PANEL

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 15

TAJUK : Jenis-jenis panel dan bingkai

Tujuan : Kertas penerangan ini menerangkan :


1. Jenis-jenis panel
2. Cara membuat panel

TUJUAN

Pembinaan sesuatu perabot, boleh dibuat dengan berbagai cara bagi menambahkan daya
penarik. Antaranya dengan binaan ini boleh juga dibuat pada pintu, tingkap dan sebagainya
bagi kerja-kerja dalam bangunan.

PENERANGAN

Panel boleh dibuat samada dari papan lapis atau kayu pejal yang digelu bersama. Kepingan
kaca juga boleh digunakan sebagai panel bagi sesetengah binaan. Panel ialah sekeping
papan, papan lapis atau kaca yang duduknya ditengah-tengah pemidang. Ia boleh jadi
dilekatkan dengan dua kayu berkumai disebelah menyebelahnya dengan dipaku.

Terdapat beberapa jenis bentuk panel

1. Panel rata ( Flush panel


)

Selalu digunakan pada


bahagian tepi almari.
Lurah mestilah dibuat
pada sekeliling
pemidang dan tingkat
mestil;ah dibuat disekeliling papan panel.,
dengan ini bahagian luar permukaan panel akan
samarata dengan pemidang. Biasanya dibuat pada pemidang-pemidang tepi bersegi.
1. Panel timbul ( Raised panel )

Panel jenis ini kadang-kadang digunakan untuk pintu perabot. Lurah dibuat pada sekeliling
pemidang dan muka tepi bahagian panel dipotong. Apabila dipasang dibahagian tepi
panel akan melebihi sedikit daripada pemidang. Tepi panel biasanya dibulatkan untuk
kelihatan lebih menarik.

2. Panel lurus atau datar ( straight or plane panel )

Ialah panel yang mudah sekali. Terutamanya bila menggunakan pemidang tepi bersegi.
Untuk menambahkan kecantikan kumai-kumai boleh dibentuk pada tepi-tepi pemidang
saperti kumai, ovolo dan sebagainya.

2. Panel berbahu timbul sebelah ( shoulder raised one side panel )


Sebahagian daripada hujung disekeliling papan panel diketam supaya bertingkat dan
mempunyai bahu dengan bahagian tempuh papan panle. Bahagian ini akan kelihatan
seolah-olah timbul. Panel-panel biasanya digunakan untuk perabot-perabot moden.

3. Panel condong sebelah ( beveled raised one side )

Digunakan pada kebanyakan pintu perabot. Panel ini kelihatan kembung kerana pada
bahagian hujung disekeliling papan panel diketam condong keluar. Panel jenis ini
boleh dibuat dengan menggunakan gergaji piring, gergaji kerat berlengan dan mesin
pembentuk. Selain dari papan pejal, papan lapis boleh digunakan, tetapi bila diketam
condong akan kelihatan lapisan-lapisannya.

4. Panel condong dikedua belah muka ( beveled raised two side panel )
Biasanya digunakan untuk pintu-pintu rumah, pejabat dan sebagainya. Papan panel
diketam condong pada kedua-dua belah muka.

5. Panel kaca atau jerjak logam ( glass panel or glass grille )

Kepingan kaca atau binaan jerjak logam dibuat sebagai ganti kepada jenis-jenis panel
diatas. Panel-panel kaca dan jerjak loga dipasang pada tingkat yang dibuat pada
permukaannya dan dilekatkan dengan kayu penahan. Kayu penahan ini biasanya dikumai
untuk kelihatan menarik.

Cara membuat panel timbul.

