Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1

CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik)


Topik ini akan membincangkan berkenaan bahan plastik dari segi sifat, jenis, kegunaan dan
proses penghasilan, yang dikatakan mampu menghalang kadar kakisan daripada berlaku.
Tahukah anda bahan ini dikatakan telah digunakan semenjak perang dunia ke-2, terutama untuk
membuat peralatan keperluan ketenteraan. Namun penggunaanya tidak begitu meluas dan hanya
digunakan untuk ditambah kedalam bahan-bahan unsur komposit bagi mendapat sifat yang
diperlukan.
Apa itu bahan Plastik ? Plastik adalah polimer tetapi polimer tidak semestinya plastik. Polimer
terdiri daripada kayu, getah, kaca dan seramik selain dari plastik. Bahan plastik ialah bahan
polimer yang bersifat tegar atau separa tegar (semi-rigid). Semua bahan-bahan plastik akan
menjadi lembut apabila dipanaskan. Proses pembentukan bahan-bahan plastik dilakukan pada
ketika ia berada dalam keadaan lembut. Gambarajah 6.1 di bawah menunjukkan pengkelasan
bahan-bahan plastik.
Bahan plastik

Thermoplastic Thermosetting

Polisterina Epoksida

Polietilena Polyester

Polyamida Urea / Amino

Akriliks Melamin

Plastik Vinil Fenolik

Plastik Selulos

Gambarajah 6.1: Pengkelasan Plastik

6.1 Polimer

Polimer membentuk suatu kumpulan bahan-bahan asli dan tiruan (sintetik) yang memainkan
peranan yang semakin meningkat didalam teknologi moden. Kebanyakan polimer adalah bahan
organik yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :-
i. Mengandungi gabungan karbon dan oksigen, hidrogen dan lain-lain bahan
organik dan bukan organik.
ii. Secara amnya, pada suhu biasa ia adalah bahan bukan berhablur.
iii. Mempunyai struktur rangkaian yang panjang.

Semua polimer dicirikan oleh struktur yang berbeza dari logam. Walaubagaimana pun, struktur
ini biasanya akan menentukan sifat-sifat fizik, therma, elektrik dan mekanikal bahan polimer
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1

tersebut. Unit asas sesuatu polimer ialah rantaian atom dimana satu struktur asas sesuatu
dipanggil monomer. Ikatan antara atom-atom pada asasnya adalah ikatan kovalen yang kuat.
Sementara ikatan diantara rantai-rantai bersifat lebih lemah, iaitu ikatan jenis Van Der Walls.

6.2 Istilah-istilah :

i. Amorfus : Tidak berhablur


ii. Monomer : Unit tunggal. Molekul-molekul mudah atau kecil yang diikat secara
kovalen kedalam rantai yang panjang. Dikenali juga sebagai “mer”
iii. Polimer : Molekul rantai panjang yang terhasil daripada ulangan unit-unit monomer
dan tindakbalas itu dipanggil pempolimeran.

Contoh: X X-X-X-X-X-X-
Monomer Polimer

6.3 Struktur Polimer

Polimer mempunyai ikatan struktur yang panjang (beribu-ribu Angstrom). Rantai molekul diikat
bersama oleh daya yang lemah dan mempunyai sifat boleh ubah (flexible) sebab setiap ikatan
karbon boleh berputar di dalam tetulang rantai. Satu ikatan karbon selalunya berada pada sudut
109○ C kepada ikatan lain. Ini menerbitkan konfigurasi molekul yang kompleks. Polimer boleh
wujud dalam 2 struktur iaitu Amorphous (tidak berhablur) dan Separa berhablur.

6.3.1 Struktur Armorphous (tak berhablur)

Pada suhu yang tinggi, polimer akan menjadi cair likat (viscous) di mana rantai-rantai dapat
bergerak dan mengelonsor satu sama lain dalam keadaan kekusutan. Susunan rantai polimer
adalah rawak dan tidak mengikut corak geometri tertentu. Apabila suhu dikurangkan, sifat
boleh ubah molekul akan tersekat dan keadaan akan menyamai kaca seperti yang ditunjukkan
dalam Gambarajah 6.2 di bawah.

