Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

Jurnal Pendidikan Malaysia 39(2)(2014): 109-114

Perspektif Guru terhadap Keterlibatan Akademik dalam Kalangan Murid


dengan Ketidakupayaan Penglihatan
(Teachers’ Perspectives on Academic Engagement of Students with Visual Impairments)

MANISAH MOHD ALI* & NOORFAZIHA HASSAN

ABSTRAK

Kajian tinjauan ini dijalankan untuk meninjau perspektif guru terhadap keterlibatan akademik dalam kalangan murid
dengan ketidakupayaan penglihatan. Selain itu, kajian ini meninjau perbezaan perspektif antara guru di sekolah khas,
guru resos dan guru tipikal sekolah di aliran perdana terhadap keterlibatan akademik murid. Sampel kajian merupakan
46 orang guru yang mengajar murid dengan ketidakupayaan penglihatan di sekolah menengah pendidikan khas dan
sekolah menengah aliran perdana yang menawarkan program pendidikan khas integrasi (masalah penglihatan) di
sekitar Lembah Klang. Instrumen kajian merupakan satu set borang soal selidik yang ditadbir ke atas sampel guru. Data
dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan skor min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan
secara keseluruhannya, perspektif guru terhadap keterlibatan akademik murid dengan ketidakupayaan penglihatan adalah
sederhana. Guru resos di aliran perdana menunjukkan perspektif yang lebih positif tentang keterlibatan akademik murid
berbanding guru tipikal dan guru di sekolah pendidikan khas. Kajian ini mempunyai implikasi kepentingan peranan guru
dalam meningkatkan keterlibatan akademik murid dengan ketidakupayaan penglihatan di bilik darjah.
Kata kunci: Keterlibatan akademik; murid dengan ketidakupayaan penglihatan; guru; pendidikan khas; guru resos

ABSTRACT

The aim of this study is to explore teachers’ perspective on academic engagement among students with visual impairments.
Difference of perception towards academic engagement among teachers in special school and mainstream school (resource
and typical teachers) was also explored. This survey study was conducted on 46 teachers who teach students with
visual impairment in the Klang Valley. A set of questionnaire was administered for teacher samples. Data was analyzed
descriptively involving mean scores and standard diviations. The findings showed that teachers’ perspective towards
academic engagement among students with visual impairment is moderate. The resource teachers in the mainstream
schools indicated a more positive perception on academic engagement as compared to the typical teachers and special
school teachers. This study has implication on the importance and teachers role to enhance academic engagement among
students with visual impairments in classroom.
Keywords: Academic engagement; student with visual impairments; teachers; special education; resource teacher

PENGENALAN dalam akademik dengan menghadirkan diri ke sekolah,


memberi perhatian dalam bilik darjah, mengambil
Keterlibatan murid telah menjadi topik perbincangan bahagian dalam aktiviti kurikulum, menjalankan aktiviti
para pengkaji sejak dua dekad yang lalu. Marks (2000) yang diberikan oleh guru dan menunjukkan usaha yang
menyatakan bahawa kajian mengenai keterlibatan murid gigih serta membina rasa kekitaan sepanjang tempoh
giat dijalankan memandangkan keterlibatan murid pembelajaran. Murid in juga biasanya menunjukkan
adalah komponen penting dalam mencapai matlamat sikap dan tingkah laku yang positif di sekolah (Sirin &
persekolahan. Keterlibatan murid di sekolah boleh menjadi Sirin-Roger 2005; Smith et al. 2010) serta cenderung
petunjuk pencapaian seterusnya menyumbang kepada untuk berjaya apabila tamat persekolahan (Archambault
perkembangan sosial dan kognitif murid. Amla, Mazdalina et al. 2009).
dan Ramlah (2013) menegaskan bahawa sekolah merupakan Kajian Bardin (2006) mendapati murid dengan
tempat murid memperoleh pengalaman, pengetahuan ketidakupayaan penglihatan menunjukkan pencapaian
dan membina personaliti. Hal ini boleh dicapai melalui akademik yang lebih rendah berbanding murid tipikal
keterlibatan murid dalam aktiviti-aktiviti di sekolah sama dalam bilik darjah yang sama. Kekangan visual yang
ada dalam kurikulum mahupun kokurikulum. murid ini hadapi mempengaruhi keterlibatan mereka dalam
Fredricks et al. (2004) dan Marks (2000) menegaskan bilik darjah. Mereka mengambil masa yang lama untuk
terdapat perkaitan antara keterlibatan murid dengan memahami konsep asas dalam sesuatu mata pelajaran
pencapaian akademik. Murid menunjukkan keterlibatan dan ini boleh menimbulkan jurang dalam perkembangan

