Masalah Pendengaran

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 30

PKU 1044

HIDUP BERKUALITI UNTUK

TAJUK :
MASALAH PENDENGARAN

DISEDIAKAN OLEH:
N.VEENOSHINI
S.DASHWINI
PRA-PISMP
SEM 2
Tajuk 1 :
MASALAH PENDENGARAN

1.1 Definisi dan konsep

Klasifikasi Kanak-Kanak
Masalah Pendengaran
a) Masalah Pendengaran Konduktif

❑ Masalah pendengaran yang berlaku akibat daripada


wujudnya gangguan, halangan atau pun kerosakan pada
bahagian telinga luar sahaja.

❑ Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini akan


mengalami tahap kehilangan pendengaran dalam kategori
biasa (kurang 20 dB), ringan (21-45dB) dan sederhana
(46-69dB).

❑ Ciri-ciri kanak-kanak ini ialah boleh mendengar


sebahagian bunyi pertuturan yang orang lain tuturkan,
mendengar suara mereka sendiri dan suara orang lain.
Antara punca masalah ini ialah :
a) halangan di dalam saluran telinga luar akibat
daripada pengumpulan serumin (tahi telinga) yang
terlalu banyak atau sekatan benda asing
b) kemalangan yang menyebabkan kerosakan pada
gegendang telinga
c) ketumbuhan tetulang halus (otosklerosis) pada
stapes (struktur di bahagian telinga tengah)
d) jangkitan kronik yang berlaku terhadap lapisan kulit
telinga luar atau dalam telinga yang dikenali sebagai
Otitis External dan Otitis Media
b) Masalah Pendengaran Sensori Neural (Saraf)

▪ disebabkan oleh kerosakan yang berlaku di bahagian


telinga dalam dan saraf pendengaran.

▪ Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini akan


mengalami tahap kehilangan pendengaran dalam kategori
teruk ( 71 dB hingga 90dB) dan sangat teruk (91dB ke
atas).

▪ Ciri-ciri kanak-kanak ini ialah tidak boleh mendengar


bunyi-bunyi pertuturan langsung, hanya mendengar
bunyi-bunyi yang kuat sahaja, kerap menghasilkan nada
suara yang tinggi dan bunyi-bunyi pertuturan yang tidak
difahami.
Antara puncanya ialah:

a) jangkitan kepada janin semasa di dalam kandungan, berlaku


semasa kelahiran dan berlaku selepas kelahiran. Jangkitan
kepada janin semasa di dalam kandungan disebabkan oleh
jangkitan virus (ibu menghidap penyakit rubella semasa 3
bulan pertama mengandung), penyakit kelamin dan kesan
pengambilan dadah.
b) semasa kelahiran, bayi yang tidak cukup bulan menghadapi
kekurangan oksigen dan demam kuning.
c) selepas kelahiran disebabkan oleh meningitis, faktor
ketuaan, penyakit meniere, pengambilan bahan beracun dan
bunyi bising yang sangat kuat secara berterusan.
Antara puncanya ialah:

a) jangkitan kepada janin semasa di dalam kandungan, berlaku


semasa kelahiran dan berlaku selepas kelahiran. Jangkitan
kepada janin semasa di dalam kandungan disebabkan oleh
jangkitan virus (ibu menghidap penyakit rubella semasa 3
bulan pertama mengandung), penyakit kelamin dan kesan
pengambilan dadah.
b) semasa kelahiran, bayi yang tidak cukup bulan menghadapi
kekurangan oksigen dan demam kuning.
c) selepas kelahiran disebabkan oleh meningitis, faktor
ketuaan, penyakit meniere, pengambilan bahan beracun dan
bunyi bising yang sangat kuat secara berterusan.
c) Masalah Pendengaran Bercampur

melibatkan kehilangan pendengaran konduktif dan sensori neural.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini akan mengalami tahap


kehilangan pendengaran dalam kategori teruk ( 71 dB hingga 90dB) dan
sangat teruk (91dB ke atas). Mereka mengalami kehilangan pendengaran
di kedua-dua bahagian telinga.

