Reflektif

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

2.

0 Laporan Reflektif

Seni dalam pendidikan merupakan salah satu daripada elektif yang saya perlu ambil
semester dua ini. Seni dalam pendidikan atau singkatannya SDP menekankan sesuatu yang
baru dan ianya menggabungkan tigea elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni
visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Elemen-elemen ini akan menjadikan sesuatu
pembelajaran mennyeronokkan yang akan membuat murid-murid mempunyai minat yang
tinggi untuk menuntut ilmu. Sepanjang penghasilan tugasan ini, pelbagai ilmu yang telah
saya hadapi. Antaranya, pembelajaran yang berkesan bukan hanya bersandarkan kepada
kurikulum semata-mata, bahkan perlu mempunyai elemen seni agar penerimaan ilmu
dikalangan murid lebih jitu dan mampan.

SDP kali ini telah memberi banyak kebaikan dan ilmu pengetahuan kepada saya di
dalam bidang seni. Sebagai contoh, saya telah memahami bahawa dalam bidang seni visual
ianya melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan pula ia melibatkan penggunaan ruang
dalam sesebuah aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap
muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa
warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan mejadi suram
dan bosan. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen
Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan
sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual.

Selain itu, saya turut mengetahui bahawa irama merupakan elemen yang terdapat
dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang.
Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik
dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut
berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai
irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan
sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan
kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni,irama digambarkan sebagai
sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.
Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama
sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan,
menari,melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-
kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik,
sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan.
Selain itu, kehadiran irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung
menarikminat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan
bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat
sambil mengikut irama muzik .Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan
murid banyak melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga
dipenuhi. Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh
dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih
terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok. Kesimpulannya, saya sebagai
seorang guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam
pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.

Tugasan ini telah mengarahkan saya dan rakan sekelas saya untuk membuat satu
kit persembahan. Walaubagaimanapun, semasa menyiapkan kit persembahan tersebut
terdapat juga kelemahan-kelemahan yang sukar diatasi. Sebagai contoh, saya mengalami
masalah dalam mendapatkan rujukan yang bersesuaian. Saya juga mengalami masalah
apabila ingin mencipta bahan bantu mengajar yang menarik. Namun dengan hasil
perbincangan bersama-sama rakan-rakan saya telah mendapat idea bagaimana untuk
mengaplikasikan teknik-teknik yang terdapat dalam seni penghasilan bahan bantu mengajar.
Sebagai penambahbaikan, saya sedar bahawa tugasan ini memerlukan masa yang lama
untuk mendapatkan tugasan yang baik dan berkualiti. Tugasan ini juga melatih saya untuk
menjadi lebih kreatif dan berfikir di luar kotak fikiran agar bahan yang dihasilkan adalah
menarikn dan pelajar lebih terhibur mengajar. Saya juga perlu membiasakan diri untuk
berbincang mengenai tugasan agar kita tahu bagaimana untuk mendapatkan hasil yang
terbaik. Dalam tugasan yang diberi saya memilih untuk mengajar murid kemahiran
membaca, SDP mengajar saya untuk mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran dan
pembelajaran saya. Seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum kerana
manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui pelbagai
teknik pengajaran.
Oleh itu, sebagai guru, saya hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi
serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan
lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid mendapat banyak faedah sewaktu
saya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sekiranya saya menerapkan SDP dalam
proses pengajaran. Antaranya ialah murid-murid mendapat pengalaman yang menarik dan
SDP yang diterapkan dapat memberi keyakinan kepada murid-murid. Ini dapat diperhatikan
semasa murid-murid menyanyi sambil membuat gerakan. Murid-murid telah dapat
menonjolkan diri masing-masing dan tidak mempunyai perasaan malu untuk belajar kerana
merasakan seronok semasa melakukan aktiviti di dalam kelas. Berkat kesungguhan semua
murid dapat memahami tajuk yang dipelajari dan hanya beberapa orang murid sahaja yang
perlu bimbingan dan aktiviti pengukuhan. Tugasan ini secara tidak langsung telah membuka
mata dan minda saya bahawa seni pada hari ini bukan hanya menjurus kepada hiburan
tetapi ia mampu menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih hidup dan
menarik.

You might also like