Persatuan Kajian Kes

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN

Terdapat banyak persatuan yang terdapat di Malaysia. Namun begitu, dalam


kajian kes ini saya telah memilih untuk mengkaji persatuan Majlis Kanser Nasional
(MAKNA). MAKNA merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berperanan
untuk mengumpulkan dan menggunakan setiap usaha, kepakaran dan kebajikan dari
setiap lapisan masyarakat untuk melawan kanser dan mengurangkan kesakitan,
penderitaan yang pesakit kanser alami. MAKNA bertujuan untuk menyediakan
penjagaan rawatan, penjagaan pencegahan, penyelidikan dan perkhidmatan
sokongan kanser untuk pesakit kanser dan keluarga mereka, kumpulan berisiko
tinggi dan orang awam di Malaysia dan seluruh dunia. Menurut Suhaimi (2018), Hari
Kanser Sedunia diraikan pada 4 Februari setiap tahun di seluruh dunia untuk
memberi sokongan kepada pejuang kanser. MAKNA berharap untuk memberi
perubahan luar biasa dan harapan kepada orang yang terlibat dengan kanser dalam
kehidupan mereka.
2.0 SEJARAH, PROSES DAN KAEDAH PENUBUHAN

MAKNA berdaftar di bawah Daftar Pertubuhan Malaysia pada 10 November


1994 dan dilancarkan secara rasmi pada 30 Mac 1995. Ia diasaskan oleh Dato’
Mohd Farid Ariffin di Kuala Lumpur, Malaysia. Organisasi ini dinamakan selepas
perkataan bahasa Melayu bagi ‘makna’ dan slogannya adalah “Mengingati Makna
Kehidupan”. MAKNA telah dipelbagaikan untuk menyokong dan menjalankan
penyelidikan dalam sains asas, penyelidikan klinikal kanser dan gaya hidup yang
sihat.

Dato’ Mohd Farid Ariffin merupakan pengasas MAKNA dan mempunyai


pengurusan yang luas, pengalaman organisasi dan keusahawanan telah berkhidmat
sebagai seorang guru, pensyarah, peguam dan kemudian menjadi sebagai Timbalan
Menteri Kewangan pada tahun 1987 hingga 1989 dan Timbalan Menteri Kesihatan
pada tahun 1989 hingga 1995.

MAKNA ditubuhkan daripada pengalaman keluarganya sendiri dan hari ini


adalah sebuah organisasi yang ditanam memberi tumpuan sepenuhnya kepada
kanser. Anaknya iaitu Farul Rafiq berumur 17 tahun disahkan menghidap leukemia
pada tahun 1992. Farul diterbangkan ke Hospital Hammersmith di London untuk
menerima rawatan. Beliau telah menjalani pelbagai rawatan termasuk rawatan
autologous iaitu pemindahan sumsum tulang yang tidak disediakan di Malaysia pada
ketika itu. Setelah beberapa tahun bertarung melawan kanser akhirnya Farul
disahkan bebas kanser. Walaupun mendapat rawatan di hospital London, keluarga
Dato’ Mohd Farid berjanji akan menubuhkan sebuah persatuan kanser di Malaysia
bertujuan membantu mereka dari golongan berpendapatan rendah untuk
mendapatkan akses kepada rawatan kanser. Pada 4 Ogos 2011, Farul telah
meninggal dunia akibat fibrosis paru-paru.
3.0 AKTIVITI ATAU PROSES PERKHIDMATAN YANG DIAMALKAN

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh MAKNA ialah program Bendahari


iaitu menyediakan bantuan kewangan bulanan sebanyak RM150-RM500 kepada
pesakit kanser yang memerlukan rujukan dari Hospital Jabatan Sosial Perubatan.
Intervensi yang disediakan iaitu barangan keperluan seperti ubat-ubatan, peralatan
pembedahan, prosthesis, beg kolostomi dan kerusi roda. Setiap tahun, alat bantuan
program Bendahari disediakan kepada lebih 4000 pesakit dengan peruntukan
sebanyak RM10 juta.

Selain itu, terdapat pinjaman tanpa cagaran kecil iaitu Kredit Mikro
dilaksanakan kepada pesakit kanser, mangsa dan keluarga mereka untuk
meningkatkan pendapatan melalui aktiviti perniagaan dan tidak dikenakan faedah
dan cagaran.

Biasiswa disediakan kepada pesakit iaitu Biasiswa Pesakit Kanser Muda


bertujuan menyokong pesakit kanser muda melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi.
Pesakit kanser yang kurang bernasib baik berumur 25 tahun ke bawah yang
mempunyai potensi hak dan faedah akan diberikan bantuan untuk masa depan yang
lebih baik melalui pendidikan. Semua pesakit di bawah program Jabatan Bendahari
dikunjungi oleh sukarelawan, kakitangan dan Pasukan Lawatan Rumah MAKNA di
rumah masing-masing untuk menilai kemajuan rawatan mereka dan status sosio-
ekonomi. Kumpulan Sokongan Kanser disediakan untuk memberi sokongan apabila
pesakit-pesakit kanser dan ahli keluarga mereka menghadapi penderitaan emosi.
Talian Bantuan Kanser MAKNA disediakan untuk pesakit kanser dan keluarganya
menceritakan masalah yang dihadapi.