Gambarajah 6.2: Struktur Amorphous


CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1

6.3.2 Struktur Separuh Hablur

Sekiranya penyejukan cukup perlahan dan molekul mempunyai struktur tertentu. Hasil daripada
lipatan molekul menurut susunan tertentu. Keadaan ini menyebabkan molekul rapat dan
menambah daya antara molekul serta menghasilakan kekuatan yang tinggi, ketegaran dan
kerapuhan. Polimer hablur selalunya mengandungi 90% rantai yang tersusun dan bakinya dalam
keadaan amorphous. seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 6.3 di bawah.

Gambarajah 6.3: Struktur Separuh Hablur

6.4 Jenis-jenis Rantaian Polimer

Terdapat empat jenis rantai ikatan molekul yang dihasilkan melalui proses pempolimeran seperti
yang ditunjukkan dalam Gambarajah 12.4 di bawah. Di antara ikatan tersebut :
i. Polimer lelurus (linear) - dibentuk dari rantai molekul gentian panjang, boleh jadi
rantaian homopolimer atau kopolimer.
ii. Polimer bercabang (branch) - Rantai lelurus dengan suatu siri rantai sisi bercantum.
iii. Polimer barpaut silang (crosslink) - terdapat pautan pendek yang menyambung rantai
polimer yang berdekatan antara satu sama lain.
iv. Polimer rangkaian:- struktur molekul berada dalam bentuk jaringan 3 dimensi.
Struktur biasa bahan termoset.
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1

Gambarajah 6.4: Jenis-jenis struktur polimer (a) Bentuk Rantai Lelurus.


(b) Polimer bercabang (c) Polimer barpaut silang (d) Polimer rangkaian

6.5 Proses Pempolimeran (Polymerisation)

Proses ini adalah proses kimia di mana molekul-molekul dihubungkan untuk membentuk satu
molekul yang lebih besar dengan berat serta jisim yang tinggi. Proses ini boleh dilakukan
dengan dua cara iaitu :
1. Proses Pempolimeran tambahan (addition)
Jenis pempolimeran ini berlaku di antara molekul-molekul monomer yang mengandungi
ikatan karbon C = C, apabila diberikan suhu, tekanan dan pemangkin tertentu.

2. Proses Pempolimeran kondensasi (Pemeluapan)


Jenis pempolimeran ini berlaku apabila dua sebatian monomer bertindak balas bersama
untuk menghasilkan polimer dan molekul-molekul kecil (biasanya air) akan disingkirkan.

6.6 Jenis-Jenis Plastik

Plastik boleh terbahagi kepada 2 (dua) kategori umun iaitu ;


1. Plastik Termo (Thermoplastic)
2. Plastik Termoset (Thermoset)

6.6.1 Sifat Umum Plastik Haba atau Plastik Termo

i.Plastik jenis ini boleh dilembutkan dan dikeraskan berulang kali.


ii. Merupakan polimer lelurus yang terbentuk daripada rantai karbon panjang yang terikat secara
kovalen.
iii. Termoplastik boleh diperolehi dalam bentuk kepingan, tiub, kepingan nipis, rod dan bahan-
bahan pengacuanan.
iv.Pembentukan boleh dilakukan pada suhu di atas sedikit dari suhu didih air dan memerlukan
daya yang sedikit untuk mengubah bentuknya.
Kegunaannya : Bahan-bahan elektrik, Hulu alatan, Penebat, Pembungkus dan Pakaian.

6.6.2 Sifat Umum Plastik Termoset


i.Merupakan bahan yang lebur semasa pemanasan kali pertama dan kemudiannya terset atau
terawet kepada bentuk yang keras dan tegar pada suhu tersebut.
ii.Selepas pembentukan pertama, perubahan tidak akan berlaku lagi walaupun kepanasan dan
tekanan dikenakan.
iii.Selalunya lebih keras, lebih kuat dan lebih rapuh berbanding plastik termo.
iv.Kegunaannya: peralatan penebat elektrik, lapisan gelas gentian, perkakas dapur dan penebat
haba.

