Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PENGENALAN

KENYATAAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD Membentuk Satu Bangsa Yang


Bersatu Padu Serta Mempunyai Satu Masa Depan Yang Sama Dan
Dikongsikan Bersama. Bangsa Ini Mestilah Sejahtera Dan Bersepadu, Baik
Dari Segi Wilayah Atau Kumpulan Etnik, Hidup Dalam Keadaan Harmoni Dan
Berkongsi Dengan Cara Yang Sebenar Serta Adil. Bangsa Ini Hendaklah
Terdiri Daripada Satu “Bangsa Malaysia” Yang Kesetiaan Politiknya Serta
Kebaktiannya Tertumpu Kepada Bangsa

CABARAN 1 : GLOBALISASI

Antara cabaran utama yang akan dihadapi oleh negara ialah globalisme. Menurut Zulhilmi Paidi et al.
(2011), globalisme ini ialah dunia tanpa sempadan dengan setiap negara terpaut kepada jaringan
aliran maklumat secara global yang berpaksikan oleh teknologi moden yang canggih. Situasi ini
membolehkan pertukaran maklumat dan komunikasi berlaku dengan pantas tanpa had
menyebabkan dunia ketika ini seolah-olah begitu kecil. Hal ini kerana setiap manusia mampu
mencari dan mendapat maklumat yang dikehendaki dengan hanya mengakses internet.

Keadaan ini juga menyumbang kepada kepantasan dalam penyebaran maklumat menjadikan dunia
pada hari ini tidak lagi mempunyai sempadan. Perkara ini terjadi kerana dengan menggunakan
internet, dua pihak yang berlainan negara mampu untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
Namun begitu, kesan negatif globalisme menyebabkan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat
telah berjaya mengkomersialkan pelbagai unsur-unsur masyarakat Barat ke negara luar. Sebagai
contohnya, Amerika Syarikat telah berjaya menguasai setiap aspek kehidupan manusia ketika ini
seperti peralatan perang atau perubatan dan banyak lagi. Globalisme ini mengakibatkan masyarakat
sesebuah negara tidak dapat bergerak dengan bebas kerana terikat dengan peraturan negara luar
yang berkuasa besar.

 ‘Dunia tanpa sempadan’  Dikenali sebagai kesejagatan ataupun dunia tanpa


sempadan.  Setiap negara terpaut kepada jaringan aliran maklumat secara
global yang ditunjangi kecanggihan teknologi.  Menurut Kenichi Ohmae,
globalisasi adalah dunia tanpa sempadan dengan setiap negara terpaut
kepada jaringan aliran maklumat secara global yang ditunjangi kecanggihan
teknologi.  Sempadan negara bangsa akan berakhir.  Globalisasi
menjanjikan kehidupan yang lebih mudah dan cemerlang. Ia akan mencabut
nilai-nilai kebangsaan dan kenegaraan, lalu menggantikannya pula dengan
konsep kesejagatan. GLOBALISASI

CABARAN 2: ANCAMAN PULARISME

cabaran seterusnya yang terpaksa dihadapi oleh negara ialah ancaman pluralisme. Pluralisme ini
merujuk kepada sifat kepelbagaian yang terbentuk daripada proses kepelbagaian penduduk (Zulhilmi
Paidi, et al. ,2011). Pluralisme biasanya terbentuk dalam jangka masa yang panjang dan dipengaruhi
oleh faktor-faktor sejarah negara. Contohnya, dalam konteks negara kita, pihak penjajah yang
mengamalkan sikap tidak peduli mengakibatkan telah mencetuskan ketidakseimbangan
sosioekonomi. Hal ini berlaku kerana terdapat ketidakpuasan hati dalam kalangan masyarakat. Kesan
daripada itu, maka tercetuslah peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Oleh sebab itu, kerajaan sekarang
seharusnya mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut supaya kejadian seperti itu tidak akan
terjadi lagi kerana perkara tersebut hanya mendatangkan kerugian kepada negara.

Sifat kepelbagaian yang terbentuk drpd proses kepelbagaian penduduk.


•Kebiasaan terbina hasil penjajahan. •Dasar ini memenuhi konsep
kolonialisme bagi menghalang penyatuan. •Akibat daripada dasar ini, maka
secara tidak langsung telah mewujudkan suatu permasalahan dalaman yang
kompleks kepada negara yang terjajah apabila di merdekakan. •Ini secara
jelas menjadi ancaman kepada konsep kesatuan dalam pembinaan negara
bangsa.

CABARAN 3: LIBERISME

. LIBERALISME •Bermaksud kesederhanaan ataupun keterbukaan. Ia


merupakan suatu keperluan yang nyata bagi kewujudan sesebuah negara
bangsa. •Keterbukaan tanpa had dan memanipulasi keadaan sedemikian akan
menjerumuskan kepada penyelewengan dan perkara- perkara yang akan
menggugat kemakmuran serta kelicinan pentadbiran dan sekali gus
menggugat perkembangan negara. •Rakyat perlu dipersiapkan dengan
ketahanan daripada keadaan sedemikian supaya sikap liberalisme yang
terlampau dapat dielakkan serta mengukuhkan semangat nasionalisme dan
patriotisme demi kepentingan nasional.
PENUTUP :

Tuntasnya, setiap warganegara Malaysia perlu mempunyai faktor-faktor negara bangsa kerana
apabila mereka mempunyai faktor tersebut, senario ini menjadikan mereka lebih bertanggungjawab
dalam memupuk semangat negara bangsa dalam diri masing-masing. Perkara ini penting kerana
negara bangsa akan hanya menjadi konsep pihak kerajaan semata-mata jika tidak mendapat
sokongan dan digerakkan oleh rakyat itu sendiri. Dengan itu, keadaan negara Malaysia akan menjadi
sebuah negara yang jauh ketinggalan kerana masih terdapat halangan besar dalam usaha untuk
mencapainya. Mantan Perdana Menteri yang keempat negara, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad
pernah menegaskan bahawa bangsa Malaysia ialah mereka yang mampu untuk mengaitkan jati diri
mereka dengan Malaysia, menggunakan bahasa Malaysia dan patuh kepada perlembagaan Malaysia.
Oleh itu, bagi menjayakan pembinaan dan pembentukan negara bangsa, kita seharusnya sama-sama
cuba menangani cabaran yang wujud supaya kita dapat melahirkan sebuah negara aman damai dan
kukuh dari aspek sosioekonomi dan politik yang disegani oleh negara luar.

1. KESIMPULAN SEKIAN, TERIMA KASIH. • Pembinaan negara bangsa amat


penting bagi memastikan identiti nasional yang dihasratkan tercapai. •
Semangat bersatu padu, cinta dan kesetiaan kepada negara, patriotisme,
berorientasi glokal, keharmonian dan toleransi, berbudi bahasa dan beradab
serta memahami, menyanjung budaya dan seni bangsa bukan saja perlu
difahami tetapi diamalkan sepenuhnya. • Pendidikan ialah pemangkin kepada
pembinaan negara bangsa terutama bagi menyemai semangat kenegaraan
khususnya pada peringkat awal perkembangan pelajar dan diteruskan pada
peringkat pendidikan yang lebih tinggi.

RUJUKAN :

http://myirayusoff.blogspot.com/2014/11/faktor-faktor-dan-cabaran-pembinaan.html

https://www.slideshare.net/arkmaabdullah/slide-kenegaraan-47271693
3
12

You might also like