Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PENGHARGAAN

Saya amat bersyukur kerana telah dapat menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya. Dalam menyempurnakan tugasan ini, pelbagai pihak telah turut membantu
saya dengan memberi idea dan pandangan yang berguna. Oleh itu, di kesempatan
ini saya ingin melahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah, Encik Uthaya Kumaran
a/l Karuppiah kerana telah memberi bimbingan kepada saya dalam menyiapkan
kerja kursus ini. Sesungguhnya perhatian dan komitmen beliau amat saya hargai.
Ketekunan beliau memberikan panduan membolehkan saya memenuhi aspek yang
dikehendaki dalam soalan dengan menyeluruh.

Sekalung ucapan terima kasih kepada keluarga saya yang sentiasa memberi
dorongan agar menyiapkan tugasan ini dengan penuh komited. Sesungguhnya
dorongan yang diberikan telah membolehkan saya sentiasa berusaha gigih dalam
menghasilkan tugasan ini sehingga ke peringkat yang terbaik.

Selain itu, saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan
yang telah memberikan kerjasama semasa kami meminjam buku rujukan untuk
mendapatkan maklumat tambahan berkaitan kerja kursus ini. Akhir sekali saya
berharap agar hasil tugasan ini dapat memenuhi kriteria yang terkandung dalam
Kerja Kursus Hubungan Etnik MPU3122 yang ditetapkan.

1
ISI KANDUNGAN

Bil. Isi Kandungan M/S

1. Penghargaan 1

2. Senarai Kandungan 2

3. Pengenalan (1a) 3

4. Cabaran Hubungan Etnik dan Usaha 5-6


Kerajaan ke arah Integrasi

5. Kesimpulan (1a) 6

7. Pengenalan (1b) 7

8. Faktor Kegemilangan Zaman Kesultanan 7-9


Melayu
9. Kesimpulan (1b) 10

10. Rujukan (1a, 1b) 11

TUGASAN 1: PENULISAN ILMIAH

2
Tugasan 1a:

Menghasilkan penulisan ilmiah yang menilai usaha-usaha kerajaan Malaysia ke


arah integrasi nasional dan cabaran hubungan etnik di negara ini dengan merujuk
pelbagai sumber.

1.0 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan damai dengan


masyarakatnya yang berbilang kaum, etnik dan juga agama. Melalui kepelbagaian
ini, proses perpaduan bukanlah suatu yang mudah dilaksanakan kerana kerajaan
perlu mendapatkan kerjasama daripada kesemua kaum yang datang daripada latar
belakang yang berbeza-beza untuk melaksanakannya. Namun, hal ini bukanlah
penghalang untuk Malaysia mencapai perpaduan. Perpaduan ini hadir kerana
masyarakat Malaysia saling hormat-menghormati budaya dan kepercayaan kaum
lain. Kepelbagaian ini merupakan satu kekuatan yang telah mewarnai negara ini.
Keunikkan ini membuatkan negara ini dikagumi oleh negara lain. Kepelbagaian kaum
dan juga etnik ini membolehkan segenap masyarakat hidup bersama dan
mempelajari adat dan budaya masing-masing. Integrasi nasional merupakan satu
proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang,
status sosial dan budaya untuk membentuk entiti yang mempunyai pegangan norma
serta mengamalkan kehidupan bersama [ CITATION Nad10 \l 1033 ]. Melalui penyatuan
yang terbentuk, maka akan wujudlah perkongsian persefahaman dan pemikiran
antara kaum di dalam sesebuah negara. Pelbagai usaha kerajaan telah laksanakan
untuk mencapai integrasi nasional agar Malaysia menjadi negara yang lebih maju.
Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa cabaran hubungan etnik yang
menjadi penghalang integrasi nasional ini.

2.0 Usaha-usaha kerajaan Malaysia ke arah integrasi nasional

3
Kerajaan Malaysia cakna tentang masalah integrasi nasional yang berlaku di
negara Malaysia ini. Oleh itu, terdapat beberapa usaha yang telah dijalankan bagi
mengatasi masalah tersebut. Usaha ini adalah untuk memuwujdkan perpaduan dan
integrasi nasional di dalam Malaysia. Usaha ini boleh dibahagikan kepada tiga aspek
iaitu aspek pendidikan, sosial dan ekonomi.

