Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

SKEMA JAWAPAN : MODUL LMC

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN & PENULISAN

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
C D A A A B B A B A

11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
B D D C D D D D C C

Soalan 21

(a) Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-ayat di
bawah.

untuk setelah supaya daripada


ketika hingga dengan terhadap

(i) terhadap
Kasih sayang Nurul Amalenna _______________ kedua-dua ibu bapanya tidak pernah
luntur dan berbelah bahagi. nggam

(ii) hingga
Kakak saya menyiapkan kerja sekolahnya _______________ pukul 12:00 tengah malam
pada setiap hari persekolahan. nggam

(iii) Mak Cik Munah terpaksa menggadaikan barang kemasnya _______________


untuk menyara
persekolahan kelima-lima orang anaknya. nggam

(iv) Keropok Lekor Losong memang sudah terkenal keenakan rasanya kerana keropok itu
daripada
diperbuat _______________ ikan yang segar.
nggam [4 markah]
LATIHAN MASA CUTI - MAC 2020 2 BAHASA MELAYU : 011 & 012

(b) Nyatakan betul atau salah bagi ayat-ayat di bawah.

Contoh:
Cikgu Nurul Aida selalu menggunakan bahasa yang sopan ketika betul
berbicara dengan ibu bapa murid.

(i) Jalan raya ke kampung saya sedang diperlebarkan oleh pekerja


salah
Syarikat Belati Wangsa Sendirian Berhad.

(ii) Ustaz Azam menghadiahkan seutas rantai emas kepada isterinya


betul
sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

(iii) Cikgu Johari dan isterinya berjoging di Padang Speddy, Teluk


salah
Intan di waktu petang hari Sabtu dan Ahad.

[3 markah]

Soalan 22

(a) Tandakan ( √ ) bagi penjodoh bilangan yang paling sesuai.

(i)
papan

jambak √
longgok

(ii)
utas

bentuk

pasang √

[2 markah]

(b) Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar dan pernyataan di bawah.

Pasangan pengantin baharu yang sedang bersanding di atas pelamin itu sama cantik, sama padan
bagai pinang dibelah dua / bagai cincin dengan permata.
seperti kata peribahasa __________________________________________________________
_____________________________________________________________________________.
[2 markah]

[Lihat halaman sebelah


011 / 012 © 2020 Haji Md. Ramli Sabran - GC Bahasa Melayu MODUL LMC - MAC 2020
LATIHAN MASA CUTI - MAC 2020 3 BAHASA MELAYU : 011 & 012

Soalan 23
(a) Tulis ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan untuk melengkapkan dialog di
bawah.

Nur Fadhilah : Opah, berapa lamakah masa yang diambil untuk menyiapkan sehelai
________________________________________________________________
(Cucu)
tikar mengkuang ini?
________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Teliti maklumat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat yang lengkap.
(i) Di manakah Pesta Buah-buahan Tempatan itu akan diadakan?
Dataran Menara Condong, Teluk Intan, Perak.
______________________________________________________________________
[1 markah]

(ii) Pada pendapat kamu, mengapakan Pesta Buah-buahan Tempatan itu diadakan pada
awal tahun 2020? Berikan alasan yang munasabah.
Pada pendapat saya, Pesta Buah-buahan Tempatan itu diadakan pada awal tahun
______________________________________________________________________
2020 kerana pada masa itu musim buah-buahan tempatan yang sedang berbuah lebat
______________________________________________________________________
sudah masak serta boleh dinikmati oleh orang ramai.
______________________________________________________________________
[3 markah]

Soalan 24
Teliti iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat yang lengkap.

(a) Siapakah yang layak menyertai program Memasak Makanan Sihat dan Berkhasiat?
Program Memasak Makanan Sihat dan Berkhasiat tersebut boleh disertai oleh kaum ibu
_________________________________________________________________________________________
dan golongan beliawanis atau remaja perempuan.
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Pada pendapat kamu, apakah aktiviti lain yang dapat meningkatkan tahap kesihatan serta
kesejahteraan penduduk kampung?
Pada pendapat saya, aktiviti lain yang dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan
_________________________________________________________________________________________
penduduk kampung ialah ceramah kesihatan serta pemeriksaan kesihatan percuma bagi
_________________________________________________________________________________________
penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan penyakit gaut.
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

[Lihat halaman sebelah


011 / 012 © 2020 Haji Md. Ramli Sabran - GC Bahasa Melayu MODUL LMC - MAC 2020
LATIHAN MASA CUTI - MAC 2020 4 BAHASA MELAYU : 011 & 012

Soalan 25

(a) Kuih baulu terdiri daripada tiga jenis iaitu _______________________________________


baulu cermai, baulu lapis dan baulu gulung.
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(b) Mengapakan kuih baulu lapis dan kuih baulu gulung agak sukar didapati di pasar raya atau
di kedai-kedai runcit?
Kuih baulu lapis dan baulu gulung agak sukar didapati di pasar raya atau di kedai-kedai
_________________________________________________________________________________________
runcit kerana kuih ini perlu ditempah terus daripada pembuat kuih tradisional tersebut.
_________________________________________________________________________________________
(terima jawapan yang sesuai) ...
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Pada pendapat kamu selain dijadikan juadah atau makanan, apakah satu kegunaan lain bagi
kuih baulu tersebut?
Pada pendapat saya, selain dijadikan juadah atau makanan, satu kegunaan lain bagi kuih
_________________________________________________________________________________________
baulu tersebut ialah boleh dijadikan cenderamata kepada tetamu yang hadir dalam majlis
_________________________________________________________________________________________
perkahwinan oleh tuan rumah. (terima jawapan yang sesuai) ...
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(d) Kuih baulu harus dipelihara agar tidak luput dibawa arus kemodenan.
Berikan pendapat kamu.