Chap 4.indd 109 02/12/2014 12:12:07


110 Jurnal Pendidikan Malaysia 39(2)

konsep antara murid dengan ketidakupayaan penglihatan Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik
dengan murid tipikal dan seterusnya memberi kesan yang dibina dengan merujuk kepada Modified Students
terhadap kebolehan mereka dalam aktiviti pembelajaran Participation Questionnaire ( mSPQ ) (Bardin 2006;
(Bardin & Lewis 2008). Bardin & Lewis 2008; 2011). Instrumen ini melihat
Dalam bidang pendidikan, guru merupakan golongan perspektif guru berhubung keterlibatan akademik murid
utama yang menyumbang kepada keterlibatan akademik dengan ketidakupayaan penglihatan di sekolah. Soal
murid di sekolah. Kebanyakan kajian mendapati sokongan selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A:
dan dorongan daripada guru adalah penting agar murid Maklumat Latar Belakang Sampel (3 item) dan Bahagian
dapat melibatkan diri mereka secara aktif (Bardin & Lewis B: Pandangan Guru Terhadap Keterlibatan Murid (35
2008; Bardin & Lewis 2011; Sharipah 2011; Smith et al. item). Setiap item dalam Bahagian B bermula dengan
2010; Wang & Holcombe 2010). Kepentingan peranan frasa, “Berapa kerap murid ini…?” Pilihan jawapan bagi
guru turut ditekankan oleh Wolffe et al. (2002). Mereka setiap item adalah berdasarkan skala Likert lima pilihan
mengkaji peranan guru resos dalam proses pengajaran iaitu tidak pernah, jarang sekali, kadang-kadang, kerap
dan pembelajaran untuk murid dengan ketidakupayaan dan sangat kerap. Bagi menguji tahap kebolehpercayaan
penglihatan. Guru resos merupakan guru pendidikan khas instrumen kajian yang digunakan, satu kajian rintis telah
yang ditempatkan di sekolah aliran perdana yang mempunyai dijalankan terlebih dahulu. Hasil kajian rintis mendapati
program untuk murid dengan ketidakupayaan penglihatan. nilai Alpha Cronbach instrumen yang digunakan ialah
Wolffe et al. (xxxx) menyatakan guru resos merupakan 0.756. Respon soal selidik dianalisis menggunakan statistik
guru pendamping kepada murid dengan ketidakupayaan deskriptif yang melibatkan nilai min dan sisihan piawai.
penglihatan di dalam kelas aliran perdana. Guru ini lebih Bagi menentukan tahap keterlibatan akademik murid, nilai
banyak menumpukan masa untuk perkhidmatan individu min dikategorikan mengikut skor min ke dalam lima sela
kepada murid serta berinteraksi dengan keluarga murid dan yang berbeza seperti yang dipaparkan dalam Jadual 2.
mereka merupakan orang yang paling hampir dengan murid
di sekolah. Sehubungan dengan itu, kajian tentang perspektif JADUAL2. Intepretasi skor min bagi tahap keterlibatan murid
guru terhadap keterlibatan akademik dalam kalangan dengan ketidakupayaan penglihatan di sekolah
murid dengan ketidakupayaan penglihatan perlu diteroka
Skor Min Interpretasi
bagi melihat sejauh mana murid dengan ketidakupayaan
penglihatan menunjukkan keterlibatan mereka dalam 1.00-1.89 Sangat Rendah
akademik. Dua persoalan kajian telah dibina iaitu: 1.90-2.69 Rendah
1. Apakah tahap keterlibatan akademik murid dengan 2.70-3.49 Sederhana
ketidakupayaan penglihatan di sekolah mengikut 3.50-4.29 Tinggi
perspektif guru? 4.30-5.00 Sangat Tinggi
2. Adakah terdapat perbezaan perspektif antara guru di
Sumber:  Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan
sekolah pendidikan khas, guru resos dan guru tipikal
     (BPPDP) (2006)
terhadap tahap keterlibatan akademik murid dengan
ketidakupayaan penglihatan?
DAPATAN KAJIAN
METODOLOGI
Dapatan kajian dinyatakan berdasarkan persoalan kajian
Kajian tinjauan ini dilaksanakan di dua buah sekolah di yang ditetapkan iaitu bagi melihat perspektif guru terhadap
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dua buah sekolah keterlibatan akademik dalam kalangan murid dengan
di negeri Selangor Darul Ehsan. Sampel kajian (N = 46) ketidakupayaan penglihatan dan perbezaan perspektif
dipilih dengan mengambil kira kriteria guru iaitu mereka antara guru di sekolah pendidikan khas, guru resos dan guru
yang mengajar di sekolah menengah pendidikan khas dan tipikal di Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah
di dan mereka yang berada di sekolah menengah aliran Penglihatan).
perdana (guru resos dan guru tipikal yang mengajar murid
dengan ketidakupayaan penglihatan di Program Pendidikan PERSPEKTIF GURU TERHADAP KETERLIBATAN
Khas Integrasi (Masalah Penglihatan)). Taburan sampel AKADEMIK DALAM KALANGAN MURID DENGAN
guru diberikan dalam Jadual 1.
KETIDAKUPAYAAN PENGLIHATAN
JADUAL 1. Sampel guru mengikut jenis penempatan sekolah
Secara keseluruhan didapati guru menilai tahap keterlibatan
       Guru Sampel (n) akademik murid dengan ketidakupayaan penglihatan
Guru di sekolah pendidikan khas 30 adalah pada tahap sederhana (min = 3.22, sp = .783). Data
Guru resos di sekolah aliran perdana 9 kajian tentang tahap keterlibatan akademik murid mengikut
Guru tipikal di sekolah aliran perdana 7 perspektif guru dipaparkan dalam Jadual 3.
Jumlah 46