Tiga cara yang biasa dilakukan untuk membuat panel timbul ialah dengan:

a. Gergaji piring
b. Gergaji potong berlengan
c. Jentera pembentuk

a. Dengan gergaji piring

Condongkan mata gergaji pada 15º dalam keadaan tegak, laraskan pagar lebih kurang
3mm dengan mata gergaji mestilah tidak terganggu dengan pagar. Naikkan mata gergaji
lebih kurang 32mm dengan permukaan meja. Panel bolehlah dipotong setelah pelarasan
telah dibuat dengan sempurna.

b. Dengan gergaji kerat berlengan


Untuk memotong panel timbul dan gergaji kerat berlengan, mesin terpaksa dilaraskan
kepada membelah condong. Gunakan mata gergaji 400mm garispusat. Pelarasan
hendaklah dibuat dengan sempurna untuk mengelakkan kemalangan. Potongan dibuat
dari kanan kekiri. Peringatan: potong urata hujung kayu terlebih dahulu kemudian barulah
pada tepinya.

c. Dengan jentera pembentuk

Mata khas untuk membuat panel boleh digunakan. Jika menggunakan mata gergaji piring,
siaiz yang kecil hendaklah digunakan. Keburukan menggunakan mata gergaji piring ialah
bendakerja mestilah diletakkan didalam keadaan condong.

CARA-CARA MEMBUAT PANEL

Untuk memula membuat panel,anda haruslah memotong papan yang besar dan lebar untuk
membuat ketebalan akhir.Dalam pembinaan cabinet ia harus menggunakan ¾ panel yang
tebal dn dibentuk sehingga panel tersebut sama untuk dipasang sebagai rangka pintu.Untuk
panel ini anda harus merancang dan membentuk panel yang nipis sedikit,panel mestilah
diukur dari bingkai dan sama dengan ketebalan dengan rangka depan dan belakang,atau
tempat rangka di atas papan dan sekitar bahagian bingkai untuk memindahkan bentuk panel
ke papan tulis,anda kemudian harus suaikan rangka dari papan dan tambah kedalaman alur
ke luar garis saiz panel akhir.kemudian potong panel untuk membentuk bahagian yang
terbuka dari lebihan( iaitu bahagian tepi dikurangkan lebar dan bahagian yang dimasukkan
ke dalam alur)adalah ½ m lebar,Menggunakan pembahagi ½ m panel.Titik pusat dari arah
terletak pada baris bahkan dengan bahu yang besar sehingga anda akan menemui pusat
sepanjang garis ini dan lengkungan.

Tepi panel harus mempunyai kedalaman yang sesuai,kerana panel yang besar dan tetap
susah di dapati,kerana mesin yang membuat panel tidak mempunyai sekatan
kedalaman,anda harus menanda untuk mendapatkan bahagian lengkung dan memerlukan
alat mengukur kedalaman untuk menjadi sebagai penanda ukiran nanti.

Sepanjang bahagian bawah dan sisi panel seperti panel diatas di buat bersegi,namun di
bahu atas mempunyai lengkungan, untuk menambahkan seri panel tersebut anda bolehlah
membuat ukiran pada bahagian tengah panel.Terdapat berbagai-bagai jenis panel yang
bercorak yang berada dipasaran masa kini berdasarkan pada permintaan pelanggan.
Untuk memulakan ukiran dibahagian atas panel,anda mestilah menggunakan pahat yang
lebar untuk mentafsir kawasan yang kosong pada bahu panel.Untuk membuat lengkungan
pada permukaan panel,anda harus membuat potongan menegak di seluruh lengkungan
sampai mececah kedalaman yang diperlukan.

Kemudian gunakan pahat yang tajam untuk membuang lebihan di sekitar bahu dan
lengkungan panel,untuk membuat lengkungan seperti diatas anda harus merancang bentuk
yang di inginkan dan kedalaman lengkungan itu juga harus dititikberatkan,agar kedalaman
yang dibuat mendapat ukuran yang sama.
Langkah terakhir ialah membersih atau merapi sisa kayu yang terdapat pada panel,dan
periksa kedalaman,lengkungan agar tidak kelihatan kecacatan yang mungkin terdapat pada
panel semasa proses membuat lengkungan.

Akhir sekali suaikan panel pada frame pintu,buat penyesuaian kecil untuk memastikan panel
rangka muat dan selesa agar ia tidak terlalu ketat.Anda boleh memasang semula frame dan
selepas itu ikat panel frame tersebut pada rangka yang hendak dipasang tadi.
CONTOH-CONTOH PANEL YANG TERDAPAT DIPASARAN.

