Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Nama : Nur Irdina Binti Ibrahim @ Ishak

Kod Kursus : EDUP3073 (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

Kelas : PISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2016

1 (a) Budaya didefinisikan sebagai perkara-perkara berkaitan dengan budi dan akal.
Perkataan budaya membawa makna asli, pertama, sejati dan dipandang sempurna.
Istilah budaya dalam bahasa Inggeris ialah ‘culture’ yang berasal daripada perkataan
bahasa Latin yang berbunyi ‘colere’. Ia bermaksud kehidupan manusia yang sentiasa
memelihara dan mengerjakan pelbagai tindakan yang boleh menghasilkan tindakan
budaya. Terdapat beberapa ciri budaya antaranya ialah dipelajari, dikongsi, diwarisi,
berubah dan sejagat. Di Malaysia, ciri-ciri kebudayan merupakan perkonsian suatu
masyarakat di samping mewujudan nilai-niali tertentu serta diwarisi secara turun
temurun.

(b) Unsur yang terdapat di dalam budaya ialah yang pertama peralatan dan
perlengkapan hidup (teknologi). Seterusnya ialah agama dan upacara keagamaan.
Sistem dan organisasi masyarakat juga merupakan unsur budaya. Selain itu, sistem
pengetahuan juga mendukung tujuh unsur budaya. Seterusnya adalah bahasa dan
kesenian. Akhir sekali adalah sistem ekonomi.

2 (a) Budaya material meliputi bahan-bahan fizikal kebudayaan serta cara-cra


penggunaannya contohnya pakaian dan makanan tradisi dan rumah. Budaya bukan
material pula meliputi kepercayaan, ada istiadat dan undang-undang. Sebagai
contoh adat perkahwinan, pantang larang.

(b) Aspek kebudayaan yang pertama adalah perayaan. Setiap kaum yang terdapat di
Malaysia mempunyai perayaan yang tersendiri. Sebagai contoh, masyarakat Cina
akan menyambut Tahun Baru China. Perayaan ini lebih mengutamakan perjumpaan
keluarga yang diadakan menjelang hari tersebut. Masyarakat Cina memastikan
sebelum perayaan ini menjelang, hutang hutang dibayar dan semua akaun ditutup.
Persediaan bagi perayaan ini dibuat sejak hari ke- 24 bulan ke-12 lagi. Perayaan ini
berlanjutan selama 3 minggu. Masyarakat India pula akan menyambut perayaan
Deepavali. Perayaan ini juga dipanggil perayaan lampu. Diraikan dalam bulan
’Kartikal’ dalam agama Hindu yang biasanya jatuh pada bulan Oktober atau
November. Masyarakat India meraikan hari ini sebagai simbol keterangan yang
boleh menghalau kuasa jahat (kegelapan). Disebelah pagi pada hari perayaan ini,
mereka akan bangun dan mandi dengan minyak wangian, mengenakan pakaian
baru dan bersembahyang ataupun ke kuil.

Aspek kebudayaan yang seterusnya adalah adat upacara pengebumian. Masyarakat


Cina sering mengadakan perarakan apabila berlaku sebarang kematian. Perarakan
ini akan diiringi bunyian muzik dan biasanya menelan kos yang besar. Oleh itu,
seseorang yang menyambut hari lahir yang ke- 60 menandakan orang itu sudah
layak untuk memasuki ‘persatuan keranda’ dan ia perlu membayar yuran bulanan
supaya apabila ia mati kelak ia mempunyai keranda yang baik. Bagi kaum India pula,
adata kematian dilakukan dengan cara sekiranya seseorang itu telah meninggal
dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah
selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang
dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan
berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol ketenangan
jiwa si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum
disembahyang. Sepanjang mayat berada di dalam rumah, si mati perlu dijaga
dengan sebaiknya. Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan, ibu jari tangan dan kaki
diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada. Mata dan mulut mayat juga perlu
ditutup rapat. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain.

3 (a) Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga
sekarang tidak mengamali perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan
bentuk, ciri dan proses yang berlaku.rumah beratap genting telah digantikan dengan
rumah beratap rumbia. Dalam sejarah tamadun manusia, perubahan budaya bukan
kebendaan dapat dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri
kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat
berubah. Perkembangan dan perubahan budaya berlaku dengan adanya
pertambahan bilangan anggota masyakarakat. Pertambahan ini disebabkan oleh
pencarian sumber ekonomi bagi sesebuah keluarga bagi memastikan kelangsungan
hidup. Seterusnya ialah penemuan dan penciptaan teknologi baru. Dengan adanya
penemuan dan penciptaan teknologi ini, masyarakat akan berkembang dan zaman
akan perkembang daripada perubahan teknologi tersebut. Dengan adanya
penciptaan teknologi, sesebuah masyarakat akan berkembang maju. Perubahan
alam sekitar juga merupakan menyebabkan perubahan dan perkembangan budaya.
Sebagai contoh, sekiranya keperluan ataupun sumber alam di sesebuah
persekitaran tidak mencukupi masyarakat akan berpindah dan mencari tempat yang
sesuai untuk menyara kehidupan.
(b) Menurut Bronfenbrenner, perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh mikrosisten
iaitu persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara
langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Dengan adanya pengaruh
sosiobuday orang disekeliling, kanak-kanak akan berkembang dengan adat dan
kepercayaan yang tertentu. Dalam pada masa yang sama juga sosiobudaya juga
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak melalui mesosistem yang mana budaya
di rumah dapat mempengaruhi tingkah laku dan personaliti seseorang individu ketika
berada di sekolah. Sekiranya kanak-kanak sudah terikat dengan adat dan peraturan
masyarakat di rumah. Maka, di sekolah murid akan mengikut peraturan.