Chap 4.indd 110 02/12/2014 12:12:08


Perspektif Guru terhadap Keterlibatan Akademik dalam Kalangan Murid dengan Ketidakupayaan Penglihatan 111

JADUAL 3. Tahap keterlibatan akademik murid mengikut perspektif guru


            Item Min SP Interpretasi
Memberikan kerjasama yang baik dengan rakan sebaya. 3.85 0.729 Tinggi
Memberi tumpuan dalam kelas. 3.83 0.643 Tinggi
Memilih untuk menyiapkan tugasan yang mudah berbanding tugasan sukar. 3.83 0.739 Tinggi
Menganggap bahawa sekolah adalah penting. 3.63 0.711 Tinggi
Berusaha melakukan sesuatu tugasan dengan baik. 3.61 0.714 Tinggi
Menyisihkan diri daripada orang lain. 3.61 0.881 Tinggi
Menyiapkan tugasan yang diberikan dalam kelas. 3.59 0.858 Tinggi
Menghadiri aktiviti di sekolah lain seperti kejohanan olahraga dan karnival. 3.59 0.832 Tinggi
Mengangkat tangan untuk menjawab soalan. 3.5 0.983 Tinggi
Menyertai perbincangan dalam kelas secara aktif. 3.5 0.863 Tinggi
Menggunakan peralatan khas secara berdikari. 3.5 0.782 Tinggi
Menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan. 3.48 0.752 Sederhana
Cuba untuk menyiapkan kerja dengan teliti, bukannya hanya sambil lewa. 3.48 0.623 Sederhana
Tabah menghadapi masalah atau cabaran. 3.46 0.780 Sederhana
Datang lewat ke kelas. 3.43 0.935 Sederhana
Meminta bantuan guru/rakan dengan cara sewajarnya. 3.43 0.688 Sederhana
Sentiasa mengganggu rakan-rakan lain. 3.41 1.087 Sederhana
Memulakan interaksi sosial dengan rakan sebaya. 3.41 0.777 Sederhana
Bertanya soalan untuk memperoleh lebih maklumat. 3.37 0.928 Sederhana
Tidak tahu apa yang sedang berlaku dalam kelas. 3.33 0.896 Sederhana
Berusaha menyiapkan tugasan walaupun tugasan tersebut sukar. 3.26 0.681 Sederhana
Tiada inisiatif untuk berdikari dan perlu dibantu untuk melakukan tugasan. 3.24 0.993 Sederhana
Mengagumi rakan-rakan yang cemerlang di sekolah. 3.22 0.786 Sederhana
Min Keseluruhan 3.22 0.783 Sederhana
Terlalu banyak bercakap dalam bilik darjah. 3.15 0.988 Sederhana
Berkelakuan gelisah dan sukar untuk memberi perhatian. 3.13 0.859 Sederhana
Menyatakan keperluan dalam cara yang sesuai kepada guru/rakan sebaya. 3.13 0.909 Sederhana
Cepat berputus asa apabila menghadapi cabaran menyiapkan kerja sekolah. 3.11 0.706 Sederhana
Merujuk guru dalam perbincangan sebelum atau selepas waktu sekolah. 3.07 0.879 Sederhana
Mengetahui kepentingan kandungan mata pelajaran. 3.04 0.918 Sederhana
Lupa atau kehilangan bahan pembelajaran. 2.98 0.954 Sederhana
Perlu sentiasa diberi teguran. 2.89 0.823 Sederhana
Memperoleh bahan-bahan pembelajaran secara berdikari. 2.89 0.674 Sederhana
Mengatur ruang kerja sendiri. 2.89 0.706 Sederhana
Melakukan tugasan lebih daripada yang diberikan. 2.65 1.037 Rendah
Merujuk kamus, ensiklopedia atau sumber lain untuk memperoleh maklumat. 2.65 1.037 Rendah
Min Keseluruhan 3.22 .783 Sederhana

Daripada keseluruhan item soal selidik yang diberikan dan ‘murid merujuk kamus, ensiklopedia atau sumber lain
kepada guru seperti dalam Jadual 3 didapati bahawa item untuk mendapatkan maklumat’ (min = 2.65, sp = 1.037).
yang paling menonjol dan menunjukkan nilai min yang Selain itu, kebanyakan guru bersetuju bahawa ‘murid
paling tinggi ialah item yang menyatakan bahawa ‘murid dengan ketidakupayaan penglihatan memberi tumpuan
menunjukkan kerjasama yang baik dengan rakan sebaya’ dalam kelas’ (min = 3.83, sp = .643). Walau bagaimanapun,
(min = 3.85, sp = .729). Dua item yang kurang menonjol dalam masa yang sama guru mendapati bahawa ‘murid
dengan menunjukkan nilai min yang paling rendah ialah ini lebih memilih untuk menyiapkan tugasan atau kerja
item yang menyatakan bahawa ‘murid melakukan lebih sekolah yang lebih mudah berbanding yang sukar’ (min =
daripada tugasan yang diberikan’ (min = 2.65, sp = 1.037) 3.83, sp = .739). Majoriti guru juga berpendapat bahawa