PINTU

Daun pintu biasanya direka untuk berfungsi sebagai penutup bagi sesebuah bukaan.
Biasanya daun pintu dipasang supaya boleh dibuka dan ditutup bagi tujuan berikut:-

i. keselamatan kepada barang-barang yang disimpan


ii. melindungi daripada pandangan umum
iii. melindungi dari habuk.

Pintu pada amnya boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan tetapi bergantung pada saiz dan
kegunaannya. Pintu-pintu yang kecil adalah digunakan dalam kerja-kerja perabot dipanggil
pintu ‘Cupboard atau Case’. Manakala pintu yang besar digunakan dalam bangunan
dipanggil pintu ‘Exterior dan Interior’ yang dibuat dengan berbagai cara samada ‘Panel, Solid
Flush, Hollow Core dan Louvers atau French.

Pintu untuk pembinaan perabot biasanya dibuat dengan kaedah samada menggunakan
engsel atau landasan yang diperbuat dari plastik atau aluminium dan sebagainya.

Jenis-jenis pintu perabot

i. Pintu berengsel ( hinge door )

Pintu jenis ini amat banyak digunakan dalam pembinaan perabot. Pintu ini dipasang
dengan berbagai jenis engsel pada sebelah tepinya dan dilekatkan pada pemidang almari
dan sebagainya. Pintu ini dibuka dengan menguak samada kekiri atau kekanan. Pada
amnya dua engsel digunakan pada satu daun pintu dan tambahan diperlukan ditengah
apabila saiz pintu agak tinggi serta berat yang memerlukan pegangan yang kukuh. Cara
pemasangan engsel adalah bergantung kepada bentuk pintu dan engsel.

Ada berbagai cara untuk membuat pintu yang menggunakan engsel:-

a. Pintu berpemidang dan berpanel

Pintu ini biasanya dibuat bagi perabot atau kabinet yang bermutu tinggi. Panel yang
digunakan biasanya samada dari kayu pejal, papan lapis atau kaca/glass.

b. Pintu dari kayu pejal yang digelu:

Pintu ini biasanya untuk perabot atau kabinet yang kecil-kecil. Pintu ini biasanya mudah
mengecut serta mengembang.

c. Pintu dari papan buatan(papan serpih/papan keras):

Penggunaan papan buatan dalam pembinaan pintu adalah sebagai asas bagi melekatkan
formika dan plastik laminet.

Nama-nama bagi pintu berengsel adalah mengikut kaedah pemasangannya saperti

berikut:-

i. Pintu rata ( Flush door )


Pintu ini dipasang didalam bagan atau frame supaya ia kelihatan sama rata dengan
permukaan bagan apabila ditutup. Pintu jenis ini memerlukan kerengganan disekeliling
daun pintu dengan bagan atau frame bagi memudahkan daun pintu itu ditutup atau
dibuka. Ini juga dapat mengelakkan daun pintu menjadi ketat apabila berlaku
pengembangan keatas daun pintu. Kerengganan yang dibenarkan lebih kurang 2mm
disekelilingnya.

Engsel yang biasa dipasang pada daun pintu jenis ini ialah engsel muka tumpu( butt
hinge). Bagi pintu yang mempunyai dua daun salah satu dari cara berikut boleh dilakukan
bagi mengelakkan lubang diantara pertemuan dua pintu itu kelihatan.

a. Buat tepi serong pada tepi pertemuan dikedua-dua daun pintu itu. Apabila pintu
ditutup, satu lurah berbentuk V akan kelihatan, kemudian sekeping bilah kayu atau
logam boleh dilekatkan dibahagian belakang salah satu dari daun pintu itu.
b. Buat satu tingkat pada bahagian depan pada pintu sebelah kiri dan satu tingkat lagi
dibahagian belakang pada pintu sebelah kanan. Apabila ditutup pintu seblah kanan
akan menindih pintu sebelah kiri. Perlu diingat sebelah dari daun pintu itu hendaklah
dilebarkan bagi membuat tingkat.
c. Tambahkan satu tepi ternaik( raised edge) atau kumai pada pintu sebelah kanan.

d. Pintu berbibir (Lip door)

