Cabaran Ibu Autism

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

Jurnal Psikologi Malaysia 32 (1) (2018): 58-71 ISSN-2289-8174 58

Cabaran Membesarkan Anak-Anak Autisme Daripada Perspektif Ibu (The Challenges Of


Nurturing Autistic Children From The Mother’s Perspective)

Siti Marziah Zakaria1


Nor Shahirah Mat Tauhaid

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan


Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor

1
Corresponding author: sitimarziah80@gmail.com

The prevalence of Autism Spectrum Disorder (ASD) cases has been increasing worldwide. There are
countless aspects of challenges faced by parents to bring up children with ASD. Parents of children with
ASD are often reported to have higher stress in parenting compared to parents with normal children or
children with other disabilities such as Down syndrome. Therefore, this study explored the challenges faced
by mothers of children with ASD. Mothers whom were selected are the primary guardians and spend a lot
of time nurturing these children. This qualitative study involved in-depth interviews with five (5) informants
in Selangor. The thematic analysis identified the challenges faced by the mothers of children with ASD,
which are the aspects of behavioral, financial and community acceptance. The findings showed that mothers
to children with ASD encountered numerous complicated challenges which require the support of all parties
to address those challenges. High support and compassionate understanding are really needed from the
spouse, normal children, local communities, and government to alleviate their difficulties. Thus, the
findings of this study hopefully will help various parties to understand the challenges faced by the mothers
of children with ASD. It can also be the guiding principle in designing supportive programs and
interventions for children with ASD as well as their parents.

Keywords: autism, challenges, nurturing, mothers of children with ASD, Selangor

Autisme atau nama lainnya Kecelaruan Kecelaruan ini memberi kesan kepada
Spektrum Autisme (ASD) merupakan salah kemahiran sosial seseorang individu serta
satu masalah perkembangan saraf yang boleh kemampuan berkomunikasi. Salah satu ciri-
dicirikan dengan masalah kemahiran sosial, ciri yang jelas pada kanak-kanak ASD ialah
tingkah laku dan komunikasi bukan lisan tingkah laku berulang dan minat yang
seperti tiada pandangan mata. Penggunaan terbatas (American Psychiatric Association,
perkataan spektrum pula merujuk kepada 2013).
kepelbagaian manifestasi kecelaruan seperti
keterukan keadaan autistik, tahap Autisme boleh berlaku seawal umur 12
perkembangan dan umur kronologi. ASD bulan bahkan lebih awal jika masalah
merupakan satu kecelaruan perkembangan kelewatan perkembangannya adalah teruk
dan neurologi yang kompleks. Ia melibatkan atau boleh berlaku lewat daripada 24 bulan
struktur dan fungsi otak dan sistem saraf. jika simptom-simptom yang ditunjukkan
adalah tidak ketara (Centers for Disease
59

Control, 2013). Corak permulaannya dapat daripada kanak-kanak normal adalah


dilihat melalui kelewatan perkembangan disebabkan oleh masalah tidak mendengar
awal atau kehilangan sebarang kemahiran kata atau degil sahaja. Ibu bapa yang anaknya
sosial dan bahasa. Ciri-ciri ASD menjadi didiagnos dengan ASD secara konsistennya
lebih jelas pada zaman kanak-kanak awal dilaporkan lebih tertekan berbanding ibu
iaitu dalam sesetengah kes menunjukkan bapa kepada kanak-kanak yang membesar
kekurangan minat dalam interaksi sosial pada secara normal. Ibu bapa anak-anak ASD
tahun pertama kehidupan (Paul & Kimberly, perlu memberikan perhatian yang lebih
2011). Selain itu, simptom pertama ASD kepada anak-anak ASD berbanding dengan
selalunya melibatkan kelewatan dalam anak-anak yang normal. Mereka perlu
perkembangan bahasa dan sering dikaitkan mempunyai strategi yang khusus dan teliti
dengan kekurangan minat sosial atau untuk membesarkan anak-anak ini (Hall &
interaksi sosial yang luar biasa, corak Graft, 2011). Penjagaan anak-anak ASD
permainan yang ganjil dan corak komunikasi menjadi lebih rumit jika ibu bapa telah
yang luar biasa. Pada tahun kedua, tingkah berpisah atau tidak tinggal bersama. Dalam
laku ganjil dan berulang-ulang serta tidak keadaan ini, sokongan daripada keluarga,
bermain secara normal akan menjadi lebih terutamanya datuk dan nenek kepada anak-
ketara (Paul & Kimberly, 2011). anak ASD tersebut sangat diperlukan (Hall &
Graft, 2011).
Menurut kajian kebangsaan di Amerika
Syarikat pada 2008 di 14 komuniti berbeza Tekanan berpunca daripada tingkah laku
mendapati satu daripada 88 kanak-kanak kanak-kanak ASD itu sendiri yang berbeza
yang berusia 8 tahun didiagnos sebagai dan mencabar berbanding kanak-kanak
Kecelaruan Spektrum Autisme (ASD). Pada normal (Dyson, 1997). Kanak-kanak yang
tahun 2012 pula autisme telah menjadi didiagnos sebagai ASD mengalami
tumpuan negara Perancis dan Menteri kemerosotan komunikasi, sosial dan
Kesihatannya menjangkakan kadar penyakit kesukaran tingkah laku. Oleh itu, simptom-
autisme adalah 60 orang daripada 10000 simptom tingkah laku yang wujud seperti
orang iaitu bersamaan dengan seorang tingkah laku berulang, mudah marah,
daripada 150 orang. Statistik yang bersikap agresif, hiperaktif dan kurang
dikeluarkan oleh Persatuan Kebangsaan memberi perhatian boleh menyebabkan
Autisme Malaysia (Nasom) pada 2013 juga kesukaran seterusnya membawa kepada
menunjukkan setiap seorang daripada 150 tekanan fizikal dan mental ibu bapa dalam
kanak-kanak yang dilahirkan di seluruh dunia membesarkan mereka (Pisula, 2007). Proses
memiliki simptom autisme dan dianggarkan penjagaan anak-anak ASD memberikan
satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia cabaran yang berbeza kepada ibu bapa
mengalami masalah ini (Utusan Online, mereka, bergantung kepada simptom dan
2013). Selain itu, statistik menunjukkan kemahiran yang dimiliki oleh anak-anak
terdapat 47 000 orang autisme yang berumur ASD. Lantaran itu, masyarakat perlu
antara 6 bulan hingga lewat 20-an di mengetahui dengan lebih mendalam
Malaysia. mengenai cabaran-cabaran yang dilalui oleh
keluarga kanak-kanak ASD untuk
Fasa keibubapaan sememangnya memahami dan memberikan bantuan kepada
merupakan fasa yang penuh dengan tekanan. ibu bapa kanak-kanak tersebut. Justeru,
Walau bagaimanapun, punca tekanan bagi kertas kerja ini akan meneroka dengan
ibu bapa kanak-kanak normal dan kanak- mendalam cabaran yang dihadapi oleh ibu
kanak ASD adalah berbeza kerana tekanan kanak-kanak ASD di Selangor.
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (1) (2018): 58-71 ISSN-2289-8174 60

