Laporan Kajian Kes Analisis SWOT

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1.

0 Tajuk Kajian

Pelbagai kelab dan persatuan telah ditubuhkan di sekolah ini antaranya ialah Persatuan
Sivik dan Kewarganegaraan telah dipilih sebagai kajian kes yang mengkaji tentang
pengurusan kewangan dan aktiviti dan analisis SWOT. Untuk makluman bilangan ahli guru
serta murid bagi persatuan ini adalah seramai 30 orang yang terdiri daripada seorang guru
penasihat, empat orang guru akademik dan 25 orang murid tahap dua. Berdasarkan kajian,
sumber utama kewangan persatuan ini adalah hasil daripada sumbangan dan yuran ahli
persatuan. Namun begitu, sumber ini tidak mencukupi untuk menampung program
persatuan. Program yang paling besar diadakan bagi persatuan ini adalah program “Gotong
Royong Bersama Anak Yatim”. Berdasarkan kajian, sumber utama kewangan persatuan
tidak mencukupi untuk melaksanakan program ini. Oleh itu, persatuan ini telah mengadakan
aktiviti jualan dan kitar semula bagi menambahkan dana kewangan persatuan.

2.0 Laporan Aktiviti Dan Pengurusan Kewangaan

Bagi melaksanakan program “Gotong Royong Bersama Anak Yatim”, Persatuan Sivik dan
Kewarganegaraan telah melaksanakan aktiviti jualan dan kitar semula. Kedua-dua aktiviti ini
telah dilaksanakan pada Hari Kantin Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Saint Mary’s.
Kumpulan pertama akan bertugas di bahagian jualan manakala kumpulan kedua bertugas di
bahagian kitar semula. Persatuan ini telah memilih untuk menjual makanan, minuman dan
barangan terpakai semasa Hari Kantin. Kumpulan kedua pula akan menyediakan tiga tong
sampah kitar semula yang dibuat sendiri menggunakan bahan sedia ada. Seterusnya guru
penasihat persatuan ini akan menjual sampah-sampah yang dikumpul kepada pihak industri
bagi menjana kewangan. Penjanaan kewangan melalui aktiviti jualan dan kitar semula dilihat
dapat menampung kewangan sedia ada bagi pelaksanaan program tersebut.
3.0 Analisis Berdasarkan Swot

Kekuatan / Strengths (S) Kelemahan / Weakness (W)


S1. Penglibatan guru yang W1. kekangan masa guru dan
bersemangat dan aktif murid persatuan
S2. Komitmen Murid-murid yang W2. ibu bapa yang kurang
sepenuhnya memberi sokongan

SWOT
S3. kesesuaian aktiviti yang dipilih

Peluang / Opportunities (O)


Cabaran / Threats (C)
O1. menerima sumbangan dari
pihak PIBG
C1. Persaingan peniaga luar
O2. pihak pentadbiran
membenarkan pelawat luar untuk C2. Jadual murid yang padat
menyertai Hari Kantin

Melalui pemerhatian, kekuatan (strengths) yang dapat dikenalpasti dalam pengurusan


kewangan persatuan ini adalah penglibatan guru yang bersemangat dan aktif. Penglibatan
guru-guru persatuan Sivik dan Kewarganegaraan yang aktif dapat dilihat apabila mereka
berusaha bersungguh-sungguh berganding tenaga mencari idea untuk menambahkan
kewangan persatuan. Seterusnya, penglibatan ahli persatuan dalam kalangan murid tahap
dua yang memberangsangkan juga merupakan antara kekuatan yang telah dikenalpasti.
Murid-murid dari persatuan ini memberi komitmen yang sepenuhnya dalam membantu guru-
guru menjana kewangan untuk persatuan. Misalnya, mereka menyumbangkan tenaga
semasa pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang menjana kewangan seperti aktiviti jualan dan kitar
semula.

Kekuatan dalam pengurusan aktiviti pula dapat dilihat melalui kesesuaian aktiviti yang
dipilih bagi menjana kewangan. Contohnya, hasil perbincangan antara guru-guru Persatuan
Sivik dan Kewarganegaraan, mereka telah bersetuju untuk melaksanakan aktiviti jualan
makanan, minuman dan barangan terpakai serta aktiviti kitar semula semasa Hari Kantin
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Saints Mary’s. Aktiviti yang dipilih ini sangat bersesuaian
dengan tahap kemampuan dan tenaga ahli persatuan yang terdiri daripada 25 orang murid
tahap dua. Aktiviti jualan dan kitar semula dilihat tidak membebankan murid kerana mereka
mampu untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti ini dengan jayanya melalui bimbingan dan tunjuk
ajar daripada guru-guru Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan.
Analisis SWOT seterusnya adalah dari segi kelemahan (weaknesses) ialah kelemahan
pengurusan kewangan dapat dilihat melalui kekangan masa guru dan murid persatuan ini
sendiri. Walaupun guru dan murid persatuan ini aktif dan bersemangat untuk menjana
kewangan persatuan namun begitu, tugas sebagai seorang pendidik dan murid tidak boleh
dilepaskan begitu sahaja. Beban dan kesibukan tugas yang digalas sebagai seorang
pendidik dan murid menyebabkan berlakunya kekangan masa bagi menjana kewangan
persatuan. Selain itu, sikap segelintir ibu bapa yang kurang memberi sokongan terhadap
aktiviti yang melibatkan kokurikulum juga merupakan antara kelemahan pengurusan aktiviti.
Murid akan berasa kurang bersemangat untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan
persatuan apabila ibu bapa kurang memberi galakan dan sokongan. Hal ini menyebabkan
aktiviti-aktiviti penjanaan kewangan untuk persatuan tidak dapat berjalan dengan lancar.

