Latihan Bahasa Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Latihan Bahasa Malaysia

BAHAGIAN A: Soalan Aneka Pilihan

Jawab SEMUA soalan di bahagian ini. Satu markah akan diberikan


untuk setiap soalan.

1. Bangsa Melayu dipercayai berasal daripada golongan


Austronesia di ______.

A. Yunan
B. Fujian
C. Anxiang
D. Beijing

2. Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa golongan


Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa berikut
KECUALI ______.

A. Acheh
B. Batak
C. Lampung
D. Lukut

3.  Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit.


 Susunan ayat bersifat Melayu.
 Bunyi b ialah w (bulan – wulan).

Maklumat di atas merujuk kepada ciri-ciri bahasa Melayu


______.

A. Kuno
B. Klasik
C. Moden
D. Zaman Logam

4.  Ditulis dalam huruf India.


 Mengandungi prosa Melayu Kuno dan beberapa baris
sajak Sanskrit.
 Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu
bersurat abad ke-7.

Maklumat di atas merujuk kepada ciri-ciri bahasa Melayu


______.

A. Kuno
B. Klasik
C. Moden
D. Zaman Logam

5. Akta Pendidikan ______ menegaskan peranan bahasa Melayu


sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah jenis
kebangsaan.

A. 1961
B. 1962
C. 1963
D. 1964

6. ______ mengkaji unsur-unsur bunyi bahasa yang digunakan


dalam pertuturan.

A. Leksikografi
B. Marfologi
C. Semantik
D. Fonetik

7. Dalam sistem pernafasan, alat-alat penting yang terlibat


dengan penghasilan bunyi bahasa adalah seperti berikut
KECUALI ______.

A. paru-paru
B. rongga rengkung
C. rongga tekak
D. mata

8. Alat ______ ialah alat ujaran yang boleh membuat penyempitan


dan boleh bergerak semasa menghasilkan bunyi.

A. penglihatan
B. pendengaran
C. artikulasi
D. pancaindera

9. Berapakah jumlah konsonan dalam bahasa Melayu?

A. 17.
B. 18.
C. 19.
D. 20.

10. Antara berikut yang manakah BUKAN huruf vokal dalam


bahasa Melayu?

A. a.
B. e pepet.
C. g.
D. u.

11. Semua murid dikehendaki ______ di dewan sekolah.

A. mengumpul
B. berkumpul
C. kumpulan
D. dikumpul

12. Farah ialah anak ______ dalam keluarganya.

A. kedua
B. berdua
C. berdua-duaan
D. berduaan

13. Budak itu ______ ke dalam rumahnya.

A. pelari
B. berlari
C. dilarikan
D. melarikan

14. Daging itu ______ oleh anjing.

A. memakan
B. termakan
C. dimakan
D. makanan

15. Fatimah amat ______ oleh ibu saudaranya.

A. kasih
B. dikasihi
C. mengasihi
D. terkasih

16. Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli


beratus-ratus ______ kawat berduri.

A. utas
B. gelung
C. gulung
D. bidang

17. ______ bunga Kenanga terselit pada sanggul Sofia.

A. Sekuntum
B. Sejambak
C. Sebakul
D. Sebidang

18. “Masukkan se______ garam ke dalam lauk itu,” kata Mak Cik
Salmah kepada Jamilah.

A. cuit
B. cubit
C. jambak
D. batang
19. Pawagam menjadi ______ setelah lampu dipasang menandakan
filem telah selesai ditayangkan

A. riuh-rendah
B. gelap-gelita
C. porak-peranda
D. lintang-pukang

20. Baju Jaswan Singh ______ kerana terkena warna air ketika
menyertai aktiviti mewarna.

A. comot-momot
B. koyak-rabak
C. compang-camping
D. kusut-masai

21. Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar


ataupun majalah kerana dia ______.

A. buta hati
B. buta huruf
C. buta kayu
D. buta gaji

22. Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab
itu dia dianggap sebagai ______.

