Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

2.

0 Definisi Semantik

Semantik merupakan salah satu cabang ilmu linguistik yang mengfokuskan


berkaitan dengan kajian kepada makna yang terkandung dalam sesuatu bahan
bahasa, pada peringkat kata, frasa, klausa atau ayat. Kata semantik berasal
daripada kata adjektif bahasa Yunani semanticos yang membawa makna ‘penting’
atau ‘bererti’. Walau bagaimanapun, dalam buku Zulkifley Hamid, menyatakan
bahawa perkataan atau istilah semantik berasal daripada perkataan Yunani iaitu
semainein yang bermaksud ‘bererti’. Selain itu, ‘sema’ juga bererti ‘tanda’ atau
‘lambang’. Melalui perkataan tersebut maka kemudiannya terbit istilah semantik
yang merupakan satu cabang ilmu linguistik yang memfokuskan kepada pengkajian
makna (Abdullah 1989:224). Semantik dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu
yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa ( S. Nathesan,2008:2).
Manakala, dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang yang mengkaji makna atau
erti dalam bahasa (Nik Safiah Karim, 2001). Selain itu, semantic merupakan bidang
pengkajian linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer,1994).

Selain itu, kata semantik juga diertikan sebagai ‘ilmu tentang makna atau erti’.
Bidang semantik mempunyai pelbagai cabang bidangnya yang memberikan
perhatian kepada aspek makna dalam bahasa. Bidang semantik menjadi
sebahagian daripada ilmu linguistik yang mana menjadi suatu perkara yang amat
penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan lengkap tanpa ada unsur
makna. Di samping itu, semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas,
mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah
psikologi, falsafah dan antropologi.

Kamus Dewan menyatakan bahasa semantic bermaksud kajian tentang


makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Menurut Palmer (1992),
istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna. Kajian makna merupakan
salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am (R.H. Robbins, 1952).
Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan
untuk menyampaikan makna. Selain itu, makna menjadi inti dalam kajian bahasa
(Firth,1944). Kata makna boleh merujuk kepada erti yang didukung oleh kata atau
kumpulan kata atau pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar, atau pemahaman
kata atau frasa bertulis oleh pembaca (Kamus Linguistik,1997). Semantik juga boleh
dibahagikan kepada beberapa jenis makna. Jenis makna dapat dibezakan
berdasarkan beberapa kriteria dan sudut pandangan. Choamsky berpendapat
bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan
konteks apabila ayat digunakan.

Seringkali, kata ‘makna’ membawa erti ‘maksud’ atau ‘erti’. Namun, menurut
Ogden dan Richard (1956) dalam buku Makna dalam bahasa Melayu (2008), pernah
memberikan 16 pengertian bagi makna; antaranya makna ialah suatu intrinsik,
pokok, kemahuan, dan suatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Walau
bagaimanapun, makna harus ditafsirkan menurut prosedur yang standard atau
sebagaimana yang telah diterima pakai oleh masyarakat pengguna bahasa tersebut
(Zulkifley Hamid, 2007:89). Menurut Clark & Clark (1997:409) dalam buku Zulkifley
Hamid, teori atau ilmu semantik seharusnya dapat menjelaskan :

… bagaimana makna-makna perkataan digunakan dalam proses pemahaman input


dan penghasilan output bahasa. Teori ini juga harus dapat menjelaskan cara
makna-makna perkataan dikaitkan dengan perkara-perkara lain yang diketahui oleh
manusia, dan hal ini juga harus menjelaskan cara makna-makna kosa kata disimpan
dalam ingatan.

Melalui pandangan Clark & Clark di atas secara jelas membayangkan


bahawa kajian semantik bermula dengan mengkaji makna-makna perkataan,
mengkaji makna-makna frasa yang membentuk gatra ayat, dan akhirnya melihat
makna ayat yang terhasil daripada gabungan frasa. Menurut Saeed (1997) dan
Hoffman (1993), makna sesebuah ayat merupakan pengaruh timbal balik pelbagai
sistem atau aspek kebahasaan (Zulkifley Hamid, 2007:98). Seseorang itu boleh
mentakrifkan makna sesuatu bentuk pertuturan dengan tepat apabila makna
berkaitan dengan pengetahuan saintifik yang dimiliki oleh seseorang (Leonard
Bloomfield,1992). Menurut Zabech, semantik dalam peristilah moden digunakan
dengan maksud kajian tentang hubungan antara item-item bahasa seperti
perkataan, penamaan, ekspresi predikat.
2.1 Jenis-jenis Makna

