Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kewajaran Penggunaan Telefon Bimbit Di Sekolah

Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan


pelbagai urusan dan menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan
teknologi yang canggih dapat membantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidak
termampu dilakukan oleh manusia. Sehubungan dengan itu, pelbagai alat teknologi
seperti komputer, telefon bimbit, satelit dan sebagainya telah dicipta dari semasa ke
semasa untuk kemudahan kita selari dengan era moden yang penuh kecanggihan
ini.

Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang
paling biasa digunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi
sesiapa sahaja walau di mana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh.
Selain itu, pengendali telefon bimbit juga memperkenalkan perkhidmatan sistem
pesanan ringkas (SMS). Selain itu, kamera serta pemain muzik juga telah
dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga semakin canggih hingga boleh
melayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan 3G.

Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana
mudah dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon
bimbit termasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit,
mereka dapat membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja
kerana dengan kemudahan telefon bimbit, mudah sahaja hendak menghubungi
mereka. Sebagai akibatnya, banyak murid akan membawa telefon bimbit ke sekolah
walaupun tidak dibenarkan.

Walau bagaimanapun, penggunaan telefon bimbit di sekolah boleh


mendatangkan kemudaratan. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah,
mereka akan mengakibatkan banyak masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-
nunjukkan telefon yang dibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka, sikap materialistik
wujud dalam diri pelajar yang masih setahun jagung itu. Pelajar yang tidak
mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisih kerana tidak ada teman berbual
seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit. 

Oleh hal yang demikian, mereka berasa rendah diri dan tidak puas hati dan
akhirnya mereka mungkin mencuri telefon bimbit orang lain. Kesannya, pihak
sekolah pula terpaksa menguruskan kes kecurian sehingga menyebabkan proses
pemelajaran terganggu. Soalnya, adakah patut kita membebankan guru dengan
beban baharu, iaitu menjadi pegawai penyiasat kecurian telefon bimbit? Sudah tentu
perkara sebegini ingin dijauhi lebih-lebih lagi banyak masalah lain yang ditimbulkan
oleh para pelajar.

Selain itu, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedang
mengajar kerana mereka akan bermain dengan telefon bimbit. Seterusnya, apabila
terdapat deringan telefon bimbit, proses pembelajaran dan pengajaran akan
berhadapan dengan gangguan. Semasa ujian, pelajar juga boleh menggunakan
telefon bimbit untuk menghantar mesej berbentuk jawapan kepada rakan yang lain.
Perkara ini adalah amat tidak berakhlak dan tidak adil terhadap pelajar lain. 

Dengan telefon bimbit yang canggih, mereka dapat mengambil gambar serta
mendengar lagu kegemaran mereka. Gejala seperti ini tidak patut berlaku di
sesebuah sekolah. Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit, pelajar-pelajar
dapat memuat turun gambar-gambar atau klip-klip video yang tidak senonoh.
Mereka akan berkongsi gambar atau klip video tersebut dengan rakan. Maka, pelajar
akan mudah tepengaruh dengan gejala tidak sihat yang mungkin boleh merosakkan
masa depan mereka.

Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi


yang akan menjejaskan kesihatan. Tambahan pula, kini para pelajar masih dalam
proses tumbesaran. Telefon bimbit tidak sesuai digunakan oleh murid-murid yang
berusia muda kerana akan menjejaskan kesihatan mereka. Hakikat ini haruslah
diberikan perhatian oleh setiap pihak. Mencegah itu lebih daripada merawat.
Janganlah apabila kesihatan sudah terjejas, pihak lain pula dipersalahkan
sedangkan mereka sudah diingatkan berkali-kali tentang kesan gelombang telefon
itu.

Natijahnya, melalui perbincangan yang disampaikan di atas, kita dapat


mengetahui impak penggunaan sebuah alat yang canggih ini terhadap para pelajar.
Bagi mengelakkan perkara-perkara tersebut berlaku, adalah lebih baik para pelajar
menggunakan telefon bimbit apabila dewasa nanti kerana telefon bimbit memerlukan
kos penggunaan yang tinggi. Namun demikian, semua hal ini tertakluk kepada diri
individu itu sendiri bak peribahasa tepuk dada tanyalah selera.

You might also like