2.1 Aspek Pendidikan

Usaha kerajaan yang pertama ke arah integrasi nasional dalam aspek


pendidikan ialah mewujudkan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK). Dasar
Pendidikan Kebangsaan merupakan dasar yang menjadi penganti sistem
pendidikan penjajah pada zaman sebelum kemerdekaan bagi memenuhi kehendak
negara ini. Matlamat DPK ini adalah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan
yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan
budaya, sosial, ekonomi dan politik. Menurut Shamsul Amri (2011), mengatakan
bahawa pendidikan mempunyai perkaitan yang sangat signifikan kepada proses
asimilasi dan mewujudkan hubungan positif di antara penduduk tempatan dengan
pelbagai etnik. Sebagai mana yang telah ditetapkan dalam DPK, bahawa bahasa
pengantar di sekolah-sekolah Malaysia adalah Bahasa Melayu. Bahasa
memainkan peranan yang amat penting bagi mencapai integrasi nasional. Murid-
murid pelbagai kaum dan etnik dapat berkomunikasi menggunakan satu bahasa
yang sama iaitu Bahasa Malayu. Pendidikan adalah alat penting bagi Malaysia
untuk memupuk dan menanam semangat perpaduan di kalangan generasi muda
terutamanya bagi kanak-kanak dibangku sekolah. Justeru, perpaduan kaum dapat
dicapai melalui pendidikan.

2.2 Aspek Sosial

Seterusnya, usaha lain kerajaan bagi mencapai integrasi nasional dalam


negara ini daripada aspek sosial ialah mewujudkan Dasar Kebudaayan
Kebangsaan. Menurut Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (2016),
kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Kebudayaan dalam erti
kata lain adalah meliputi pembinaan sikap, nilai dan ciri yang menentukan akal
budi, ketinggian ilmu, penerimaan sains dan teknologi yang sesuai sehingga
menumbuhkan rasa persefahaman dan kekitaan sebagai satu bangsa dalam satu
negara. Dasar ini amat penting bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang

4
mempunyai integrasi nasional yang kuat. Melalui dasar ini, rakyat Malaysia dapat
memahami budaya dan cara hidup kaum lain tanpa ada perasaan tidak senang
dengan budaya yang dibawa oleh kaum lain. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
1971 penting kepada rakyat Malaysia kerana ia dapat memberi kefahaman tentang
budaya masing-masing agar perasaan prasangka buruk antara satu sama lain dapat
dihindari (Mohd Asyraf Ibrahim & Mohd Aris Othman, 2018).Hal ini dapat dilihat apabila
tiba waktu perayaan bagi kaum-kaum di negara ini. Sebagai contoh, budaya rumah
terbuka yang diadakan setiap kali tiba perayaan Hari Raya Aidilfitri dan juga perayaan
Tahun Baru Cina.

2.3 Aspek Ekonomi

Usaha yang kerajaan lakukan dalam aspek ekonomi pula ialah mewujudkan
Dasar Ekonomi Baru. Dasar Ekonomi Baru telah dikeluarkan untuk
menyatupadukan semula masyarakat yang berpecah belah akibat
ketidakseimbangan perolehan dan kekayaan negara (Faaland, 2005). Pada zaman
sebelum kemerdekaan, ekonomi telah dipecah-pecahkan. Hasil daripada dasar
daripada penjajah terdahulu, masyarakat Cina telah mendominasi ekonomi di
negara ini. Melalui DEB, kaum lain seperti Melayu dan India telah mendapat
peluang yang sama rata dalam ekonomi di Malaysia. Kaum-kaum lain dapat
bersaing dengan sihat untuk memajukan diri sendiri serta keluarga masing-masing.