Chap 4.indd 111 02/12/2014 12:12:08


112 Jurnal Pendidikan Malaysia 39(2)

murid dengan ketidakupayaan penglihatan ‘menganggap dengan ketidakupayaan penglihatan adalah lebih tinggi
bahawa sekolah adalah sangat penting kepada mereka’ daripada guru tipikal di program pendidikan khas integrasi
(min = 3.63, sp = .711). Seterusnya, guru menunjukkan dan guru di sekolah pendidikan khas.
pandangan yang sama dalam dua item iaitu murid
dengan ketidakupayaan penglihatan ‘menyisihkan diri
daripada orang lain’ (min = 3.61, sp = .881) dan ‘berusaha PERBINCANGAN
melakukan sesuatu tugasan yang diberikan dengan baik’
(min = 3.61, sp = .714). Guru juga berpendapat bahawa Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan
murid dengan masalah penglihatan ini ‘aktif menghadiri bahawa guru mempunyai perspektif bahawa keterlibatan
aktiviti di sekolah lain seperti kejohanan olahraga, karnival akademik murid dengan ketidakupayaan penglihatan
dan mengutip dana’ (min = 3.59, sp = .832). Tiga item adalah pada tahap sederhana. Data ini mempunyai
dalam borang soal selidik ini juga menunjukkan nilai min persamaan dengan dapatan kajian Bardin dan Lewis (2008)
yang rendah pada item ‘murid perlu sentiasa ditegur’ (min ke atas 79 orang guru tipikal dalam bilik darjah di kelas
= 2.89, sp = .823), ‘murid dapat memperoleh bahan-bahan aliran perdana. Kajian Bardin (2006); Bardin dan Lewis
pembelajaran secara berdikari’ (min = 2.89, sp = .674) dan (2011) pula menunjukkan bahawa tahap keterlibatan murid
‘mampu mengatur ruang kerja sendiri’ (min = 2.89, sp = dengan ketidakupayaan penglihatan adalah sama dengan
.706). Kebanyakan guru kelihatan kurang bersetuju dengan tahap keterlibatan murid berpencapaian akademik rendah.
item yang menyatakan bahawa ‘murid lupa atau kehilangan Majoriti guru berpendapat murid dengan ketidakupayaan
bahan pembelajaran’ dengan mencatatkan nilai min yang penglihatan menghadapi halangan dalam aspek akademik
rendah (min = 2.98, sp = .954). dan sosial disebabkan keadaan mereka yang mempunyai
ketidakupayaan penglihatan. Murid didapati bosan, tidak
bermotivasi dan tidak melibatkan diri dengan persekitaran
PERBEZAAN PERSPEKTIF GURU TERHADAP sekolah (Appleton et al. 2008; Reschly et al. 2008).
KETERLIBATAN AKADEMIK MURID DENGAN Guru didapati mempunyai perspektif yang
KETIDAKUPAYAAN PENGLIHATAN berbeza terhadap keterlibatan akademik murid dengan
ketidakupayaan penglihatan dalam pembelajaran. Guru
Kajian ini turut mengkaji perbezaan perspektif antara resos di program pendidikan khas integrasi menilai
guru di sekolah pendidikan khas, guru resos dan guru keterlibatan murid dengan ketidakupayaan penglihatan
