Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1.

0 PENGENALAN
Adab berasal daripada perkataan arab yang membawa maksud perilaku dan
perbuatan yang membawa kebaikan, kesantunan moral, kemanusiaan dan sopan-santun
manakala etika berasal daripada perkataan Yunani Kuno iaitu ethos yang membawa
maksud adat, akhlak dan keperibadian seseorang individu atau perwatakannya. Apabila
dilihat dalam konteks agama Islam etika merujuk kepada akhlak atau prinsip moral yang
berlandaskan al-Quran dan Hadith kerana ia menunjukkan nilai-nilai yang baik. Bagi
seseorang yang mengamalkannya akan mendapat ganjaran pahala.
Perpaduan juga merupakan salah satu penyatuan sesebuah masyarakat terhadap
perhubungan sosial manusia. Setiap masyarakat menmpunyai asas perpaduan yang
berbeza. Perpaduan turut didefinisikan sebagai proses menyatupadukan seluruh
masyarakat dan negara untuk membentuk satu identiti, mempunyai nilai kebersamaan
dan mempunyai rasa cinta dan sayang terhadap negara. Kewujudan perpaduan dalam
sesebuah negara mampu melahirkan sebuah negara yang harmoni dan bebas dari segala
kemelut atau rusuhan. Hj. Samat Buang, 2003 mentakrifkan bahawa perpaduan dianggap
sebagai satu penghayatan tenaga, fikiran, cita-cita, dan pengorbanan dalam satu ikatan
yang padu, kuat dan maju. Hal ini dapat menunjukkan bahawa betapa pentingnya
perpaduan terhadap sesebuah negara.
Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman damai dan harmoni serta
bebas dari segala jajahan disamping itu negara Malaysia turut mempunyai penduduk
yang berbilang kaum dan agama. Sekiranya perpaduan dalam kalangan penduduk
Malaysia tidak wujud maka ia boleh menyebabkan rusuhan antara satu sama berlaku dan
juga berlakunya adab yang kurang sopan antara satu sama lain. Oleh itu, perpaduan amat
penting diterapkan dalam kalangan penduduk di Malaysia.
Bagi mengekalkan perpaduan di negara Malaysia, sudah semestinya sesetiap
individu mempunyai adab dan etika dalam melakukan sesuatu perkara supaya tidak
menimbulkan sebarang permasalahan. Namun, terdapat juga beberapa isu yang berkaitan
dengan perpaduan kaum sering kali dibincangkan di dalam akhbar dan televisyen. Hal ini
kerana perpaduan kaum di negara kita belum utuh lagi. Jadi, masyarakat dan pihak
berkuasa haruslah berganding bahu dalam memantapkan lagi perpaduan nasional melalui
etika dan peradaban supaya negara kita menjadi sebuah negara yang sejahtera dan aman.
4.3 Langkah-langkah pemantapan kesepaduan nasional melalui etika dan peradaban.

Program peningkatan budi bahasa dan nilai murni atau yang berkaitan dengan
kesepaduan masyarakat seperti perhimpunan Fits Malaysia amat penting dalam
memantapkan perpaduan nasional. Negara kita perlu memiliki rakyat yang berbudi
bahasa, bertanggungjawab, hormat antara satu sama lain,amanah, jujur dan berintegriti
tinggi kerana kewujudan nilai murni tersebut menjadi pengukur kepada sesebuah negara
maju dan harmoni. Tiada gunanya jika pembangunan yang dilaksanakan semakin pesat
dan maju jika rakyatntya tidak menerapkan nilai murni dalam diri masing-masing
terutamanya bagi anak muda pada masa kini. Oleh itu, dapat kita lihat bahawa orang
ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum atau agama akan menyertai perhimpunan Fits
Malaysia. Ini akan menyebabkan mereka dapat berkumpul, berkenalan antara satu sama
lain dan dapat merapatkan hubungan silaturahim dengan pelbagai kaum. Seramai 21
orang responden yang telah menjawab soal selidik ini dan 15 orang responden atau
bersamaan dengan 71.4% yang bersetuju bahawa perhimpunan Fits Malaysia mampu
memantapkan kesepaduan nasional. Melalui program tersebut, ia dapat menerapkan
budaya budi bahasa dan nilai murni dalam kalangan rakyat yang menyertainya.

