KERTAS CADANGAN SUMBANGAN 2019 Makmal Ask

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

KERTAS KERJA PERMOHONAN

SUMBANGAN DANA
BILIK ASAS SAINS KOMPUTER

1.0 Tujuan

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan sumbangan daripada pihak tuan
untuk mendapatkan dana membeli kemudahan asas seperti meja dan kerusi, grill
tingkap , Set Komputer/ Laptop, LCD projektor dan LCD bracket.

2.0 Pengenalan
Asas Sains Komputer (ASK) adalah satu mata pelajaran yang diperkenalkan
kepada murid di peringkat menengah rendah. ASK merupakan kesinambungan
mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang telah
diperkenalkan kepada murid di sekolah rendah dan menggantikan program
Information and Communication Technology Literacy (ICTL) sekolah menengah.
Dalam Abad Ke-21, murid bukan hanya bertindak sebagai pengguna
teknologi yang berpengetahuan malah menyediakan mereka ke arah pencipta
teknologi dan pencetus idea baharu. Selaras dengan hasrat untuk melahirkan
murid yang mempunyai kemahiran berfikir seperti yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), subjek ASK diperkenalkan agar
murid diajar tentang prinsip- prinsip asas dan konsep pembinaan teknologi
digital supaya menjadi individu yang mempunyai pemikiran komputasional serta
memahami bahawa teknologi digital pada hari ini mampu menyelesaikan
masalah masa hadapan.

Bagi merealisasikan hasrat yang terkandung di dalam kurikulum ASK dapat


difahami dan seterusnya dilaksanakan dengan baik oleh guru bagi menyediakan
murid yang mempunyai kemahiran pemikiran komputasional yang dapat
memberi sumbangan kepada negara pada masa hadapan, sehubungan dengan
itu SMK Seksyen 10 ingin melaksanakan kurikulum ASK dengan lebih efisien,
bermula dengan penyediaan persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif.
Seterusnya dapat melengkapkan kekurangan dalam PdPc ASK.
Justeru itu pihak sekolah telah mewujudkan bilik khas untuk matapelajaran
ASK yang dikenali sebagai Bilik ASK sebagai makmal komputer kedua, berikutan
pertambahan bilangan murid yang mengambil subjek Asas Sains Komputer pada
tahun ini. Antara ciri-ciri bilik khas ini yang kami sedang usahakan ialah
penggunaan komputer/laptop, LCD dan kemudahan asas seperti meja dan kerusi.
Bilik ini telah dilengkapi dengan penghawa dingin. Namun begitu masih lagi
terdapat kekangan untuk kami melengkapkan alatan dan suasana bilik ini seperti
set komputer/ laptop, meja dan kerusi serta grill pada setiap tingkap.

3. 0 Objektif

Objektif bilik khas ini ialah:

3.1 Memberi persekitaran yang kondusif yang memberi impak keseronokan murid

dalam pembelajaran.

3.2 Menjadi ruang untuk ekplorasi intelektual.

3.3 Menarik minat murid-murid mengimarahkan Bilik ASK dengan aktiviti-aktiviti


amali pengaturcaraan.

3.4 Membantu guru mahir dalam pengajaran dan berketerampilan dalam pedagogi

4.0 SASARAN

Bilik ASK ini akan digunakan oleh semua murid ASK khususnya dan murid RBT
amnya yang mempelajari pengaturcaraan Arduino tingkatan 1 hingga tingkatan 3.
4.0 Ahli Jawatankuasa ASK

: Pn. Hajah Ros binti Lizan

Pengerusi ( Pengetua, SMK Seksyen 10 Kota Damansara)

: Pn. Azriza binti Aziz @Azib

( Penolong Kanan Pentadbiran )

: Pn. Norhaniza binti Ariffin

( Penolong Kanan HEM )

Naib Pengerusi
: Pn . Rosida binti Salehuddin

( Penolong Kanan Kokurikulum )

: Pn. Julmaziah binti Saaidin

( Penolong Kanan Petang )

Ketua Panitia ASK : Pn. Syafiza Riza binti Yubaya

Pen. Ketua Panitia ASK & : Pn. Noor Akmar binti Mat Isa

Penyelaras Bilik ASK

: Cik Azizan binti Rashid

Pn. Nur Safawati binti Shukor

Ahli Jawatankuasa Pn. Nurhafizah binti Ibrahim

Pn. Azwina bt Abd. Karim


5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL ITEM HARGA kuantiti HARGA(RM)


SEUNIT(RM)

1 Grill tingkap 375 4 tingkap 1500

2 Meja 85 10 buah 850

3 Kerusi 40 20 buah 800

4 Projektor 1300 1 unit 1300

5 Skrin projektor 450 1 unit 450

6 LCD box bracket 350 1 unit 350

6 Set komputer 1200 20 set 24000

JUMLAH 29250

6.0 Penutup

Pihak sekolah terutamanya barisan jawatankuasa dengan sukacitanya berharap


mendapat sumbangan dari pihak luar untuk menyokong harapan kami.

Disediakan oleh:

…………………………………………………….…
( NOOR AKMAR BINTI MAT ISA)
Penyelaras Bilik ASK

Disemak oleh:

…………………………….........................
(AZRIZA BINTI AZIZ @AZIB)
Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Seksyen 10 Kota Damansara
Disahkan oleh:

……………………………………
(HAJAH ROS BINTI LIZAN)
Pengetua
SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA

LAMPIRAN
Bilik ini meminjam meja banquet dari bilik utiliti dan kerusi plastik dari
makmal komputer

Tingkap yang masih belum mempunyai grill. Laluan tepi tingkap daripada bilik ASK ke
koridor kelas yang tiada grill.
Bilik pengurusan yang memuatkan almari panitia untuk simpanan peralatan ASK dan SK.
Ruangan bilik pengurusan yang dicadangkan untuk mewujudkan ruang diskusi murid.

You might also like