Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

BINA INSAN GURU

Sebagai seorang guru pelatih yang menuntut di Institut Pendidikan Guru (IPG),
program Bina Insan Guru (BIG) adalah merupakan satu program yang diwajibkan kepada
guru pelatih yang sedang berada di semester lima pengajian. Oleh hal yang demikian, saya
bersama-sama 59 orang rakan-rakan yang terdiri daripada tiga unit utama iaitu sains,
pendidikan agama Islam dan TESL telah menyertai program BIG siri satu yang diadakan
pada 22 September 2019 hingga 26 September 2019.

Sebelum program BIG siri satu bermula pada 22 September 2019, terdapat
beberapa perkara yang telah kami jalani dan selesaikan. Antara perkara tersebut adalah
seperti menghadiri taklimat BIG yang disampaikan oleh Encik Safri dan Encik Yunus,
membentuk jawatankuasa pelaksana, mengadakan mesyuarat di antara ahli jawatankuasa
induk dengan ahli jawatankuasa pelaksana, penyerahan ‘jobscop’ kepada ahli jawatankuasa
pelaksana dan semakan senarai alatan yang diperlukan oleh setiap ahli jawatankuasa
pelaksana.

Taklimat BIG telah diberikan oleh Encik Safri dan Encik Yunus pada 12 September
2019. Antara perkara yang disebutkan adalah seperti senarai kerja kursus yang mesti
disiapkan, pengenalan kepada program BIG dan pembentukan ahli jawatankuasa
pelaksana. Taklimat ini diadakan di Dewan Datin Hajah Rohani dan dihadiri oleh peserta
BIG siri satu seramai 60 orang serta pensyarah dari Jabatan Kokurikulum yang akan
bertindak sebagai jurulatih sepanjang program BIG berlangsung.

Encik Safri telah mengedarkan satu lembaran kertas yang mengandungi jadual atur
cara program kepada setiap unit. Sebelum menerangkan atur cara program dengan lebih
lanjut, Encik Safri telah menerangkan serba sedikit berkenaan dengan pengenalan kepada
program BIG. Program ini dijalankan selama lima hari empat malam dan terdapat pelbagai
aktiviti yang perlu kami sertai seperti ‘flying fox’, kembara dan ikhtiar hidup, khidmat
komuniti, amalan pemakanan sihat, keyakinan di air, aktiviti rakit dan lain lain lagi.

Encik Safri turut memberitahu ‘Standard of Procedure’ (SOP) yang perlu kami patuhi
semasa menjalankan beberapa aktiviti seperti ‘flying fox’, keyakinan di air, aktiviti rakit serta
kembara dan ikhtiar hidup. SOP ini perlu difahami dan dilaksanakan semasa menjalankan
aktiviti-aktiviti yang telah disebutkan di atas bagi mengurangkan kemungkinan untuk
berlakunya kemalangan. Antara SOP yang perlu kami patuhi adalah seperti memakai
‘buoyancy aid’ (BA) ketika melakukan aktiviti di dalam air.
Pada 16 September 2019 iaitu lima hari selepas taklimat diberikan, satu perjumpaan
di antara ahli jawatankuasa pelaksana telah diadakan di NR Cafe. Taklimat tentang ‘job
scop’ bagi setiap ahli jawatankuasa pelaksana pula telah diberikan kepada setiap ahli
jawatankuasa yang terlibat. Saya dan Abdul Waffi telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa
kebersihan program. Taklimat pada kali ini diberikan oleh penghulu program iaitu Afwan
Hafizuddin dari unit pendidikan agama Islam.

Pembahagian ‘job scop’ ini dilakukan setelah satu mesyuarat di antara ahli
jawatankuasa induk dan ahli jawatankuasa pelaksana diadakan. Setiap ‘job scop’ untuk ahli
jawatankuasa pelaksana telah dibincangkan dengan ahli jawatankuasa induk yang terdiri
daripada pensyarah dari Jabatan Kokurikulum. ‘Job scop’ ini merangkumi tempoh sebelum,
semasa dan selepas program BIG. Sebelum menyertai program BIG, setiap ahli
jawatankuasa telah diminta untuk mewujudkan satu ‘whatsapp group’.

Tujuan ‘group’ ini ditubuhkan adalah bagi memudahkan urusan penghulu dan
penghuluwati untuk memantau gerak kerja setiap ahli jawatankuasa pelaksana. Selain
mewujudkan ‘whatsapp group’, setiap ahli jawatankuasa turut diminta untuk menyenaraikan
alatan yang ingin dibawa semasa program berlangsung. Hal ini bagi memastikan program
BIG dapat dilaksanakan dengan lancar. Antara peralatan yang diperlukan oleh ahli
jawatankuasa kebersihan adalah seperti penyapu, plastik sampah, mop dan lain lain lagi.

Senarai alatan yang ingin dibawa ke tempat perkhemahan telah diserahkan kepada
ahli jawatankuasa peralatan. Urusan yang berkait dengan peralatan perlu diselesaikan
dengan kadar segera kerana tempoh masa yang tinggal sebelum berlangsungnya program
adalah sangat singkat. Pada. 18 September 2019, iaitu empat hari sebelum program BIG
bermula, ahli jawatankuasa peralatan telah menyusun dan memastikan kesemua peralatan
yang diminta oleh setiap ahli jawatankuasa adalah cukup.

Pada 22 September 2019, program BIG dimulakan dengan ucapan yang


disampaikan oleh pengerusi program iaitu Tuan Haji Hamdan. Program BIG bermula pada
jam 8.00 pagi. Antara perkara yang disampaikan oleh Tuan Haji Hamdan adalah seperti
keperluan untuk mempunyai persediaan mental dan fizikal yang baik sebelum menjalani
program BIG. Hal ini bagi membolehkan kami menjalani program BIG dengan minda yang
positif seterusnya tidak merasa tertekan sepanjang mengikuti program ini.

Setelah Tuan Haji Hamdan selesai memberikan ucapan, program diteruskan dengan
taklimat yang disampaikan oleh setiap ahli jawatankuasa pelaksana. Taklimat ini perlu
dilakukan bagi memastikan peserta mendapat informasi penting yang berkait dengan
program BIG ini. Antara ahli jawatankuasa yang memberikan taklimat adalah seperti ahli
jawatankuasa pengangkutan, ahli jawatankuasa perkhemahan, ahli jawatankuasa
pertolongan cemas, ahli jawatankuasa keselamatan, ahli jawatankuasa kebajikan dan ahli
jawatankuasa kebersihan.

You might also like