Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

2.

0 PENGENALAN

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan
terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya
bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan
tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku
sebelumnya. Dalam konteks ini merujuk kepada peristiwa pemisahan Singapura daripada
Persekutuan Malaysia, ketagangan antara kaum memuncak pada tahun 1969 sehingga
mencetuskan konflik berdarah secara meluas di Semenanjung Malaysia pada 13 Mei 1969. 1

Peristiwa 13 Mei 1969 ini menjadi sejarah hitam bagi Tanah Melayu kerana berlaku
ketidaksefahaman antara kaum sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda.
Peristiwa ini juga telah menggugat hubungan kaum rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai latar belakang budaya, adat resam, kepercayaan dan agama. Permasalahan ini, telah
menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia yang terdiri daripada pebagai etnik dan juga telah
menyebabkan rusuhan berlaku. Rusuhan kaum berlaku akibat sesuatu kaum tidak berpuas hati
dengan keadaan kerja serta taraf hidup yang teruk berbanding dengan kaum lain yang terdapat
di negara tersebut. Namun merujuk kepada rusuhan Peristiwa 13 Mei 1969 ini mempunyai
kaitan yang rapat dengan “Pilihan Raya Umum 1969” dan merupakan satu titik hitam dalam
sejarah negara Malaysia. Ini disebabkan oleh rusuhan kaum merupakan tragedi berdarah yang
banyak meninggalkan kesan kepada masyarakat dari aspek politik, ekonomi dan sosial.

Kejadian rusuhan kaum 13 Mei 1969 ini menjadi bahan kajian untuk mengenalpasti
punca berlakunya perkauman antara kaum Melayu dan kaum Cina sehingga menjadi kajian
Masyarakat pada masa kini. Pertelingkahan antara kaum Melayu dan Kaum China ini telah
menjadi peristiwa negetif sehingga menjejaskan kehormonian dan perpaduan kaum di Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sekaligus, memberi gambaran terhadap kemusnahan
Negara dari segi ekonomi, sosial dan politik. Oleh itu, pasca 13 Mei 1969 memperlihatkan usaha
yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengelakkan masalah atau peristiwa yang serupa berlaku
pada masa akan datang. Seterusnya menjadi pengajaran kepada rakyat Malaysia yang
berbilang kaum supaya terus harmoni dan bersatu padu.

1
Abdul Halim Ramli, Perlembagaan Malaysia: Isu Dan Persoalan Perhubungan Kaum, Kuala Lumpur: Dewan Bhasa
dan Pustaka, 2015, hlm 305
3.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian ini adalah isu-isu yang timbul sehingga mencetuskan kepada
permasalahan antara kaum Melayu dan kaum Cina pada 13 Mei 1969. Isu perkauman ini
bermula apabila parti People’s Action (PAP) mengkritik kedudukan dan hak istimewa orang
Melayu sehingga menimbulkan ketegangan antara kaum pada tahun 1964 hingga 1965. 2 Parti
ini merupakan parti singapura yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew dan menyebabkan Singapura
disingkirkan dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Selepas penyingkiran Singapura, isu perkauman
semakin memuncak antara kaum Melayu dan Kaum Cina. Semasa Pilihanraya 1969, parti
perikatan pembangkang telah menang dan membuat perarakan untuk meraihkan kemenangan
dalam pilihanraya 1969 dengan menghina dan mengutuk kaum Melayu. Keadaan ini telah
mencetuskan konflik antara kaum yang pelbagai etnik sehingga perpaduan antara kaum yang
terdiri daripada latar belakang, budaya dan agama yang berbeza tidak terjalin.

Konflik yang berlaku antara kaum Melayu dan Cina ini telah meninggalkan kesan kepada
masyarakat dan Negara. Peristiwa ini telah membawa kepada kemusnahan dan kemerosotan
negara kerana berlaku ketidakseimbangan ekonomi antara kaum pada ketika itu. Hal ini
dikatakan kerana segala urusan pentadbiran dan ekonomi Negara tidak tertumpu atau tidak
diambil berat. Bukan itu sahaja, peristiwa 13 Mei 1969 telah membawa kepada kehilangan
nyawa dan kerosakan harta benda. Misalnya, seramai 196 orang mati, 439 cedera, 39 hilang
dan 9 143 ditahan serta sebanyak 211 buah kenderaan yang musnah. Dalam thesis PhD dari
University California, Barkey menganggarkan seramai 2 000 orang hilang nywa dalam peristiwa
13 Mei 1969.3

Seterusnya, permasalah kajian ini adalah melihat tindakan yang diambil oleh kerajaan
untuk menyelesaikan masalahan perkauman yang berlaku di Malaysia pada 13 Mei 1969.
Peranan pihak kerajaan sangat penting untuk menyelesaikan isu perkauman yang berlaku di
Malaysia agar tidak berulang pada masa akan datang. Oleh itu, selepas peristiwa 13 Mei pihak
kerajaan telah memperkenalkan dasar-dasar baru seperti dasar ekonomi baru (DEB), dasar
pendidikan dan kebangsaan, dasar kebudayaan kebangsaan serta dasar pembangunan sosial
dan wawasan negara.