Ciri-ciri kanak-kanak ini ialah tidak boleh mendengar bunyi-bunyi


pertuturan biasa, hanya mendengar bunyi-bunyi yang sangat kuat sahaja
dan mengalami kehilangan pendengaran yang sangat teruk.

❖ Punca-punca masalah merujuk semula kepada kerosakan yang berlaku


dalam masalah pendengaran konduktif dan sensori neural.
Tahap Kehilangan pendengaran

Tahap Kehilangan
Desibel (dB) Pendengaran

0-20 dB Normal

21- 40 dB Ringan

41-70 dB Sederhana

71-90 dB Teruk

91 dB ke atas Sangat Teruk


• Kebolehan dan Keperluan yang Berbeza

Menurut Gregory, Silo & Callow (1995), Clark (1999), kanak-kanak yang mengalami masalah
pendengaran juga menunjukkan kelainan dalam beberapa aspek yang lain, contohnya :

a) Kurang memberi perhatian

Kanak-kanak ini tidak terkejut dengan bunyi yang kuat, mungkin tidak mengalih pandangan ke
arah sumber bunyi, tidak cuba meniru bunyi yang didengar pada usia 12 bulan dan tidak
mengalihkan pandangan kea rah sumber bunyi.

b) Sukar mengikut arahan

Mereka sukar mengikut arahan lisan, lebih kerap bertanya, minta ulang arahan, sukar faham
arahan mudah dan tidak member perhatian kepada arahan atau pertanyaan guru.

c) Memerlukan bantuan daripada rakan-rakan

Mereka suka menangguhkan tugasan yang diberi, gemar memerhati dan seterusnya meniru
tingkah laku rakan-rakannya kerana sukar mendengar arahan guru, lebih suka mendiamkan diri
kerana sukar memahami apa yang disampaikan.
d) Cara Percakapan yang Janggal

Mereka tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul, kadang


kala sebutan mereka tidak dapat difahami dan kebanyakan bunyi
konsonan di dalam perkataan ditinggalkan (pertuturan mengandungi
bunyi-bunyi vokal sahaja).

e) Personaliti

Mereka sering dilabel sebagai kanak-kanak yang degil kerana tidak


mengikut kata, malas membuat kerja yang diarahkan, cuba menyampuk
perbualan, memperkatakan sesuatu di luar topik perbincangan, sering
berangan-angan di dalam kelas ataupun dilabel sebagai budak nakal
kerana selalu mengalihkan perhatian apabila diajukan soalan oleh guru.
• Kaedah Komunikasi

Terdapat beberapa kaedah komunikasi yang telah digunakan di Malaysia untuk


mengajar kanak-kanak masalah pendengaran.

a) Kaedah Oral

Pada peringkat permulaan pendidikan khas pekak, kaedah oral telah digunakan
dan Sekolah Pekak Persekutuan Pulau Pinang adalah sekolah pertama yang
menggunakan kaedah ini (Chua 1976).

Chua (1980), dalam kaedah oral, pengajaran dilakukan dengan menggunakan


pertuturan, bacaan bibir dan tulisan. Greenberg et al. (Bee 1995) menyatakan
bahawa jika penekanan hanya ditumpukan kepada bahasa lisan semata-mata,
pelajar pekak akan menghadapi kesukaran bertutur atau membaca berbanding
jika mereka diajar bahasa isyarat, bacaan bibir dan lisan pada masa yang sama.
Walau bagaimanapun, kaedah ini hanya digunakan di Malaysia sehingga tahun
1977 (Munirah, 1987).
b) Komunikasi Seluruh

Kaedah Komunikasi Seluruh (KS) telah mula diperkenalkan di Maryland


School Frederick, Amerika Syarikat. Pada tahun 1978, Kaedah
Komunikasi Seluruh telah diperkenalkan di Malaysia (Tan 1981 ;
Abdullah 1994). Kaedah Komunikasi Seluruh adalah satu kaedah yang
menggunakan residual pendengaran melalui alat bantu dengar di samping
mengukuhkan dengan menggunakan isyarat. Kaedah ini turut
menggunakan beberapa teknik seperti gerak geri, percakapan, ejaan jari,
membaca gerak bibir, membaca dan menulis.

