Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

TIP-TIP MENGHASILKAN KARANGAN RESPON TERHAD ( KARANGAN PENDEK ) YANG CEMERLANG

1. Karangan respon terhad disoal dalam bahagian A Kertas 2 Bahasa Melayu PT3.
2. Apa itu karangan respon terhad ( karangan pendek )? Bermaksud anda perlu merangkan sebuah karangan
yang pendek dan ringkas berdasarkan soalan.
3. 10 markah diperuntukkan untuk karangan pendek.
4. Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 15 minit.
5. Ikut urutan isi seperti yang disenaraikan dalam kertas soalan supaya tidak menyusahkan pemeriksa kertas.
6. Tidak perlu memasukkan keterangan yang diulang.
7. Anda boleh menulis pendahuluan dan penutup ( yang pendek ) untuk soalan bahagian ini.
8. Gunakan semua isi yang diberikan.
9. Pastikan karangan yang anda tulis untuk bahagian ini ringkas dan pendek.
10. Panjang karangan anda hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan sahaja, bermakna anda tidak
boleh menulis melebihi 80 patah perkataan.
11. Kira jumlah perkataan dengan betul kerana perkataan seperti Sekolah Rendah Abdul Hamid tidak dikira
sebagai 4 perkataanmalah dikira sebagai 1 perkataan sahaja.

SOALAN :
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80
patah perkataan .

Menabung - amalan mulia - digunakan semasa kecemasan - membayar kos perubatan


- berjimat-cermat - tidak boros berbelanja - kurangkan beban ibu bapa - bayar yuran - perlu
praktikkan

RANGKA KARANGAN :
PENDAHULUAN :-
Menabung merupakan salah satu amalan yang baik dan mulia untuk diamalkan.
ISI-ISI PENTING :-
1. Dapat digunakan semasa kecemasan. - Dapat digunakan untuk membayar kos perubatan.
2. Berjimat-cermat. - tidak boros berbelanja - membeli barangan keperluan sahaja.
3. Mengurangkan beban ibu bapa- Bayar yuran sekolah mahupun tuisyen dengan wang tabungan.
PENUTUP :-
Kesimpulannya, amalan menabung wajar dipraktikkan oleh semua orang terutamanya generasi muda.

You might also like