Pada pendapat saya, kuih baulu harus dipelihara agar tidak luput dibawa arus kemodenan
_________________________________________________________________________________________
dengan cara meningkatkan mutu dan rasa kuih baulu ini agar dapat bersaing dengan kuih
_________________________________________________________________________________________
moden seperti roti dan kek serta memasarkannya secara meluas sama ada melalui media
_________________________________________________________________________________________
masa atau melalui jaringan Internet. (terima jawapan yang sesuai) ...
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah


011 / 012 © 2020 Haji Md. Ramli Sabran - GC Bahasa Melayu MODUL LMC - MAC 2020
LATIHAN MASA CUTI - MAC 2020 5 BAHASA MELAYU : 011 & 012

BAHAGIAN A

1. Pemandu dan penumpang kereta mesti memakai tali pinggang keledar semasa menaiki kereta.

2. Penunggang dan pembonceng motosikal perlu memakai topi keledar untuk keselamatan diri.

3. Kita mestilah memberhentikan kenderaan yang dipandu ketika lampu isyarat berwarna merah.

4. Orang ramai hendaklah menggunakan laluan pejalan kaki semasa melalui jalan yang sibuk.

5. Pejalan kaki perlulah menoleh ke kiri dan ke kanan terlebih dahulu sebelum melintas jalan.

BAHAGIAN B

Pasar Malam Seksyen 18, Shah Alam menjadi tumpuan kerana pelbagai keperluan harian dijual
di sini. Misalnya, kita boleh membeli lauk-pauk seperti daging ayam, daging lembu, daging
kambing, dan pelbagai jenis hasil laut seperti ikan, udang, sotong dan ketam.
Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatkan makanan atau juadah kegemaran
masing-masing di pasar malam ini seperti ayam percik, sate, jagung madu bakar, dan lain-lain
lagi. Seterusnya, keadaan persekitaran pasar malam ini bersih, keadaan ini juga memungkinkan
pembeli dapat membeli-belah dengan selesa serta dapat menarik hati para pengunjung.
Kesimpulannya, pelbagai jenis barang seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan
daging lembu yang dijual di sini segar-segar belaka. Harganya juga amat berpatutan dan lebih
murah daripada tempat-tempat lain. Segala-galanya menawan dan menambat hati orang ramai
untuk berkunjung semula ke Pasar Malam Seksyen 18, Shah Alam ini.

[Lihat halaman sebelah


011 / 012 © 2020 Haji Md. Ramli Sabran - GC Bahasa Melayu MODUL LMC - MAC 2020
LATIHAN MASA CUTI - MAC 2020 6 BAHASA MELAYU : 011 & 012

BAHAGIAN C

Soalan 1

BAHAGIAN C (1) - KERANGKA (KARANGAN JENIS FAKTA)

 Info penyebar maklumat, pantas – televisyen, radio, akhbar – masyarakat bermaklumat


 Idea 1 maklumat disebar luaskan – satelit, bidang komunikasi – cepat menerima maklumat
 Idea 2 sebagai media pengiklanan – tawarkan produk, perkhidmatan – pasaran yang mudah
 Idea 3 erat hubungan kekeluargaan – menonton, membaca – memberi maklumat berguna
 Idea 4 maklumat diawasi, ditapis – penggunaan Internet – maklumat luas, tanpa sempadan
 Penutup alat penyalur maklumat – sebagai pengguna bijak – ganggu gugat kestabilan negara