Tahukah anda jenis-jenis plastik termo dan jenis-jenis plastik termoset? Untuk memahaminya
dengan lebih mendalam tentang jenis, sifat dan kegunaanya mari ikuti unit ini sampai akhir.
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1

7. Jenis-jenis Plastik Haba (Thermoplastic)

i) Polietilena (PE)
Merupakan bahan plastik yang paling banyak digunakan.
Ia tegar dan boleh dilentur apabila melalui satu julat suhu yang besar dan memperolehi
kestabilan dimensi yang baik.
Ianya mudah diacu dan digunakan dalam membuat barangan seperti bekas makanan, bekas air,
beg, botol minuman.
Untuk kegunaan dagangan, ia banyak digunakan untuk membuat paip air, alat-alat kelengkapan
kimia, kabel dan tahan untuk bahan pelarut biasa. Kelemah bahan ini mudah pudar apabila
terdedah kepada cahaya matahari. Terdapat 2 jenis polietilena yang mempunyai Ketumpatan
Rendah (LDPE - Low Density PE) dengan struktur rantai bercabang dan yang mempunyai
Ketumpatan Tinggi (HDPE- High Density PE) dengan struktur rantai lurus.

Ciri-ciri :-
Takat lebur : 110C - 137C
LDPE - kurang bercabang
penghabluran kurang
Ketumpatan rendah
HDPE - lebih bercabang
rantai cenderung bergabung dekat - lebih kehabluran.
lebih kekuatan
lutsinar (translucent)
Kos lebih tinggi

Sifat industri - Kaku (tough) pada suhu bilik dan suhu rendah
Kekuatan lebih untuk aplikasi produk
Kelenturan (flexibility yang baik sehingga 73C)
Merintang kakisan
Sifat penebat yang baik
Tidak menjerapkan

Kegunaan :
bekas (container), penebat elektrik, Tiub kimia, peralatan dapur.

ii) Polipropilena (PP)


Ciri-ciri :-
Takat lebur :165C - 177C
Tahan suhu sehingga 120C tanpa perubahan bentuk.
Kuat tetapi flexible.
Rintangan Kimia - kelembapan, haba.
Ketumpatan rendah
Kekuatan pengikat yang baik
Kestabilan dimensi
Kegunaan
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1

Alatan dapur, packaging, alat makmal, Ware, botol, bahagian alat elektrik (appliance
part).

iii) Polistirena
Bahan ini adalah plastik yang liat dan tumpat, keras dan tegar serta mempunyai kestabilan yang
baik tetapi mudah menjadi rapuh disebabkan suhu peralihan kaca yang tinggi. Ia kurang tahan
kepada petrol dan pelarut organanan.

Ciri-ciri :-
Takat lebur : 150C - 243C
Tidak berbau.
Amat rapuh kecuali diubahsuai.
Tegar (rigid), inflexible pada suhu bilik.
Mudah diproses tapi cenderung menjadi rapuh.
Sifat hentaman boleh diperbaiki dengan kopolimeran (copolymerization) dengan elastomer
polybutadiene.

Kebaikan :
 Kestabilan dimensi yang baik
 Sifat penebat yang baik
 Kecutan tuangan yang rendah
 Mudah diproses
 Kos yang rendah

Keburukan :
Kelembapan yang kurang baik
Diserang secara kimia oleh pelarut organik dan minyak

Kegunaan :
 Bahagian dalam kereta, perkakas plastik, alatan dapur.

iv) Polivinyl Klorida (PVC)

PVC yang tidak diplastikan adalah keras dan liat. Ianya boleh diacuankan menjadi beberapa
barang bergerongga seperti pasu dan paip. Jika PVC diplastikkan, ia menjadi mudah untuk
diubahsuai dan bergetah di mana dapat dijadikan untuk kalis air yang rendah, tiub paip dan kabel
elektrik. Ia juga mempunyai rintangan yang cukup baik menentang serangan asid, alkali dan
pelarut-pelarut biasa.