Metodologi Fenomenologi mengkaji pengalaman sedar


yang dialami dan ia dilihat daripada
pandangan informan atau orang yang terlibat.
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan pendekatan Persampelan Kajian
kualitatif. Menurut Rozmi Ismail (2012)
penyelidikan kualitatif adalah satu Persampelan kajian adalah proses
pendekatan penyelidikan yang memberi pemilihan secara teratur atau sistematik
penekanan kepada deskriptif, induktif dan sejumlah subjek daripada populasi untuk
teori kajian ke atas bagaimana manusia dijadikan informan dalam sesuatu kajian.
memberi makna kepada kehidupan mereka. Sampel adalah subset dalam populasi yang
dianggap boleh mewakili populasi tersebut.
Dalam kajian ini, kaedah kualitatif Oleh itu, persampelan kajian merupakan
digunakan dengan membuat temubual teknik yang penting bagi menjamin data yang
terhadap ibu kepada kanak-kanak ASD yang didapati adalah tinggi kesahan dan
telah didiagnos oleh pakar bagi mengetahui kebolehpercayaannya. Persampelan kajian
pengalaman mereka berhadapan dengan yang digunakan pengkaji adalah persampelan
tingkah laku agresif dan hiperaktif kanak- bola salji iaitu merupakan persampelan
kanak ASD serta mengetahui mengenai bukan kebarangkalian.
strategi daya tindak yang digunakan dalam
menghadapi tingkah laku agresif dan Teknik persampelan bola salji digunakan
hiperaktif kanak-kanak ASD. Oleh itu, apabila elemen kajian yang diperlukan adalah
kaedah kualitatif merupakan pilihan yang sukar dikenalpasti dan dihubungi.
tepat untuk memperolehi dan mendalami Persampelan bola salji melibatkan individu
maklumat dengan lebih terperinci berbanding yang terpilih dan beliau kemudiannya akan
kaedah kuantitatif kerana ia bersifat lebih mencadangkan penglibatan orang lain
mendalam dan menyeluruh berbanding (Rozmi Ismail, 2013). Sampel kajian
kajian kuantitatif yang lebih menekankan melibatkan informan yang kesemuanya
kepada data numerikal. Menurut Rozmi merupakan ibu kandung atau penjaga utama
Ismail (2013), penyelidikan kuantitatif kepada kanak-kanak ASD. Informan
dikaitkan dengan data numerikal dan merupakan mereka yang terlibat secara aktif
ketepatan di mana penyelidikan dilakukan dalam penjagaan anak mereka yang merasai
melalui kaedah eksperimental dan data keperluan serta cabaran dalam membesarkan
numerikal yang dipungut dianalisis dengan anak ASD. Hal ini membolehkan pengkaji
ujian statistik. dapat mengetahui pengalaman dan
mendapatkan data yang sahih. Informan
Pendekatan fenomenologi telah terdiri daripada mereka yang mempunyai
digunakan bagi meneroka pengalaman anak ASD yang berusia 6 hingga 13 tahun.
subjektif informan serta persepsi mereka Seramai 5 orang penjaga utama, iaitu ibu
terhadap pengalaman tersebut. kepada anak-anak ASD terlibat dalam kajian
Fenomenologi boleh didefinisikan sebagai ini. Mereka menetap di Semenyih, Bangi dan
kajian penstrukturan pengalaman atau Sri Kembangan.
kesedaran. Secara umumnya, fenomenologi
adalah kajian fenomena yang merangkumi
kemunculan sesuatu perkara atau perkara
yang mungkin muncul dalam kehidupan kita.
61