2
Abdul Halim Ramli dan Mohammad Redzuan Othman, Gagasan Malaysia Malaysia Wawasan PAP: Kesinambungan
dan Penentangan Orang Melayu1964-1969, Jurnal Volume27, No 1, June 2012,pp 55-72, 2012, hlm 56
3
Dr. Ismail Said, Perkembangan Sejarah Negara, Malaysia: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, 2010, hlm 110
4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Merujuk kepada rusuhan yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah menarik minat pengkaji dalam
membincangkan tentang kajian yang ingin dijalankan dalam pebagai aspek iaitu:

I. Mengenalpasti faktor yang membawa kepada berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.

II. Mengjelaskan impak yang berlaku akibat daripada peristiwa 13 Mei 1969.

III. Meneliti langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan selepas peristiwa 13 Mei 1969.

Terdapat beberapa isu-isu yang telah menjadikan rusuhan 13 Mei berlaku yang mana
melibatkan pelbagai kaum. Peristiwa 13 Mei berlaku atas sebab-sebab tertentu sehingga
menarik minat pengkaji untuk mengkaji kejadian 13 Mei 1969. Oleh itu, peristiwa 13 Mei 1969
menjadi sejarah hitam kepada Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik. Kajian ini bertujuan
untuk mengenalpasti faktor yang membawa kepada peristiwa 13 Mei 1969.

Selain itu, objektif kajian ini juga adalah untuk menjelaskan impak yang berlaku akibat
daripada peristiwa 13 Mei 1969. Dalam peristiwa 13 Mei 1969 pertelingkahan antara kaum
Melayu dan kaum Cina membawa kepada ketidakstabilan ekonomi, politik dan sosial. Peristiwa
ini telah menyebabkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa sehingga memberi
kesan yang negetif terhadap Negara. Keadaan ini akan menimbulkan kecaman daripada negara
luar kerana Malaysia mengamalkan kesepaduan dalam kepelbagaian untuk mengekalkan
perpaduan antara kaum yang terdiri daripada pelbagai etnik. Seterusnya tujuan kajian ini
adalah untuk meneliti langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan selepas peristiwa 13 Mei
1969. Mengikut daripada catatan sejarah telah menyatakam beberapa kesan apabila berlakunya
peristiwa 13 Mei yang mana telah menyebabkan keruntuhan dalam sistem sosial atau erti kata
lain kesepaduan dalam masyarakat. Keadaan ini mendorong kepada kerajaan mengambil
inisiatif bagi menyelesaikan perselisihan antara kaum supaya tidak berterusan dan mengelakkan
peristiwa rusuhan antara kaum Melayu dan kaum Cina tidak berulang pada masa akan datang.
4.0 SOROTAN LITERATUR

TEMA 1 : FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA PERISTIWA 13 MEI 1969

