikongsi bersama.
Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mengambil kira

6
pelbagai aspek yang melibatkan kepentingan kaum yang berbeza. Di mana konsep
negara bangsa turut didefinisikan dalam Perlembagaan 1957 yang menekankan
sekurang-kurangnya tiga elemen utama yang dapat menjelaskan sfat dan ciri
‘bangsa Malaysia’ iaitu berkaitan dengan kewarganegaraan, taat setia yang tidak
berbelah bagi kepada negara serta penguasaan terhadap Bahasa Malaysia sebagai
bahasa kebangsaan (Berita. Harian. 12 Nov. 2008 ). Suruhanjaya Reid telah
dipertanggungjawabkan dalam merangka sebuah

Proses pembentukan negara bangsa itu, tidak terhenti di situ tetapi terus
dimantapkan dengan pembentukan Malaysia pada September 1963 dengan
kemasukkan Singapura, Sabah dan Sarawak. Penggabungan tersebut telah
membawa kepada satu perkembangan politik yang tegang dan diwarnai oleh
sentimen-sentimen perkauman yang teramat sempit. Pemimpin PAP yang lantang
memperjuangkan konsep negara ‘Malaysia-Malaysian’ dan secara terus terang
mengkritik kedudukan orang Melayu serta kuasa raja-raja Melayu ternyata
mengenepikan kontrak sosial yang telah dipersetujua sebelum ini. Ia terterusnya
mengakibatkan penyingkiran Singapura pada tahun 1965 namun begitu, bibit-bibit
perkauman yang tercetus masih belum mampu diredakan.

Pilihan Raya Umum 1969 yang menyaksikan kehadiran DAP dan Gerakan
terus meniup sentimen perkauman apabila meneruskan perjuangan PAP yang
mendesak persamaan politik, ekonomi dan sosial bagi semua. Senario politik negara
yang tidak menentu serta sarat dengan unsur-unsur perkauman telah mencetuskan
rusuhan kaum sejurus Pilihan Raya Umum 1969 yang mengakibatkan parlimen
digantung dan undang-undang darurat diisytiharkan. Tragedi berdarah itu dilihat
merencatkan proses pembentukan negara bangsa di Malaysia. Di mana kepentingan
diri serta sikap curiga antara satu masa lain dilihat melebihi kepentingan negara dan
seterusnya membantutkan usaha pembentukan negara bangsa mahupun bangsa
Malaysia.

Kemerdekaan negara yang dicapai pada 31 Ogos 1957 yang kemudiaan


dimantapkan lagi dengan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 yang
menyaksikan penggabungan wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak gagal
merealisasikan konsep ‘ Satu Negara Satu Bangsa’. Ia jelas apabila kita masih
dihantui pelbagai permasalahan yang bersifat perkauman walaupun setelah negara
mencapai kemerdekaan yang ke-51. Di mana masyarakat masih terikat dengan
identiti kaum masing-masing dan tidak wujud sebarang usaha yang proaktif ke arah

7
mewujudkan satu kesamaan di kalangan rakyat pelbagai kaum. Lantaran itu isu
negara dan bangsa Malaysia masih menjadi wadah yang kerap didebatkan oleh ahli
politik dan juga golongan akademik. Namun begitu, kesamaran terhadap kontroversi
tersebut masih gagal dirungkai. Justeru itu, ia hanyalah dilihat sebagai retorik
semata-mata memandangkan tiada usaha yang berterusan atau yang benar-benar
ikhlas bagi menjayakan wawasan tersebut.Isu negara dan bangsa Malaysia kerap
dilihat dengan penuh prejudius di mana wujud tanggapan bahawa ia merupakan
kesinambungan daripada aspirasi perjuangan Parti PETIR ( PAP) pimpinan Lee
Kuan Yew yang perjuangkan konsep ‘Malaysian-Malaysia’ dan menuntut persamaan
hak politik, ekonomi serta sosial bagi semua kaum tanpa mengira kaum. Dasar
tersebut jelas bertentangan dengan perlembagaan negara dan menimbulkan
ketegangan hubungan antara kaum.

Kesinambungan perjuangan itu diteruskan oleh Parti Tindakan Demokratik


( DAP ) selepas penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965. Oleh yang
demikian konsep bangsa Malaysia dianggap sebagai satu muslihat yang bertujuan
merampas hak serta keistimewaan orang Melayu dan ia ditentang kerana mencabuli
Perlembagaan Malaysia yang telah dipersetujui semua pihak semasa kemerdekaan.
Ini seterusnya membawa kepada cadangan bahawa pembentukan negara bangsa
perlu selaras dengan perlembagaan negara yang secara jelas memperuntukkan
beberapa keistimewaan kepada orang Melayu dan ia seharusnya tidak boleh
dipertikai atau dipinda tanpa persetujuan 2/3 ahli parlimen serta perlu mendapat
keizinan Majlis Raja-Raja Melayu.