tipikal di Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah lebih tinggi berbanding dengan penilaian guru tipikal di
Penglihatan) terhadap tahap keterlibatan akademik murid program pendidikan khas integrasi dan guru di sekolah
dengan ketidakupayaan penglihatan. Jadual 4 menunjukkan pendidikan khas. Dapatan ini adalah selari dengan
perbezaan perspektif guru terhadap tahap keterlibatan dapatan kajian Wong (2006) yang menunjukkan perspektif
akademik murid dengan ketidakupayaan penglihatan positif guru resos kepada murid dengan ketidakupayaan
mengikut penempatan guru. penglihatan dalam aspek pergaulan dengan rakan sebaya
dan keupayaan murid tersebut dalam pembelajaran. Guru
JADUAL 4. Perbezaan perspektif guru terhadap keterlibatan resos merupakan individu yang terdekat dengan murid
akademik murid dengan ketidakupayaan penglihatan dengan ketidakupayaan penglihatan di program pendidikan
    Jenis Sekolah Min Sisihan Intepretasi
khas integrasi. Selain daripada bertugas dalam menyediakan
Piawai bahan-bahan pembelajaran kepada murid ini, guru resos
juga berperanan sebagai guru yang mengajar murid
Guru Resos di Program 3.56 .726 Tinggi dalam subjek-subjek tertentu seperti Pendidikan Jasmani,
  Integrasi Orientasi dan Mobiliti murid, serta bertindak sebagai guru
Guru Tipikal di Program 3.29 .756 Sederhana penasihat bagi persatuan dan kelab yang disertai oleh murid
  Integrasi dengan ketidakupayaan penglihatan. Berbeza dengan
Guru di Sekolah Pendidikan 3.23 .568 Sederhana guru di sekolah pendidikan khas, mereka menunjukkan
  Khas perspektif yang kurang positif terhadap beberapa aspek
pembelajaran murid dengan ketidakupayaan penglihatan.
Wong (2006) juga mendapati keadaan yang sama dimana
Berdasarkan perbandingan ketiga-tiga kumpulan
guru pendidikan khas menyatakan bahawa murid di sekolah
guru, guru yang mengajar di sekolah pendidikan khas dan
pendidikan khas tidak begitu berdikari dan ramai yang
guru tipikal yang mengajar di program pendidikan khas
masih bergantung kepada orang lain berbanding guru
integrasi menunjukkan perspektif terhadap keterlibatan
tipikal yang menunjukkan perspektif yang positif terhadap
pada nilai min yang sederhana (min = 3.23, sp = .568; min
murid ketidakupayaan penglihatan dengan menerima baik
= 3.29, sp = .756). Kumpulan guru resos yang mengajar
kehadiran mereka dalam bilik darjah tipikal.
di program pendidikan khas integrasi pula menunjukkan
Dalam konteks kurikulum, murid dengan
perspektif pada nilai min yang tinggi (min = 3.56, sp =
ketidakupayaan penglihatan mengikuti kurikulum
.726). Daripada jadual tersebut, jelas menunjukkan bahawa
kebangsaan yang sama dengan murid tipikal yang lain
guru resos menilai tahap keterlibatan akademik murid