Nama Penulis Tajuk kajian Sumber Dapatan Kajian


(Tahun)
Mohd Asri Bin Pengaruh Golongan Artikel Kajian ini membincangkan isu perkauman
Mohammad Elit Pemerintahan yang menimbulkan pelbagai persoalan
(2002) dalam Pemaparan kepada rakyat Malaysia seperti bahasa
Berita-Berita Etnik. Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Analisis Kandungan Keadaan ini menyebabkan rakyat Malaysia
terhadap Pelaporan pelbagai etnik mengambil kesempatan
Berita Akhbar untuk kepentingan diri sendiri kerana
Utusan Malaysia dan kemunculan akhbar-akhbar etnik di
Berita Harian Sejurus Malaysia memberi peluang kepada rakyat
Sebelum dan Selepas Malaysia yang berbilang kaum
Pilihanraya Umum memperjuangkan kepentingan, hak dan
ke-10 Malaysia memberi tumpuan kepada masalah kaum
mereka sendiri. Pandangan John A. Lent
dalam kajian ini menyatakan laporan
akhbar etnik lebih menjurus kepada
pengukuhan hak dan penumpuan kepada
masalah kaum sahaja. Oleh itu,
kemunculan akhbar-akhbar etnik ini
membawa kepada rusuhan kaum pada 13
Mei 1969 kerana pelbagai isu yang timbul
dalam laporan mereka.
Mohd Ridhuan Cabaran Integrasi Jurnal Dalam jurnal ini menyatakan integrasi
Tee Abdullah Antara Kaum Di perpaduan kaum dari aspek sejarah yang
(2010) Malaysia Dalam menjelaskan penubuhan Malayan Union
Perspektif Sejarah, yang diperkenalkan oleh British setelah
Keluarga dan Jepun menyerah kalah pada ogos 1945.
Pendidikan Kaum Cina telah menyuarakan pandangan
mereka terhadap Malayan Union melalui
pelbagai cara seperti pertubuhan, kesatuan
dan akhbar-akhbar Cina. Keadaan ini
menyebabkan Lee Kuan Yew bertindak
dengan menolak hak istimewa orang
Melayu dan mempengaruhi masyarakat
bukan Melayu bahawa Bumiputera yang
sebenar adalah orang asli bukan orang
Melayu. Bagi keluarga dan institusi
pendidikan pula, keluarga Cina telah
berhijrah ke Tanah Melayu sebelum
penjajahan Inggeris dan menetap di
badar-bandar sementara orang Melayu di
luar Bandar. Keadaan ini jelas
memperlihatkan institusi pendidikan
masyarakat Malaysia pada ketika itu
berasingan sehingga merenggankan
hubungan antara kaum yang pelbagai
etnik di Malaysia dan membawa kepada isu
perkauman.
Mohamed Ali Impak Penjajahan Artikel Kajian ini menerangkan punca perselisihan
Bin Arifin dan British dan Jepun kaum di Malaysia selepas penjajahan
Ayu Azilah terhadap hubungan British dan Jepun. Kedatangan migran
Binti Melayu-Cina di Tanah yang dibawa masuk oleh British iaitu
Mohamad Melayu kemasukan orang Cina beramai-ramai di
(2017) Tanah Melayu telah menimbulkan isu
perkauman. Selain itu, fahaman komunis
yang dibawa telah menimbulkan
ketidakpuashatian kaum kerana berlaku
kekejaman. Hal ini membawa kepada
konflik antara Melayu dan Cina kerana
orang Melayu tidak mempercayai
masyarakat Cina apabila komunis
menganggu soal ibadat dan surau.
Gangguan ini telah mewujudkan Gerakan
Sabillah supaya anti-MPAJA dan tidak
menyokong perjuangan komunis.
Mohamed Ali Konflik Kaum Selepas Jurnal Jurnal ini menerangkan punca berlakunya
Bin Haniffa Pendudukan Jepun Di isu perkauman sebelum dan selepas
(2017) Tanah Melayu : kedudukaan Jepun. Permasalahan
Kajian Awal perkauman juga dapat dilihat daripada
Berasaskan Sumber kezaliman tentera Jepun terhadap etnik
Lisan Cina yang membunuh 70 000 orang Cina
di Singapura, dasar campur tangan British
yang memonopoli ekonomi Negeri-negeri
Melayu, rasa tidak puas hati mengenai
dasar kolonial dan percaturan ekonomi
yang membawa kepada pengasingan
antara kaum serta dilema kemiskinan
orang Melayu. Selain itu, dasar campur
tangan British dalam ekonomi di Tanah
Melayu. Dasar pecah dan perintah yang
dilakukan oleh British telah menyebabkan
peminggiran kaum mengikut zon ekonomi.
Selepas penjajahan Jepun pula berlaku
pencanggahan dalam budaya kehidupan
yang memperlihatkan hubungan antara
kaum Melayu dan kaum Cina menjadi
renggang, perasaan prasangka kaum Cina
terhadap kaum Melayu dan rasa benci
serta dendam terhadap etnik lain sehingga
mencetus kepada pergaduhan antara
kaum.