Prosedur Pengumpulan Data bual kemudiannya diteliti melalui analisis


kandungan iaitu analisis tematik. Menurut
Temu bual separa berstruktur telah Braun dan Clarke (2006) analisis tematik
dijalankan bagi kesemua informan. Teknik adalah sangat fleksibel, mudah dan sesuai
temu bual ini hanya menyediakan soalan- bagi penyelidik yang tidak mempunyai
soalan utama dan soalan susulan pengalaman dalam penyelidikan kualitatif
kemudiannya adalah berdasarkan jawapan dan keputusan analisis tersebut dapat
informan. Temu bual kualitatif membolehkan memberi maklumat kepada masyarakat.
pengkaji untuk memahami dunia informan Seterusnya, mereka menambah, analisis
dari sudut pandangan mereka dan tematik melibatkan pencarian dalam
mengungkap pengalaman mereka. Temu bual keseluruhan set data iaitu melibatkan
merupakan teknik pengumpulan data yang beberapa temu bual atau kumpulan berfokus
melibatkan interaksi bersemuka atau melalui atau pelbagai teks umtuk mencari pola makna
percakapan telefon antara pengkaji dengan berulang (Braun & Clarke, 2006). Analisis
orang yang ditemu bual tetapi dalam kajian tematik memfokuskan tema yang boleh
ini, pengumpulan data hanya melibatkan dikenal pasti daripada hasil temu bual yang
interaksi bersemuka. dijalankan.
Protokol temu bual juga telah disediakan
iaitu mengandungi senarai soalan yang
diutarakan dalam sesi temu bual dan ia telah Dapatan Kajian
disediakan sebelum temu bual dijalankan.
Temu bual secara separa berstruktur ini
terdiri daripada soalan-soalan terbuka.
Latar Belakang Informan
Soalan-soalan terbuka dapat meneroka
dengan lebih terperinci pengalaman ibu Informan satu (1).
dalam membesarkan anak ASD dan
bagaimana mereka menghadapi tingkah laku Informan (1) menetap di Seri Kembangan
agresif dan hiperaktif kanak-kanak ASD. dan merupakan ibu kandung kepada anak
Temu bual mendalam yang dilakukan secara ASD yang bernama Haziq yang berumur 10
bersemuka ini membenarkan informan tahun. Beliau juga mempunyai anak yang lain
menggambarkan pengalaman menggunakan selain Haziq. Haziq didiagnos dengan ASD
perkataan mereka sendiri. Setelah itu, jenis sederhana sewaktu berumur 3 tahun
pengkaji akan mentranskrip temu bual yang lebih. Informan memaklumkan bahawa
dijalankan dengan mendengar semula beliau dapat mengenal pasti perbezaan
rakaman audio yang telah digunakan anaknya disebabkan oleh perkembangan
sepanjang temu bual dijalankan. anaknya yang berbeza berbanding abang dan
kakaknya dengan menyatakan “…dia punya
perbezaan perkembangan tu kan tak sama
dengan kakak dan abang dia. Dari situ kita
Analisis Data
tahu yang dia ini lain. Bila kita search google
Analisis data ialah proses mengkategori, tengok simptom-simptom dia, adalah dia
meringkas, menyusun dan memanipulasi data punya simptom pada autistik tu ada…”
yang diperolehi untuk menjawab persoalan
Informan dua (2).
dan hipotesis kajian. Data kualitatif bersifat
diskrit dan selanjar iaitu tepat dan tidak ada Informan (2) menetap di Bandar Seri
kekosongan antara nombor. Dapatan temu Putra, Bangi dan merupakan ibu kandung
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (1) (2018): 58-71 ISSN-2289-8174 62

kepada anak tunggal yang mempunyai ASD tiada masalah lah sampailah umur dia
bernama Aiman yang berumur 13 tahun. setahun 8 bulan perasan, kita panggil dia, dia
Aiman didiagnos dengan ASD jenis tak toleh, tak respon. Lepas tu dia suka
sederhana tetapi Aiman juga mempunyai sensorang dia tak suka bising-bising, dia tak
ADHD dan kelewatan pertuturan (speech suka pergi tempat yang macam crowded-
delay) ketika berumur 3 tahun. Informan crowded, dia tak suka air, start-nya setahun 8
memaklumkan bahawa beliau dapat bulan tu la dia tak suka air. Keluar mandi pun
mengenal pasti kelainan anaknya kerana menjerit-jerit macam tengok hantu macam tu
Aiman tidak mengikuti perkembangan yang kan…”
sepatutnya dengan menyatakan “…detect dia
masa umur setahun setengah sebab ikut dia Informan lima (5).
punya chart tu dia tak ikut perkembangan tau
Informan (5) menetap di Semenyih dan
sebab tak boleh bercakap lagi …”
merupakan ibu angkat kepada seorang anak
Informan tiga (3). tunggal bernama Asyraf yang berumur 6
tahun. Asyraf didiagnos dengan ASD jenis
Informan (3) menetap di Seri Kembangan ringan ketika berumur 2 tahun. Informan
dan merupakan ibu kandung kepada tiga sebelum ini memaklumkan mempunyai
orang anak iaitu anak sulungnya Lutfi seorang anak kandung yang menghidap
mempunyai ASD. Anak keduanya adalah penyakit cerebral palsy (CP). Walau
anak perempuan yang tipikal atau normal bagaimanapun, anak kandungnya telah
manakala anak ketiganya adalah lelaki yang meninggal dunia pada usia 13 tahun.
berumur 1 tahun lebih yang juga disyaki Informan menyatakan bahawa beliau dapat
mempunyai ASD yang sekarang ini sedang mengenal pasti ASD disebablan oleh teguran
dalam penilaian pakar. Lutfi berumur 12 daripada adik iparnya yang
tahun dan didiagnos dengan ASD jenis mencadangkannya berjumpa doktor seperti
ringan. yang dinyatakan oleh informan “…macam
akak dapat kesan awal sebab adik ipar tu
Informan empat (4). cikgu pendidikan khas, dia tengok lain, dia
cakap. Dia cadangkan pergi hospital sebab
Informan (4) menetap di Bandar Seri
dia tengok Asyraf tak campur gaul dengan
Putra, Bangi dan merupakan ibu kepada tiga
orang. Dia sendiri je. Kita panggil pun buat
orang anak iaitu dua orang lelaki dan seorang
tak dengar je. Entah apa lah agaknya kuasa
perempuan. Anak bongsu beliau bernama
Tuhan…”.
Farhan dan telah didiagnos dengan ASD jenis
teruk (severe) pada umur 2 tahun, Kini, Cabaran ibu-ibu anak ASD.
Farhan berumur 11 tahun. Informan
memaklumkan bahawa pada mulanya anak Analisis temu bual mendapati cabaran
beliau melalui proses perkembangan yang yang dihadapi oleh informan adalah dari segi
normal tetapi sehinggalah anaknya berumur
setahun 8 bulan, terdapatnya perubahan pada Analisis temu bual mendapati cabaran yang
tingkah laku Farhan seperti yang dinyatakan dihadapi oleh informan adalah dari segi
oleh informan, “Tak nampak apa-apa tingkah laku kanak-kanak ASD, kewangan
perubahan semua sampai umur dia setahun 4 keluarga dan layanan masyarakat terhadap
bulan dia dah boleh sebut mama, dia boleh kanak-kanak ASD. Hasil daripada analisis
bye-bye macam kalau kita pergi kerjakan so yang dilakukan mendapati tingkah laku
dia akan ‘bye-bye mama’, macam tu lah, kanak-kanak ASD merupakan cabaran utama
macam biasalah dia punya perkembangan tu yang dihadapi oleh ibu kepada kanak-kanak
63

