Soalan Ujian Sem 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SULIT* 1

Bahagian A [50 markah]

1. Senaraikan proses komunikasi [5]


2. Jelaskan dua bentuk komunikasi dalam Syarikat AA Padu yang terdiri daripada
jabatan pemasaran dan jabatan kewangan. [6]
3. Berikan tiga kebaikan dan tiga kelemahan komunikasi lisan [6]
4. Huraikan dua media komunikasi bertulis [4]
5. Huraikan tiga prinsip berunding antara pengurus syarikat dengan pembekal [6]
6. Berikut ialah maklumat yang diperoleh daripada Syarikat Teksi Ramli sepanjang
minggu pertama operasinya.

Bilangan penumpang
Hari
(orang)
Isnin 31
Selasa 38
Rabu 42
Khamis 38
Jumaat 42
Sabtu 40
Ahad 42

Hitung min dan median penumpang syarikat teksi itu bagi minggu tersebut. [4]
7. Nyatakan empat langkah dalam proses pembuatan keputusan rasional. [4]
8. Senaraikan alat membuat keputusan kualitatif [5]
9. Huraikan dua faktor kecekapan pembuat keputusan [4]
10. Huraikan tiga faktor situasi terhadap pembuatan keputusan [6]

STPM 2020 – 946/2


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 2

Bahagian B [50 markah]

Teja Sdn. Bhd: Pembuatan Keputusan Membuka Cawangan Baharu


Nur Syafiqah binti Abdullah merupakan seorang penuntut jurusan Pengurusan Perniagaan di
Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau telah membuat satu kajian kes mengenai Syarikat
Telekomunikasi Teja Sdn. Bhd. yang beroperasi di Melaka. Tajuk kajian kes tersebut ialah
‘Peranan Internet kepada Syarikat dan Pembuatan Keputusan oleh Syarikat yang ingin
Membuka Cawangan Baharu pada masa akan datang’.
Internet merupakan satu jaringan maklumat yang dapat dicapai menggunakan media
perantaraan seperti komputer dan telefon. Daripada hasil kajian yang dijalankan, Nur Syafiqah
mendapati penggunaan internet sangat membantu perkembangan Syarikat Telekomunikasi Teja
Sdn. Bhd. Syarikat boleh menjalankan promosi dengan mudah memandangkan internet dapat
mencapai sasaran pengguna yang amat luas. Justeru, syarikat dapat menembusi pasaran baharu
di serata dunia pada kos yang lebih rendah. Di samping itu, maklumat yang hendak
disampaikan kepada pelanggan dan pemegang saham dapat disebarkan dengan cepat. Laporan
kewangan syarikat juga boleh dimuat turun melalui laman web syarikat.
Melalui penggunaan internet, imej syarikat dapat ditingkatkan kerana pengguna internet
biasanya terdiri daripada pelanggan yang bijak dan berpengetahuan. Selain itu, reka bentuk dan
kandungan laman web yang cantik dan menarik turut membantu menaikkan imej syarikat.
Secara langsung, jumlah pelanggan akan semakin bertambah. Penggunaan internet juga amat
menjimatkan kos kerana syarikat tidak lagi perlu mengupah jurujual untuk mempromosikan
produk syarikat. Selain kos promosi, syarikat dapat menjimatkan masa pemprosesan pesanan
dan penghantaran. Melalui internet, pesanan dapat dilakukan dan disahkan dengan serta merta
dan penghantaran dapat diatur dgn segera. Hal ini dapat mengelakkan syarikat daripada
menanggung kerugian.
Dari aspek pembuatan keputusan yang berkaitan dengan pembukaan cawangan baharu,
Syarikat Telekomunikasi Teja Sdn. Bhd. telah menyediakan beberapa pilihan keputusan yang
dipengaruhi oleh situasi ekonomi masa depan seperti berikut:

Pilihan Jangkaan pulangan kewangan


Ekonomi berkembang Ekonomi Meleset
Membuka tiga cawangan RM 100 000 -RM 30 000
Membuka satu cawangan RM 40 000 -RM 16 000
0.5 0.5

(Dipetik dan disesuaikan daripada Laporan Kajian Kes Penuntut UiTM, Melaka)
Berdasarkan kajian kes ,
11. (a) Terangkan peranan internet kepada Syarikat Telekomunikasi Teja Sdn. Bhd. [20]
(b) Dengan bantuan gambar rajah pokok keputusan, tunjukkan bagaimana Syarikat
Telekomunikasi Teja Sdn. Bhd. dapat membuat keputusan berkenaan pembukaan
cawangan baharu. [10]

STPM 2020 – 946/2


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 3

Jawab satu soalan sahaja

12. Jelaskan empat jenis halangan dalam komunikasi. [20]

13. Terangkan lima tahap perundingan yang boleh dilakukan di dalam sesebuah organisasi [20]

STPM 2020 – 946/2


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

You might also like