4 (a) Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur
untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses
amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik.
Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini A, B dan C
mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru
terhasil daripada penyatuan A, B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik
yang sedia wujud mengamalkan parkahwinan campur lalu membentuk satu genarasi
baru atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka. Contoh amalgamasi
ialah perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Perkahwinan campur merupakan
perkahwinan antara dua pihak yang berlainan agama, bangsa malah
kewarganegaraan. Ia merupakan perkahwinan yang melibatkan penyatuan antara
dua insan dari golongan berbeza sama ada agama atau bangsa yang juga dipanggil
Epistonolgical. Perkahwinan campur telah lama dipraktikkan dalam sejarah
terutamanya untuk mengeratkan hubungan antara negara, contohnya perkahwinan
Puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah. Oleh itu, perkataan kahwin campur
adalah tidak asing bagi rakyat Malaysia. Masyarakat majmuk di Malaysia adalah
kesan daripada perkahwinan campur di Malaysia sejak dulu hingga kini.

(b) Salah satu adat resam yang lazimnya diamalkan oleh masyarakat kaum melayu
adalah adat perkahwinan. Adat perkahwinan dimulakan dengan merisik. Merisik
bertujuan untuk pihak keluarga sebelah lelaki dapat memilih dan mengetahui latar
belakang bakal menantu perempuan. Hal ini bertujuan untuk memastikan para ibu
bapa tidak tersilap dalam mencari dan memilih isteri untuk anak lelaki mereka. Adat
ini turut dikenali sebagai menilik. selepas anak dara yang sesuai dipilih, biasanya
pihak lelaki akan datang ke rumah anak dara tersebut. rombongan ini akan disertai
oleh ahli keluarga perempuan bagi pihak lelaki. kedatangan ini adalah bertujuan
untuk memastikan bahawa anak dara tersebut telah dimiliki atau belum. Selepas
selesai merisik, rombongan akan pulang dan satu rundingan dilakukan dalam
kalangan ahli keluarga pihak lelaki bagi mencari kata putus. Penetapan tarikh yang
sesuai untuk menjalankan adat meminang dan pertunangan perlu dibincangkan.

Menurut kepercayaan orang tua-tua, apabila kedatangan menilik atau merisik itu
dilakukan dengan tiba-tiba sahaja dan secara kebetulan pada waktu itu didapati anak
dara tersebut sedang mandi atau mencuci pakaian, maka ia membawa suatu
petanda yang baik, iaitu menunjukkan jodoh pertemuan yang sejuk. Bermaksud
ikatan perkahwinan yang dibina akan berada dalam keadaan senang lenang dan
bermuafakat. Sebaliknya berlaku sekiranya waktu rombongan datang, anak dara
tersebut sedang memasak, maka ia membawa alamat kurang baik kerana kononnya,
membawa petanda panas. Namun begitu, bagi masyarakat kini, kepercayaan
demikian tidak lagi diamalkan dan dititikberatkan.

Seterusnya adalah upacara meminang dan bertunang. Wakil daripada pihak lelaki
( kalangan orang tua-tua sebagai wakil ibu bapa lelaki) diutuskan untuk meminang
anak dara yang telah dipilih. biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak
akan memberikan keputusan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang
kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh biasanya dua hari untuk
memberi jawapan. Keadaan ini disebut 'adat bertangguh' bagi mencerminkan budaya
Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan
kesopanan dalam tingkah laku. Sekiranya pinangan diterima, mereka akan
berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan
majlis perkahwinan. Tarikh yang sesuai akan dipilih untuk melangsungkan
perkahwinan. 

Konsep menghantar tanda atau 'putus cakap' bermaksud pinangan dari pihak lelaki


sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Upacara bertunang akan dijalankan bagi
menunjukkan bahawa anak dara tersebut sudah dimiliki. Lazimnya, tanda yang
dihantar oleh lelaki tersebut adalah sebentuk cincin mengikut citarasa dan
kemampuan ibu bapa lelaki tersebut. Selain cincin, barangan lain turut diberikan
seperti kuih-muih, sepatu, sirih junjung yang dihias dengan cantik. Hantaran tersebut
turut dibalas oleh pihak perempuan bagi menunjukkan tanda setuju. Jumlah hantaran
yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas dengan
lebih dua dulang oleh pihak perempuan.

Upacara yang terakhir ialah persandingan. Persiapan majlis persandingan akan


diadakan seperti persiapan pelamin yang merupakan tempat singgahsana untuk raja
sehari dihias dengan indah. Pengantin perempuan dan pengantin lelaki akan
mengenakan persalinan yang cantik. Majlis persandingan turut dimeriahkan dengan
pasukan rebana, berkompang atau bermarhaban bagi menyambut kedatangan
mempelai. Mereka akan disambut dengan taburan beras kunyit dan akan duduk
menunggu di hadapan pelamin yang biasanya dibina dihadapan ruang tamu rumah.
Seterusnya pertunjukan silat akan dijalankan dalam masa beberapa minit. Semasa
bersanding, emak pengantin akan menjalankan adat bersuap-suapan di antara
kedua-dua pengantin. Emak pengantin akan menjemput sedikit nasi kunyit dan
diletakkan ke tangan pengantin perempuan. Dengan memegang nasi itu
menggunakan dua jari, tangan pengantin perempuan akan diangkat oleh emak
pengantin lalu disuapkan ke mulut mempelai itu. Seterusnya giliran pengantin lelaki.
Bunga telur akan dibahagikan kepada tetamu yang hadir.

Sememangnya terdapat banyak lagi adat resam kaum Melayu, namun begitu adat
perkahwinan merupakan suatu perkara yang lazim dilakukan oleh masyarakat
Melayu dan masih diamalkan lagi sehingga kini.

You might also like