Chap 4.indd 112 02/12/2014 12:12:08


Perspektif Guru terhadap Keterlibatan Akademik dalam Kalangan Murid dengan Ketidakupayaan Penglihatan 113

memandangkan mereka tidak menghadapi masalah dalam sokongan, bantuan atau strategi yang berkesan daripada
perkembangan kognitif. Modifikasi dalam pembelajaran guru-guru bagi memastikan mereka dapat melibatkan
dilakukan dengan menggunakan alat teknologi bantuan diri secara menyeluruh dalam aktiviti pembelajaran bilik
sebagai medium penting dalam proses pengajaran dan darjah. Pelaksanaan program pendidikan inklusif perlu
pembelajaran dalam bilik darjah seperti mesin Braille, dalam kalangan murid dengan ketidakupayaan penglihatan
kanta pembesar, dan tulisan cetakan besar (Manisah 2011) . bagi membolehkan mereka mencapai tahap yang lebih
Oleh sebab itu, kerjasama antara guru resos dan guru tipikal baik. Hal ini kerana guru resos dan guru tipikal mempunyai
adalah penting dalam meningkatkan akses murid dalam perspektif yang lebih positif terhadap keterlibatan murid
pendidikan arus perdana (Holdheide & Recshly 2008). dengan ketidakupayaan penglihatan dalam pembelajaran.
Dalam masa yang sama, guru resos juga berperanan dalam Dapatan kajian ini turut menekankan kepada bagaimana
membantu guru tipikal dalam bilik darjah dengan sentiasa guru resos dan guru tipikal boleh berkolaborasi dalam
bersama-sama dengan guru tipikal dalam bilik darjah usaha meningkatkan keterlibatan murid-murid ini dalam
bagi memenuhi keperluan murid dengan ketidakupayaan pembelajaran mereka dan seterusnya dalam konteks sosial
penglihatan. Namun begitu, terdapat juga guru tipikal yang dengan komuniti sekolah.
percaya bahawa murid dengan ketidakupayaan penglihatan Perspektif yang positif dalam kalangan guru terhadap
wajar bersekolah di sekolah pendidikan khas. Ini kerana keterlibatan murid dalam akademik perlu dipupuk dengan
kemudahan khas yang disediakan di sekolah pendidikan lebih baik. Bagi tujuan ini, guru perlu kreatif dalam
khas lebih mencukupi, persekitaran sekolah yang lebih proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
kondusif dan penglibatan mereka yang lebih aktif dalam dan menjalankan aktiviti yang dapat memaksimumkan
bidang sukan. Selain itu, didapati peluang untuk mereka aktif penyertaan murid. Guru juga seharusnya memberi peluang
di sekolah arus perdana adalah terhad dan mereka banyak sama rata kepada murid-murid untuk mencuba dalam
menghabiskan masa dengan rakan-rakan dalam kategori aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
yang sama (Wong 2006). Guru di sekolah pendidikan khas tanpa mengambil kira sama ada murid tersebut pandai
sewajarnya lebih memahami dan mempunyai perspektif atau lemah dalam pembelajaran dan ketidakupayaan yang
yang lebih tinggi terhadap keterlibatan akademik murid dialami murid. Saebagai cadangan kajian lanjutan, kajian
di sekolah pendidikan khas. Namun dapatan kajian yang berkaitan keterlibatan akademik murid ketidakupayaan