Biasanya pintu ini dibuat terbesar sedikit dari saiz bagan atau rangka bagi dibuat tingkat
disekeliling daun pintu itu, bahagian bertingkat dipasang disebelah dalam manakala
bahagian yang lebih itu disebelah luar akan menutup tepi bagan. Pintu jenis ini biasanya
dipasang dengan engsel ‘semi concealed’. Adalah mustahak membeli engsel jenis ini
terlebih dahulu untuk menentukan saiz tingkat yang akan dibuat. Ukuran dalam tingkat
adalah ditentukan mengikut ukuran engsel itu.
e. Pintu luar ( Oberlay door )

Biasanya pntu ini dibuat supaya daun pintu menutup tepi bagan seluruh atau separuh.
Kadang-kadang pintu ini dibuat tanpa pemidang terutamanya bagi papan lapis, papan
gentian atau papan serpih. Pintu ini dipasang dengan menggunakan engsel pangsi atau
pivot atau engsel muka tumpu juga boleh digunakan. Saiz pintu ini dibesarkan dari saiz
ruang pintu sebenarnya, oleh itu pintu akan menutupi permukaan bagan.

2. Pintu sorong ( Sliding door )

Pintu jenis ini sangat sesuai bagi perabot atau kabinet yang akan diletakkan pada tempat
yang ruangnya sempit atau terhad. Ia dibuat dari papan keras, papan lapis atau kepingan
kaca ( glass ). Keburukan pada pintu jneis ini ialah pintunya boleh digunakan hanya
sebelah sahaja pada satu masa.

Pintu sorong mudah dipasang, samada dengan membuat dua lurah yang selari diruang
dalam sebelah atas dan bawah pada rangka almari, boleh juga dibuat lurah pada sebelah
bawah daun pintu kemudian dipasangkan landasan untuknya. Selain dari itu landasan-
landasan jenis pasang siap boleh digunakan samada yang diperbuat dari besi, aluminium
atau plastik boleh digunakan.

Perlu diingatkan, apabila membuat lurah pada rangka almari, dalam lurah sebelah atas
mestilah dua kali ganda dari dalam lurah sebelah bawah ini adalah bagi memudahkan
pintu dimasukkan ketempatnya.

3. Pintu Tambour ( Tambour / Flecxible Door )


Pintu ini dibuat dari kayu atau papanlapis yang dibelah-belah kecil selebar 6mm hingga
12mm dan panjangnya mengikut tinggi pintu bersama dengan dalam kedua-dua lurah bagi
pintu tambour jenis melintang, jika pintu tambour jenis tegak, panjangnya mengikut lebar
ruang pintu itu bersama dengan dalam kedua lurah bagi pintu.

Kemudian belahan kayu tadi diatampal atau dilekatkan pada kain tebal saperti canves
disebelah dalamnya dengan menggunakan gelu sentuh. Susunan belahan yang ditampal
pada kain itu hendaklah seberapa rapat yang boleh diantara satu dengan lain supaya kain
canves tidak kelihatan.

Pintu ini disorong tarik didalam luarh lurus atau lurah yang melengkong
2. Pintu lipat ( Folding door )

Kebanyakan saiz pintu ini dibuat kecil sedikit tetapi banyak jumlahnya dengan saiz yang
sama bentuk. Setiap pintu akan dipasang dengan engsel muka tumpu atau engsel plastik
khas bagi kegunaannya.

Jika menggunakan engsel muka tumpu ia dipasang bersebelahan anatar muka dalam
dengan muka luar sehingga cukup memenuhi ruangan pintu yang telah dibahagi sama
ukuran lebar tiap-tiap pintu tersebut.

3. Drop Door

Pintu jenis ini kerap dibina pada almari dan diubah suai menjadi permukaan meja,
contohnya meja tulis. Pintu jenis ini samada dipasang sama rata atau diluar bagan
almari. Engsel piano adalah sesuai dipasang dibahagian bawah. Dan apabila dibuka
dibahagian atas kebawah ia mesti bersudut 180º mendatar dengan penggantung
samada dari rantai atau sangga tudung dan sebagainya.

You might also like