Peluang (Opportunities) dalam pengurusan kewangan persatuan ini dapat dilihat


apabila Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan telah menerima sumbangan dari pihak
PIBG. Sumbangan yang diterima daripada pihak PIBG ini telah membuka peluang kepada
persatuan ini untuk mengadakan aktiviti jualan dan kitar semula semasa Hari Kantin.
Sumbangan dari pihak PIBG ini telah dijadikan sebagai modal untuk melaksanakan aktiviti
tersebut. Peluang untuk pengurusan kewangan yang baik dapat direalisasikan apabila pihak
pentadbiran iaitu guru besar dan guru penolong kokurikulum telah membenarkan pelawat
luar seperti guru dan murid dari sekolah lain untuk datang menyertai Hari Kantin anjuran
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Saint Mary’s. Kedatangan pelawat luar ini telah
memeriahkan lagi gerai-gerai jualan pada Hari Kantin termasuk gerai jualan persatuan ini.
Jumlah sampah yang dikumpul juga akan makin bertambah dek kerana bilangan orang pada
Hari Kantin makin bertambah. Dengan demikian kewangan persatuan akan meningkat.

Berdasarkan analisis, ancaman (Threats) pertama ialah persaingan yang diterima


daripada peniaga luar semasa aktiviti jualan dilakukan pada Hari Kantin. Kebanyakan
peniaga luar juga menjual makanan dan minuman menyebabkan aktiviti jualan makanan
dan minuman persatuan ini mendapat sedikit ancaman. Ancaman yang seterusnya adalah
jadual pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid yang padat telah memberi cabaran
kepada ahli persatuan ini untuk melaksanakan aktiviti penjanaan kewangan secara
berterusan. Dengan demikian, mereka hanya dapat menjana kewangan pada waktu tertentu
sahaja seperti melibatkan diri dalam aktiviti penjualan semasa Hari Kantin.
4.0 Cadangan Penambahbaikan

Berdasarkan analisis SWOT, untuk mengatasi kelemahan aktiviti persatuan ini, saya
cadangkan agar guru dan murid menyediakan satu jadual untuk membahagikan masa
antara tugas sebagai pendidik dan penimba ilmu dengan tugas sebagai guru persatuan dan
ahli Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan. Melalui penyusunan jadual ini, guru dan murid
perlu menyediakan waktu yang khusus untuk melaksanakan aktiviti yang mampu menjana
kewangan persatuan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Bagi menyelesaikan masalah
sikap segelintir ibu bapa yang tidak menyokong aktiviti kokurikulum pula adalah murid ahli
persatuan itu sendiri perlu meyakinkan kedua ibu bapa mereka tentang kebaikan melibatkan
diri dalam aktiviti kokurikulum.

5.0 Penutup

Kesimpulannya, aktiviti jualan dan kitar semula dilihat banyak memberi kesan yang
positif dalam meningkatkan penjanaan kewangan persatuan. Oleh itu, guru persatuan dan
ahli persatuan perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menjana kewangan agar program-
program anjuran Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan dapat berjalan dengan lancar. Saya
berharap agar ahli Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan terus bersemangat dan tidak
berputus asa untuk mencari kewangan demi melaksanakan program-program yang
dirancang.
6.0 Rujukan

Ahmad Marzuki Ismail. (2004). Panduan Asas Gerakan Koperasi Sekolah di Malaysia. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Christophe Seth. (2015). The Swot Analysis: A Key Tool for Developing Your Business
Strategy. London: Management & Marketing.

Isyan Syed. (2016). Swot Analysis and Operation Management desicions of Domino's Pizza.
German: Grin Publishing.

Lawrence G. Fine. (2009). The Swot Analysis: Using Your Strength to Overcome
Weaknesses, Using Opportunities to Overcome Threats. New York: CreateSpace
Independent Publishing Platform.

Omardin Ashaari. (1997). Pengurusan Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd

You might also like