diperoleh menunjukkan perkara sebaliknya berlaku. Adalah penglihatan boleh dikembangkan dengan melihat kepada
diharapkan sikap sebegini dapat diubah memandangkan umur dan gender murid. Perbezaan kumpulan umur dan
guru pendidikan khas adalah pembela kepada murid-murid gender boleh menambah nilai dapatan kajian keterlibatan
dengan ketidakupayaan penglihatan. Memandangkan guru akademik murid dengan ketidakupayaan penglihatan.
merupakan individu yang terlibat secara langsung dalam
pendidikan murid di sekolah, maka guru perlu bersedia RUJUKAN
dan bersikap positif untuk menerima murid berkeperluan
khas dalam bilik darjah mereka. Guru yang tidak dapat Ajodhia-Andrews, A. & Frankel, E. 2010. Inclusive education in
menerima kehadiran murid ini boleh merencatkan Guyana: a call for change. International Journal of Special
Education 25(1):126-144.
perkembangan murid dalam bilik darjah (Ajodhia-Andrews
Amla Mohd Salleh, Mazdalina Mat Desa & Ramlah Mohd Tuit.
& Frankael 2010; Charema 2010).
2013. The relationship between the learning ecologysystem
and students’ engagement: A case study in Selangor. Asian
Social Science 9(2): 110-117.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Appleton, J.J., Christenson, S.L. & Furlong, M.J. 2008.
Student engagement with school: critical conceptual and
Keterlibatan murid dalam akademik merupakan salah methodological issues of the construct. Psychology in the
satu faktor penting yang perlu diberikan penekanan Schools 45(5): 369-386.
dalam pendidikan. Hasil kajian mendapati perspektif Archambault, I., Janosz, M., Morizor, J. & Pagani, L. 2009.
guru terhadap keterlibatan murid dengan ketidakupayaan Adolescent behavioral, affective and cognitive engagement
penglihatan dalam akademik adalah pada tahap sederhana. in school: Relationship to dropout. Journal of School Health
Guru berperanan penting dalam menukar halangan dalam 79(9): 408-415.
akademik dan sosial dengan mewujudkan peluang untuk Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.
meningkatkan keterlibatan murid melalui strategi-strategi
Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
yang dirancang dengan penerapan teori pembelajaran yang
Bardin, J.A. 2006. Academic Engagement of Students with
berkesan. Oleh sebab itu, sokongan guru adalah penting Visual Impairments in General Education Language Arts
dalam mempengaruhi keterlibatan murid dalam akademik Classroom. Dissertation. Florida State University.
yang seterusnya menyumbang kepada kejayaan murid di Bardin, J.A. & Lewis, S. 2008. A survey of the academic
sekolah. engagement of students with visual impairments in general
Dapatan kajian memberikan implikasi yang penting education classes. Journal of Visual Impairment & Blindness
kepada pengamal pendidikan khas bahawa murid dengan 102(8): 472-483.
ketidakupayaan penglihatan di negara kita memerlukan

