Kaedah Dan Teknik Pengajaran Sirah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN SIRAH

Kaedah pembelajaran sirah biasanya adalah berorientasikan sejarah. Oleh kerana sejarah berhubung
erat dengan fakta maka guru perlu menguasai bebebrapa klemahiran mengajar supaya ia lebih
menarik dan berkesan. Kesan pengajaran sirah terhadap pelajar ialah mereka dapat mengambil
pengajaran dan iktibar daripada kisah-kisah yang dipelajari. Antara objektif utama pengajaran sirah
ialah:

1. Menyedarkan pelajar tentang kisah hidup dan perjuangan Nabi saw dalam menegakkan
agama Islam

2. Mengambil iktibar dan pengajaran yang telah berlaku terhadap umat dahulu

3. Menjadi nabi saw sebagai contoh ikutan yang baik

4. Menanam semangat cintakan agama

Terdapat beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang biasa digunakan oleh guru untuk pelajaran
sirah. Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam pengaajaran sirah antaranya ialah:

 Bercerita

 Projek

 Lawatan

 Latih tubi

 Perbincangan kumpulan

 Kuliah atau penerangan

 Simulasi

 Pengurusan grafik

 Forum

 Soal jawab

 Sumbang saran

a.Kaedah Bercerita

Dalam konteks pendidikan kaedah bercerita ialah seorang guru menyampaikan isi pengajaran dan
pembelajaran secara bercerita dalam suasana menghiburkan. Bagaimapun, guru perlu mematuhi
perinsip bercerita supaya ia sesuai dengan murid yang mendengar cerita tersebut.

Antara prinsip bercerita ialah:


1. Cerita mestilah mempunyai tema yang sesuai dengan umur, latarbelakang dan pengalaman
murid

2. Mestilah menggunakan bahasa yang sesuai, mudah, tepat dan jelas

3. Plotnya hendaklah disusun atur dari permulaan hingga kesudahannya

4. Penyampain menarik, jelas dengan intonasi yang sesuai

5. Gerak badan dan ekspresi wajah mesti sesuai dengan suasana dan mood cerita seperti riang,
sedih atau marah

Ketika sesi pengajaran dijalankan, guru hendaklah bercerita secara ikhlas dan ada unsur dakwah
dengan tujuan mendidik murid supaya berakhlak mulia dan bertakwa kepada Allah swt. Justeru itu,
cerita yang dipilih hendaklah mempunyai unsur didikan dan pengajaran. Elakkan membawa cerita
berunsur khayalan, seks,karut dan khurafat.

Langkah-langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah Bercerita

 Sediakan senarai tajuk yang sesuai

 Tentukan penyelidikan secara individu atau kumpulan

 Menerangkan dengan jelas cara menjalankan penyelidikan

 Memastikan murid menyediakan soalan sekiraanya melibatkan temubual atau pemerhatian

Bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai, guru perlu terlebih dahulu merangka langkah-
langkah bercerita iaitu:

1. Sebelum sesi bercerita

 Memilih cerita sesuai dengan tema dan isi pelajaran

 Wujudkan suasana memberangsangkan dan sesuai dengan isi cerita

 Menyediakan soalan yang sesuai untuk sesi bercerita

 Sediakan bahan bantu mengajar yang sesuai

2. Permulaan Pengajaran

 Gunakan set induksi yang sesuai

 Kemukakan beberapa soalan

 Tunjukkan gambar, rajah dan peta.

 Membuat kuiz dan teka teki


3. Semasa sesi bercerita

 Gaya dan nada suara yang sesuai

 Pandang semua pelajar dan adakan kontak mata

 Gunakan gerak isyarat atau bahasa badan

 Gunakan soalan apabila pelajar mula bosan

 Libatkan murid dalam aktiviti bercerita

 Terapkan nilai-nilai keIslaman dalam cerita

4. Selepas sesi bercerita

 Beri peluang murid bertanya soalan

 Menyoal pelajar tentang pengajaran cerita

 Melakukan aktiviti sesuai sebagai tugasan susulan

b. Kaedah Projek

Satu kaedah di mana murid-murid menjalankan sesuatu aktiviti atau kegiatan dalam situasi yang
sebenar. Ia juga melibatkan penyelidikan atau kajian yang terperinci tentang sesuatu tajuk yang
dilakukan oleh murid secara individu atau berkumpulan di dalam atau di luar bilik darjah. Contohnya
projek gotong royong membersihkan kawasan surau sekolah, membuat buku skrap salasilah
keluarga dan lain-lain.

Projek dapat meningkatkan penglibatan pelajar dengan


idea-idea konseptual dan mengembangkan kemahiran-
kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah-
kaedah pengajaran yang lain Murid-murid mendapat
pengetahuan yang baharu dan dapat mennggunakan
pengetahuan sedia ada kepada situasi kehidupan seharian,

Projek gotongroyong
bersih kawasan
Ciri-ciri ;

 Garis panduan merangkumi maklumat tentang tujuan, hasil yang akan diperolehi, prosedur-
prosedur dan tarikh projek hendaklah disediakan terlebih dahulu

 Peranan utam aguru sebagai pembimbing dan pendorong

 Murid bebas mengemukakan pendapat dan memilih projek

c. Kaedah Lawatan

Kaedah pengajaran yang dilaksanakan dengan cara melakukan kunjungan atau lawatan sambil
belajar di luar kelas biasa. Murid memperoleh pengertian yang jelas dengan apa yang dilihat dan
dialami. Melalui kaedah lawatan boleh menimbulkan minat murid untuk mengetahui denganlebih
lanjut lagi mengenai sesuatu perkara yang tidak dapat dilihat dengan kjelas semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas.

Ciri-ciri

 Mempelajari sesuatu yang tidak boleh dibawa atau dipindahkan ke bilik darjah

 Menarik minat dan menumpukan kepada situasi atau masalah yang memerlukan kajian

 Mendapat gambaran yangsebenar tentang amalan dan tindakan operasi kerja secara
realistik

 Menghubungkan teori dengan praktikal

Langkah-langkah

 Sediakan senarai tempat lawatan yang sesuai

 Tentukan tugasan secara individu atau kumpulan

 Menerangkan dengan jelas aktiviti semasa lawatan

 Pastikan murid membuat laporan /menghantar tugasan selepas lawatan


Rumusan

Dalam pengajaran dan pembelajaran sirah beberapa kaedah pengajaran dikenal pasti dapat
menyumbang kepada keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun
begitukeberkesanan ini banyak bergantung kepada keupayaan guru dalam melaksanakannya. Setiap
kaaedah yang digunakan dalam pengajaran sirah mempunyai kepentingannya yang tersendiri.
Justeru, diharapkan guru dapat mengaplikasikan kaedah yang dicadangkan dalamunit ini bagi
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah masing-masing.

Latihan:

1. Apakah kriteria yang diperlukan seorang guru untuk mengaplikasikan


kaedah bercerita dalam sesi pengajaran?
2. Nyatakan langkah-langkah pengajaran dengan menggunakan kaedah
bercerita
3. Bagaimanakah cara guru melibatkan pelajar dalam sesi bercerita?

You might also like