3.0 Cabaran hubungan etnik negara ini.

Cabaran pertama hubungan etnik di negara ini ialah pengasingan sistem


pendidikan. Dewasa ini, Malaysia mempunyai pelbagai jenis sekolah yang boleh
menyebabkan hubungan etnik tercabar. Setiap golongan etnik mempunyai sistem
pendidikan yang tersendiri dengan mengikut bahasa ibundanya sendiri (Atoma, et
all., 2011). Sebagai contoh, kaum Cina menggunakan Bahasa Cina di Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina dan kaum India menggunakan Bahasa Tamil di Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil. Hal ini telah menyebabkan kanak-kanak di peringkat sekolah
terasing mengikut kaum masing-masing sahaja. Tiada interaksi yang terjadi antara
kaum lain jika ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis
Kebangsaan. Namun, pada hari ini ibu bapa berfikiran anak mereka akan lebih
berjaya dan cemerlang jika berada di dalam kelompok yang menggunakan bahasa
serta budaya yang sama. Perpaduan kaum tidak akan dapat dicapai sekiranya ibu

5
bapa masih di berfikiran di bawah tempurung. Ibu bapa seharusnya berlapang dada
dan menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan supaya anak-anak dapat
berinteraksi dan mempelajari lebih daripada satu bahasa dan budaya.

Seterusnya cabaran hubungan etnik yang lain ialah ketidakseimbangan


sosioekonomi. Ketidakseimbangan ekonomi terjadi akibat terdapat kaum-kaum
tertentu yang telah mendominasi ekonomi di negara ini sehingga tercipta jurang
antara kaum-kaum di Malaysia. Hal ini juga membawa kepada prejudis kepada etnik
yang lebih tinggi taraf hidupnya. Sebagai contoh, masyarakat Cina lebih kaya dan
lebih banyak mendominasi ekonomi Malaysia dalam sektor perniagaan. Masyarakat
lain seperti Melayu dan India akan berasa rendah diri malah terdapat juga yang iri
hati dengan kejayaan masyarakat Cina dalam bidang ekonomi. Integrasi nasional
tidak akan dapat dicapai sekiranya terdapat masyarakat di negara ini yang kekal
miskin dan terdapat pula masyarakat yang terlebih kaya. Keadaan ini bakal
menimbulkan masalah perpaduan di negara kita kerana kemiskinan akan tertonjol
hanya kepada sesetengah kaum sahaja.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kerajaan perlu sentiasa cakna dan mengambil berat tentang


isu-isu perpaduan serta integrasi nasional di negara ini. Jika kita mahukan sebuah
negara yang aman, damai serta maju, kita memerlukan perpaduan yang kuat. Oleh
itu, rakyat Malaysia juga seharusnya memberi kerjasama yang utuh kepada usaha
kerajaan bagi mencapai integrasi nasional yang sering diperkatakan.

Rujukan

Atoma, P., Mohd Azmir Mohd Nizah, & Latifah Abdul Latiff. (2011). Hubungan Etnik.
Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.
Faaland, J. (2005). Dasar ekonomi baru: pertumbuhan negara dan pencapaian
ekonomi orang Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn Bhd.
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. (2016). Perpaduan dan Integrasi
Nasional. Putrajaya: Bahagian Penerbitan Dasar Negara.
Mior Khairul Azrin . (2011). Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran, dan
Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. Sosiohumanika, 33-48.
Mohd Asyraf Ibrahim & Mohd Aris Othman (2018). Hubungan Etnik. Kuala Lumpur:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

6
Nadzan Haron, & Rozeman Abu Hassan. (2010). Malaysia Melangkah ke Hadapan.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Shamsul Amri Baharuddin. (2011). Kesepaduan dalam Kepelbagaian Perpaduan di
Malaysia sebagai work-in progress. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tugasan 1b:

7
Menghasilkan penulisan ilmiah yang membincangkan faktor-faktor (5) yang
menjadikan zaman kesultanan Melayu Melaka sebagai kemuncak zaman pluraliti
(kemajmukan) di Alam Melayu.

1.0 Pengenalan

Pembukaan Melaka pada 1400 Masihi oleh Parameswara merupakan peristiwa


bersejarah yang menandakan kemasukan komuniti imigran dari negara-negara luar
ke Kepulauan Melayu ataupun lebih dikenali sebagai Alam Melayu pada masa itu.
Namun begitu berdasarkan pendapat sejarawan telah menyatakan bahawa
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka sebenarnya berlaku ketika pemerintahan
Sultan Mansur Syah (1459 – 1477) (Mohd Jamil Bin Mukmin, 2012). Rantau Alam
Melayu menjadi tempat tumpuan penghijrahan pelbagai kumpulan manusia yang
seterusnya berjaya mengubah kemajmukkan masyarakat Alam Melayu dan
meninggalkan kesan mendalam dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat yang
berkekalan sehingga sekarang.

