Kertas Penerangan 3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

 

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN  
PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA     

KOLEJ VOKASIONAL AMPANGAN


NOTA KULIAH 3
SEMESTER SEMESTER 3 DVM SESI 2015/2018
JABATAN JABATAN TEKNOLOGI  ELEKTRONIK
PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK / DETN
KOD/KURSUS DEB 3213 - ADVANCED AUDIO VIDEO EQUIPMENT
K3 TROUBLESHOOTING AUDIO VIDEO EQUIPMENT
KOMPETENSI
K4 PLAN AUDIO VIDEO PRODUCT TESTING
Obtain schematic and block diagrams
1.1. Interpret schematic and block diagram according to project requirement.
1.2. Identify circuit function according to project requirement.
1.3. Perform signal flow from schematic diagram according to project requirement.
Check symptoms leading to faults
2.1. Identify fault symptoms according to circuit diagram.
2.2. Identify critical component failures according to circuit diagram.
2.3. Apply the integration of different circuits and the operation of the system according
to circuit diagram
Conduct troubleshooting procedure with the correct approach
3.1. Identify troubleshooting procedure according to the testing requirements.
3.2. Perform troubleshooting technique according to the testing procedure.
3.3. Apply safety procedure according standard operating procedure.
Identify audio video products to be tested
KOMPETENSI UNIT 4.1. Explain audio video operation principles according to audio video product.
4.2. Identify critical functional test point according to audio video product.
4.3. Perform critical functional test point according to audio video product.
Select test equipment
5.1. Identify test equipment according to product testing.
5.2. Perform connection according to project requirement.
5.3. Perform calibration test equipment according to manual specification.
5.4. Apply safety procedure according to standard operating procedure
Evaluate manufacturer’s and customer’s specification
6.1. Identify customer’s and manufacture’s specification according to product.
6.2. Apply test procedure according to specification manual.
6.3. Apply safety procedure according to standard operating procedure.
Formulate audio video product testing procedures
7.1. Identify input, output, and critical stages for test according to test procedure.
7.2. Record testing procedures for audio video products according to job sheet.
Trainee must be able to:

1. Identify audio video product testing and troubleshooting procedure


KOMPETENSI based on service manual. (C3, PLO 1)
PEMBELAJARAN 2. Perform audio video product testing and troubleshooting by using
test equipment based on service manual. (P2, PLO 2)
3. Confirm orally audio video test result based on standard operation manual. (A3,
PLO 4)
ETN 7023 /K 03&04/NK 03-07
NO KOD MUKA : 01 DARIPADA 23
EDISI 2/JUNE 2017
EE-010-4 DUTY02/TASK2.03
NO KOD JPK EE-010-4 DUTY03/TASK3.04
OBJEKTIF UMUM
 Memahami ciri, fungsi dan penggunaan alat kelengkapan, alat pengukuran dan alat pengujian
elektronik.

 Memahami kendalian litar penerima radio AM dan FM.

 Mengesan dan membaiki kerosakan litar penerima radio AM dan FM.

OBJEKTIF KHUSUS
Diakhir modul ini murid akan dapat :

 Melukis dan menerangkan fungsi setiap blok penerima radio AM dan FM.

 Mengesan kerosakan penerima radio dengan menggunakan alat ujian yang sesuai.

 Membaikpulih kerosakan penerima radio.

 Mengamalkan langkah keselamatan.

PENCAPAIAN KOMPETENSI
 Menerangkan pemodulatan amplitud dan pemodulatan frekuensi.

 Melakarkan gambarajah blok penerima radio AM dan FM.

 Menerangkan fungsi setiap blok penerima radio AM dan FM.

 Mengenalpasti litar dan komponen setiap peringkat penerima radio AM dan FM.

 Mengesan kerosakan dengan menggunakan alat ujian yang sesuai.

 Mengenalpasti dan membaikpulih kerosakan.

 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan.

