Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TAJUK

Menyediakan herbarium

TUJUAN

Untuk mengawet spesies tumbuhan herba

TEORI

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), herbarium bermaksud koleksi spesimen
tumbuh-tumbuhan yang dikeringkan yang disimpan dan diklasifikasikan secara sistematik.
Herbarium dihasilkan daripada spesimen tumbuhan yang telah matang, tidak diserang
penyakit atau mempunyai kecacatan fizikal yang lain. Istilah herbarium digunakan buat
pertama kalinya oleh Turnefor (1700) untuk tumbuhan ubatan yang dikeringkan sebagai
koleksi. Kenyataan ini menunjukkan bahawa herbarium amat penting dalam dunia sains dan
perubatan dan telah dipraktikkan sejak dulu lagi.

Herbarium yang dikeringkan dapat dijadikan sebagai bahan rujukan untuk


mentakrifkan taksonomi tumbuhan dan dijadikan sebagai sumber pencarian bahan genetik
bagi tujuan stok pengkulturan. Tag pada herbarium mengandungi segala informasi
mengenai spesies tersebut seperti habitat, nama tempatan, tabiat spesimen, warna bunga,
kegunaannya dan sebagainya. Informasi ini dapat menyediakan data untuk bidang botani
atau etnobotani. Herbarium juga membantu melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran subjek biologi baik di sekolah-sekolah mahupun di peringkat pengajian tinggi.
Spesimen yang telah dikeringkan lebih mudah dikendalikan dan diperoleh daripada
spesimen yang masih hidup.

Penghasilan herbarium perlu mengambil kira jenis spesimen. Awetan boleh


dilakukan secara kering ataupun basah. Organ tumbuhan yang berdaging seperti buah,
biasanya diawet secara basah manakala daun, batang dan akar diawet secara kering.
Terdapat beberapa teknik pengeringan kering yang boleh digunakan. “Antara teknik yang
popular dan tidak memerlukan kos yang banyak ialah pengeringan dalam buku, pengeringan
alat pengering buatan sendiri dan pengeringan menggunakan ketuhar gelombang mikro
(microwave oven)” (Whiston, 1993). Awetan basah biasanya dibuat dengan merendam
seluruh spesimen dalam larutan formalin 4%.
Kedua-dua cara penghasilan herbarium ini, baik secara kering atau basah, perkara
utama yang perlu dilakukan ialah membersihkan spesimen sebelum proses awetan
dimulakan. Proses pengawetan pula hendaklah dijalankan di tempat yang kering dan
selamat agar tidak mengganggu proses pengawetan. Herbarium akan kekal lama jika
disimpan di dalam bilik yang kering, gelap, sejuk dan bebas daripada perosak seperti tikus
dan semut.

RADAS

Buku lama yang tebal, kertas A4, pemberat

PROSEDUR

1. Spesimen diambil dari halaman rumah dan dibersihkan.


2. Spesimen yang telah dibersihkan disusun di atas kertas A4. Bahagian yang tidak
dapat dimuatkan di atas kertas dilipat dengan teliti.
3. Sehelai lagi kertas A4 dilapiskan di atas spesimen yang telah disusun.
4. Buku ditutup dengan berhati-hati dan ditindih dengan pemberat seperti buku dan
batu bata.
5. Buku disimpan di tempat kering bermula 28 Julai hingga

PEMERHATIAN

Awal eksperimen Akhir eksperimen

PERBINCANGAN

KESIMPULAN

RUJUKAN

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan Edisi Ke-empat. Kuala Lumpur.
Dawama Sdn.Bhd.

Kosni, R. (2013). Kraf Bunga Tekap. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.

Whiston, C. (1993). Country Craft Series: Pressing Flowers. London: Bloomsbury Books.

Petruzzello, M. (2017). Herbarium Botany. Diperoleh dari https://www.britannica.com/


science/herbarium-botany

Setyawan, A. D, Indrowuryatno, Wiryanto, Winanrno, K dan Susilowati, A. (2005).


Tumbuhan Mangrove di Pesisir Jawa Tengah. Jurusan Biologi FMIPA Universitas
Sebelas Maret Surakarta. Diperoleh dari Biodiversitas.

Herbarium: Definisi, Manfaat dan Cara Pembuatan. (2014). Diperoleh dari


https//hmipeternakanugm.wordpress.com/2014/11/07/herbarium-definisi-manfaat-dan-
cara-pembuatan/
Famili : Acanthanceae
Nama Saintifik : Andrographis Paniculata
Nama Tempatan : Hempedu Bumi
Lokasi Spesimen : No.33 Taman Sri Paloh, 20050
Ditemui Kuala Terengganu
Nama Pengumpul : Nurulhanun binti Zulkifli
Mohd Hasif Aiman Bin Shafiee
Ciri-ciri : - Berbunga putih
- Tinggi mencapai 60-70 cm
- Tumbuh menegak
- Daun bewarna hijau pekat,
licin dan tersusun bersilang
- Daun berbentuk bujur,
runcing di hujung dan nipis di
pangkal

You might also like