TEMA 2 : IMPAK YANG BERLAKU AKIBAT PERISTIWA 13 MEI 1969

Mohd Safar Pengaliran Berita Artikel Artikel ini mengenai berita 13 Mei 1969
Hashim Antarabangsa: Satu yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar Barat.
(1985) Kajian Terhadap Dalam artikel ini akhbar Barat telah
Laporan Peristiwa 13 melaporkan kesan daripada peristiwa 13
Mei Oleh Akhbar Mei 1969. Misalnya akhbar The Times telah
Barat melaporkan bahawa masalah perkauman
yang meningkat dalam kempen dan
keputusan Pilihanraya telah menyebabkan
berlakunya pertumpahan darah dan
kebakaran yang berlaku pada malam 13
Mei 1969 sangat meluas di tengah-tengah
Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia dan
berhampiran Selangor. Bukan itu sahaja,
dalam akhbar ini juga menyatakan
kenderaan yang berarah ke kawasan
tersebut akan dilontarkan batu dan botol.
Dalam akhbar ini memperlihatkan bahawa
kejadian 13 Mei 1969 membawa kepada
kesan negetif kepada Negara pada ketika
itu.
Muhamad Kecederungan dan Jurnal Jurnal ini menyatakan bahawa berlaku
Faisal Ashaari Kebebasan Berfikir kejatuhan ekonomi Malaysia pada tahun
dan Mahasiswa Melayu 1970 selepas peristiwa 13 Mei 1969.
Mohammad Muslim Malaysia Misalnya penduduk Malaysia yang menetap
Hasan Sharafi Dekad 1970-an di luar Bandar 73.1 peratus manakala di
Che Mohd Adli kawasan Bandar sebanyak 26.9 peratus.
(2019) Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia
pula kadar kemiskinan rakyat Malaysia
meningkat iaitu 49.3 peratus selepas
berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Dalam
artikel ini juga menyatakan 58.6 peratus
kemiskinan di kampung manakala di
Bandar sebanyak 24.6 peratus. Keadaan
ini memperlihatkan kasar bulanan isi
rumah sangat rendah iaitu RM428 isi
pendapatan purata di Bandar dan RM200
di kampung pada tahun 1970.

TEMA 3 : LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN SELEPAS


PERISTIWA 13 MEI 1969

Abdul Rahman 13 Mei di Kuala Buku Dalam buku ini menerangkan peristiwa 13
Bin Ibrahim Lumpur Mei 1969 telah menjadi titik tolak kepada
(2011) dasar pentadbiran negara. Peristiwa ini
telah menyedarkan kerajaan bahawa
perbezaan ekonomi dan sosial menjadi
masalah kepada rakyat Malaysia pada
ketika itu. Oleh itu, kerajaan telah
mewujudkan satu dasar untuk memberi
keseimbangan antara kaum iaitu Dasar
Ekonomi Baru. Dasar ini dijalankan
menerusi serampang dua mata iaitu
membasmi kemiskinan dengan
memperbanyakkan peluang pekerjaan
tanpa mengira kaum dan menyusun
semula masyarakat untuk mengurangkan
dan menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
M.Elangko A/L Perkembangan Artikel Kejadian 13 Mei 1969 telah membuka
Muniandy Sosioekonomi mata dan pemikiran kerajaan pada ketika
(2015) Masyarakat India itu bahawa pertumbuhan ekonomi negara
Sebelum dan Selepas tidak membawa makna kepada
Dasar Ekonomi Baru masyarakat. Keadaan ini menyebabkan
(1957-2000) kerajaan bertekad untuk memupuk
perpaduan rakyat Malaysia menerusi
strategi pengagihan kekayaan dan
pendapatan negara yang seimbang dalam
kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum. Oleh itu kerajaan telah
melaksanakan rancangan pertama
Malaysia iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB)
yang digubal dan dilaksanakan mulai 1971
untuk mencapai perpaduan negara melalui
serampang dua mata iaitu membasmi
kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat. Dalam artikel ini menyatakan
penglibatan kaum Malaysia dalam sektor
ekonomi meningkat apabila DEB
dilaksanakan. Contohnya, penglibatan
kaum India dalam sektor pengeluaran dan
perlombongan meningkat daripada 8.6
peratus ke 10.8 peratus.
George 13 Mei 1969: Artikel Dalam kajian George menyatakan, selepas
Santayan Sejarah Hitam Cina- rusuhan kaum 1969, terdapat keruntuhan
Melayu di Malaysia perhubungan sosial dan juga ekonomi di
antara Melayu dan juga Cina. Dalam bulan
Jun pada tahun yang sama, sedikit sahaja
orang Cina dan orang India yang melawati
gerai Melayu. Orang bukan Melayu
menolak untuk menaiki teksi yang dipandu
oleh orang Melayu, membeli kain batik
mahupun memakan durian yang dianggap
sebagai buah Melayu. Justeru itu pelbagai
cara telah diambil oleh kerajaan untuk
memperbaiki hubungan antara kedua-dua
kaum yang bermusuhan itu salah satunya
melalui Rukun Negara yang mana objektif
adalah untuk mencapai perpaduan yang
lebih erat dalam kalangan masyarakat
secara keseluruhan.
5.0 KESIMPULAN