2.0 Faktor-faktor

Pluraliti di Alam Melayu telah berlaku sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi.
Terdapat banyak faktor-faktor yang menjadikan zaman kesultanan Melayu Melaka
menjadi kemuncak zaman pluraliti di Alam Melayu. Antara faktor-faktor yang bakal
dibincangkan ialah sistem pemerintahan dan pentadbiran, perdagangan, corak
kependudukan di Melaka, kebudayaan yang pelbagai dan perkahwinan campur.

2.1 Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran

Pemerintahan Melaka dimulakan dengan Sultan di kedudukan yang teratas,


kemudian diikuti dengan Bendahara, Temenggung, Penghulu bendahari dan
Laksamana (Barbara & Leonard, 1983). Perlembagaan Melaka adalah
berdasarkan ajaran Islam. Perlembagaan ini banyak menyumbang kepada
kemakmuran dan kemajuan sistem pemerintahan Melaka. Pegawai istana Melaka
terdiri daripada pelbagai bangsa kerana masyarakat Melayu tempatan berkahwin
campur dengan bangsa asing yang datang berdagang dan menetap di Melaka. Hal
ini menunjukkan bahawa sistem pemerintahan kerajaan Melayu Melaka amat
mementingkan keharmonian antara kaum. Pemerintahan dijalankan dengan sikap

8
penuh diplomasi dan terbuka. Para pegawai istana bukan sahaja terdiri daripada
kalangan orang Melayu tempatan bahkan terdapat orang India yang dilantik
menjawat jawatan dalam istana sultan Melaka. Ringkasnya, pemerintah Melaka
pada ketika itu telah mengambil kira keharmonian antara kaum.

2.2 Perdagangan

Perdagangan di Melaka berjalan dengan lancar hasil daripada sistem


pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yang cekap. Undang- undang
Kanun Melaka dilaksanakan bagi menjaga keselamatan laut di Melaka daripada
ancaman perompak dan lanun (Muhammad Yusoff Hashim, 1989). Tindakan ini
dapat menjamin tahap keselamatan yang tinggi kepada ribuan kapal pedagang
yang datang berdagang di Melaka. Perdagangan di Melaka berjalan dengan begitu
lancar hasil daripada sistem pemerintahan terbuka di samping pelabuhan ditadbir
dengan cekap. Keselamatan laut daripada ancaman perompak dan lanun dapat
dikawal oleh Laksamana Melaka yang proaktif. Situasi ini menjadikan suasana
selamat dan aman untuk para pedagang berdagang di pelabuhan Melaka, apatah
lagi keadaan ini disokong kuat oleh Undang-undang laut Melaka yang berteraskan
ajaran Islam. Pedagang daripada Arab, China dan India telah datang ke Melaka
kerana mereka yakin dengan keselamatan di Melaka. Pedagang-pedagang ini
datang dan menyebarkan agama serta budaya mereka kepada masyarakat
setempat. Seterusnya, masyarakat setempat juga menerima dengan hati yang
terbuka budaya dan agama oleh pedangang-pedangang ini. Hasilnya, Melaka
penuh dengan pedangang yang menetap di Melaka dengan aman dan harmoni.

2.3 Corak Kependudukan di Melaka

Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti kerana proses


penghijrahan berlaku secara semula jadi tanpa pemaksaan mana-mana pihak.
Para pedagang tidak memerlukan pasport atau visa sebagai pengenalan diri untuk
memasuki sesuatu kawasan. Keadaan ini membolehkan para pedagang dari Arab,
India, China dan negara- negara lain berdagang secara bebas dan berinteraksi
dengan penduduk tempatan. Menurut Abdul Latiff Abu Bakar (1998), pedagang
Arab, Cina, India dan Nusantara juga dilihat melalui proses asimilasi dan
amalgamasi dengan penduduk tempatan dan akhirnya telah membawa kepada

9
kewujudan masyarakat baharu, iaitu masyarakat Baba Nyonya, Melayu
berketurunan Arab dan Melayu berketurunan India.