Di Malaysia, kaedah ini menggabungkan komponen penggunaaan bahasa


isyarat (contoh:Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM), ejaan jari, gerak
badan, mimik muka, bacaan bibir serta pertuturan secara serentak semasa
berinteraksi dengan kanak-kanak bermasalah pendengaran.
c) Pertuturan Kiu

Kaedah ini telah diasaskan oleh Dr Orin Cornett yang berasal dari Amerika
Syarikat pada tahun 1967 (Patsy 1995). Pertuturan Kiu (PK) mula digunakan
pada tahun 1992. Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Alam Shah, Petaling
Jaya merupakan sekolah pertama menggunakannya. PK adalah gabungan
oral-aural sebutan struktur suku kata dan sebutan biasa.(clear visual
representation of language). PK ini menggunakan lapan bentuk tangan dan
tiga kedudukan tangan. Dalam PK, pergerakan tangan digunakan bagi
membezakan bunyi. Tangan digerakkan hampir dengan muka penutur yang
tidak merupakan isyarat tetapi adalah cara untuk mengidentifikasikan
bunyi-bunyi fonem distingtif. Patsy (1995) menyatakan bahawa kajian lalu
turut menyatakan bahawa PK sangat sesuai sebagai alat untuk mengajar
pelajar pekak bertutur sebaliknya kurang sesuai sebagai alat untuk
menguasai bahasa.
d) Auditori – Verbal

Dalam kaedah ini, bahasa pertuturan berkembang melalui


pendengaran. Oleh itu, ia merupakan kaedah yang sesuai
untuk digunakan oleh kanak-kanak yang mula belajar
mendengar. Kartini Ahmad (1997) menyatakan bahawa
pendekatan ini adalah satu pendekatan untuk pelajar pekak
menggunakan pendengaran mereka sama ada dengan
menggunakan alat bantu dengar atau pun melalui cochlear
inplant untuk belajar bertutur dan belajar bahasa. Di negara
kita, kaedah ini masih baru dan memerlukan tenaga sokongan
yang mantap untuk menjayakannya.
• Komuniti Pekak

✔ Sesiapa sahaja yang biasa dengan bahasa isyarat dan budaya


pekak dan bukan sahaja mereka yang mengalami
kehilangan pendengaran.
✔ Antara individu-individu yang terlibat merangkumi mereka
yang bermasalah pendengaran, ibubapa kepada individu
yang bermasalah pendengaran, adik beradik kepada
individu yang bermasalah pendengaran, anak kepada orang
dewasa yang pekak (children of deaf adults – CODA),
pelajar bahasa isyarat, juru bahasa isyarat, pendidik atau
guru kepada pelajar pekak dan organisasi-organisasi yang
member sokongan kepada orang pekak.
• Budaya Pekak

dianggap sebagai budaya sekiranya memenuhi syarat-syarat


berikut iaitu berbeza dari aspek linguistik yang melibatkan
penggunaan bahasa isyarat, individu-individu mempunyai
kemahiran dalam bahasa isyarat dan satu bahasa lain seperti
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lain-lain pada tahap yang
berbeza-beza serta sentiasa beredar antara budaya pekak dan
budaya hearing.
Mengikut pandangan ahli komuniti pekak, budaya orang pekak
dapat diwarisi kepada generasi muda pekak apabila mereka
didedahkan kepada dunia orang pekak.
▪ Contohnya, bahasa isyarat dan budaya orang pekak perlu
diajar lebih awal supaya kanak-kanak pekak dapat membesar
dengan sempurna.
1.2 Pandangan Tentang Kepekakan