ASD. Antara tingkah laku yang melibatkan ciri-ciri kederiaan kanak-kanak


mendatangkan cabaran kepada ibu bapa ASD seperti tidak boleh berkomunikasi,
adalah seperti tingkah laku agresif, tingkah tidak memberi respon terhadap kata-kata
laku hiperaktif dan juga tingkah laku yang orang lain serta mempunyai sensori yang
sangat sensitif.

Tingkah laku
agresif

Tingkah laku
Tingkah laku
hiperaktif

Masalah kederiaan

Berhenti kerja
CABARAN Kewangan
Terapi yang mahal

Tiada
pengetahuan

Masyarakat Menghukum

Sindiran

Rajah 1. Tema bagi cabaran yang dihadapi oleh ibu kanak-kanak ASD

Cabaran tingkah laku. boleh berkomunikasi secara verbal dan


mempunyai sensori yang sangat sensitif.
Hasil daripada analisis tematik yang
dilakukan mendapati tingkah laku kanak- Tingkah laku agresif menjadi cabaran
kanak ASD merupakan antara cabaran utama utama kepada informan kerana kanak-kanak
yang dihadapi oleh ibu kanak-kanak ASD. ini mudah untuk bertingkah laku agresif
Antara tingkah laku yang mendatangkan terhadap orang yang berada di sekitar mereka
cabaran kepada informan adalah seperti dan selalunya yang menjadi mangsa tingkah
tingkah laku agresif, tingkah laku hiperaktif laku agresif kanak-kanak ASD adalah ibu
dan juga tingkah laku yang melibatkan ciri- bapa dan adik beradik yang lain. Terdapat 4
ciri kederiaan kanak-kanak ASD seperti tidak daripada 5 orang informan menyatakan
bahawa anak mereka mempunyai tingkah
laku agresif. Antara tingkah laku agresif yang
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (1) (2018): 58-71 ISSN-2289-8174 64

sering dinyatakan oleh informan adalah Bagi tingkah laku hiperaktif pula, cabaran
seperti mencengkam, menendang, yang dihadapi oleh ibu adalah anak mereka
membaling barang, mencubit, mencekik, suka berlari, tidak boleh duduk diam,
menarik rambut, menghantuk kepala dan menyepahkan barang dan suka
menjerit. Menurut empat orang informan menghilangkan diri. Melalui analisis yang
tingkah laku anak ASD yang agresif ini dijalankan, hampir kesemua anak informan
terjadi disebabkan oleh permintaan mereka yang ASD pernah dilaporkan hilang di
yang tidak dipenuhi. tempat awam terutama sekali di tempat
membeli belah. Perkara ini amat
“Kalau macam dia tak puas hati sesuatu membimbangkan dan mencabar kerana
benda, macam dia nak tapi tak dapat, dia informan terpaksa menfokuskan dan
akan marah-marah juga, dia akan marah- memastikan anaknya untuk sentiasa berada
marah... Menangis.Ada tahap kadang- bersamanya disamping menyelesaikan
kadang dia baling barang juga…” urusannya. Hal ini juga secara tidak langsung
akan menimbulkan rasa tidak senang adik
(Informan 1)
beradik yang lain apabilamereka merasa
Tingkah laku agresif inimerupakan cemburu dengan tumpuan yang diberikan
perkara yang sangat mencabar kerana ia oleh informan kepada anak ASD-nya.
boleh mendatangkan kesan emosi dan fizikal Informan 4 menyatakan bahawa anak-
yang mendalam terhadap orang sekeliling anaknya yang lain pernah meluahkan
mereka. Tingkah laku agresif yang perasaan tidak puas hati mereka atas layanan
berlebihan boleh membawa kepada ancaman informan yang melebihkan anak yang ASD
terhadap kesihatan mental dan fizikal. sehingga informan terpaksa menjelaskan
Menurut informan 3, anaknya yang situasi sebenar anak ASD-nya terhadap anak-
mempunyai ASD pernah menendang anak anak yang lain.
yang lain daripada tingkat dua, rumah dua
“…sebab memang bila ada anak macam ni
tingkat sehingga melambung ke tingkat
attention kita lebih kat dia kan. Sikit-sikit,
bawah. Hal ini adalah perkara yang sangat
‘mommy bukan tak nak ke sana tapi Farhan
merunsingkannya kerana tingkah laku
tu macam mana?’. kita concern-nya itu.
tersebut menyebabkan kecederaan pada
Bukan kita macam lebihkan dia, baju lebih
dirinya dan anak yang lain. Tingkah laku
mahal. Tak ada pun! cumanya attention-nya
tersebut juga terjadihampir setiap hari
lagi lebih lah. Lepastu, anak-anak kata ‘sikit-
sehingga mengganggu emosinya. Walau
sikit Farhan!’, ‘mommy, asyik-asyik
bagaimanapun, anak ASD informan lain
Farhan!!!”
tidak menunjukkan tingkah laku agresif yang
terlalu kerap dan tingkah laku agresif anak (Informan 4)
ASD informan lain hanya berkisarkan kepada
membaling barang, menghantuk kepala dan Perkara ini sedikit sebanyak memberi
mencengkam tangan dengan kuat. kesan kepada emosi informan kerana untuk
memuaskan hati anak-anak bukanlah satu
“…this past dalam 2 years juga almost perkara yang mudah lagi-lagi pada waktu
everydays saya kena pukul, kena cubit, kalau mereka masih merebut perhatian daripada ibu
mandi ni tengok badan biru, hijau, purple. bapanya.Ciri-ciri kederian seperti tidak boleh
Rasa sedih you punya, your own child!” mendengar bunyi bising dan tidak dapat
berkomunikasi lisan juga adalah situasi yang
(Informan 3)
mencabar. Hal ini kerana kanak-kanak ASD
65

yang sensitif dengan sensori pendengaran Cabaran kewangan.


