Financial Assistance PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

SKIM PINJAMAN PELAJARAN (SPiP) MARA

Program ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar selain Program Cemerlang Lepasan MARA. Pertimbangan
pinjaman pelajaran adalah kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pendidikan MARA
(IPMa) sahaja, tertakluk kepada Sosio Economic Status (SES) keluarga seperti berikut:

Pendapatan Bulanan Keluarga Jenis Pinjaman


Kurang atau sama dengan RM8,000.00 Yuran Pengajian dan Elaun Sara Hidup (ESH)
RM8,001.00 hingga RM15,000.00 Yuran Pengajian sahaja
Lebih besar atau sama
Skim MARA-Bank / PTPTN
dengan RM15,000.01

SYARAT AM bagi semua jenis program di bawah Pinjaman Pelajaran MARA adalah seperti berikut:

1. Keutamaan pinjaman diberikan kepada pelajar dari keluarga golongan luar bandar/bandar yang
berpendapatan rendah (B40 & M40).
2. Pelajar dan salah seorang ibu atau bapa mesti berketurunan Melayu/Bumiputera dan
warganegara Malaysia
3. Ibu bapa atau penjaga serta pelajar tidak disenaraihitam oleh MARA.
4. Pengajian sepenuh masa sahaja.
5. Pelajar tidak menerima bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi/badan penaja
lain untuk peringkat pengajian yang sama (double sponsor).
6. Pinjaman tidak diberikan kepada pengajian di peringkat yang sama (contohnya telah ada ijazah
pertama tetapi hendak sambung ijazah pertama dalam bidang lain).
7. Tidak pernah ditamatkan bantuan atau pinjaman oleh mana-mana agensi/badan penaja atas
sebab tindakan disiplin yang menyalahi undang-undang negara dan tidak mempunyai rekod
jenayah.
8. Bebas daripada penyakit kronik/berjangkit/penyakit yang memerlukan rawatan susulan.
9. Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman
daripada agensi/badan penaja lain (kecuali MARA) untuk pengajian sebelum ini (bagi yang
berkaitan sahaja).
10. Had umur pemohon mengikut peringkat pengajian:

Diploma / HND <35 Tahun Tidak ditawarkan


Ijazah Pertama <40 tahun < 30 tahun
Ijazah Sarjana / Profesional <45 Tahun Tidak ditawarkan
Kepakaran / Doktor Falsafah <45 Tahun Tidak ditawarkan

Sumber : http://www.mara.gov.my/web/guest/dasar-tajaan : Pinjaman Pelajaran MARA


PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NEGARA (PTPTN)
SYARAT-SYARAT permohonan pinjaman pendidikan adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
3. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
4. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada
Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*
5. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
6. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan
atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
7. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1)
tahun;
8. Telah membuka akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus**.

* Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal
Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin
mendapatkan tajaan pinjaman PTPTN.

** Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila
hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit

Peringkat jumlah pinjaman ditentukan berdasarkan kelayakan di bawah:

PERINGKAT PINJAMAN KELAYAKAN


Sekiranya pelajar atau penjaga pelajar
Maksimum disenaraikan sebagai penerima Bantuan Sara
Hidup Rakyat (BSHR)
Pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000
75% daripada pinjaman maksimum
(tiada dalam data BSHR)
Pendapatan keluarga melebihi RM8,000 (tiada
50% daripada pinjaman maksimum
dalam data BSHR)
Program Sepenuh Masa

Jumlah Pinjaman Jumlah Pinjaman Setahun Mengikut


Setahun Peringkat
Peringkat Mengikut
Institusi
Pengajian Peringkat
Maksimum 75% 50%
(RM) (RM) (RM)
Diploma 6,800 5,100 3,400
Diploma (Farmasi,
Pergigian & Sains 12,750 9,560 6,380
Kesihatan)
Ijazah Sarjana
14,030 10,520 7,010
Muda (Sains)
Ijazah Sarjana
13,600 10,200 6,800
Muda (Sastera)
IPTS Ijazah Sarjana
13,600 10,200 6,800
Muda (Sastera)
Ijazah Sarjana
Muda (Farmasi,
17,000 12,750 8,500
Pergigian & Sains
Kesihatan)
Ijazah Sarjana
Muda Perubatan * 50,000 * 37,500 * 30,000
(MBBS)

Nota: * Berkuatkuasa mulai Januari 2018

i. Jumlah pinjaman pendidikan sebenar ditentukan mengikut yuran pengajian sahaja dan tidak
melebihi jumlah siling yang ditetapkan.

Sumber : https://www.ptptn.gov.my/permohonan-pinjaman-side

You might also like