Ciri-ciri :-
Takat lebur : ~ 204C
Kehadiran atom Cl yang besar pada atom C menyebabkan PVC bersifat amorfus tidak
menghablur.
Kurang anjal dan boleh lentur
Kekuatan tinggi (7.5 - 9.0 ksi)
Rapuh
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1

Sifat elektrik yang baik


Rintangan pelarut (solvent) yang baik
Jika kandungan klorin tinggi, PVC akan merintang kimia dan api.

Kegunaan :
 PVC sahaja kurang kegunaannya.
 Jika ditambah penstabilan haba, pengisi (fillers) dan sebagainya maka kegunaan boleh
diperluaskan seperti paip, bingkai (frame) tingkap.

v) Polimetil Metakrilat (PMMA)

Ciri-ciri :-
Takat lebur :160C
Tegar (rigid)
Lutsinar (transparent)
Kerintangan hentaman lebih baik dari kaca
Kerintangan kimia yang baik
Kerintangan lembapan yang baik.

Kegunaan :
Glazing pada kapal, boat.
Papan tanda iklan
Pelindung keselamatan (shield)
Goggle keselamatan

vi) Poliamides (NYLON)


Bahan ini adalah kuat, liat dan mudah diubahsuaikan. Mempunyai rintangan lelasan tetapi
kestabilan dimensi dan sifat penebat elektrik terjejas kerana nilon menyerap air. Ianya
mempunyai rintangan yang baik atas serangan bahan pelarut biasa. Malangnya ia mudah luntur
apabila didedahkan kepada cuaca yang berterusan.

Struktur
Terdapat beberapa jenis nylon seperti nylon 6, nylon 6,6,6,10 dan nylon 6, 12. Unit ulangannya
berbeza antara satu sama lain.

Ciri-ciri :-
Takat lebur - Nylon 6, 6 : 250 - 266C
Nylon 6 : 216 - 225C
Nylon mempunyai darjah kehabluran yang tinggi.
Kekuatan yang tinggi kerana ikatan hidrogen antara rantai-rantai molekul.
Rintangan kimia yang baik
Kebolehlenturan (flexibility) rantai -rantai karbon menyebabkan kelinciran yang baik,
geseran pengikatan yang rendah.
Menyerap air.
Nylon 11 & 12 dengan rantaian karbon yang lebih panjang antara kumpulan-kumpulan
amida adalah kurang sensitif kepada penyerapan air.
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1

Kegunaan :
Membuat gear, injap, alas, sesondol dan alat-alat pembedahan yang tidak memerlukan pelinciran
yang lain. Ia juga banyak dijadikan bahan gentian untuk tekstil, tali pancing, tali mendaki.

8. Jenis-jenis Plastik Termoset (Thermoset)

i) Fenol-Formaldehid
Sifat bahan = rintangan elektrik yang tinggi, konduksi haba yang rendah, rintangan
terhadap minyak dan gris yang tinggi dan stabil hingga suhu 150C.
Kegunaan = telefon, komponen plastik dalam kenderaan dan komponen elektrik yang
memerlukan penebatan yang tinggi.

ii) Urea-Formaldehid / Amino-Formaldehid


Sifat hampir sama dengan bakelit. Kegunaan sama seperti bakelit dengan suhu kerja
sehingga 80C.

iii) Melamina-Formaldehid
Melamina, sejenis sebatian amino siklik, boleh dikondensasi dengan formaldehid untuk
menghasilkan melamina-formaldehid,MF.
Sifat dan kegunaan sama seperti Urea-formaldehid tetapi rintangan terhadap haba yang
lebih baik sedikit dengan suhu kerja mencapai kurang 95C.

iv) Polyester
Polyester termoset adalah sangat keras dan kuat, dengan berat molekul yang besar.
Kegunaan utama adalah untuk komponen plastik dalam kenderaan, topi keledar, kerusi,
kipas dan sebagainya.

v) Epoksida
Untuk menghasilkan satu bahan epoksida yang kuat, satu agen pengeras hendaklah
dicampurkan (terdiri dari sebatian dalam kumpuan amino). Digunakan sebagai pelekat
dan penyalut kerana sifatnya yang mudah melekat pada kebanyakan bahan.
vi) Silikon
Silikon sama seperti karbon boleh membentuk molekul-molekul polimer. Polimer yang
berasaskan silikon dikenali sebagai silikona.
Silikona boleh terhasil dalam bentuk cecair, lilin, elastomer dan plastik, berdasarkan
darjah pempolimeran.