1. PENERIMA RADIO

Penerima radio adalah satu alat perhubungan yang berupaya untuk menerima gelombang

2
electromagnet dan menukar isyarat itu kepada isyarat audio pada keluarannya. Penerima radio
pertama mengandungi antenna, pengesan dan fonkepala atau fontelinga. Kepemilihan dan
kepekaannya adalah terhad. Kemudian, tercipta litar penguat dan litar tertala yang mana ia dapat
memperbaiki kepemilihan dan kepekaan penerima radio dengan lebih baik. Terdapat tiga ciri utama
pada setiap penerima radio yang baik ialah :

i. Kepekaan tinggi (High sensitivity).

ii. Kepemilihan tinggi (High selectivity).

iii. Kesetiaan tinggi (High fidelity atau Hi-Fi).

- Semua penerima radio dikendalikan berdasarkan prinsip

penghiterodinan, penerima radio juga dipanggil sebagai penerima radio


superhetrodin.
- Prinsip heterodin ialah pencampuran dua isyarat yang berlainan frekuensi

untuk menghasilkan satu frekuensi dari perbezaan dua frekuensi itu.Isyarat itu
adalah isyarat pembawa RF dan isyarat pengayun tempatan.
- Proses heterodin berlaku di peringkat pencampur.

3
i. PEMODULATAN AMPLITUD (AM)

Pemodulatan amplitud (AM) adalah sejenis pemodulatan dimana amplitud pembawa berubah
mengikut isyarat atau maklumat, rujuk Rajah 1

Rajah 1 Pemodulatan amplitud

4
ii) PEMODULATAN FREKUENSI (FM)
Pemodulatan frekuensi (FM) adalah sejenis pemodulatan dimana mplitude pembawa adalah
tetap manakala frekuensi berubah mengikut isyarat atau maklumat, rujuk Rajah 2.

Frequensi Modulation (FM)

RAJAH 2 : PEMODULATAN FREKUENSI (FM)

5
2. PENERIMA RADIO AM
Sesebuah penerima radio diperlukan bagi pengendalian satu julat frekuensi- frekuensi pembawa
(contohnya jalur-jalur gelombang sederhana dan gelombang pendek) , dan boleh menghasilkan
sesuatu keluaran frekuensi audio yang dapat mengeluarkan semula dengan lengkap (setia)
isyarat bermodulatan asal. Penerima juga mesti berkebolehan memilih frekuensi pembawa yang
dikehendaki (iaitu stesen yang dipilih ) dan terasing daripada yang lain.

a. Jalur frekuensi penerima radio AM iaitu bagi gelombang sederhana (MW)

ialah 535KHz – 1605KHz.


b. Frekuensi penguat IF adalah tetap 455KHz.

c. Rajah 3 adalah gambarajah blok penerima radio AM.

Gambarajah blok radio AM

RAJAH 3 : RAJAH BLOK PENERIMA RADIO AM

6
1. PENERIMA RADIO FM

a. Jalur frekuensi penerima radio FM ialah 88MHz – 108MHz.

b. Frekuensi penguat IF adalah tetap 10.7MHz.

c. Rajah 4 adalah gambarajah blok penerima radio FM

Rajah 4 (a)

Rajah 4 (b)

4 (a) gambarajah blok FM : menggunakan pengesan nisbah.

4 (b) gambarajah blok FM : menggunakan penghad dan pembezalayan.

7
3. FUNGSI SETIAP BLOK PENERIMA RADIO AM DAN RADIO FM
FUNGSI SETIAP BLOK PENERIMA RADIO AM

a) Antena - Memintas semua isyarat yang dipancarkan oleh pemancar.

b) Penguat frekuensi Radio (RF) – Memilih satu sahaja isyarat yang diperlukan dan
menguatkan isyarat tersebut. Peringkat ini mengandungi litar tala. Peringkat ini
memperbaiki kepemilihan dan nisbah isyarat kebisingan penerima radio.

c) Pengayun tempatan - Menjana frekuensi 455KHz lebih tinggi daripada frekuensi


penguat frekuensi radio (RF). Peringkat ini juga mempunyai litar tala dimana ia
diregukan (gang) dengan litar tala di peringkat penguat RF, perubahan frekuensi di
peringkat penguat RF dan pengayun tempatan adalah berkadar seturut.

Contoh :
1. Jika peringkat penguat RF ditala kepada 600KHz, maka pengayun tempatan
akan menjana frekuensi sebanyak 600KHz + 455KHz = 1055KHz.

