Professional Documents
Culture Documents
Ulasan Jurnal
Ulasan Jurnal
Ulasan Jurnal
SSKC 5303 : ETIKA KAUNSELING DAN AKTA KAUNSELOR 1998 (AKTA 580)
ULASAN JURNAL
Jurnal ini merupakan hasil penulisan Mohamad Bokhari, Syed Najmuddin Syed
Hassan dan Rosli Saadan daripada Pusat Bahasa dan pembangunan Insan,
Universiti Teknikal Melaka.Jurnal ini membincangkan mengenai kesedaran
kaunselor dalam amalan-amalan yang beretika seperti kesedaran,nilai dan
kerahsiaan terutamanya yang melibatkan kaunseling dengan pesakit mental. Kajian
telah dijalankan secara rawak mudah ke atas 602 kaunselor yang berada di bawah
Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) dan PERKAMA. Hasilnya mereka mendapati
Kajian ini menunjukkan bahawa kaunselor mempunyai kesedaran dan amalan
terhadap etika kerahsiaan,namun kefahaman legal dan kefahaman etika mereka
adalah di peringkat sederhana.
Kebanyakkan kes salah laku yang dilaporkan melibatkan kaunselor ialah di mana
banyak kaunselor tidak melaporkan kepada pihak berkuasa akan sesuatu kes
penderaan kanak-kanak mahupun kerana kegagalan mentadbir kes mental yang
mengancam keselamatan. Ada kaunselor yang menerima sapina dan perlu hadir ke
mahkamah bagi memberi kenyataan terhadap rekod klien. Atas perkara-perkara
sebeginilah, etika kerahsiaan menjadi satu isu yang sangat rumit dan mengelirukan
kepada kaunselor-kaunselor dalam memelihara kerahsiaan klien.
1
NURAFIFAH KAMARUDIN (824545)
SSKC 5303 : ETIKA KAUNSELING DAN AKTA KAUNSELOR 1998 (AKTA 580)
Adalah penting supaya LKM dapat membantu dalam memastikan bahawa setiap
kaunselor berdaftar, sebelum memulakan tugas atau karier mereka sebagai
kaunselor, perlulah faham dengan jelas bahawa kaunselor harus mempunyai
pengetahuan tentang faktor kefahaman, kesedaran dan amalan terhadap etika
kerahsiaan sebelum mereka dibenarkan menjalankan perkhidmatan kaunseling.
Antara factor atau komponen etika kerahsiaan yang dianggap oleh penulis sebagai
saling melengkapi antara satu sama lain ialah yang pertamanya adalah
pengetahuan yang luas dan mahir dalam aspek kefahaman legal dan kefahaman
etika kerahsiaan. Keduanya pula ialah kesedaran terhadap etika dan yang terakhir
ialah kepatuhan dalam melaksanakan amalan etika kerahsiaan yang diperakukan
bersama-sama klien.
Selain itu, objektif penulis juga mahu melihat apakah elemen-elemen demografi
seperti pengaruh latihan, pengalaman, keahlian professional, penyeliaan dan jantina
mempunyai hubungan dengan kefahaman, kesedaran dan amalan terhadap isu
legal dan etika kerahsiaan. Penulis membuat hipotesis bahawa tidak wujud
hubungan yang signifikan antara kefahaman legal, kefahaman etika, kesedaran dan
amalan etika kerahsiaan dalam kalangan kaunselor.
Inventori Etika Kerahsiaan (IEK) telah digunakan sebagai instrument utama dalam
mengutip data dan mengkategorikan kaunselor mengikut pengalaman,latihan,
penyeliaan, keahlian professional dan jantina yang telah dibina oleh pengkaji. IEK ini
terdiri daripada 5 bahagian dengan 36 item. Bahagian-bahagian tersebut ialah
Bahagian A mengandungi item-item berkaitan demografi, bahagian B mempunyai
item berkenaan Kefahaman Isu Legal Kerahsiaan, Bahagian C pula berkait dengan
Kefahaman Isu etika Kerahsiaan, Bahagian D mengandungi item Kesedaran Isu
Kerahsiaan dan Bahagaian E berkisar Amalan Isu Kerahsiaan.
Hasil daripada kajian ini, penulis mendapati bahawa kaunselor yang mempunyai
kefahaman legal mempunyai perkaitan yang sangat lemah dengan kefahaman etika
tetapi memahami etika kerahsiaan dengan baik dan mempunyai kesedaran etika
kerahsiaan kaunseling. Selain itu, penullis juga mendapati bahawa kaunselor yang
mempunyai Kesedaran etika akan mengamalkan Etika Kerahsiaan.
2
NURAFIFAH KAMARUDIN (824545)
SSKC 5303 : ETIKA KAUNSELING DAN AKTA KAUNSELOR 1998 (AKTA 580)
Oleh itu, penulis mendapati walaupun kaunselor mempunyai kesedaran dan amalam
etika yang tinggi, tetapi kebanyakkannya mempunyai kefahaman legal dan
kefahaman etika yang rendah. Bahkan,hasil dari kajian ini juga, penulis mendapati
mereka ini hanya memahami komponen kesedaran dan amalan etika kerahsiaan di
peringkat permukaan atau surface sahaja. Malah,penulis juga mendapati,
berlakunya keadaan ini adalah juga disebabkan oleh kaunselor kurang pendedahan
dalam latihan kaunseling seperti ceramah, bengkel, kursus, seminar, konvensyen
dan kolokium. Mereka juga kurang mendapat pendedahan penyeliaan dan
pemantauan yang mencukupi sama ada daripada Kaunselor Berdaftar mahupun
oleh Lembaga Kaunseling Malaysia. Penyeliaan adalah sebahagian daripada bentuk
latihan dalam bidang profesional menolong yang mana kaunselor boleh
memperolehi kompeten bagi memenuhi tanggungjawab profesional.
Justeru itu, penulis mencadangkan supaya kajian yang lebih mendalam yang boleh
menjelajah lebih jauh tentang isu Kefahaman Legal, Kefahaman Etika, Kesedaran
dan Amalan Etika Kerahsiaan dalam kalangan pengamal kaunseling. Antara
cadangan penulis ialah satu kajian lanjutan boleh dibuat untuk melihat juga
kefahaman, kesedaran dan keberkesanan amalan etika kerahsiaan dalam
kaunseling dari perspektif umum seperti orang awam, guru dan pelajar, organisasi
atau agensi dan institusi di seluruh negara. Kajian lanjutan ini bermatlamatkan untuk
3
NURAFIFAH KAMARUDIN (824545)
SSKC 5303 : ETIKA KAUNSELING DAN AKTA KAUNSELOR 1998 (AKTA 580)