Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

TUGASAN 3 (b) - UBAHAN

Banyak masalah matematik harian biasanya melibatkan ubahan lebih daripada satu
pembolehubah. Masalah harian itu mungkin melibatkan ubahan langsung, ubahan songsang
atau ubahan tercantum. Semua masalah itu boleh diselesaikan dengan mengikut tatacara
yang logikal.

2.0 PENGENALAN

Kebanyakkan perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian akan menyebabkan
perubahan kepada suatu perkara yang lain. Sebagai contoh, semakin kerap menggunakan
pen, semakin banyak dakwat pen yang digunakan. Contoh tersebut merupakan suatu
ubahan. Terdapat tiga jenis ubahan iaitu, ubahan langsung, ubahan songsang, dan ubahan
tercantum.

2.1 UBAHAN LANGSUNG

Ubahan langsung adalah di mana jika suatu kuantiti y berubah secara langsung dengan
kuantiti yang satu lagi iaitu, x

a) y bertambah apabila x bertambah


b) y berkurang apabila x berkurang

Suatu kuantiti y berubah secara langsung dengan kuantiti x jika dan hanya jika di mana k
ialah pemalar. y berubah secara langsung dengan x ditulis sebagai y  ∝ x

Contoh soalan :

1. Diberi bahawa p berubah secara langsung dengan punca kuasa dua q dan p=12
apabila q=36, cari ;
(a) nilai bagi p apabila q=16
(b) nilai bagi q apabila p=18

Penyelesaian :

1
2.1.1 BERAT BUAH DENGAN HARGA BUAH

Mangga Harum Manis begitu popular hinggakan ada yang sanggup menempah secara
dalam talian seawal ia berbuah lagi. Namanya sahaja sudah cukup untuk menjelaskan rasa
mangga itu sendiri, yang hanya sesuai ditanam di beberapa bahagian Perlis. Rasanya yang
enak, ranum dan manis menjadikan ia lebih istimewa dan dikenali ramai. Musim Harum
Manis yang biasanya bermula awal April sehingga awal Jun setiap tahun sering ditunggu-
tunggu bukan sahaja rakyat Malaysia malahan negara seperti Jepun dan Thailand.

2
Pak Hazim merupakan pembekal buah tersebut di daerah Dungun. Dia telah memborong
buah tersebut daripada negeri Perlis. Dia telah menjual 3 kg mangga Harum Manis dengan
harga RM78 kepada sahabatnya. Kira harga sekiranya dia menjual 5 kg buah mangga
Harum Manis.

Langkah Pertama :

Saya mengeluarkan maklumat-maklumat yang penting daripada soalan di atas dan tukarkan
maklumat berkenaan ke dalam bentuk pembolehubah;

y = Berat buah mangga Harum Manis

x = Harga bagi sekilogram mangga Harum Manis

k = pemalar

Langkah Kedua :

Saya akan menukarkan maklumat tersebut kepada simbol

y = Berat buah mangga Harum Manis

x = Harga bagi sekilogram mangga Harum Manis

y∝x

Langkah Ketiga :

Saya akan membentuk persamaan tersebut dengan menggunakan k sebagai pemalar

k = pemalar

y = kx, k ialah pemalar

Langkah Keempat :

3
Saya akan memulakan pengiraan untuk mencari harga buah mangga Harum Manis yang
berjisim 5 kg.

y = kx

78 = 3k

k = 26

Kemudian, saya menggantikan nilai k yang saya dapat iaitu k=26 ke dalam persamaan y=kx.

Jadi, y = 26x

Langkah Kelima :

Akhir sekali, saya akan mencari nilai y apabila, x = 5

y = 26(5)

y = 130

Kesimpulan

Harga bagi 5 kg buah mangga adalah RM 130. Apabila jisim buah bertambah daripada 3 kg
kepada 5 kg, harga buah mangga juga bertambah daripada RM 78 berubah menjadi RM
130. Dengan ini dapat dibuktikan bahawa jisim buah berkadar terus dengan harga buah.

4
2.2 UBAHAN SONGSANG

Ubahan songsang adalah apabila suatu kuantiti y berubah secara songsang dengan suatu
kuantiti yang lain iaitu, x maka

a) y bertambah apabila x berkurang


b) y berkurang apabila x bertambah

k
Ubahan songsang dapat ditulis dalam bentuk persamaan, y = di mana k ialah pemalar
x
yang dapat ditentukan.

Contoh Soalan :

1. Diberi y berubah secara songsang dengan x dan y = 4 apabila x =10. Tulis satu
persamaan yang mengaitkan x dan y.

Penyelesaian :

5
2.2.1 BILANGAN HARI HUJAN DAN HASIL PENGELUARAN GETAH

Kehidupan penoreh getah di sekitar Padang Terap semakin tersepit dengan keadaan cuaca
yang tidak menentu telah menjejaskan pendapatan mereka. Hujan sejak di akhir-akhir ini
menyebabkan mereka tidak dapat menoreh dan ini menyebabkan mereka kehilangan
sumber pendapatan sementara. Bagaimanapun mereka terpaksa menerima hakikat itu
kerana pada musim hujan seperti ini sudah pasti pendapatan mereka akan terjejas.
Sebelum ini semasa cuaca baik mereka mampu menerima getah sebanyak 10 hingga 16
tan sehari tetapi dengan cuaca hujan sebegini mereka hanya mampu memperoleh sebanyak
dua hingga lima tan sehari. Kemerosotan bekalan getah ini juga menyebabkan mereka
mengalami kerugian kerana terpaksa menanggung pelbagai kos.

Jika hujan turun selama 3 hari berturut-turut maka hasil susu getah adalah 15 tan. Kirakan
hasil getah, y sekiranya bilangan hari hujan turun berturut-turut,x adalah 5 hari.