2. Jika peringkat penguat RF ditala kepada 1000KHz, maka pengayun tempatan


akan menjana frekuensi sebanyak 1000KHz + 455KHz = 1455KHz.

d) Pencampur – Menerima isyarat dari penguat RF dan pengayun tempatan, empat


frekuensi akan terhasil pada keluaran pencampur. Empat frekuensi tersebut ialah:

1. Isyarat RF yang asal, contoh : 1000KHz

2. Frekuensi pengayun tempatan yang asal 1455KHz (1000KHz +


455KHz).

3. Frekuensi jumlah : RF + pengayun tempatan (1000KHz + 1455KHz =


2455KHz).

4. Frekuensi beza : RF – pengayun tempatan (1455KHz – 1000KHz =


455KHz).

8
Peringkat Pencampur dan Pengayun Tempatan juga
dipanggil sebagai peringkat Penukar

a) Penguat frekuensi perantaraan (IF) – Hanya meluluskan frekuensi IF iaitu 455KHz


sahaja dan menguatkannya, iaitu ia memilih salah satu daripada empat frekuensi
yang dihasilkan oleh peringkat pencampur.

Peringkat Penguat Frekuensi Perantaraan (IF) biasanya


mengandungi lebih dari satu peringkat

a) Pengesan - merupakan penerus setengah gelombang dan penapis lulus rendah


dimana ia menapis atau mengenepikan komponen frekuensi tinggi dan meluluskan
frekuensi rendah iaitu frekuensi audio.

b) Penguat frekuensi audio - Menguatkan frekuensi audio untuk memacu pembesar


suara.

Peringkat Penguat Audio mengandungi peringkat :


i. Penguat Pemacu atau voltan
ii. Penguat Audio Kuasa.
a) Pembesar suara – menukarkan tenaga elektrik kepada bunyi.

b) Kawalan gandaan automatic (AGC) – mengawal gandaan penguat RF dan IF secara


automatik supaya isyarat pada keluaran sentiasa setabil walau pun kekuatan isyarat
yang diterima berubah. Jika kekuatan isyarat berkurang, KGA akan memaksa
peringkat penguat RF dan IF menaikan gandaan.

c) Bekalan kuasa dc – membekalkan voltan dc kepada semua peringkat.


Keburukan pengendalian superheterodin adalah kewujudan Frekuensi
Bayangan ( frekuensi bayangan = frekuensi RF + 2IF)

Contoh : frekuensi RF = 700KHz, frekuensi pengayun tempatan =


1155KHz,
Frekuensi bayangan = 1610KHz.

Apa yang berlaku adalah : ????????????


1. perbezaan frekuensi RF dan pengayun tempatan = 455KHz.
2. perbezaan frekuensi bayangan dan pengayun tempatan =
455KHz.
Dimana 455KHz adalah frekuensi IF, ini bermakna penguat IF boleh
menguatkan kedua-dua frekuensi (frekuensi RF yang sebenar dan
frekuensi bayangan) dalam satu masa. Maka isyarat yang kedua ini yang
mungkin kurang jelas akan mengganggu isyarat yang dikehendaki.

9
ii) FUNGSI SETIAP BLOK PENERIMA RADIO FM
a. Pada umumnya fungsi setiap blok dalam penerima radio FM adalah sama dengan penerima
radio AM.

b. Perbezaan blok antara penerima radio AM dan FM adalah:

Penerima radio AM Penerima radio FM

1. Pengesan 1. Pengesan FM : Pengesan Nisbah.

Atau

Pengesan FM :

i. penghad

ii. pembizalayan

2. Kawalan Gandaan Automatik 2. Kawalan Frekuensi Automatik

(KGA) (KFA)

c. Kawalan Frekuensi Automatik (KFA) – Mengawal frekuensi pengayun tempatan supaya


pengayun tempatan menjana frekuensi yang betul, dimana pengesan sentiasa tertala kepada
frekuensi pertengahan FM 10.7MHz.

Contoh :

Jika peringkat RF ditala kepada 90MHz, maka frekuensi pengayun tempatan


mesti menjana frekuensi sebanyak 100.7MHz (90MHz + 10.7MHz). Tetapi jika dalam
keadaan ini peringkat pengayun tempatan menjana frekuensi sebanyak 101.7MHz
maka frekuensi penguat IF FM akan menjadi 11.7MHz (101.7MHz – 90MHz).
Dengan adanya peringkat KFA maka frekuensi yang tidak tepat itu akan
diperbetulkan.

d. Untuk memastikan pengayun tempatan menjana frekuensi yang betul, voltan dc akan
disuapbalik dari peringkat keluaran pengesan FM ke peringkat pengayun tempatan.