Selain itu, peranan kekeluargaan di mana ibu bapa memainkan peranan yang
penting dengan mendidik anak-anak melalui saluran agama masing-masing. Sebelum
budaya dan perpaduan nasional masyarakat kita pudar, kita haruslah sedar dan belajar
untuk mempraktikkan semula nilai-nilai murni dan budi bahasa dalam diri kita sendiri.
Kini, masalah sosial yang acap kali berlaku pada hari ini berkait rapat dengan nilai hidup
seseorang individu, keluarga dan masyarakat. Dalam menangani masalah tersebut, ibu
bapa haruslah prihatin dan mengawasi segala tindak-tanduk anak mereka serta
meningkatkan komitmen terhadap anak-anak dengan menerapkan nilai-nilai keagamaan
dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi. Hal ini supaya anak-anak mempunyai
potensi yang baik dan mempunyai sifat semula jadi yang bersih serta suci. Melalui soal
selidik yang telah kami jalankan, seramai 19 orang responden atau 90.5% daripada 21
orang yang menjawab soal selidik tersebut telah bersetuju bahawa peranan ibubapa dalam
mendidik anak-anak melalui saluran agama amat penting. Oleh itu, ibu bapa haruslah
menanam motivasi dalam diri sendiri demi membangunkan akhlak anak-anak dan turut
melengkapi diri dengan kemahiran tertentu supaya dapat memahami keadaan fizikal dan
mental serta kepercayaan terhadap keagamaan emosi dan pembangunan sosiobubudaya
dalam diri sebelum mendidik anak-anak. Hal ini amat penting bagi mengekalkan institusi
kekeluargaan dan memantapkan lagi kesepaduan nasional melalui etika dan peradaban.

Pemantapan kesepaduan nasional melalui etika dan peradaban ialah mewujudkan


matapelajaran etika dan adab sebgai matapelajaran utama di setiap sekolah rendah,
menengah dan universiti. Dengan adanya matapelajaran tersebut dapat memperkukuhkan
lagi tingkah laku dan sikap moral dalam kalangan pelajar. Sehubungan dengan itu, ia juga
dapat menyemai dan memupuk nilai murni dalam jiwa pelajar. Penerapan nilai-nilai
murni dalam kalangan pelajar juga mampu meningkatkan akhlak yang mulia. Seramai 14
orang responden atau 66.7% yang bersetuju bahawa matapelajaran etika dan adab amat
penting dalam kalangan pelajar sekolah dan institusi. Ini kerana ia dapat membentuk
sahsiah pelajar dari segi tingkah laku. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994
menjelaskan bahawa penerapan ialah hal atau atau perbuatan menerap sesuatu dan
penambahan pengetahuan baru ke dalam pangkalan pengetahuan yang sedia ada. Oleh
itu, sistem pendidikan memainkan peranan utama dalam membentuk akhlak yang baik di
kalangan pelajar.

Selain itu, langkah-langkah bagi memantapkan lagi kesepaduan nasional melalui


etika dan peradaban ialah mengadakan rumah terbuka semasa musim perayaan sesuatu
kaum. Masyarakat pelbagai etnik akan saling berkunjung ke rumah jiran sekiranya
terdapat perayaan. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, etnik India,
Kadazan Dusun, Iban dan pelbagai lagi akan berkunjung ke rumah etnik Melayu dan
begitulah sebaliknya apabila tiba perayaan sesuatu etnik yang lain. Namun, apabila
perayaan Tahun Baru Cina bermula, etnik Cina akan menyediakan makanan yang halal
khususnya kepada etnik Melayu apabila berkunjung ke rumah mereka. Hal ini dapat
menunjukkan bahawa setiap etnik mengambil berat dan saling memahami budaya etnik
yang lain. Perkara ini dapat memperlihatkan bahawa keharmonian hubungan etnik di
Malaysia sentiasa kukuh dalam tradisi negara kita kerana setiap perayaan yang diraikan
akan dikongsi bersama dengan masyarakat yang lain tanpa mengira kaum dan agama.
Melalui soal selidik yang telah kami jalankan, seramai 21 orang responden telah
menjawabnya dan kami mendapati bahawa 16 orang responden atau bersamaan 76.2%
yang telah bersetuju bahawa program mengadakan rumah terbuka semasa musim
perayaan dapat membawa kepada kesatuan masyarakat dan 7 orang responden atau
33.3% kurang bersetuju. Amalan rumah terbuka ini sememangnya sering kali diadakan
supaya dapat menggalakkan rakyat yang berbilang etnik saling berkunjung dan mereka
dapat mengetahui dengan lebih dekat lagi tentang budaya etnik yang lain. Dalam hal ini
juga, kita dapat memperolehi nilai-nilai murni yang memberi impak secara langsung
dalam kehidupan harian antara etnik yang lain kerana amalan ini dapat membuktikan
kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat berada dalam tahap yang tinggi walaupun
masyarakatnya terdiri daripada pelbagai agama, budaya dan juga etnik.

You might also like