Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KONSEP NEGARA BANGSA

Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan
agama seperti Malaysia. Menurut kamus dewan edisi ketiga pembinaan bermaksud
pembangunan, negara bermaksud sesuatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu
dan diperintah oleh sesebuah kerajaan dan bangsa pula bermaksud kumpulan manusia
dalam satu ikatan ketatanegaraan.  Oleh itu, pembinaan negara bangsa bermaksud
pembangunan sesuatu masyarakat dalam sesebuah negara. Melalui konsep negara
bangsa, semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas
satu identiti negara yang sama yang di menifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-
budaya, lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan
kerohanian yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang
tersendiri.

PERKARA PENTING DALAM MENERANGKAN KONSEP NEGARA BANGSA KE


ARAH MEMBINA IDENTITI BANGSA MALAYSIA

Perkara penting dalam menerangkan konsep negara bangsa ialah Rukun Negara. Rukun
negara Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang
kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada
keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia. Terdapat lima
prinsip Rukun Negara iaitu:

1. Kepercayaan kepada tuhan


2. Kesetiaan kepada raja dan negara
3. Keluhuran perlembagaan
4. Kedaulatan undang-undang
5. Kesopanan dan kesusilaan

Kelima-lima prinsip ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu
padu serta masyarakat yang adil, demokratik dan progresif.

You might also like