2.4 Kebudayaan Pelbagai di Melaka

Menurut Ibrahim Anwar (2018), keterbukaan pemerintah empayar Melaka


menerima kehadiran para pedagang dari seluruh pelosok dunia tanpa syarat yang
ketat menyebabkan pelabuhan Melaka berkembang sebagai pelabuhan yang maju
dan terpenting di dunia. Kemajuan perdagangan dan empayar Melaka sebagai
kota metropolitan menjadikan Melaka sebagai kota multibudaya. Setiap budaya di
Melaka mempunyai tempat masing-masing. Pluralisme budaya bukanlah suatu
fenomena baharu dalam Alam Melayu. Interaksi antara pelbagai budaya seperti
Arab Pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah seperti Portugis,
Sepanyol, Belanda dan British dengan budaya Alam Melayu telah berlaku sejak
abad ke-5 Masihi. Pertemuan dan pertembungan budaya besar dunia tersebut
telah melahirkan satu ciri fenomena sosial yang istimewa dalam Alam Melayu, iaitu
fenomena kepluralitian budaya. Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan
zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu. Melaka diperintah
oleh para sultan dan pembesar yang berpandangan jauh.

2.5 Perkahwinan Campur

Perkahwinan campur berlaku antara pemerintah Melaka iaitu Sultan Mansur


Shah dengan anak perempuan pemerintah negara China, puteri Hang Li Po
(Suffian Mansor et all., 2017). Hal ini telah menyebabkan terjadinya integrasi
antara dua buah tempat iaitu Melaka dan juga China. Hasil daripada perkahwinan
mereka, terjadinya sebuah etnik Baba dan Nyonya. Etnik ini telah hidup dengan
bebas di Melaka kerana masyarakat setempat dapat menerima budaya mereka.
Selain itu, perkahwinan campur antara pedagang India dan juga wanita melayu di
Melaka telah menghasilkan satu etnik baru iaitu etnik India Muslim. Bukan sahaja
perkahwinan ini dapat mencantumkan dua buah budaya, bahkan dapat menarik
pedangang India untuk memeluk Islam. Jelaslah, perkahwinan campur menjadi
salah satu faktor zaman kesultanan Melayu Melaka menjadi kemuncak zaman
pluraliti di Alam Melayu.

10
3.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, pluraliti bukanlah fenomena baharu dan janggal dalam kalangan


masyarakat Malaysia, namun pluraliti juga telah dan bakal memberi impak yang
berterusan dan berpanjangan. Perpaduan dan toleransi yang bertitik tolak daripada
tiga komuniti etnik terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India bagi memperjuangkan
kemerdekaan Tanah Melayu telah melakar sejarah dan membawa kesan yang besar
sehingga hari ini terutamanya dalam aspek perpaduan etnik yang dapat hidup aman
damai dan menjadi satu kebanggaan negara. Masyarakat plural Malaysia yang
wujud kini merupakan hasil interaksi dan integrasi faktor sejarah silam. Tegasnya,
pluraliti budaya terdapat di alam Melayu sejak sekurang-kurangnya abad kelima
Masihi.

RUJUKAN

Abdul Latiff Abu Bakar. (1998). Pertemuan Selat Melaka. Melaka: Institut Kajian
Sejarah Dan Patriotisme Malaysia

Barbara, W. A. & Leonard, Y. A. (1983). Sejarah Malaysia. Petaling Jaya:


Macmillian Publishers Sdn Bhd.

Suffian Mansor., Mardiana Nordin., Ahmad Salehee Abdul & Ishak Saidoo. (2017).
Buku Teks Sejarah Tingkatan 2. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ibrahim Anwar. (2018). Hubungan Etnik. Shah Alam: Oxford Fajar.

Muhammad Yusoff Hashim. (1989). Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohd Jamil Mukmin. (2012). Melaka 750 Tahun. Melaka: Perbadanan Kemajuan
Negeri Melaka.

11

You might also like