10
5. CONTOH GAMBARAJAH BLOK LENGKAP SEBUAH
PENERIMA RADIO AM/FM

a. Kita telah didedahkan dengan penerima radio AM dan FM yang berasingan. Bagaimana pula
dengan penerima radio yang anda biasa gunakan yang mana ia mengandungi gabungan
radio AM dan FM?

b. Rajah 5 adalah satu rajah blok asas penerima radio AM/FM.

c. Peringkat penguat RF, pencampur dan penguat IF 1 berfungsi untuk kedua-dua saluran AM
dan FM.

Rajah 5 : Rajah blok penerima radio AM/FM

d. Dalam zaman sekarang ini, peringkat-peringkat yang ada dalam setiap penerima radio tidak
lagi berada berasingan iaitu satu peringkat diwakili oleh satu komponen utama atau
transistor.

e. Litar bersepadu (I.C) adalah merupakan satu peranti elektronik yang komplek yang mana ia
mengandungi semua komponen elektronik yang berkaitan.

f. Dalam satu penerima radio AM/FM mungkin hanya menggunakan dua I.C sebagai komponen
utamanya dimana bahagian penguat frekuensi audio menggunakan satu I.C dan peringkat
lain satu lagi I.C.

11
6. PENGUJIAN DAN KESELAMATAN
1 MENGESAN KEROSAKAN

a) Peralatan dan alat ujian mesti mengikut kesesuaian.

b) Terdapat dua jenis isyarat pada penerima radio:

i. isyarat RF

ii. isyarat audio

c) Penjana isyarat RF adalah digunakan untuk menguji peringkat :

i. Penguat frekuensi radio

ii. Peringkat penukar

iii. Peringkat penguat IF dan masukan pengesan.

d) Penjana isyarat audio digunakan untuk menguji peringkat keluaran pengesan

dan penguat frekuensi audio.

e) Kaedah mengesan kerosakan.

i. Pemerhatian dengan pancaindera – melihat fizikal komponen jika ada yang hangus atau
sebagainya dan menghidu jika ada komponen yang terbakar.

ii. Suntikan isyarat – menggunakan penjana isyarat yang betul mengikut litar atau peringkat
yang diuji rajah 6.1. Bunyi nada (tone) 1KHz akan berbunyi di pembesar suara jika
peringkat yang diuji dalam keadaan normal.

iii. Surihan isyarat – menggunakan osiloskop untuk melihat kehadiran isyarat rajah 6.2

iv. Sukatan voltan – menganalisa voltan dan membandingkan voltan sebenar dan voltan
ketika litar dalam keadaan rosak.

v. Sukatan rintangan – menentukan komponen dan jenis kerosakan.

12
KAEDAH MENGESAN KEROSAKAN.

RAJAH 6.1 : KAEDAH SUNTIKAN ISYARAT

RAJAH 6.2 : KAEDAH SURIHAN ISYARAT.

13
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
a) Keselamatan diri

Anda merupakan individu yang melakukan tugas atau kerja. Kecuaian semasa melakukan kerja boleh
mengakibatkan kemalangan diri anda. Oleh yang demikian dengan mematuhi peraturan keselamatan
dengan betul amatlah penting demi untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang
kemalangan. Antara peraturan yang perlu diikuti dan diamalkan adalah :
 Cara berpakaian
- Memakai pakaian bengkel
- Memakai kasut bertebat dan bertumit rendah
- Tidak memakai barang kemas
- Tidak memakai tali leher
 Sikap
- Sentiasa mematuhi arahan
- Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja
- Melaporkan sebarang kerosakan
- Menggunakan alat yang betul
- Menggunakan alat mengikut prosedur yang ditetapkan
 Fizikal
- Sihat
- Tidak rabun warna
- Jelas penglihatan
b) Keselamatan Radio dan alat ujian
Peralatan pengujian hendaklah sentiasa dalam keadaan baik dan dilengkapi dengan ciri-ciri
keselamatan yang ditetapkan.
 Penebatan
- Semua alat dan perkakasan elektrik hendaklah mempunyai penebat
yang baik dan sempurna.
 Penggunaan alat ujian
- Gunakan julat dan kekutuban yang betul.

c) Lain-lain
Bekalan kuasa hendaklan dibuka (off) apabila membuat pengukuran rintangan.