Menurut Abu Bakar Hamid (1967) dalam Abdullah Yusof (2009), makna
memainkan peranan yang penting dalam pemakaian bahasa. Hal ini demikian tanpa
makna, sesuatu yang ditutur tidak akan dapat difahami dan tidak berguna.
Pengkajian makna juga memerlukan tinjauan daripada beberapa ilmu lain seperti
psikologi dan falsafah. Di samping itu, Awang Had Salleh (1959) dalam Abdullah
Yusof(2009) menjelaskan bahawa makna ialah suatu hal yang luas yang mana
makna mempunyai hubungan langsung dengan otak si penutur dan sekiranya ingin
mengetahui makna dengan setepat-tepatnya, maka orang mestilah dapat
mengetahui perkara yang sedang difikirkan oleh si penutur pada masa hal membuat
satu-satu pertuturan. Secara umumnya, makna dapat dibahagikan kepada dua
bahagian yang utama (Fries,1959), iaitu makna linguistik dan makna sosial. Makna
linguistik dapat dibahagikan kepada dua subbahagian, iaitu makna leksikal dan
makna struktural manakala makna leksikal dapat dibahagiakan kepada bahagian
yang lebih kecil iaitu makna denotatif dan makna konotatif.

Bahagian-bahagian makna dapat dirumuskan seperti dalam Rajah 1.

denotatif
leksikal
linguistik konotatif
makna struktural
sosial

Rajah 1 Jenis-jenis Makna

Makna adalah sesuatu yang mempunyai sifat subjektif kerana makna itu tidak
tetap atau mengandungi beberapa pengertian dan sentiasa berlaku perubahan
berdasarkan faktor-faktor seperti konteks, budaya, larangan, tabu, dan sebagainya.
Mengikut Leech (1974), makna dibahagikan kepada tujuh jenis yang utama seperti
makna denotatif, makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, makna renungan,
makna kolatif dan makna tematik. Namun, seringkali dalam komunikasi berlaku
pentafsiran makna. Hal ini demikian berlakunya kekeliruan dalam memahami makna
sesuatu ungkapan yang tidak dapat dielakkan kerana terdapat perkataan atau
ungkapan yang jelas maknanya da nada yang memerlukan penelitian dan
pentafsiran yang lebih mendalam akibat daripada kekaburan makna.

2.1.1 Makna Denotatif

Denotatif dimaksudkan dengan makna yang tersurat. Perkataan lain yang


turut disebut bagi merujuk kepada denotatif ialah makna umum, makna kamus atau
makna leksikal. Menurut Setiawati Dermojuwono di dalam buku Pesona Bahasa,
makna denotatif pada dasarnya sering disebut sebagai makna deskriptif dan makna
leksikal. Hal ini demikian perkataan yang jelas maknanya itu disebut sebagai
denotatif. Makna umum mudah untuk dikenal pasti kerana bersifat umum dan jika
terdapat kesukaran, maknanya dapat dilihat dalam kamus umum. Makna denotatif
ini bersifat konkrit dan mempunyai ciri-ciri seperti tepat dan tidak menyimpang dari
makna asal perkataan tersebut.

Karya ilmiah kebiasaannya menggunakan denotatif kerana memerlukan


makna tersurat agar pembaca senang memahami maksudnya di samping ilmu yang
disampaikan didalamnya menjadi pengetahuan bagi pembacanya. Hal ini demikian
makna denotatif berkait rapat dengan penerangan mengenai fakta yang bersifat
objektif, maka turut disebut sebagai makna sebenar, makna asal, makna mutlak atau
makna dasar. Secara ringkasnya, makna denotatif ialah makna sebenarnya.
Contohnya, perkataan bunga yang membawa maksud bahagian tumbuh-tumbuhan
berbentuk kelopak yang berwarna-warni. Makna bunga seperti ini dinamakan makna
denotatif.