Kegunaan = untuk berbagai-bagai kegunaan selepas diperkuat dengan serabut kaca dan
penebat kepada suhu tinggi.
Boleh digunakan sehingga 200C dan boleh mencapai sehingga 800C untuk kegunaan
singkat.

Sifat-sifat Am Plastik
i. Graviti tentunya rendah.
ii. Perintang haba dan elektrik yang baik.
iii. Kemasan muka yang baik.
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1

iv. Boleh diperolehi dalam berbagai warna dan lutsinar.


v. Mempunyai kekuatan yang rendah berbanding logam.
vi. Tidak sesuai untuk kegunaan pada suhu yang tinggi.
vii. Kestabilan dimensi yang rendah terutama dalam cuaca yang lembab.

Kebaikan Plastik
i. Harga murah
ii. Tahan lama
iii. Sebahagiannya boleh dikitar semula
iv. Mudah untuk dibentuk
v. Penebat elektrik yang baik
vi. Sebahagian kalis air

Keburukan Plastik
i. Ukuran boleh berubah disebabkan kelembapan
ii. Suhu operasi yang rendah
iii. Mudah rapuh pada suhu yang rendah
iv. Lembut dan kurang anjal berbanding logam
v. Sebahagian plastik amat mudah terbakar
vi. Sebahagian mudah diserang oleh cahaya lampu unggu
vii. Rayapan pada semua keadaan suhu

9. Kaedah Bagi Pembentukan Bahan Plastik

Di antara mesin – mesin pembuatan plastik yang terdapat ialah :-


1. Pengacuanan Penyemperitan (Extrusion Moulding).
2. Pengacuanan Penyuntikan (Injection Moulding).
3. Pengacuanan Peniupan (Blow Moulding).
4. Pengacuanan Pindah/Mampatan (Transfer/Compression Moulding).
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1

1.Pengacuanan Penyemperitan (Extrusion Moulding)


Proses pengacuan penyemperitan secara amnya adalah hampir sama dengan proses pengacuan
suntikan. Berbeza utama proses ini dengan proses pengacuan suntikan ialah ia melibatkan
operasi menghasilkan produk panjangan berterusan serta mempunyai bentuk keratan rentas
yang sekata. Proses penghasilan produt dilakukan dengan cara serbuk plastik dibawa ke
bahagian hadapan dan ditekan oleh penyuap skrew. Pemanas akan meleburkan plastik dan
menolaknya melalui die. Bentuk dan saiz die adalah mengikut spesifikasi yang dikehendaki
dalam pengeluaran. Gambarajah 6.6 di bawah menunjukkan kaedah pengacuan penyemperitan

Gambarajah 6.6: Pengacuan Penyemperitan

Contoh penghasilan : paip, tiub, dawai, kabel, kepingan, rod, kepingan.kerangka tingkap dan
lain – lain.
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1

2. Pengacuanan Penyuntikan (Injection Moulding)

Konsep asas mesin pengacuan suntikan adalah keupayaan termoplastik untuk dilembutkan
semula dengan pemanasan dan dikeraskan semula ke bentuk tertentu dengan penyejukan.
Proses ini sesuai untuk pengeluaran plastik haba seperti polietilena, polistirena dan sebagainya.
Ia merupakan proses yang paling cepat dan meluas digunakan. Gambarajah 6.7 di bawah
menunjukkan kaedah pengacuan penyuntikan.

Gambarajah 6.7: Kaedah Pengacuan Penyuntikan


CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1

Merujuk kepada Gambarajah 12.6, bahan plastik dimasukkan ke dalam ruang suntikan dan
ditolak ke dalam bahagian zon pemanasan. Contohnya:- nylon akan dipanaskan pada suhu 190 -
220C. Plastik akan menjadi lembut dan ia akan mengalir melalui nozel apabila dikenakan
tekanan oleh pelocok. Seterusnya plastik akan masuk k edalam acuan tertutup yang sejuk.
Apabila acuan telah penuh, plastik tadi disejukkan dengan cepat. Acuan dibuka setelah plastik
memejal dan komponen dikeluarkan.