a) Menurut Perspektif Islam

• setiap anak yang lahir itu adalah kurniaan Allah kepada kedua
ibubapanya, baik anak itu dilahirkan sempurna, mahupun sebaliknya.
Kurniaan ini pula bukanlah diberi begitu sahaja, sebaliknya dengan
segala tanggungjawab dan amanah yakni untuk membesarkan anak itu
agar menjadi manusia yang berguna kepada keluarga, agama dan
masyarakatnya. Jadi, sama ada anak itu sempurna mahupun tidak,
tanggungjawab membesar dan mendidik mereka masih terletak di bahu
kedua ibubapa.
• anak juga merupakan ujian kepada kedua orang tuanya, untuk melihat
ketaqwaan serta keimanan mereka. Ini disebut dalam al-Quran, pada
ayat 28 Surah al-Anfaal yang bermaksud, “Dan ketahuilah bahawa
harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan
sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.”
• Tanggungjawab terhadap anak itu perlu dilaksanakan sama
seperti anak-anak lain dengan memberi makan-minun, pakai dan
tempat tinggal yang selesa, memberi perhatian yang sewajarnya,
pendidikan serta bimbingan. Satu perkara yang perlu diingat
ialah anak kurang upaya memerlukan perhatian yang lebih dari
anak normal kerana jiwa mereka yang lebih sensitif. Mereka juga
perlu diberi pendidikan agama kerana walaupun cacat, mereka
tetap perlu menjadi seorang Muslim yang baik.

• ilmu agama ini akan memudahkan mereka menerima hakikat


kelahiran yang sedemikian rupa. Ibubapa juga perlu memberikan
motivasi kepada anak-anak ini agar tidak berputus asa dalam
menghadapi hidup.
b) Menurut Perspektif Perubatan

Ia merupakan satu penyakit yang perlu diubati, satu


kehilangan atau kekurangan besar, menjalankan kehidupan
yang serba kekurangan, tidak mempunyai bahasa dan bukan
satu budaya

c) Menurut Perspektif Budaya

Ia merupakan satu budaya yang boleh dibanggakan,


mempunyai kelebihan sebagai orang pekak, boleh
menjalankan kehidupan harian yang biasa dengan
sempurna, mempunyai bahasa isyarat dan mempunyai
budaya sendiri
1.3 Ahli-Ahli dalam Komuniti Pekak

a) Orang Pekak yang Menggunakan Bahasa Isyarat untuk


Berkomunikasi

• Orang pekak mempunyai hak berbahasa sendiri dan pernyataan hak ini
dinyatakan menerusi The Salamanca Statement, Un Standard Rule on
Equal Opportunity and Participation for the Disabled Person, agenda of
Action, UNESCAP Decade for the Disabled Person, dan Biwako
Framework of Action.
• Bahasa isyarat merupakan bahasa yang digunakan oleh orang pekak
untuk berkomunikasi secara visual antara satu sama lain. Dalam sistem
bahasa isyarat, orang pekak menggunakan pergerakan tangan, badan dan
ekspresi muka untuk menyampaikan sesuatu maksud, pandangan, idea
dan sebagainya manakala menggunakan deria penglihatan untuk
menerima dan memahami maksud isyarat tersebut.
• Bahasa yang menggunakan sistem komunikasi manual dan bukannya untuk
menyampaikan mesej secara serentak iaitu dengan menggabungkan bentuk
tangan, orientasi dan pergerakan tangan, lengan atau badan serta ekspresi muka
untuk menyampaikan pemikiran seseorang penutur ini telah diperkenalkan
dalam komuniti pekak yang terdiri daripada jurubahasa, rakan-rakan dan
keluarga orang pekak termasuklah orang pekak itu sendiri. Di mana terdapat
komuniti orang pekak, di situlah bahasa isyarat digunakan.

• Bahasa isyarat yang diguna pakai oleh populasi pekak berbeza mengikut
negeri dan budaya masyarakat. Justeru itu, Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)
mula diperjuangkan untuk dijadikan bahasa rasmi komuniti pekak di
Malaysia. BIM merupakan bahasa visual yang setaraf dengan bahasa Melayu
atau bahasa Inggeris dalam konteks kehidupan orang pekak. BIM juga
merupakan bahasa isyarat ‘natural’ yang dibentuk oleh orang pekak sendiri
atas faktor-faktor seperti komunikasi orang pekak dalam kehidupan harian dan
budaya orang pekak.
b) Ahli Keluarga Orang Pekak yang Mengguna Bahasa Isyarat

❑ Menurut Abdullah dan Che Rabiaah (2004), dalam proses pemerolehan bahasa
kanak-kanak pekak dan yang mendengar, kanak-kanak tersebut terlebih dahulu
menggunakan ‘bahasa isyarat badan’ sebelum bertutur. Mereka juga terlebih
dahulu memperoleh kemahiran semantik (makna) terhadap bahasa yang
digunakan oleh keluarga sebagai alat komunikasi (Paul & Quigley, 1994,
Volterra & Erting, 1994).