2.1.2 Makna Konotatif

Konotatif merupakan makna yang tersirat atau makna yang lain daripada
asalnya tetapi jika ditelusuri nyatalah ada perkaitannya. Hal ini demikian perkataan
yang mempunyai kekaburan makna atau yang memerlukan pemahaman yang
mendalam terhadap makna turut disebut sebagai konotatif. Makna konotatif
mempunyai empat jenis iaitu kekaburan rujukan, ketidakpastian makna, kurang
ketentuan makna, dan pertentangan makna (Ruth,1991). Mengikut S.Nathesan
(2008:13), makna konotatif lebih mengutamakan nilai komunikatif iaitu perkara yang
dirujuk oleh penutur dalam satu-satu konteks. Berbeza dengan denotatif, karya
kreatif seperti cerpen dan puisi kebiasaannya menggunakan konotatif kerana
memerlukan makna tersirat agar daya fikir pendengar atau pembaca bebas memberi
falsafah terhadap maksud yang ingin disampaikan oleh penyair. Contohnya,
perkataan ‘bunga’ boleh dikaitkan dengan gadis yang cantik, hiasan, penghibur,
teman wanita dan makna yang lain. Walaupun maknanya berbeza tetapi jika
dihubungkan ternyatalah perkataan bunga melambangkan sesuatu yang cantik.
Makanya, perkara yang cantik boleh dikaitkan dengan bunga dan makna yang lain
daripada bunga itulah yang merupakan konotatif. Hal ini demikian menunjukkan
bahawa makna konotatif ditentukan oleh konteks penggunaannya.

Tambahan lagi, makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai
rasa, baik positif mahupun negatif (Nik Safiah Karim,2004). Hal ini demikian
sekiranya nilai rasa tidak wujud, maka sifat perkataan itu nanti mungkin tidak
memihak mana-mana. Misalnya, perkataan perempuan dan wanita yang mempunyai
makna denotatif yang sama tetapi kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa
yang berbeza. Perkataan perempuan mempunyai nilai rasa yang rendah manakala
perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi. Di samping itu, bagi masyarakat
yang beragama Islam, nilai rasa mereka terhadap perkataan babi dan khinzir
berbeza kerana bagi masyarakat Islam, babi itu haram, jijik, kotor, najis atau sesuatu
yang negatif.

Selain itu, makna konotatif juga boleh berubah merujuk kepada faktor-faktor
yang tertentu. Misalnya perkataan ‘khalwat’ yang asalnya bermaksud mendekatkan
diri kepada Allah, duduk bersendirian perihal mengasingkan atau memencilkan diri
kerana menenangkan fikiran, bertafakur (Kamus Dewan,2004). Namun, kini maksud
bagi perkataan khalwat ialah pengasingan diri berdua-duaan di tempat yang
terpencil atau tersembunyi oleh lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan
bukan pula suami isteri sehingga dianggap sebagai suatu perbuatan yang sumbang
(Kamus Dewan,2004).

Makna konotatif ini dapat dilihat pada beberapa aspek iaitu, makna konotatif
tidak spesifik pada bahasa tetapi dikongsi bersama sistem komunikatif seperti seni
visual dan muzik. Misalnya, barangan atau produk yang diiklankan di televisyen tidak
sama seperti produk yang diilustrasikan. Selain itu, makna konotatif bersifat perifera.
Hal ini demikian makna konotatif tidak stabil atau menentu, bervariasi menurut
budaya, tempoh masa dan pengalaman individu. Orang yang terpelajar atau yang
mempunyai ilmu dan pengalaman menjadikan perbezaan pendapat apabila melihat
sesuatu atau dalam memberikan pandangan atau pendapat. Ketiga, makna konotatif
sukar dipastikan dan bersifat arbitrari dan keterbukaan.

Penggunaan kata-kata halus, sedap didengar, tepat dan sesuai pada


masanya telah digunakan secara meluas oleh masyarakat Melayu kerana timbulnya
keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Misalnya perkataan
‘kudapan’ digunakan untuk menggantikan minum dan makan pagi dengan
mengambil kuih-muih sedikit, iaitu kudap-kudap sahaja. Di samping itu, makna
konotatif ditentukan oleh makna asosiatif dan makna afektif. Malah bahasa Melayu
yang sering mengaplikasikan makna konotatif tersebut ialah peribahasa. Peribahasa
ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa dibahagikan kepada
beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk
perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan dan bentuk simpulan bahasa.

2.1.3 Makna Kolokatif

Makna kolokatif adalah makna yang berkenaan dengan ciri-ciri makna


tertentu yang dimiliki sebuah kata dari sejumlah kata-kata yang bersinonim,
sehingga kata tersebut banya sesuai untuk digunakan secara berpasangan dengan
kata tertentu selainnya. Oleh itu, makan kolokatif seharusnya sepadan dan pada
tempatnya. Misalnya, ‘tampan’ sesuai untuk identiti lelaki dan ‘cantik’ sesuai untuk
identiti perempuan.