akan bertindak diluar jangkaan apabila
mendengar bunyi yang kuat seperti akan Cabaran dari segi kewangan adalah sub
menyorok di dalam almari dan selimut, tema yang kerap ditemukan dalam temu bual
menutup telinga dan berguling-guling. yang dijalankan bersama ibu kanak-kanak
Tingkah laku ini boleh terjadi pada bila-bila ASD. Empat daripada lima orang informan
masa tanpa mengira tempat seperti boleh menyatakan bahawa mereka terpaksa
terjadi di dalam pasar raya disebabkan oleh mengeluarkan sejumlah wang yang agak
speaker. Masalah kederiaan ini secara tidak besar untuk mendapatkan rawatan daripada
langsung akan menghadkan pergerakkan pihak NGO atau menghantar ke terapi yang
informan disebabkan tidak dapat pergi ke ada. Tambahan pula, informan 5 menyifatkan
sesuatu tempat disebabkan oleh kederiaan ASD sebagai penyakit bagi kanak–kanak
anak yang sensitif. yang datang daripada keluarga berada iaitu
“…banyak guna duit, sebab kata orang,
“dia ada sensitif dari segi sensori juga. autisme ni macam penyakit anak orang-
Kadang-kadang bila kita bercakap, bercakap orang kaya…”. Perkara ini menjadi antara
tu dia marah. ‘Don’t talk!’ Dia tak bagi kita cabaran utama dalam kalangan informan
bercakap. ‘Don’t talk! Don’t talk!” kerana menghalang mereka daripada
menyediakan rawatan yang terbaik bagi anak
(Informan 1)
ASD mereka. Selain itu, untuk membuat
Selain itu, ciri-ciri kanak-kanak ASD yang temu janji dengan pakar sahaja, informan
tidak boleh berkomunikasi secara verbal juga dikehendaki membayar sejumlah wang
boleh menjadi cabaran kepada ibu kanak- dahulu dan bayaran yang dikehendaki
kanak ASD. Hasil analisis mendapati tiga bukanlah dalam jumlah yang kecil.
daripada lima orang informan menyatakan
“You tengoklah center-center yang kat luar
bahawa anak mereka sukar untuk
yang charge you, ada kat group autism
berkomunikasi dengan informan. Ketiadaan
sampai 3800 for four sessions. Untuk orang
komunikasi secara verbal ini menyukarkan
kaya mampu la kut.Saya rakyat marhen, tak
informan untuk memahami keinginan,
mampu…”
keperluan atau masalah yang dialami oleh
anak. Seterusnya menyebabkan kanak-kanak (Informan 3)
meluahkannya melalui tingkah laku seperti
menangis, tantrum atau melakukan tingkah “Pernah satu hari set appointment je 30
laku agresif sebagai satu bentuk luahan ringgit kitaorang habiskan, untuk satu
perasaan. appointment je. Itu belum jumpa lagi. Bila
jumpa tu, lain pula caj-caj dia, tapi nak buat
“…memang susah tau nak cakap dengan dia, macam mana kan…”
nak Tanya dia sakit, kita tak tahu dia sakit
apa, dia nangis je. Tanya sakit apa dia tak (Informan 2)
faham kita, kita sebenarnya tak tahu nak
cakap dengan dia macam mana! masa tu Oleh itu, disebabkan oleh kekangan
memang tak cakap apa dia menangis…” kewangan untuk mendapatkan rawatan atau
terapi daripada pihak NGO yang biasanya
(Informan 2) temu janji dilakukan sebanyak beberapa kali
dalam seminggu, informan 2 dan 3 memilih
untuk hanya menghantar anaknya ke terapi di
hospital kerajaan yang biasanya dijadualkan
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (1) (2018): 58-71 ISSN-2289-8174 66