3.Pengacuanan Peniupan (Blow Moulding)

Mesin ini digunakan untuk menghasilkan bekas lubang berdinding nipis. Proses ini bermula
apabila bahan plastik di dalam bekas selinder yang dipanggil `parison’ dilunjur keluar secepat
mungkin diantara dua acuan terpisah. Apabila acuan ditutup, udara akan ditiup dan menolak
bahan plastik ke permukaan acuan. Sebaik sahaja produk disejukkan, acuan akan dibuka semula
untuk membenarkan komponan dikeluarkan. Gambarajah 6.8 di bawah menunjukkan kaedah
pengacuanan tiupan.

Bahagian Parison dalam proses Pengacuanan Tiup


Lakaran keseluruhan Mesin Pengacuanan Tiup
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1

Bahagian Parison dalam proses Pengacuanan Tiup

Gambarajah 6.8: Mesin Pengacuanan Tiup

Di antara produk yang dihasilkan melalui cara ini adalah seperti pembungkus kosmetik, botol
dan bekas sabun cecair.

4.Mesin Pengacuan Mampatan (Transfer/Compression Moulding)

Proses pengacuan mampatan secara ringkasnya adalah satu proses dimana acuan dua – bahagian
dicantumkan bersama dibawah satu tekanan mampatan. Percantuman ini akan memberikan
bentuk rongga (cavity) berdasarkan bentuk komponen. Sebelum dicantumkan, bahan plastik
(biasanya termoset) diletakkan pada bahagian bawah acuan, selepas itu acuan bahagian atas akan
ditolak (dimampat) dan pada masa yang sama acuan dipanaskan.
Bahan plastik akan melembut dan membentuk kepada komponen yang dikehendaki dalam acuan
rongga seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 6.9 di bawah.
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1

Rajah (a)

Rajah (b)

Rajah (c)

Gambarajah 6.9 : Rajah (a), (b) dan (c) Mesin Pengacuan Mampatan

Proses ini biasanya digunakan untuk menghasilkan produk-produk seperti soket, palam, penebat
voltan.
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1

Sediakan slide power point berikut :


(a)
Definisi istilah – plastik, Amorfus, Monomer,Polimer
Pengkelasan plastik – thermoplastic dan termoset.
Kebaikan dan keburukan plastik 1 kumpulan
Proses pempolimeran – tambahan dan kondensasi
(b)
Jenis-jenis Rantaian Polimer
i. Polimer lelurus (linear)
ii. Polimer bercabang (branch)
iii. Polimer barpaut silang (crosslink) 1 kumpulan
iv. Polimer rangkaian.
(c)
Jenis-jenis Plastik Haba (Thermoplastic)
1.Polietilena (PE)
2.Polipropilena (PP)
3.Polistirena 2 kumpulan (3 jenis platik/kumpulan)
4.Polivinyl Klorida (PVC)
5.Polimetil Metakrilat (PMMA)
6.Poliamides (NYLON)
(d)
Jenis-jenis Plastik Termoset (Thermoset)
1.Fenol-Formaldehid
2.Urea-Formaldehid / Amino-Formaldehid
3.Melamina-Formaldehid 2 kumpulan (3 jenis platik/kumpulan)
4.Polyester
5.Epoksida
6.Silikon
(c) dan (d) – terangkan dari segi ciri-ciri@sifat umum, contoh kegunaan (bersama gambar
produk)
(e)
Proses pembuatan plastik 4 kumpulan (1 proses/kumpulan)
1.Pengacuanan Penyemperitan (Extrusion Moulding)
2. Pengacuanan Penyuntikan (Injection Moulding)
3.Pengacuanan Peniupan (Blow Moulding)
4.Mesin Pengacuan Mampatan (Transfer/Compression Moulding)
(e) – terangkan kaedah pembuatan, gambar mesin-mesin terbabit dan contoh produk dihasilkan

You might also like