❑ Bahasa isyarat yang digunakan oleh kanak-kanak pekak diperoleh sama ada
secara semula jadi melalui peniruan atau penerokaan. Para sarjana berpendapat
isyarat-isyarat ini tidak boleh dianggap sebagai ‘bahasa’ kerana tidak
memenuhi ciri-ciri sesuatu bahasa seperti ‘arbitrari’, ‘sistematik’,
‘berkomunikasi’, ‘berkembang’ dan ‘dipunyai’ (Paul & Quigley, 1994). Isyarat
yang terhasil ini terdiri daripada kod-kod yang tidak bersistem dan digunakan
dalam situasi tertentu yang dapat difahami oleh mereka yang berdekatan
dengannya sahaja. Isyarat ini juga dikenali sebagai ‘isyarat keluarga’
(Marschark, 1997).
c) Anak Pekak dan Bukan Pekak kepada Orang Dewasa yang Menggunakan
Bahasa Isyarat (Children of Deaf Adults – CODA)
❑ Orang pekak merupakan golongan minoriti dalam masyarakat turut membentuk
sebahagian daripada budaya pekak. Mereka mungkin merupakan anak kepada ibu
bapa yang pekak (Children of Deaf Adults – CODA) atau kanak-kanak normal
yang dibesarkan oleh ibu bapa atau penjaga yang merupakan golongan pekak.

d) Mereka yang Bukan Pekak Tetapi Menggunakan Bahasa Isyarat


termasuk Jurubahasa Isyarat
❑ Persekutuan Orang Pekak Malaysia, MFD (2007) telah menyenaraikan
beberapa bidang yang memerlukan khidmat jurubahasa isyarat sebagai
penghubung komunikasi. Antaranya ialah bidang pendidikan, kesihatan,
urusan rasmi, urusan mahkamah , urusan agama, politik dan kemasyarakatan.
Jurubahasa isyarat boleh terdiri daripada mereka mereka yang mendengar dan
juga orang pekak. Terdapat beberapa kategori jurubahasa bagi orang pekak
iaitu jurubahasa isyarat, jurubahasa Pengucapan Kiu, jurubahasa oral dan
jurubahasa pekak bisu. Umumnya, mereka ini terdiri daripada mereka yang
mempunyai pengetahuan tentang bahasa dan budaya orang pekak dan juga
budaya orang yang boleh mendengar.
1.4 Ciri-Ciri Budaya Pekak

a) Menggunakan Bahasa Isyarat Orang Pekak (BIOP) Sebagai Medium


Komunikasi Utama
• Menurut Abdullah dan Che Rabiah (2004), pendekatan ‘bahasa isyarat orang pekak’
(BIOP) ialah pendekatan yang menggunakan isyarat sebenar orang pekak dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada murid pekak yang menyampaikan bahasa
melalui isyarat sebenar orang pekak yang membabitkan pergerakan badan seperti
tangan, mimik muka dan kepala. BIOP sama taraf dengan bahasa lisan. Di Malaysia,
Persatuan Orang Pekak Malaysia menamakan bahasa isyarat orang pekak sebagai
‘Bahasa Isyarat Malaysia’ (BIM).

• Di Malaysia juga, komuniti orang pekak menggunakan BIM sebagai bahasa ibunda.
BIM merupakan bahasa isyarat ‘natural’ yang dibentuk oleh orang pekak sendiri atas
faktor-faktor seperti komunikasi harian dan budaya orang pekak. Bagi orang pekak
Malaysia, BIM dianggap bahasa tulen, bahasa ibunda dan bahasa istimewa mereka.
Sebagai contoh, jika mereka boleh bertutur dan mendengar, mungkin mereka
menggunakan bahasa seperti ini:
“ Awak sekolah di mana?” atau “Sekolah awak di mana?”
Tetapi jika mereka menggunakan isyarat, bahasa mereka boleh berbunyi begini :
“ Awak sekolah mana?” atau “ Sekolah mana awak?”
b) MenerimaKepekakan Sebagai Satu Komuniti yang Mempunyai
Budaya Tersendiri

Dari aspek bahasa di mana mereka mempunyai bahasa tersendiri iaitu


bahasa isyarat. Mereka menunjukkkan gaya tersendiri dan menarik ketika
berisyarat, contohnya, jika mereka berisyarat secara lemah lembut maka
mereka dilambangkan seorang yang lemah lembut.

