Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KOR KADET POLIS BIL 1 TAHUN 2017

Tarikh : 19 Januari 2017


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, Ibu pejabat Polis Daerah Timur Laut
Pengerusi : DSP Chee Yin Kien (Pegawai JPJKK IPD Timur Laut)
Kehadiran : 28 orang

Nama Yang Hadir :


1. DSP Chee Yin Kien (Pegawai JPJKK IPD Timur Laut)
2. ASP Chang Kut Choy (Pegawai JPJKK IPD Timur Laut)
3. SM Shfawi Bin Dain (Persenjataan)
4. SJN 11410 Zubaidi Bin Hj Md Daud (Latihan)
5. KPL 91093 Mohd Jasmi Bin Mat Haris (Latihan)
6. KPL 161123 Sahadan Bin Kamaruddin (HEA)
7. KPL 104407 Mohd Nor Bin Hassan (Pengangkutan)
8. KPL 87574 Zulkifli (Stor)
9. L/KPL 175055 Zairil (JPJKK)
10. Mohd Syahir Bin Yusop SMKA Al-Mashoor (L)
11. Azrol Hisham Bin Abdullah SMK Abdullah Munshi
12. Koh Wan Leong SM Chung Ling (Persendirian)
13. Teh Eng Seng SMJK Heng Ee
14. Gan Hock Leong SMK Air Itam
15. Ong Jit Shen SMJK Chung Ling Pulau Pinang
16. Wan Ahmad Bin Wan Hasan SMK Bukit Jambul
17. Mohd Syukri Bin Kamaludin SMK Tanjong Bunga
18. Muhamad Harfizi Bin Md Zain SMK Chung Hwa (C)
19. Mohd Hermy Bin Abd Rahman SMK Penang Free
20. Mohd Fakhrul Bin Anwar SMK (L) Methodist
21. Nor Azila Bt Abu Goni SMK Tunku Puan Habsah
22. Mahirah Bt Margimin SMK (P) Sri Mutiara
23. Nakirah Binti Md Lazim SMK (P) Convent Green Lane
24. Muhaini Binti Mohamad SMK Bukit Gambir
25. Noorsuzana Binti Abd Manan SMK (P) St George
26. Nor Fadzillah Bin Junus SMK Westlands
27. Mat Faizul Bin Hubakri SMK Georgetown
28. Jaswant Kaur SMJK Perempuan China Pulau Pinang

Nama Yang Tidak Hadir :

1 Kata-kata aluan Pengerusi

1.1 ASP selaku Pengerusi Mesyuarat mengucapkan selamat datang kepada semua guru
penasihat Kor Kadet Polis Daerah Timur Laut yang menghadiri mesyuarat di IPD
Timur Laut.
1.2 ASP memaklumkan bahawa Kadet Polis kini di bawah tanggungjawab JPJKK dan
bukan lagi di bawah HEA.
Tindakan: Makluman kepada guru
2 Aktiviti Kor Kadet Polis

1
2.1 Latihan Kawad Kaki
Semua guru penasihat bagi setiap sekolah diminta menyediakan jadual waktu latihan
yang akan diadakan di sekolah. Jumlah ahli kadet bagi tahun 2017 yang telah
berdaftar perlu dimaklumkan dan mereka perlu mengisi borang jadual kedua dan
borang pengesahan kesihatan. Guru penasihat perlu hadir dan sentiasa ada bersama
dengan ahli kadet semasa latihan kawad dijalankan.

2.2 Temuduga Kenaikan Pangkat


Temuduga kenaikan pangkat akan dijalankan mengikut ketetapan waktu yang akan
dibincangkan. Kenaikan pangkat ini untuk pangkat 3 Sarjan dan 9 Koperal. Calon
yang dipilih mestilah mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan kekemasan (berkarisma).

2.3 Lawatan dan Aktiviti


Lawatan dan aktiviti kor kadet masih lagi dalam perancangan yang akan
dimaklumkan kemudian.

2.4 Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan


Perkhemahan peringkat Kebangsaan akan diadakan pada bulan Mei bertempat di Ulu
Kinta, Perak. Sebelum itu, latihan intetensif Kontinjen Pulau Pinang yang akan
diadakan pada 6 - 9 Mei 2017( Sabtu hingga Selasa) bertempat di Kem Mutiara, Pusat
Kokurikulum Jabatan Pendidikan Pulau Pinang sebagai persediaan awal sebelum
perkhemahan kebangsaan.

2.5 Latihan Menembak


Tuan Azrol Hisham membentangkan kertas kerja berkenaan kursus asas masketeri
dan latihan menembak senjata api sebagai aktiviti pertama bagi Kor Kadet Polis
Daerah Timur Laut.

