Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TUGASAN 4

5. a) Jelaskan impak ekonomi perhutanan terhadap alam sekitar fizikal. [12]

i) Kemerosotan dan kepupusan sumber – aktiviti penerokaan hutan dan eksploitasi secara
besar-besaran seperti pembalakan menyebabkan kemerosotan sumber kayu keras berkualiti
dan boleh menyebabkan kepupusan jika penerokaan dibuat tanpa pemuliharaan.

ii) Peningkatan suhu setempat – penerokaan hutan juga menyebabkan jumlah gas rumah
hijau iaitu karbon dioksida meningkat kerana proses fotosintesis tidak berlaku maka bahangan
bumi diperangkap dan meningkatkan suhu sekitar. / ketiadaan pokok hutan menyebabkan
sinaran matahari secara langsung sampai ke permukaan bumi tanpa halangan menyebabkan
suhu sekitar meningkat.

iii) Hakisan – ketiadaan tumbuhan hutan mendedahkan cerun kepada agen geomorfologi dan
luluhawa seperti matahari, air mengalir dan angin sehingga boleh menghakis dengan mudah
kerana ketiadaan proses cegatan silara.

iv) Tanah runtuh - hilangnya fungsi pokok sebagai cegatan silara dan peranan akarnya
menyebabkan struktur tanah cerun longgar akibat proses geomorfologi yang akhirnya akan
runtuh.

v) Kemarau – penyahhutanan menyebabkan ketiadaan peranan tumbuhan untuk menjalankan


proses sejatpeluhan mengakibatkan kelembapan udara rendah dan udara kering kerana
kekurangan wap air yang akhirnya menyebabkan kemarau berlaku.

vi) Ancaman kepupusan kepelbagaian bio – penerokaan hutan atau penyahhutanan untuk
tujuan ekonomi menyebabkan terputusnya rantaian makanan dan habitat hidupan di hutan
mengakibatkan hidupan akan mati.

vii) Pencemaran air – penyahhutanan menyebabkan kawasan terdedah terhakisan. Bahan


hakisan yang memasuki sungai semasa hujan akan mengeruhkan sungai.
( Lain-lain fakta yang releven)

b) Sejauhmanakah pengurusan ekonomi perhutanan dapat mengurangkan kesan negatif


alam sekitar fizikal akibat daripada pembangunan ekonomi sektor perhutanan. [13]

i) Penanaman semula pokok hutan – mengembalikan fungsi hutan seperti


menyederhanakan suhu, menstabilkan kelembapan udara, mengurangkan kadar hakisan dan
menjamin habitat dan rantaian makanan tidak terputus.

ii) Penebangan terpilih MUS dan SMS – memastikan spesies pokok hutan tidak pupus.

iii) Kaedah silvikultur – mematikan pokok berpenyakit agar tidak berjangkit kepada pokok
yang lain untuk memastikan fungsi hutan terjaga.

iv) Ladang hutan – menanam spesies pokok berkualiti seperti akasia, Yamane dan batai
untuk tujuan pembalakan dapat mengurangkan penebangan pokok asal hutan.
(PENEGASAN 1M)

v) Penguatkuasaan akta atau ordinan berkaitan hutan seperti akta perhutanan negara 1984
bagi memastikan tiada aktiviti haram dalam penerokaan hutan secara berlebihan.

vi) Hukuman atau denda terhadap pesalah yang memusnahkan hutan tanpa kebenaran
seperti kompaun, penjara, gantung lessen dan sebagainya.

vii) Pemantauan yang kerap oleh pihak berkaitan seperti pegawai Jabatan Alam Sekitar dan
renjer hutan bagi memastikan tiada aktiviti penerokaan hutan tanpa kebenaran dijalankan.

viii) Memastikan EIA dilaksanakan oleh pengusaha-pengusaha hutan seperti pembalakan


agar ada langkah pemuliharaan dilaksanakan selepas aktiviti pembalakan dijalankan.

ix) Kempen kesedaran kepada masyarakat untuk sentiasa memelihara dan memulihara hutan
agar tidak sewenang-wenangnya diterokai tanpa kelulusan pihak berkuasa.

6. a) Jelaskan faedah yang diperolehi oleh negara-negara ASEAN yang menyertai pakatan
Segi Tiga Pertumbuhan. [13]
i. Kelebihan sumber alam – kawasan IMT-GT kaya dengan sumber alam yang belum
dimanfaat sepenuhnya seperti sumber hutan, sumber marin, sumber tenaga dan sumber
air.
ii. Perkongsian teknologi – tiap negara pakatan memiliki kepakaran khusus di mana
teknologi dan inovasi dapat dikongsi bersama dalam memajukan sumber ekonomi
melalui pengurusan cekap dan moden.
iii. Perkongsian pelaburan – negara-negara pakatan dapat membekalkan modal dan sumber
kewangan berdasarkan prinsip perkongsian bijak melalui pelaburan usaha sama.
iv. Penggunaan tenaga buruh – kekurangan dan kepakaran tenaga buruh di sesuatu kawasan
dapat ditampung oleh adanya buruh mahir dan tenaga pakar dari negara-negara pakatan.
Pergerakan buruh juga menjadi lebih mudah.
v. Perluasan pasaran – negara-negara pakatan melaksanakan pengkhususan produk dan ianya
dikeluarkan melalui pelbagai projek usaha sama dan dapat dipasarkan lebih luas di
negara-negara pakatan.

b) Terangkan masalah yang dihadapi oleh negara-negara tersebut dalam memajukan


pakatan ekonomi itu. [12]
i. perbezaan tingkat ekonomi – Singapura mempunyai tingkat teknologi tinggi sementara
Malaysia dan Thailand memiliki tahap teknologi sederhana.
ii. Perbezaan kepakaran buruh – singapura memiliki tenaga buruh mahir yang tinggi.
Malaysia dan Thailand memiliki kepakaran tenaga buruh yang sederhana yang akan
menentukan tingkat upah gaji yang berbeza.
iii. Persaingan pengeluaran – sebahagian produk eksport negara pakatan masih sama yang
berasaskan sumber bahan mentah pertanian dan galian. Keadaan ini mewujudkan
persaingan produk di pasaran ASEAN dan dunia.
iv. Perbezaan tingkat pembangunan kawasan – masih banyak usaha diperlukan untuk
memajukan kawasan yang juga dihalang oleh faktor keselamatan, dan ketersampaian
wilayah.

You might also like