Dari aspek personaliti, golongan pekak mempunyai isyarat nama


berdasarkan personaliti untuk panggilan kerana mereka tidak boleh
mendengar apabila namanya dipanggil. Dari aspek memilih pasangan dan
perkahwinan pula kebanyakan mereka suka berkahwin dengan golongan
mereka sendiri tetapi ada segelintir daripadanya berkahwin dengan
pasangan normal. Tentang hubungan persahabatan pula mereka sangat
akrab antara satu sama lain. Mereka sering akan menetapkan satu temujanji
untuk dapat bertemu dan dalam pertemuan itu, mereka akan bercerita
pelbagai hal untuk dikongsikan bersama.
Dari aspek pendidikan pula kebanyakan mereka
mempunyai ilmu pengetahuan seperti orang normal. Ada
antara mereka yang telah melanjutkan pelajaran ke
universiti dalam dan di luar negara, politeknik, IPGM,
kolej dan sebagainya. Ada segelintirnya berjaya
melanjutkan pelajaran ke peringkat PHD.

Dari aspek keagamaan, mereka mempercayai agama


masing-masing. Bagi orang pekak yang beragama islam,
mereka boleh membaca dan menghafal makna al-quran.
Ada antara mereka yang menjadi penggiat dakwah agama
islam.
c) Hidup Tanpa Bunyi

❖ Ketidakupayaan mendengar berkemungkinan besar tidak dapat disedari oleh


orang lain kerana golongan pekak memperlihatkan ciri-ciri fizikal yang tiada
bezanya dengan orang normal. Kekurangan ini hanya akan disedari oleh individu
lain apabila terdapat kelainan cara berbahasa, tidak dapat mendengar dengan
baik dan sukar menjawab secara lisan pertanyaan yang diajukan kepada mereka.

❖ Walaupun mereka hidup tanpa bunyi namun mereka boleh menggunakan kod
isyarat tangan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Contohnya, untuk
menunjukkan rasa hormat dengan cara memberi salam apabila berjumpa orang
lain dengan menggunakan kod isyarat tangan.

❖ Mereka juga boleh dibimbing untuk bijak mengawal perasaan dan dilarang untuk
bertindak agresif. Contohnya, mereka disarankan untuk meminta pandangan
individu yang boleh berbahasa isyarat untuk bertindak sebagai orang tengah bagi
meyelesaikan masalah atau tempat mereka untuk meluahkan rasa tidak puas hati
agar perasaannya itu dapat disampaikan oleh orang tengah kepada pihak tertentu.
d) Penggunaan Alat Visual dan Alat yang Bergetar

❑ Pemilihan bahan teknologi bantuan yang digunakan oleh golongan


pekak untuk meningkatkan tahap kefungsian mereka.
• Contoh penggunaan alat visual terdiri daripada bahan elektronik dan
bahan bukan elektorik.
• Contoh bahan elektronik ialah komputer, televisyen, kalkulator,
kamera, video dan alat komunikasi.
• Contoh bahan bukan elektronik pula ialah carta, kad gambar, slaid,
alat timbangan, alat pembilang, sempoa, alat pengukur dan
sebagainya.
• Alat yang bergetar pula melibatkan jam bergetar yang menggantikan
jam loceng, telefon dan sebagainya.

❑ Ciri-ciri peralatan perlu diambilkira . Antaranya ialah mudah guna,


boleh bertindak balas (interaktif), selamat digunakan, mudah ubah
suai, tahan lama, mesra alam, terkini dan berkesan
TERIMA
KASIH

You might also like