14
7. Kaedah Mengesan Kerosakan Radio
Walaupun pada masa sekarang banyak perubahan berlaku dalam alat teriam radio. Sebagai contoh
penggunaan komponen IC menggantikan transistor yang beroperasi lebih dari satu fungsinya dalam blok
radio. Ini adalah menghasilakn mutu penerimaan yang baik. Ini tidaklah bermakna system lama dilupakan
malahan ia amat berkait rapat dengan system yang baru ini. Kaedah untuk kefahaman kerosakan radio akan
mudah difahami dengan penggunaan radio bertransistor. Kertas penerangan ini akan menerangkan berbagai-
bagai kaedah dalam proses mencari kerosakan radio.
Terapat dua kaedah pengujian yang amat berkesan dalam proses pengesanan kerosakan ini :-
1. Kaedah Ujian Statik
2. Kaedah Ujian Dinamik

Kaedah Ujian Statik

Proses ini banyak dilakukan dengan cara penyukatan voltan dan gelombang dalam litar dan komponen .
Instrument yang sesuai dalam kerja ini ialah oscilloscope dan multimeter.
Berikut adalah proses mengesan kerosakan dalam blok radio secara berperingkat-peringkat dengan
menggunakan kaedah ujian di atas.
a. Kerosakan peringkat Audio

b. Sukat jumlah arus yang mengalir pada radio dengan multimeter dalam keadaan paras rendah volume
dan paras tinggi volume. Lihat gambarajah dibawah.

MENGGUNAKAN MULTIMETER UNTUK MENYUKAT VOLTAN

15
c. Jika jangka arus tidak menunjukkan bacaan arus yang sepatutnya ini bermakna bekalan voltan di
radio berlakunya litar terbuka. Berkemungkinan seperti berikut :

b.1 Bekalan voltan masukakan tidak mencukupi.


b.2 Wayar bekalan voltan terputus
b.3 Line bekalan voltan terputus
b.4 Suis ON/OFF rosak dan sebagainya

Peringatan :
Pastikan perkara diatas dalam keadaan baik dengan alatuji multimeter. Jika terdapat. Kerosakan
perlu baiki.

d. Jika didapati arus/voltan yang mengalir mencukupi tetapi radio tiada menghasilkan bunyi , tindakan
yang perlu anda lakukan ialah gunakan signal generator (1khz) sebagai injector dan oscilloscope
untuk melihat keadaan bentuk gelombang di loud speaker. Lakukan seperti dalam gambarajah
dibawah. Sekiranya litar audio Amp dalam keadan baik ia sepatutnya dapat menghasilkan keluaran
gelombang sin yang normal.

e. PENYAMBUNGAN UNTUK MENGUJI AUDIO YANG BAIK

16
e. Jika litar Audio Amp dalam keadaan tidak normal berlakunya :
e.1 Tiada keluaran
e.2 Keluarannya herotan dan gandaan kecil
Oleh kerana di dalam litar audio terdapat empat blok dan untuk mempastikan blok yang mana
mengalami dua kaedah ujian boleh dilakukan.

Kaedah Ujian Dinamik

Adalah satu cara untuk mengesan kerosakan dalam blok. Bagi mempastikan samada setiap blok dalam
keadaan baik atau sebaliknya. Untuk tujuan itu penggunaan Instrument Elektronik amat bersesuaian seperti
Audio Generator, RF Genrator dan Signal Generator dan Signal Generator & Tracer. Ini adalah untuk
membekalkan signal yang bersesuaian dengan fungsi blok radio sebagai pengganti signal asal.

KAEDAH UJIAN DINAMIK

PERINGATAN :
1. Letakkan secara tetap Injector di Volume dan anjakkan Tracer di input dan output pada setiap
peringkat. Kaedah ini dipanggil Tracing Signal.

2. Atau boleh juga diletakkan secara tetap Tracer di output (speaker) dan anjakkan injector di input dan
output pada setiap peringkat. Kaedah ini dipanggil Injecting Signal.