untuk bertemu semula doktor pakar dalam mereka. Keputusan yang dibuat oleh
masa kira-kira 6 bulan kemudian. Perkara ini informan ini, bukan sahaja mempengaruhi
kerana di hospital kerajaan, perkhidmatan ekonomi keluarga, tetapi juga mempengaruhi
rawatan yang diberikan adalah secara mental dan emosi informan apabila mereka
percuma tetapi informan terpaksa mengikut tidak dapat lagi meneruskan kerjaya yang
senarai menunggu yang amat panjang dan hal pernah dimiliki dan merasa memegang duit
ini akan memberikan kesan terhadap proses sendiri.
pemulihan tingkah laku kanak-kanak ASD.
Manakala informan 5 mempunyai pendapat “…kitaorang tak hantar swasta tau akak tak
berbeza apabila merasakan setiap ibu kepada kerja. So kitaorang tak mampu hantar kos kat
kanak-kanak ASD tidak boleh terlalu berkira swasta…”
untuk menghantar anak mereka ke pusat-
(Informan 2)
pusat terapi swasta yang ada. Sebaliknya,
menurutnya ibu anak ASD perlulah sanggup “Payah tau masa tu. Sebab sampai satu masa
memperuntukkan sejumlah wang untuk kan, akak nak kerja! Akak pernah kerja. Akak
membantu meningkatkan kefungsian hidup pernah dapat duit akak sendiri. Tiba-tiba
kanak-kanak ASD. akak kena berhenti. Zuppp.. berhenti macam
tu je. Bukan ada peringkat-peringkat. Tak! Ni
“Im not very rich person, my family is just
akak hilang semua, bayangkan ni akak
average family, so, daripada kecil sampai
pernah pegang duit yang agak banyak dalam
besar saya tak pernah bawa Lutfi pergi
diri akak, tiba-tiba zuppp hilang. Macam
private. Memang saya ikut schedule hospital
mana nak terima kan? Kita pernah bebas,
kerajaan sebab dia entitle untuk dapat
akak boleh beli apa je yang akak suka masa
rawatan percuma”
tu, nak buat apa..Tiba-tiba hilang semua.
(Informan 3) memang stress la, dah tu dah la takada
pendapatan sendiri, kena keluar duit lagi.
“Anak autisme ni kita kena jangan fikir pasal Kita dah melabur banyak untuk dia,
duit tau.Kalau kita jenis jimat untuk keluar katakanlah 18 ribu setahun untuk dia kan, tak
duit, rasa tak jalan! Sebab kami habis pun ada apa-apa pun jadi. Nampak macam tu
dalam duit simpanan, habis terus dalam 30 je…”
ribu. Habis untuk hantar Asyraf terapi je”
(Informan 2)
(Informan 5)
Informan 3 pula memilih untuk bekerja
Di samping itu, kanak-kanak ASD turut syif malam kerana ingin memenuhi tuntutan
mempengaruhi informan daripada aspek anak ASD yang memerlukan masa informan
pekerjaan. Kebanyakkan informan didapati pada hari bekerja biasa bagi tujuan
terkesan dengan peristiwa ini apabila dua menghantar anak ke terapi atau membuat
orang informan iaitu informan 2 dan 4 penilaian di hospital. Perkara ini secara tidak
mengambil keputusan untuk berhenti kerja. langsung menjadi satu cabaran kepada
Manakala seorang informan iaitu informan 1 informan kerana memerlukannya berjaga
memilih untuk cuti daripada bekerja selama pada malam hari dan menguruskan anak pada
dua tahun. Ketiga-tiga informan ini siang hari yang menyebabkan masa tidur
menyatakan bahawa punca utama yang informan terganggu. Informan juga membuat
menyebabkan mereka membuat keputusan keputusan untuk meneruskan pekerjaan
sedemikian adalah kerana ingin memberikan walaupun terpaksa mengambil kerja syif
tumpuan sepenuhnya kepada anak ASD
67

kerana memikirkan kos ubat dan rawatan kadang ambil yang besar tu nak catter kan
anaknya. dia duduk dalam troli, lepastu kadang-
kadang kena ni juga tau, kena perlilah ‘hai
“Saya kerja syif malam ni, saya kerja syif dah besar-besar duduk dalam troli lagi?’ dia
daripada Lutfi 2 atau 3 tahun sampailah kata, ‘kan boleh jalan dah tu!.’ Sinis juga
sekarang maybe almost 10 years. Kalau fikir tapi, saya diam je.”
orang ada anak tak akan tinggal anak malam
kan? But I did it sebab nak bawa dia pergi (Informan 4)
terapi. Siapa nak bawa? Weekdays berapa
banyak hari nak kena cuti kan. We have made Selain daripada masyarakat luar,
that decision”. pandangan keluarga juga turut menjadi
cabaran utama bagi informan. Informan 1
(Informan 3) menyatakan bahawa seringkali mereka
mengalami tekanan yang berpunca daripada
Cabaran penerimaan masyarakat. keluarga sendiri yang tidak memahami dan
memberikan sokongan kepada ibu bapa
Seterusnya, tema masyarakat terhadap isu
kanak-kanak ASD. “selalu orang rasa
ini turut ditemui dalam analsis kajian yang
sangat stress tu sebab dia macam dalam
telah dijalankan. Kebanyakan isu-isu yang
family sendiri dia tak boleh diterima…”.
timbul adalah disebabkan tiadanya
Informan 3 juga meluahkan kekecewaannya
kefahaman dalam diri masyarakat terhadap
ke atas kegagalan ahli keluarga mertua
anak ASD. Masyarakat tidak mengetahui
memahami keadaan anaknya dan juga
perbezaan anak ASD dengan anak normal
kegagalan mereka dalam memahami
yang menyebabkan mereka tidak memahami
tindakan yang dilakukannya. Kegagalan ini
keadaan dan kesusahan yang dilalui oleh
membawa kepada kata-kata yang kurang
informan kajian sehingga menyebabkan
enak untuk didengar. Beliau juga
sebarang tindakan yang dilakukan oleh
berpendapat bahawa ahli keluarga sepatutnya
informan membawa kepada salah faham
bertanyakan dulu dan cuba memahami
(Hall, 2012). Masyarakat juga mudah
kenapa beliau bertindak sedemikian
menghukum tindakan informan dengan kata-
berbanding terus membuat pelbagai
kata sindiran yang menyebabkan informan
kesimpulan terhadap beliau.
berasa kecil hati.
“Kalau anak ketiga tidur dengan saya, abang
“Kalau jumpa kawan-kawan, mata tu kat
dia jealous, saya pun tak tidur, suami pun tak
lain, nanti yang tak faham akan kecil hati,
tidur, kerja pun tak betul. But we have been
akan cakap tak tengok muka. Kita bukan tak
judged easily. Macam saya balik kampung,
nak tengok muka dia, sebab kita kena
kenapa tak bawa budak tu sekali. Kenapa
mengawasi dia (anak), sebab diaorang ni
separate? Orang lain tak buat. People keep
sekejap je, tak tengok sekejap nanti diaorang
to kau kena buat macam ni, kau kena buat
hilang. Kat rumah pun sama, dia…”
macam ni. Hello! Kalau flesh and blood you
(Informan 1) should ask ‘may I know why ye you doing
this, do you need any help?’. Hidup diorang
“Umur dia 2 tahun tu, dah tau dia autisme tu dengan normal perspective, kau buat ni mesti
kan dia suka lari kan, masuk je shopping kau tak sayang anak kau. Kau menganak
complex masuk troli, sampai sekarang dia tirikan anak kau.”
dah besar. Tapi kalau kadang-kadang kat
TESCO kan ada dua saiz troli kan. Kadang- (Informan 3)
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (1) (2018): 58-71 ISSN-2289-8174 68