Secara keselurahannya, Jika parti pembangkang tidak menggunakan sentimen perkauman,


perasaan benci dan tidak puas hati akan layanan diberikan kepada etnik Cina tidak akan
dimarakkan. Jika orang-orang Melayu mempunyai sifat bencikan keganasan, mereka tidak akan
membalas balik perbuatan kasar orang-orang Cina dengan keganasan. Perkara ini merujuk
kepada sebab atau faktor berlakunya peristiwa 13 Mei yang dikaitkan dengan Pilihan Raya.
dalam menjaga hubungan antara kaum adalah satu aspek yang penting kerana ia mampu
menjamin keharmonian negara jika dijaga dengan baik. Namun begitu, pada peristiwa hitam
atau peristiwa 13 Mei telah menwujudkan jurang antara kaum yang mana telah mengwujudkan
isu perkauman. Isu perkauman merupakan isu yang sensitif yang mana boleh mengugat
kestabilan negera. Merujuk kepada isu tersebut menyebabkan peristiwa 13 Mei telah banyak
mendatangkan impak yang negatif terhadap negara dalam pelbagai sudut samaada dari segi
ekonomi mahupun politik. Misalnya, peristiwa 13 Mei 1969 ini telah megakibatkan kehilangan
nyawa dan kerosakan harta benda. Peristiwa ini juga telah menjadi kritikan-kritikan negara luar
kerana Malaysia merupakan negara bersatu padu. Disebabkan peristiwa 13 Mei 1969 berlaku di
Malaysia, negara luar mengkritik Malaysia kerana konsep perpaduan dalam kalangan Malaysia
tidak terjalin.

Oleh itu, selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 ini, pihak kerajaan talah mengambil
beberapa langkah untuk menyelesaikan masalah perkauman rakyat Malaysia. Misalnya
memperkenalkan dasar-dasar baru seperti dasar ekonomi baru (DEB), dasar pendidikan dan
kebangsaan, dasar kebudayaan kebangsaan dan dasar pembangunan sosial serta wawasan
negara. Sememangnya pelbagai usaha yang dilakukan seperti DEB mampu membantu
anggapan diskriminasi yang menebal dalam masyarakat Tanah Melayu pada masa peristiwa
tersebut. pembangunan negara tidak akan dapat dinikmati dengan sepenuhnya jika terdapat
ketidakseimbangan antara pembangunan ekonomi dengan pembangunan sosial. Dengan
inisiatif yang diambil oleh pihak kerajaan, peristiwa 13 Mei akan menjadi teladan dan
pengajaran kepada rakyat Malaysia akan datang supaya tidak berulang.
RUJUKAN

Abdul Halim Ramli dan Mohammad Redzuan Othman. 2012. Gagasan Malaysia Wawasan PAP:
Kesinambungan dan Penentangan Orang Melayu 1964-1969. Jurnal Volume 27, June 2012, pp
55-72

Dr. Ismail Said. 2010. Perkembangan Sejarah Negara. Malaysia: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd

Muhamad Faisal Ashaari dan Mohammad Hasan Sharafi Che Mohd Adli. 2019. Kecederungan
dan Kebebasan Berfikir Mahasiswa Melayu Muslim Malaysia Dekad 1970-an. International
Journal Islamic Thought Vol. 15

Mohamed Ali Bin Haniffa. 2017. Konflik Kaum Selepas Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu:
Kajian Awal Berasaskan Sumber Lisan. Jurnal Peradaban, Jil. 10, 16-37(2017)
Mohamed Ali Bin Arifin dan Ayu Azilah Binti Mohamad. 2017. Impak Penjajahan British Dan
Jepun Terhadap Hubungan Melayu-Cina Di Tanah Melayu. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman
Shah Vol 4 Bil 2 (2017).

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 2010. Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia Dalam
Perspektif Sejarah, Keluarga Dan Pendidikan. Jurnal Hadhari Bil 3 (2010) 61-84.

Mohd Safar Hashim. 1986. Pengaliran Berita Laporan Antarabangsa: Satu Kajian Terhadap
Laporan Kejadian 13 Mei 1969, Oleh Akhbar Barat. Akademika no.28 Januari 1986.

You might also like