CARA-CARA PENYAMBUNGAN MENGESAN KEROSAKAN

17
KAEDAH TRACING SIGNAL DIBAHAGIAN SPLITTE

1. Kaedah Tracing Signal dibahagian Splitter

Mengesan kerosakan dengan blok diagram iaitu bermula dari :-

1. Ada bunyi tone.

2. Tiada bunyi tone.

CARA-CARA PENYAMBUNGAN MENGESAN KEROSAKAN

18
19
Ujian Secara Static.

Gunakan multimeter dan CRO untum menyukat voltan atau arus di litar. Ada dua cara penyukatan voltan
yang mesti dilakukan :-

i) Sukat voltan kemasukan dan laluan bekalan voltan di laluan negatif dan laluan positif, susur sehingga
setiap peringkat litar audio.

*Sukat voltan sambil menyusur laluan bekalan positif. Bacaan voltan sepatutnya sama
*Sukat voltan mengikut laluan bekalan negatif. Bacaan voltan mestilah kosong, jika ada bacaan yang
ditunjukkan oleh jarum meter, ini menunjukkan ada berlakunya litar terbuka di laluan negatif.

(ii) Menyukat voltan pincang atau operating voltage pada transistor:

- Sukat voltan di base dan ambil bacaannya.

- Sukat voltan di emitter dan ambil bacaannya.

- Tolak nilai voltan bacaan di Base dan Emitter.

- Hasil tolakan mestilah lebih kurang sama dengan voltan pincang transistor.

Transisor jenis silicon = 0.3-0.7 v


Transistor jenis germinium = 0.1 – 0.4v

Jika bacaan voltan berlebihan dari kadar voltan transistor tersebut telah berlakunay litar terbuka.
(i) Transistor telah rosak

(ii) Kebucuran pada transistor

(iii) Komponen yang berkaitan dengan litar transistor berkemungkinan tersebut telah berlakunya
litar terbuka.

Jika voltan berkurangan dari kadar voltan pincang berkemungkinan telah berlakunya :-
(i) Litar pintas di transistor

(ii) Kebucuran pada transistor

(iii) Komponen yang berkaitan dengan litar transistor tersebut telah berlakunya litar terbuka atau
litar pintas.

20
Kerosakan diperingkat RF,IF dan Detector(Bahagian IF)

Teknik mengesan di bahagian RF adalah sama dengan teknik di bahagian AF. Walaubagaimanapun
penggunaan RF generator sangat diperlukan untuk mengganti Audio Gen. Nilai ulangan AM yang biasa
digunakan ialah 455khz,600khz,900khz,1000khz dan 1600khz. Ulangan FM pula ialah 10.7mhz,88mhz,
100mhz dan 108mhz.

21
Kaedah Injecting Signal

Rujuk rajah dibawah. Instrument yang digunakan masih lagi sama seperti di peringkat IF. Bezanya ialah
ulangan kemasukan di RF AMP melalui antenna adalah banyak tetapi keluaran di bahagian Mixer adalah satu
nilai ulangan sahaja iaitu 455khz atau FM 10.7mhz.

Apabila dibekalkan ullangan yang berkaitan yang berlaiana seperti 600khz, 1000khz dan sebagainya di
bahagian tunning hendaklah dilaraskan bagi menghasilkan keluaran ulangan di mixer 455khz. Jika ada
keluaran semasa berlainan ulangan dibekalkan ini bermakna local oscillator berlaku biasanya ia tidak boleh
menghasilkan keluaran di Mixer apabila selain daripada 455khz yang dibekalkan.

Walaubagaimanapun sukar untuk menentukan komponen mana yang rosak kerana ia


menggunakan satu transistor yang berfungsi bagi keseluruhan peringkat Converter.

LITAR CONVERTER

CONTOH BORANG LAPORAN MENSERVIS RADIO.


NAMA:…………………………………………………………………..

KURSUS:………………………………………………………………..

22
SIMPTOM

BIL PEMERIKSAAN YANG DIBUAT PEMERHATIAN/ KESIMPULAN

Komponen yang rosak:………………………………………………………………

Jenis kerosakan komponen.:……………………………………………………..

23

You might also like