Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS TUN HUSSEIN ONN


BATU PAHAT, JOHOR.

PROGRAM PERSEDIAAN
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

LAPORAN AMALI BIOLOGI

SEL HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN

NAMA :
ABDUL MUHAIMIN BIN MUHS
(980427-01-5727)

KUMPULAN :
SAINS

NAMA PENSYARAH :
EN. TOKIAP BIN TOKIMIN

TARIKH PENGHANTARAN :
8 SEPTEMBER 2016

Tajuk
Mengkaji dan memerhati perbezaan struktur antara sel haiwan dan sel tumbuhan

Objektif

Untuk menyediakan slaid sel haiwan dan sel tumbuhan menggunakan teknik pewarnaan yang
betul di bawah mikroskop.

Hipotesis:

Struktur sel haiwan yang kelihatan di bawah mikroskop cahaya ialah membran
plasma,sitoplasma dan nuklues manakala bagi struktur sel tumbuhan yang kelihatan di bawah
mikroskop cahaya ialah dinding sel, membran plasma, nuklues, sitoplasma dan vakuol.

Pemboleh ubah :

Pemboleh ubah dimanipulasikan : Jenis sampel sel iaitu sel pipi dan sel bawang

Pemboleh ubah bergerak balas : Struktur sel haiwan dan sel tumbuhan

Pemboleh ubah dimalarkan : -

Bahan

Larutan metilena biru, larutan Iodin, pencungkil gigi, kertas turas, bawang besar,

Radas

Mikroskop cahaya, forsep, pisau kecil, slaid kaca, slaid kaca, penutup slaid kaca, penitis,
Gambar Bahan dan Radas

Prosedur

A. Mengkaji sel pipi

1. Mulut dicuci dengan cara berkumur.


2. Lapisan dalam mulut yang berada di pipi dikikis dengan berhati-hati menggunakan
pencungkil gigi untuk menyediakan sel pipi.
3. Hasil kikisan tersebut iaitu epidermis yang lutsinar diletakkan di atas slaid kaca.
4. Setitis larutan metilena biru dititiskan di atas slaid kaca dan spesimen ditutup dengan
berhati-hati menggunakan penutup slaid kaca
5. Sekeping kertas turas digunakan untuk menyerap lebihan cecair larutan metilena
biru.
6. Slaid kaca kemudiannya dialihkan di atas mikroskop cahaya untuk dikaji
menggunakan kanta kuasa rendah dan seterusnya kanta kuasa tinggi.
7. Sel pipi dilukis dan dilabel mengikut bahagian-bahagian tertentu seperti nukleus,
kromatin, membran sel dan sitoplasma.

B. Mengkaji sel bawang

1. Bawang besar di potong menggunakan pisau kecil dan daun sisik ditanggalkan
daripada bawang besar tersebut.
2. Lapisan epidermis bawang ditanggalkan dan forsep digunakan untuk menanggalkan
lapisan epidermis itu dengan berhati-hati.
3. Epidermis bawang itu diletakkan di atas slaid kaca.
4. Setitis larutan Iodin dititiskan di atas slaid kaca dan spesimen ditutup dengan
berhati-hati menggunakan penutup slaid kaca.
5. Sekeping kertas turas digunakan untuk menyerap lebihan cecair larutan iodin.
6. Slaid kaca kemudiannya dialihkan di atas mikroskop cahaya untuk dikaji
menggunakan kanta kuasa rendah dan seterusnya kanta kuasa tinggi.
7. Sel bawang dilukis dan dilabel mengikut bahagian-bahagian tertentu seperti vakuol
dan dinding sel
8. Langkah keselamatan yang perlu diambil semasa eksperimen ialah:
a. Berhati-hati ketika menggunakan pisau.
b. Tidak bermain menggunakan pisau bersama rakan-rakan yang lain.

Keputusan

A. Sel haiwan(sel pipi)

B. Sel Tumbuhan (sel bawang)


Lukisan dan pelabelan
Sel Haiwan (sel pipi)

Sel Tumbuhan (sel bawang)

Perbincangan:

Setelah selesai melaksanakan eksperimen saya memperolehi pelbagai maklumat.


Antaranya termasuklah jenis sel yang terdapat pada lapisan dalam sel pipi merupakan jenis sel
epitelium. Selain itu, sebab mengapa sel epidermis pada daun bawang tidak mempunyai organel
kloroplas adalah disebabkan sel epidermis bawang tidak menjalankan proses fotosintesis. Sel
epidermis bawang berfungsi sebagai untuk menyimpan makanan. Proses fotosintesis adalah
kemampuan tumbuhan hijau untuk membuat makanannya sendiri. Bawang berfungsi sebagai
penyimpan makanan dengan itu kloroplas tidak diperlukan oleh bawang. Proses fotosintesis
dijalankan di daunnya sahaja. Bawang merupakan tumbuhan bawah tanah yang tidak mungkin
akan mendapat cahaya matahari secara terus.