2.51 Tarikh mengadakan Kursus Asas Masketeri dan Latihan Menembak Senjata Api
seperti berikut setelah mendapat persetujuan bersama:

i)Kursus Asas Masketeri


Tarikh : 2,3 dan 4 Mei 2017 ( Selasa, Rabu dan Khamis)
Masa : 2.00 petang – 5.00 petang
Tempat : IPD Timur Laut
Sekolah terlibat : Rujuk jadual

ii)Latihan Menembak Senjata Api


Tarikh : 23 dan 24 Mei 2017 (Selasa & Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Lapang Sasar Kelab Menembak IPD Kulim
Sekolah terlibat : Rujuk jadual

2.52 Bayaran sebanyak RM10 untuk makanan bagi seorang peserta dan perlu
dikalikan dengan jumlah peserta untuk setiap sekolah iaitu seramai 20 orang
berserta nama dan jadual borang kedua pelajar yang perlu dibawa bersama semasa

2
menyertai aktiviti tersebut. Senarai nama peserta menembak perlu diemelkan
kepada Tuan Azrol lorza1313@gmail.com selewat-lewatnya pada 4/5/2017
(Khamis).

Bilangan sekolah yang terlibat sebanyak 19 buah sekolah:

1. SMKA Al- Mashoor (L) 11. SMK Bukit Gambir


2. SMK Tanjong Bunga (L dan W) 12. SMK(P) Convent Green Lane
3. SMJK Chung Ling 13. SMK Georgetown
4. SMK Bukit Jambul 14. SMK Methodist (L)
5. SMK Abdullah Munshi (L dan W) 15. SMK (P) Sri Mutiara
6. SMK(P) Tunku Puan Habsah 16. SMK (P) St. George
7. SMJK Perempuan China 17. SMJK Chung Hwa (C)
8. SMK Westlands 18. SMK Air Itam (L dan W)
9. SMK Penang Free 19. SM Chung Ling (Persendirian)
10. SMJK Heng Ee (L dan W)

2.53 Guru pengiring perlu memastikan surat kebenaran ibu bapa dan borang jadual kedua
perlu dibawa bersama semasa pendaftaran.
2.54 SM Shfawi memaklumkan aktiviti latihan menembak menggunakan senjata M16
menggunakan dua cara menembak iaitu melutut dan meniarap. Keperluan senjata
dan peluru akan disediakan oleh PDRM Timur Laut.
2.55 Pelajar dan guru pengiring perlu memakai pakaian seragam penuh semasa
mengiringi pelajar menaiki trak polis dan di lapang sasar pelajar boleh memakai
separuh uniform. Semasa menembak pakaian uniform lengkap manakala semasa
kursus asas masketeri pakaian separuh uniform dibenarkan.
2.56 Pengangkutan trak polis digunakan untuk membawa pelajar kadet polis ke tempat
yang telah ditetapkan.
Tindakan: Makluman dan tindakan susulan guru

3 Surat Permohonan Jurulatih


Setiap sekolah perlu menghantar surat permohonan jurulatih kawad dan dihantar kepada
OCPD (JPJKK) dengan kadar segera sebelum bulan Februari. Semua guru penasihat boleh
menghantar surat makluman berkaitan hari dan masa untuk bantuan jurulatih PDRM ke
sekolah semasa mengadakan latihan kawad kaki. Sebarang surat menyurat berkaitan Kadet
Polis perlu terus kepada Ketua Polis Daerah IPD Timur Laut dan nyatakan tujuan surat
tersebut untuk diminitkan.

Tindakan: Makluman dan tindakan susulan guru

4 Uniform Pelatih Kadet


Guru penasihat wajib memakai pakaian seragam lengkap Kadet Polis pada setiap hari Rabu
sebagai menunjukkan seorang anggota yang lebih berdisiplin. Ahli-ahli kadet juga wajib
memakai pakaian seragam Kadet Polis pada setiap hari Rabu.

3
5 Perkenalkan Sekolah Baharu yang Menyertai Kadet Polis (Sekolah Persendirian)
ASP telah mengumumkan sebuah sekolah yang akan turut serta menjadi sebahagian daripada
ahli Kor Kadet Polis iaitu SM Chung Ling (Persendirian)

6 Hal-hal lain
6.1 Borang jadual kedua pelajar boleh digunakan sekali seumur hidup dan mereka tidak
perlu diperbaharuinya setiap tahun.
6.2 Pelajar yang hadir kursus asas masketeri sahaja yang boleh pergi menyertai latihan
menembak dan tidak boleh digantikan dengan pelajar lain untuk menggantikan
rakan.
6.4 Bayaran yuran pendaftaran Kadet Polis bagi 1 platon sebanyak RM34.00 setahun dan
boleh diserahkan kepada Puan Mahirah [SMK (P) Sri Mutiara]
6.5 Semasa mengikuti Latihan Menembak, semua guru perlu menaiki trak bersama-sama
pelajar dan tidak boleh membawa kereta sendiri.

Tindakan: Makluman dan tindakan susulan guru

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.10 petang.

Disediakan Oleh:

…………..…………………..……..…....
(NOORSUZANA BINTI ABD MANAN)
Pencatat Minit Mesyuarat

You might also like