Halfway House merupakan sebuah rumah yang membolehkan pesakit dan


penjaga mereka yang dari jauh untuk tinggal beberapa hari ketika menunggu untuk
menerima rawatan di hospital. Halfway House terletak di Taman Mount Austin,
Johor. MAKNA merancang untuk membina 9 buah rumah yang dijangka siap pada
tahun 2019. Pengurusan sukarelawan turut disediakan.

Menurut laman web PPUKM (2019), Institut Kanser MAKNA-Pusat Perubatan


Universiti Kebangsaan Malaysia (IKM-PPUKM) telah ditubuhkan di Cheras, Kuala
Lumpur dengan kerjasama PPUKM. IKM-PPUKM mempunyai Wad Onkologi Tengku
Ampuan Afzan, Radioteraou Sub Basement dari Unit Pemindahan sumsum tulang
dan merupakan salah satu yang terbesar di negara ini. IKM-PPUKM merawat pesakit
yang dirujuk oleh doktor-doktor kerajaan atau klinik swasta.
4.0 STRATEGI PENJANAAN SUMBER KEWANGAN

Beberapa kempen kutipan dana diadakan setiap tahun. Antaranya ialah


Kempen Jom Botak dan Kempen Memanjat Gunung Kinabalu untuk memberi
semangat kepada penyakit kanser. Founder’s Run turut dijalankan dan dibuka
penyertaan kepada run caters.

Selain itu, Direct Debit Donor Programme (DDDP), diadakan untuk memberi
sumbangan. Penderma akan memberi sumbangan tetap setiap bulan melalui kad
kredit atau akaun bank supaya kemudahan yang diberikan kepada pesakit-pesakit
kanser dapat diteruskan.

Seterusnya, program Sens Saves Lifes iaitu MAKNA menyediakan sebuah


kotak di tempat tumpuan awam dan masyarakat yang ingin menderma. Penderma
akan memberi sumbangan dalam bentuk sen seperti 5, 10, 20 dan 50 sen.
Sumbangan ini akan diberikan kepada pesakit kanser dan untuk menyokong aktiviti-
aktiviti yang dijalankan oleh MAKNA.

Kempen Kutip Syiling dilakukan di sekolah-sekolah tertentu yang melibatkan


murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Mereka akan menyumbang
sebanyak 1 sen. Menteri Pendidikan menggalakkan MAKNA untuk meneruskan
program ini.

Menurut Hartini Mohd Nawi (2018), Air Asia turut membantu memberi
sumbangan kepada MAKNA selama 3 tahun dengan meneruskan jualan amal baju-T
edisi terhad dengan rekaan juruterbang dan kru kabin.

Akhir sekali E-Charity dilaksanakan oleh MAKNA merentasi global. MAKNA


menerima sumbangan online iaitu daripada pihak individu dan syarikat-syarikat dari
pelbagai negara. Sumbangan ini banyak membantu MAKNA untuk meneruskan
persatuan ini bagi membantu pesakit-pesakit kanser.
5.0 ANALISIS SWOT

STRENGTH/KEKUATAN

Terdapat banyak aktiviti yang melibatkan kemasyarakatan bertujuan


memberikan kesedaran kepada masyarkat dan galakan kepada pesakit-pesakit
kanser untuk terus berjuang. Kempen-kempen yang diadakan dapat mengeratkan
silaturahim dalam masyarakat serta melahirkan nilai-nilai murni dalam diri
masyarakat seperti tolong-menolong.

WEAKNESS/KELEMAHAN

Kempen-kempen yang diadakan hanya di spesifikasi di sesuatu tempat


tertentu. Contohnya kempen kanser yang diadakan oleh MAKNA di Kuala Lumpur
menyebabkan kurang sambutan daripada masyakarat yang berada di luar kawasan
Kuala Lumpur.

OPPORTUNITY/PELUANG

MAKNA kini kian dikenali oleh masyarakat luar. Menerusi kempen dan aktiviti
yang telah diadakan oleh MAKNA telah memberi peluang untuknya bekerjasama
dengan syarikat-syarikat hebat dalam membantu pesakit-pesakit kanser. Contohnya
pihak penerbangan Air Asia turut bekerjasama dalam membantu pesakit-pesakit
kanser.

THREAT/ANCAMAN

Ancaman aktiviti atau program yang dilakukan ialah dari segi keadaan
kawasan program tersebut. Program Memanjat Gunung Kinabalu yang diadakan
telah berakhir dengan lewat disebabkan oleh kawasan gunung yang sangat tinggi
dan memerlukan stamina yang kuat. Oleh itu, terdapat beberapa peserta yang
kurang stamina mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke puncak gunung.
6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, MAKNA telah banyak membantu pesakit-pesakit kanser


untuk meneruskan kehidupan mereka. Oleh itu, semua pihak perlulah memainkan
peranan penting agar MAKNA dapat meneruskan sumbangan yang diberi.
7.0 Rujukan

Suhaimi. (2018). Bincang Idea, Insiatif Lawan Kanser. My Metro. Dimuat turun pada
10 Mac 2019 daripada https://www.hmetro.com.my/node/113269

Hartini Mohd Nawi. (11 julai 2018). MAKNA terima RM 300,300. My Metro. Dimuat
turun pada 11 Mac 2019 daripada
https://www.hmetro.com.my/nuansa/2018/07/356714/makna-terima-rm300300

Laman web PPUKM. (2019). Wad Onkologi. Dimuat turun pada 13 Mac 2019
daripada https://www.ppukm.ukm.my/radioterapi/wad-onkologi/.

You might also like