Seterusnya, melalui eksperimen ini saya dapat perhatikan terdapat persamaan dan
perbezaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan. Antara persamaan sel haiwan dan sel tumbuhan
termasuklah kedua-dua sel mengandungi organel nukleus, membran sel, mitokondria dan
sitoplasma dan dapat menjalankan aktiviti hidup seperti perkumuhan . Manakala perbezaanya pula
bagi sel haiwan mempunyai bentuk yang tidak tetap, tidak mempunyai struktur dinding sel, tidak
mempunyai vakuol, tidak mempunyai kloroplas, menyimpan makanan di dalam bentuk glikogen
serta tidak mempunyai sentriol. Manakala sel tumbuhan pula mempunyai bentuk yang tetap,
mempunyai struktur dinding sel, mempunyai struktur vakuol yang besar, mempunyai kloroplas,
menyimpan makanan di dalam bentuk kanji serta mempunyai sentriol.

Di samping itu, saya dapat mengetahui mengenai mengapa nukleus dipanggil sebagai
‘pusat kawalan’ kepada sel.Nuklues dipanggil sebagai ‘ pusat kawalan’ kepada sel kerana di dalam
nuklues terdapat satu organel yang disebut sebagai kromatin yang membentuk kromosom apabila
sel tidak membahagi. Kromatin yang mengandungi DNA (Asid Deoksiribonukleik) yang akan
mengawal segala aktiviti di dalam setiap sel kerana di dalam DNA terdapat genetik kod bagi setiap
individu.

Tambahan pula, saya juga dapat mengetahui apa itu maksud tisu serta perkataan yang
membawa maksud sekumpulan tisu yang melakukan sesuatu kerja bersama. Tisu ialah
sekumpulan sel yang telah mengalami pengkhususan yang sama dan dengan itu mempunyai
struktur yang serupa serta tersusun bersama-sama untuk melaksanakan satu fungsi yang khusus
di dalam sistem yang tertentu.Sekumpulan tisu yang melakukan sesuatu kerja bersama pula
bermaksud sekumpulan tisu yang boleh menjalankan fungsi yang khusus dengan lebih cekap dan
cepat serta lebih effisien berbanding dengan satu sel sahaja.

Akhir sekali, melalui eksperimen ini saya dapat mengetahui bilakah sel dijumpai dan
siapa yang menjumpainya. Ahli sains yang pertama melihat sel adalah Robert Hooke pada tahun
1665. Robert Hooke telah menggunakan mikroskop yang diciptanya untuk melihat dinding sel
gabus mati. Dinding sel gabus itu didapati terdiri daripada ‘kotak-kotak kecil’ yang seni. Struktur
kotak kecil itu dinamakan sel. Penemuan Robert Hooke membuktikan bahawa semua organism
terdiri daripada satu atau lebih sel.

Sel merupakan unit asas struktur dan fungsi bagi semua organisma. Sel organisma
wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz. Semua sel mempunyai membran sel yang menyelaputi
protoplasma. Protoplasma terdiri daripada nukleus dan sitoplasma. Nukleus mengandungi
kromosom dan nukleous serta diliputi oleh membran sel. Sitoplasma mengandungi pelbagai
organel dan granul.

KESIMPULAN :

Sel haiwan dan sel tumbuhan mempunyai perbezaan.Sel haiwan tidak mempunyai bentuk tetap
dan terdiri daripada membran plasma, sitoplasma dan nukleus.Sel tumbuhan mempunyai bentuk
tetap kerana terdiri daripada dinding sel dan organel-organel lain seperti membrane plasma,
nukleus dan sitoplasma.

Refleksi

Ketika melakukan ujian ini terdapat beberapa kesulitan yang saya dan ahli kumpulan hadapi.
Antaranya ialah ketika menggunakan mikroskop, kami mesti mencari pencahayaan yang cukup
bagi memastikan sel itu dapat dilihat dengan jelas. Kami menggunakan lampu suluh dari telefon
bimbit kami dan juga meletakkan mikroskop di tepi tingkap agar dapat pencahayaan yang cukup.
Selain itu, kami juga mesti memastikan tidak terdapat gelembung udara pada lapisan sel tersebut.
Pada ujian tersebut, kami telah mengulang pengambilan lapisan epidermis bawang. Hal ini
demikian, pada uji kaji yang pertama, terdapat gelembung udara yang menyukarkan kami untuk
melihat sel tersebut. Pengambilan lapisan epidermis juga dilakukan dengan penuh berhati-hati
kerana kami hanya memerlukan lapisan yang amat nipis dari bawang tersebut.

Rujukan:

1. http://brainly.my/tugasan/89653

2. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Nukleus_sel

3. http://document.tips/documents/eksperimen-sel-tumb-haiwan.html

4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sel_(biologi)#Sejarah_biologi_sel

5. Gan Wan Yeat,2013,Success Biology SPM,OxfordFajarSdn.Bhd,ShahAlam,SelangorDarul


Ihsan

You might also like