Chap 4.indd 113 02/12/2014 12:12:08


114 Jurnal Pendidikan Malaysia 39(2)

Bardin, J.A. & Lewis, S. 2011. General education teachers’ rating Reschly, A.L., Huebner, E.S., Appleton, J.J. & Antaramian,
of the academic engagement level of students who read S. 2008. Engagement as flourishing: The contribution of
Braille: A comparison with sighted peers. Journal of Visual positive emotions and coping to adolescents’ engagement
Impairment & Blindness: 479-492. at school and with learning. Psychology in the Schools
Charema, J. 2010. Inclusive education in developing countries 45(5): 419-431.
in the sub Saharan Africa: From theory to practice. Sharipah Azizah Syed Sahil. 2010. A Structural Model of the
International Journal of Special Education 25(1): 87-93. Relationships between Teacher, Peer and Parental Support,
Davis, P. 2003. Including Children with Visual Impairment in Behavioural Engagement, Academic Efficacy and Cognitive
Mainstream Schools: Practical Guide. London: David Engagament of Secondary School Adolescents. Universiti
Fulton Publishers Ltd. Utara Malaysia: Tesis Doktor Falsafah.
Friend, M. 2005. Special Education: Contemporary Perspectives Sirin, S.R. & Rogers-Sirin, L. 2005. Components of school
for School Professionals. Boston: Pearson Education Inc. engagement among African American adolescents. Applied
Fredricks, J.A., Blumenfeld, P.C. & Paris, A.H. 2004. School Developmental Science 9(1): 5-13.
engagement: Potential of the concept, state of the evidence. Smith, D.C., Ito, A., Gruenewald, J. & Yeh, H. 2010. Promoting
Review of Educational Research 74(1):59-109. school engagement: Attitudes toward school among
Holdheide, L.R. & Reschly, D.J. 2008. Teacher Preparation to American and Japanese youth. Journal of School Violence
Deliver Inclusive Services to Students with Disabilities. 9: 392-406.
Vanderbilt University: National Comprehensive Center for Wang, M. & Holcombe, R. 2010. Adolescents’ perceptions of
Teacher Quality. school environment, engagement, and academic achievement
Klem, A.M. & Connell, J.P. 2004. Relationships matter: Linking in middle school. American Educational Research Journal
teacher support to student engagement and achievement. 47(3): 633-662.
Journal of School Health 74(7): 262-273. Wolffe, K.E., Sacks, S.Z., Corn, A.L., Erin, J.N., Huebner,
Manisah Mohd Ali. 2011. Teknologi bantuan untuk pelajar K.M. & Lewis, S. 2002. Teachers of students with visual
berkeperluan khas: pengenalan dan kriteria pemilihan bahan. impairments: What are they teaching?. Journal of Visual
Dlm. Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas: Konsep Impairment & Blindness: 293-304.
dan Amalan, disunting oleh Zalizan Mohd. Jelas. Cetakan Wong Huey Siew. 2006. Persekitaran Pembelajaran Pelajar
Kedua. Bangi: Fakulti Pendidikan, UKM. Cacat Penglihatan di Malaysia. Kuala Lumpur: Perpustakaan
Marks, H.M. 2000. Students engagement in instructional activity: Negara Malaysia.
patterns in theelementary, middle, an high school years.
American Educational Research Journal 37(1): 153-184.

Manisah Mohd Ali* & Noorfaziha Hassan


Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

*Pengarang surat-menyurat; email: mma@ukm.edu.my


Diserahkan : 2 Mac 2014
Diterima : 7 Ogos 2014

Chap 4.indd 114 02/12/2014 12:12:08

You might also like