MEDIA MASSA PENYEBAR MAKLUMAT

Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi, peranan media massa sangat penting
sebagai alat perhubungan yang mudah, murah dan berkesan. Media massa merangkumi
televisyen, radio, surat khabar, majalah dan Internet. Kesemua alat media massa ini
mempunyai peranan tersendiri dalam usaha membentuk masyarakat bermaklumat dan
berilmu pengetahuan.
Melalui media massa, maklumat serta ilmu pengetahuan disebar luaskan semaksimum
yang mungkin. Satelit yang kita miliki telah meletakkan negara kita Malaysia sebaris
dengan negara maju dalam bidang komunikasi. Oleh sebab itu, kita dapat menerima berita
atau maklumat sama ada di dalam dan di luar negara dengan tempoh masa yang singkat.
Bidang pengiklanan merupakan cabang media massa yang sangat penting. Iklan yang
disiarkan di kaca televisyen, radio dan surat khabar memudahkan orang ramai mengetahui
sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Justeru, mudahlah untuk memasarkan
produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kerana maklumat berada di hujung jari sahaja.
Di samping itu, televisyen dan surat khabar juga memainkan peranan dalam
mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Hal ini dapat dilihat apabila semua anggota
keluarga berkumpul di rumah menonton dan membaca bersama-sama. Rancangan
televisyen yang berinformasi, berunsur hiburan dan pendidikan dapat memberi maklumat
yang berguna kepada penontonnya.
Namun begitu, kepesatan media massa menyalurkan maklumat kepada orang ramai
wajar diawasi dan ditapis oleh pihak berkuasa. Penggunaan Internet dalam kalangan
murid sekolah perlu dipantau dan diawasi. Perkara ini perlu diberi perhatian kerana
penerokaan di Internet begitu luas, tiada sekatan untuk melayari mana-mana laman
sesawang yang diinginkan.
Kesimpulannya, media massa merupakan alat penyalur maklumat yang utama kepada
orang ramai. Namun, sebagai pengguna maklumat yang bijak dan beretika, kita wajib
menapis dan mengutip maklumat yang benar dan tepat bagi mengelakkan sebarang diayah
yang boleh mengganggu gugat kestabilan dan keamanan negara kita. Jadilah pengguna
Internet yang bijak dan bermaruah serta beretika.

[Lihat halaman sebelah


011 / 012 © 2020 Haji Md. Ramli Sabran - GC Bahasa Melayu MODUL LMC - MAC 2020
LATIHAN MASA CUTI - MAC 2020 7 BAHASA MELAYU : 011 & 012

BAHAGIAN C

Soalan 2

BAHAGIAN C (2) - KERANGKA (KARANGAN JENIS BERITA)

 Format tempat peristiwa, tarikh – tajuk berita yang ditulis – mesti dinyatakan, tepat dan jelas
 Idea 1 pesta buah-buahan tempatan – idea, mengadakannya – kejayaan pesta tahun lepas
 Idea 2 pertandingan hasil buah – pertandingan makan buah durian – membeli harga murah
 Idea 3 promosi hasil tani – disertai oleh semua daerah – buah-buahan, kebanggaan daerah
 Idea 4 tarikan kepada pelancong – keenakan rasa buah-buahan – pesta terbesar dianjurkan
 Penutup pekebun dipelawa menyertai – memasarkan buah-buahan – menambah pendapatan

JOM MAKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN

BALING, 1 Januari – Sempena kempen tahun melawat Kedah 2020. Kerajaan negeri
sedang menganjurkan pesta “Jom Makan Buah-buahan Tempatan” secara besar-besaran
pada tahun ini. Pesta ini akan diadakan di Tapak Pesta Pasar Tani Baling. Kedudukan
tapak pesta ini agak strategik kerana bersebelahan dengan Pejabat Pertanian dan Asas
Tani, Baling.
Pesta ini akan dilangsungkan pada awal bulan Januari sempena musim buah-buahan
di negeri Kedah, khasnya di daerah Baling. Cetusan idea bagi mengadakan pesta Jom
Makan Buah-buahan Tempatan ini setelah pihak kerajaan mendapati pesta buah-buahan
tahun lepas berjaya mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada orang
ramai. Lebih 50,000 penduduk setempat mengunjungi tapak pesta sepanjang tempoh
seminggu pesta Jom Makan Buah-buahan Tempatan diadakan.
Semasa pesta itu nanti, pertandingan hasil buah-buahan yang berdaya saing dari segi
pasaran dan pemasaran global oleh para petani turut diadakan. Para pengunjung juga
berpeluang menyertai pertandingan makan buah durian. Di samping itu, para pengunjung
juga dapat membeli buah-buahan seperti durian, rambutan, manggis. dukung, salak, mata
kucing dan cempedak dengan harga yang murah.
Para pemilik dusun buah-buahan berpeluang mempromosikan produk hasil tani
masing-masing semasa pesta itu nanti. Pesta ini lebih meriah kerana disertai sebelas
daerah yang terdapat di negeri Kedah. Para petani yang mengambil bahagian akan
mempromosikan buah-buahan tempatan yang terbaik dan istimewa yang menjadi
kebanggaan di daerah mereka.
Selain itu, pesta ini diharapkan dapat menarik pelancong dari dalam dan dari luar
negara. Mereka juga berpeluang menikmati keenakan buah-buahan tempatan. Pesta ini
merupakan pesta buah-buahan yang terbesar yang pernah dianjurkan di negeri Kedah.
Sehubungan dengan itu, pekebun-pekebun kecil buah-buahan dipelawa menyertai
pesta buah-buahan ini bagi memperkenalkan hasil tani mereka. Mereka dapat memasarkan
hasil tani secara terus kepada orang ramai. Peluang keemasan ini juga dapat menambah
pendapatan dan meningkatkan ekonomi keluarga para petani.

[Lihat halaman sebelah


011 / 012 © 2020 Haji Md. Ramli Sabran - GC Bahasa Melayu MODUL LMC - MAC 2020

You might also like