Perbincangan dan menghantar anak ke kelas terapi. Oleh


itu, untuk melakukan perkara tersebut, ibu
anak-kanak ASD memerlukan wang dalam
jumlah yang banyak bagi membiayai rawatan
Penemuan kajian mendapati antara
dan terapi yang dijalankan untuk anaknya
cabaran yang dilalui oleh ibu kanak-kanak
(Parish et al., 2004). Lecavalier, Leone &
ASD adalah tingkah laku kanak-kanak ASD,
Wiltz (2006) turut menegaskan bahawa
kewangan dan layanan masyarakat. Dalam
bebanan kewangan merupakan salah satu
tingkah laku kanak-kanak ASD, tingkah laku
cabaran terbesar ibu bapa kanak-kanak ASD.
agresif adalah tingkah laku yang sangat
Ia juga turut secara tidak langsung
memberi cabaran kepada golongan ibu.
menjejaskan aktiviti sosial keluarga serta
Empat daripada lima orang informan
membawa perubahan kepada matlamat dan
melaporkan tingkah laku agresif anak
pencapaian dalam keluarga. Oleh itu, ibu
diarahkan kepada orang lain iaitu dirinya atau
bapa anak-anak ASD memerlukan sokongan
adik beradik lain. Perkara ini bertentangan
kewangan bagi mendapatkan rawatan dan
dengan kajian Torrance (2003) yang
terapi yang agak mahal untuk anak-anak
mendapati tingkah laku agresif tidak selalu
mereka.
ditujukan kepada individu lain tetapi mereka
lazimnya mengarahkannya kepada diri
Lebih teruk lagi jika berlakunya transisi
sendiri.
atau perubahan peranan pada diri ibu kerana
Sebaliknya, kajian ini bertepatan dengan ada di antara mereka yang mengambil
kajian Kanne dan Mazurek (2011) yang keputusan berhenti kerja dan menjadi suri
menunjukkan 56 peratus daripada individu rumah sepenuh masa untuk menjaga anak
ASD mengarahkan keagresifan mereka ASD. Sesuatu transisi pekerjaan atau
terhadap penjaga dan 32 peratus pula kehidupan bukanlah sesuatu yang mudah,
mengarahkannya kepada bukan penjaga. sebaliknya, mengambil masa untuk
Kedua-dua peratusan ini menunjukkan menyesuaikan diri. Jika seseorang individu
tingkah laku agresif dihalakan kepada tidak dapat menyesuaikan diri dengan transisi
individu lain dan bukannya kepada diri yang berlaku, maka ia akan mempengaruhi
kanak-kanak itu sendiri. Seterusnya, dapatan kesihatan psikologi individu terbabit. Reaksi
kajian mendapati antara tingkah laku agresif lain yang timbul ialah kebimbangan
yang sering dinyatakan oleh informan adalah disebabkan tidak mengetahui apa yang akan
seperti mencengkam, menendang, berlaku, ketakutan terhadap masa depan,
membaling barang, mencubit, mencekik, kesedihan dan kemarahan (Parish et al.,
menarik rambut, menghantuk kepala, 2014).
tantrum dan menjerit. Gabriels et al. (2005)
turut melaporkan bahawa tingkah laku Terdapat juga cabaran daripada aspek
berulang juga memberikan tekanan yang masyarakat yang timbul dalam kajian ini.
signifikan kepada ibu bapa dan penjaga Layanan masyarakat terhadap ibu kanak-
kanak-kanak ASD. kanak ASD sering bersifat memerli dan
menyisihkan kanak-kanak ASD boleh
Penemuan kajian mendapati ibu juga menyebabkan tekanan dalam diri ibu bapa.
menghadapi cabaran daripada segi Ini disokong oleh Hall (2012) yang juga
kewangan. Hal ini kerana untuk melaporkan sokongan sosial sebagai
mengurangkan masalah tingkah laku kanak- mekanisme daya tindak yang efektif dalam
kanak ASD, ibu anak-kanak ASD perlu menangani tekanan harian ketika menjaga
menghadiri bengkel, berjumpa dengan doktor
69