A. anak perak
B. anak gangsa
C. anak emas
D. anak ikan

23. Alia mendapati dompetnya hilang. ______ dompetnya tercicir


atau tersalah letak.

A. Justeru
B. Mungkin
C. Akhirnya
D. Malahan

24. Setelah ditanya oleh ayah, ______ abang mengaku menumbuk


Alif Haikal.

A. awalnya
B. akhirnya
C. justeru
D. tambahan pula

25. ______, pedihnya perutku kerana tidak bersarapan tadi!

A. Wah
B. Aduh
C. Cis
D. Amboi

26. ______, pemuda pemudi, hendaklah kamu menjauhi najis dadah!

A. Wahai
B. Aduh
C. Cis
D. Nah

27. Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor


______ yang pintar.

A. binatang
B. manusia
C. tumbuhan
D. ikan
28. Kebanyakan penduduk di Kampung Merbau bersawah ______.

A. kelapa sawit
B. getah
C. padi
D. lalang

29. Amir ______ kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.

A. meraung
B. mengeluh
C. merintih
D. mengadu

30. Pengemis itu ______ oleh pekerja restoran tersebut.

A. dihalau
B. dijamu
C. digosok
D. dicanang

31. ______ bertujuan menerangkan sesuatu maklumat bagi


meyakinkan sekumpulan pendengar.

A. Pidato
B. Sajak
C. Syair
D. Pantun

32. Apakah yang dimaksudkan dengan ucapan?

A. Menyampaikan maklumat kepada orang ramai.


B. Menerima maklumat daripada orang lain.
C. Bahasa isyarat.
D. Tidak membawa apa-apa maksud.
33. Apakah ciri-ciri seseorang calon temu duga yang berjaya?

A. Meninggikan diri.
B. Mempunyai kemahiran berkomunikasi.
C. Banyak bercakap.
D. Mempunyai pendapat yang lebih banyak daripada
penemuduga.

34. Kata prosa berasal dari bahasa ______.

A. Vietnam
B. Cina
C. Indonesia
D. Latin

35. Prosa adalah hasil karya sastera yang bersifat ______.

A. fantasi
B. sains fiksyen
C. cerita
D. metafora

36.  Prosa yang berupa cerita rekaan atau khayalan


pengarangnya.
 Isi cerita tidak sepenuhnya berdasarkan pada fakta.

Maklumat tersebut merujuk kepada ______.

A. prosa fiksyen
B. prosa non fiksyen
C. biografi
D. drama
37. Berikut merupakan ciri-ciri penulisan yang baik KECUALI
______.

A. jelas
B. bahasa mudah
C. gaya menarik sahaja
D. mengusik fitrah

38.  Teks yang bersabit dengan perundangan yang


mengandungi prinsip undang-undang tertentu dan
berbentuk akta.
 Terdapat istilah-istilah khusus yang kebanyakannya
dipinjam daripada bahasa Inggeris.
 Makna kosa kata berdasarkan interprestasi.

Maklumat tersebut merujuk kepada laras bahasa ______.

A. ekonomi
B. undang-undang
C. matematik
D. sains

39.  Menyampaikan maklumat kegiatan sukan.


 Bahasa yang digunakan adalah ringkas, bersahaja dan
jelas.
 Terdapat istilah aktiviti sukan.
 Kosa kata mudah difahami.

Maklumat tersebut merujuk kepada laras bahasa ______.

A. matematik
B. ekonomi
C. sains
D. sukan

40. Apakah yang dimaksudkan dengan naratif dalam penulisan?

A. Perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi


menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan
seseorang semasa menulis.
B. Karangan deskripsi adalah suatu tulisan atau karangan
yang menggambarkan atau memaparkan suatu objek,
lokasi, keadaan atau benda dengan kata-kata.
C. Karangan atau cerita yang mengkaji suatu peristiwa
atau kejadian serta bagaimana peristiwa itu berlangsung
berdasarkan urutan waktu.
D. Tiada maksud.

You might also like