Perkara-Perkara yang termaktub dalam fasa 153 yang menyentuh kedudukan


serta kebesaran Raja-Raja Melayu, hak keisitmewaan oarng melayu, agama Islam
serta peranan Bahasa Malaysia selaku bahasa kebangsaan perlu dihormati ( Utusan
Malaysia. 17 Oktober 2008 ). Ia penting bagi memastikan asas pembentukan negara
terpelihara dan tidak menimbulkan kegusaran dan kereshan di kalangan rakyat
jelata.Dalam mengulas Gagasan Bangsa Malaysia, Timbalan Perdana Menteri
Malaysia Datuk Seri Najib Razak yakin usaha ke arah itu mampu menjadi kenyataan
sekiranya rakyat bersedia mengubah persepsi dan minda mereka ( Berita Harian. 26.
Mei 2008). Ia bakal menjadi kenyataan kalau semua rakyat mengenepikan soal
warna kulit, agama, keturunan dan budaya sebaliknya menekankan pentingnya
kerjasama serta perpaduan demi kemajuan serta kestabilan bersama. Pembentukan
negara bangsa dan bangsa Malaysia merupakan satu perjuangan yang masih belum
selesai.

8
3.0 KESAN YANG BESAR PEMBINAAN NEGARA BANGSA KEPADA
MASYARAKAT DARI PELBAGAI ASPEK.

3.1 ASPEK POLITIK

Negara Ialah sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang


tetap di bawah pemerintahan dan penyelenggaraan sebuah kerajaan dan tidak
tertakluk kepada kuasa luar. Bangsa pula merujuk kepada satu komuniti orang ramai
(komuniti politik) yang terbentuk dalam sejarah, dipertautkan melalui perkongsian
wilayah bersama, ekonomi bersama, serta mempunyai unsur-unsur subjektif
bersama yang merangkumi bahasa, budaya, sastera dan nama bersama yang
dikongsi bersama. Negara bangsa mendefinasikan kepada pembentukan
berasaskan kepada proses penyatuan bangsa serta diperkuatkan lagi dengan
persempadanan wilayah tertentu sebagai identiti. Lahir pada zaman moden di mana
penduduknya daripada pelbagai etnik.

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah Pentadbiran


Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
sebagai Ketua Negara. Salah satu syarat Sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen
adalah pembahagian kuasa tadbir urus kepada tiga bahagian iaitu Kuasa Eksekutif,
Kuasa Kehakiman dan Kuasa Perundangan. Pembahagian kuasa ini dilaksanakan di
peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

3.2 ASPEK SOSIAL

9
Negara bangsa Malaysia mempunyai masyarakat yang bersatu–padu dan saling
hormat menghormati. Mereka mengamalkan konsep penerimaan, walaupun mereka
berbeza kaum. Bagi mengharmonikan Negara Malaysia, rakyat Malaysia perlu
berkongsi pegangan dengan satu ideologi politik. Kestabilan politik menjamin
kesejahteraan Negara. Selain itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu yakin dengan
pemerintahan Negara dan Undang-Undang Negara Malaysia. Perlembagaan
Persekutuan Malaysia adalah undang-undang bertulis yang tertinggi di Malaysia dan
menjadi rujukan utama bagi pentadbiran negara.

Pemangkinan Negara bangsa memerlukan integrasi dalam masyarakat


Malaysia. Walaupun berbeza dari  segi pemahaman dan kepercayaan, pemupukan
dan pengukuhan perpaduan adalah agenda utama kerajaan untuk membentuk
Negara aman dan makmur. Selain itu sebagai rakyat Malaysia kita perlu menanam
semangat nasionalism dalam diri.

Sesungguhnya nasionalisme masih diperlukan dalam zaman globalisasi ini,


masih penting dan ia masih berperanan. Nasionalisme ini bukan berkehendak kita
pikul senjata. Ia memerlukan kepintaran dan perpaduan, memerlukan strategi yang
bijak, dan hati yang cekal. pembinaan negara bangsa memerlukan penyertaan
menyeluruh daripada setiap anggota masyarakat & jentera kerajaan. Kita perlu
memahami, menghayati, mengaplikasi  supaya proses pembinaan negara menjadi
lebih kukuh. Kita perlu bijak dan bersedia dalam menangani ancaman untuk
memusnahkan negara bangsa. Satu nilai dikongsi bersama perlu diwujudkan dan
dihargai oleh seluruh warganegara Malaysia

10

You might also like