kanak-kanak ASD. Perhubungan dengan ahli besar ertinya bagi mereka. Pihak kerajaan
keluarga yang menyokong dan ibu bapa dan NGO boleh bekerjasama untuk merangka
kepada anak ASD yang lain tentunya boleh strategi bagi membantu mereka. Antaranya
mengurangkan tekanan mereka. Heiman dengan menyediakan tabungan bantuan
(2002) turut melaporkan bahawa perasaan untuk menyalurkan sumbangan kepada
prejudis daripada ahli masyarakat merupakan mereka bagi mendapatkan kemudahan
cabaran terbesar bagi ibu bapa kanak-kanak rawatan dan terapi. Masyarakat juga perlu
ASD. Mereka merasa tersisih daripada ahli terus diberikan kesedaran dan ilmu mengenai
keluarga sendiri serta rakan-rakan. Mereka kewujudan penyakit ini serta kelainan yang
seolah-olah hidup dalam satu dunia yang dihadapi oleh kanak-kanak ASD. Mereka
terasing. seharusnya membantu dalam meringankan
beban ibu bapa anak-anak ASD dengan
Ibu bapa kanak-kanak ASD sangat menawarkan khidmat mereka. Kumpulan
memerlukan sokongan keluarga besar, sokongan yang lebih aktif mungkin boleh
daripada adik beradik mereka serta keluarga dibangunkan bagi memberi sokongan emosi
terdekat. Mereka akan lebih kuat untuk dan moral kepada ibu bapa ini.
menghadapi ujian ini jika dapat “bersandar”
kepada keluarga besar. Sekali-sekala mereka
memerlukan masa untuk diri sendiri dan Rumusan
menyerahkan tugas menjaga kepada ahli-ahli
keluarga yang sudi mengambil alih, walau
pun sebentar sahaja. Sokongan daripada
Secara keseluruhannya, dapatlah
suami juga sangat penting bagi ibu kanak-
disimpulkan bahawa menjaga anak ASD
kanak ASD. Perkahwinan yang harmoni akan
bukanlah satu perkara yang mudah kerana
lebih memudahkan proses penjagaan. Jika
terdapat pelbagai tingkah laku agresif dan
suami memahami bebanan isteri yang
hiperaktif kanak-kanak ini yang begitu
menjaga seorang diri serta boleh saling
mencabar untuk diuruskan. Cabaran ini
bekerjasama, ia tentunya akan meringankan.
diburukkan lagi apabila masyarakat tidak
Tekanan penjagaan tentunya sangat
memahami dan memberikan sokongan. Isu
memuncak jika suami sendiri tidak dapat
kewangan juga menambah tekanan ibu bapa
menerima keadaan anak yang disahkan
apabila tiada pihak yang boleh membantu
mengalami autism. Ada suami yang sering
meringankan bebanan mereka dalam
menyalahkan isteri kerana kelainan anak
mendapatkan rawatan untuk anak-anak ASD.
mereka. Tidak kurang juga yang terus
Oleh itu, sudah sampai masanya ahli
menghukum atau memburukkan keturunan
masyarakat, pekerja sosial, pihak pelaksana
pasangan masing-masing, kerana
dan NGO memberikan perhatian kepada ibu
menganggap ia diwarisi daripada keturunan.
bapa anak-anak ASD. Semua pihak perlu
memainkan peranan tersendiri untuk
Justeru, kajian mendapati begitu banyak
memberi bantuan dan sokongan kepada
isu dan cabaran yang sedang dihadapi oleh
mereka. Cabaran dan kesukaran mereka perlu
ibu bapa kanak-kanak ASD. Mereka perlu
dirasai bersama supaya bebanan mereka
diberikan perhatian oleh semua kumpulan
dapat dikurangkan.
masyarakat. Mereka tidak boleh dibiarkan
sendirian mengurus dan membesarkan anak-
anak kelainan upaya tersebut. Keprihatinan
dan pemahaman daripada masyarakat sangat
Jurnal Psikologi Malaysia 32 (1) (2018): 58-71 ISSN-2289-8174 70

Rujukan Intellectual & Developmental


Disability, 27(3), 149–160.
American Psychiatric Association (2013). Heiman, T. (2002). Parents of Children with
Diagnostic and statistical manual of Disabilities: Resilience, Coping, and
mental disorders (5th Ed.). Arlington, Future Expectations. Journal of
VA: American Psychiatric Publishing. Developmental and Physical
Braun, V. & Clarke, V. (2006). Using Disabilities, 14(2), 159-171.
Thematic Analysis in Psychology. Kanne, S.M. & Mazurek, M.O. (2011).
Qualitative Research in Psychology, Aggression in children and adolescents
3(2), 77-101. with ASD: prevalence and risk factors.
Center for Disease Control [CDC]. (2013). Journal of Autism Developmental
Autism spectrum disorder (ASDs): Disorder, 41(7), 926-937. doi:
Facts about ASDs. Retrieved from: 10.1007/s10803-010-1118-4.
http://www.cdc.gov/ncbddd/autism/fac Lecavalier, L., Leone, S., & Wiltz, J. (2006).
ts.html The impact of behavioural problems on
Diagnostic and Statistical Manual of Mental caregivers stress in young people with
Disorders Fifth Edition, DSM-5 (2013). ASD. Journal of Intellectual Disability,
Retrieved from: 50(3), 172-183.
http://dsm.psychiatryonline.org/doi/bo McCarthy, J. (2007). Children with autism
ok/10.1176/appi.books.978089042559 spectrum disorders and intellectual
6 disability. Current Opinion in
Dyson, L. L. (1997). Families of young Psychiatry, 20(5), 472–476.
children with handicaps: Parental stress Murphy, C.M. & Verden C.E.
and family functioning. American (2013). Supporting families of
Journal on Mental Retardation, 95(6), individuals with autism spectrum
623- 629. disorders: developing a university-
Gabriels, R. L., Cuccaro, M. L., Hill, D. E., based respite care program. Journal of
Ivers, B.J. & Goldson, E. (2005). Positive Behavior Interventions, 15(1),
Repetitive behaviours in autism: 16–25.
relationship with associated clinical Parish, S.L., Seltzer, M.M., Greenberg, J.S.,
features. Research in Developmental & Floyd, F.J. (2004). Economic
Disabilities, 26(2), 169-181. implications of caregiving at midlife:
Hall, H.R. (2012). Families of children with Comparing parents of children with
autism: behaviors of children, developmental disabilities to other
community support, and coping. Issues parents. Mental Retardation, 42, 413–
in Comprehensive Pediatric 426.
Nursing, 35(2), 111–132. Paul, R. & Kimberly, G. (2011).
Hall, H. R., & Graff, J. C. (2011). The Development of language and
relationships among adaptive communication. In: Hollander E,
behaviors of children with autism, Kolevzon A; Coyle, JT. Textbook of
family support, parenting stress, and autism spectrum disorders. Arlington:
coping. Issues in comprehensive American Psychiatric Publishing, pp.
pediatric nursing, 34(1), 4-25. 147-158.
Hastings, R.P. (2002). Parental stress and Pisula, E. (2007). A comparative study of
behaviour problems of children with stress profiles in mothers of children
developmental disability. Journal of with autism and those of children with
71

Down syndrome. Journal of Applied


Research in Intellectual Disabilities,
20, 274-278.
Rozmi Ismail (2013). Metodologi
Penyelidikan: Teori dan Praktis.
Selangor: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Torrance, J. (2003). Autism, Aggression,
and Developing a Therapeutic
Contract. American Journal of Dance
Therapy, 25(2), 97–109.
Utusan Online (2013). Bantu kanak-kanak
autism berjaya. Dipetik daripada
http://www.utusan.com.my/gaya-
hidup/keluarga/bantu-kanak-kanak-
autisme-berjaya-1.377222, pada 1
Oktober 2017.

You might also like