6
Langkah Pertama :

Keluarkan maklumat yang dapat dikenal pasti

Maklumat Maksud Pembolehubah Bil


Bilangan hari hujan Apa yang berubah x 3
Hasil susu getah Kesan y 15
(tan)
Bilangan pokok Perkara yang k ?
getah dimalarkan
(pemalar)

Langkah Kedua :

Cari nilai pemalar,k

1
y∝
x

k
y=
x

k
15 =
3

k = 45

7
Langkah Ketiga :

Hitung hasil susu getah sekiranya hujan turun selama 5 hari berturut-turut.

Guna nilai k daripada langkah 2, k = 15

1
y∝
x

k
y=
x

45
y=
5

y=9

Kesimpulan :

Jika hujan masih turun tanpa henti selama 5 hari, maka hasil susu getah yang terhasil
hanyalah 9 tan.

Dengan itu dapat dibuktikan bahawa bilangan hari hujan berubah secara songsang dengan
hasil susu getah yang terhasil.

8
2.3 UBAHAN TERCANTUM

Ubahan tercantum merujuk kepada perkaitan antara tiga pembolehubah atau lebih sebegitu
rupa sehinggakan suatu pembolehubah secara langsung berubah atau secara songsang
berubah dengan pembolehubah yang lain. Ubahan tercantum melibatkan kes–kes ;

a) Dua ubahan langsung ( y∝ xz )


1
b) Dua ubahan songsang (y ∝ )
xz
x
c) Satu ubahan langsung dan satu ubahan songsang ( y ∝ )
z

Contoh Soalan :

1
1. Diberi bahawa p ∝     apabila p = 4, q = 2 dan r = 16, hitungkan
q²√ r
nilai r apabila p=9 dan q = 4.

Penyelesaian :

Diberi bahawa,

1 k
p ∝  ,p=
q²√ r q²√ r

apabila p = 4, q = 2 dan r = 16,

k
4=
2² √ 16

k
4=
16

k = 64
64
∴p=
q²√ r
Apabila p = 9 dan q = 4,

9
64
9=
4² √ r
4
9=
√r
4
√r = 9
4 16
R = ( )² =
9 81

2.3.1 BILANGAN ULAR, BILANGAN TIKUS DAN JISIM PADI DI SAWAH PADI

Pak Arif memiliki sawah di belakang rumahnya. Namun begitu, Pak Arif mempunyai masalah
dengan lebih kurang 4 ekor tikus di sawahnya. Kehadiran tikus tersebut menyebabkan padi
Pak Arif rosak.

Beberapa hari yang lalu Pak Arif ada ternampak 2 ekor ular di kawasan sawahnya. Pak Arif
khuatir ular tersebut akan mencederakan sesiapa. Namun Pak Arif sedar akan jisim padinya
yang bertambah menjadi 20 kg setelah kehadiran ular tersebut di sawahnya ketika tibanya
musim menuai. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk tidak membunuh ular tersebut
supaya ular-ular tersebut dapat mengurangkan populasi tikus. Berdasarkan petikan di atas
kira jisim padi yang terhasil sekiranya bilangan ular adalah 4 ekor manakala bilangan tikus 2
ekor.

10
Langkah 1 :

Kenalpasti maklumat-maklumat penting iaitu

x = Jisim Padi

y = Bilangan Ular

z = Bilangan Tikus

Langkah 2 :

Tukar maklumat dalam bentuk symbol

x = Jisim Padi

y = Bilangan Ular

z = Bilangan Tikus

y
x∝
z

Langkah 3 :

Bentukkan persamaan tersebut dengan menggunakan k sebagai pemalar

k = pemalar

ky
x= z

Langkah 4 :

11
Memulakan pengiraan untuk mencari jisim padi

k2
20 =
4

80 = 2k

k = 40

Kemudian, saya menggantikan nilai k yang saya dapat iaitu k = 40 ke dalam persamaan

ky
x= z
40 y
Jadi, x = z
Langkah 5 :
Akhir sekali, cari nilai x apabila, y = 4 dan z = 2

40( 4)
x=
2
2x = 160
x = 80
Kesimpulan :
Apabila bilangan ular bertambah daripada 2 ekor menjadi 4 ekor, bilangan tikus berkurang
daripada 4 ekor menjadi 2 ekor. Ini kerana ular merupakan pemangsa kepada tikus.
Bilangan tikus berkurang kerana dimakan oleh ular. Seterusnya, jisim padi bertambah
daripada 20kg menjadi 80kg kerana bilangan tikus berkurang. Di sini kita dapat lihat di mana
bilangan ular berkadar songsang dengan bilangan tikus manakala jisim padi juga berkadar
songsang dengan bilangan tikus. Dengan itu, ubahan tercantum terbentuk.

12
Rujukan

Siri Analisis Matematik, (1999). Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Kertas Soalan Peperiksaan Sebenar SPM 2010-2016 (2017). Yayasan Guru Malaysia
Berhad.

Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tingkatan 5 Bagi Tahun 1999

http://mozac_web.tripod.com/rancangadmath5.html

Mangga Harum Manis, Harumkan Nama Perlis, (8 Jun 2015), daripada akhbar Sinar Harian
Online :

http://www.sinarharian.com.my/rencana/mangga-harum-manis-harumkan-nama-
perlis-1.398801

Pendapatan Terjejas Pada Musim Hujan, (12 September 2015), daripada akhbar Sinar
Harian Online :

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/pendapatan-terjejas-pada-musim-hujan-
1.430005

Rantai Makanan di Sawah, (30 Mac 2017) oleh Surhayanto

https://dosenbiologi.com/ekosistem/rantai-makanan-di-sawah

13

You might also like