2.1.4 Makna Leksikal

Makna leksikal ialah makna denotatif atau makna yang dinyatakan dalam
kamus. Makna leksikal adalah perkataan leksikal yang diterbitkan daripada istilah
leksikon yang bermaksud kosa kata atau perbendaharaan kata. Unit leksikon ialah
leksem iaitu bentuk bahasa yang bermakna, (Ibrahim Ahmad, 1994). Makna leksikal
bermaksud makna yang bersifat leksikon, makna yang sesuai dengan referennya,
makna yang sesuai dengan pemerhatian alat indera atau makna yang nyata,
(Adrienne Lehrer,1992). Kebiasaannya, makna leksikal dikaitkan dengan kata
sedangkan kosa kata tidak hanya terdiri daripada kata sahaja sebaliknya turut terdiri
daripada beberapa kata. Misalnya, perkataan ‘kambing hitam’ bukan merujuk
kepada gabungan makna kambing dan makna hitam tetapi memiliki makna yang
tersendiri iaitu ‘orang yang dipersalahkan’. Hal ini jelas menunjukkan bahawa makna
tidak dapat ditelusuri dari makna setiap kata pembentuknya, maka perkataan
‘kambing hitam’ dikatakan mempunyai makna idiomatis ataupun lebih dikenali
sebagai makna gramatikal, (Kushartanti et.al.,2005).

2.1.5 Makna Gramatikal

Darwis Harahap (1994) menyatakan bahawa gramatikal bermaksud nahuan


atau tatabahasa dan makna gramatikal merupakan makna yang muncul akibat
proses gramatikalnya. Makna gramatis merupakan makna yang terkandung dalam
sesuatu imbuhan apabila bergabung dengan kata dasar mahupun dengan perkataan
yang telah mendapat pengimbuhan sebelumnya atau kata terbitan. Di samping itu,
makna gramatikal adalah makna yang ditimbulkan oleh proses gramatik yang
ditentukan oleh urutan kata, intonasi, dan bentuk. Malah, Abdullah Yusof (2009)
menyatakan bahawa makna gramatikal adalah bidang kajian semantik yang
mengkaji makna yang hadir daripada proses gramatikal. Misalnya pengimbuhan,
penyisipan, penggandaan dan pemajmukan.

Pengimbuhan merupakan hasil daripada proses perubahan bentuk kata yang


terjadi kesan daripada penggunaan imbuhan terhadap kata dasar yang akan
melahirkan makna-makna gramatikal. Hal ini demikian kata imbuhan merupakan
bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang menerima imbuhan, sama ada
awalan, sisipan, akhiran mahupun apitan. Proses pengimbuhan merupakan satu
cara untuk mengembangkan kata dasar yang mana pelbagai imbuhan dapat
diwujudkan pada satu kata dasar. Misalnya, daripada perkataan pagar maka dapat
diberikan pelbagai pengimbuhan pada kata dasar tersebut iaitu dipagar, perpagaran,
berpagar, terpagar, pemagaran, dan memagarkan. Hal ini demikan dapat
mewujudkan pelbagai bentuk imbuhan pada kata dasar pagar seterusnya makna
kata tersebut menjadi pelbagai.

Penyisipan atau sisipan merupakan sejenis imbuhan. Hal ini demikian


merupakan bentuk yang ditambahkan pada kata dasar yang mana sisipan hadir di
antara kata dasar. Namun, sisipan tidak produktif lagi kerana sisipan tidak
menghasikan bentuk-bentuk terbitan yang baharu. Terdapat empat jenis sisipan
dalam bahasa Melayu iaitu –em-, -el-, -er-, dan –in-. sisipan tersebut digunakan
dalam pembentukan istilah dalam bahasa Melayu dan sesebuah kata yang
menerima sisipan akan berlaku perubahan maknanya. Sisipan katan nama, iaitu –
el-, -er-, dan –em- boleh membawa maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang
terkandung dalam kata dasar. Contohnya, telunjuk, gerigi dan kemucup. Selain itu,
bentuk sisipan kata adjektif bagi –el-, -er-, -em-, dan –in- diberikan contoh seperti
gemuruh. Bagi bentuk sisipan kata kerja yang membawa makna gramatikal iaitu –
el-, -er-, dan –em-, kata nama dan kata adjektif akan menjadi sisipan kata kerja
apabila melalui proses pengimbuhan. Contohnya, menjelajah, bergerigi, dan
bergemuruh.

Seterusnya, pengulangan yang mempunyai makna gramatikal merupakan


pengulangan atau penggandaan yang terhasil dengan menggandakan atau
mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan
atau pada bahagian- bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan
(Tatabahasa Dewan,2010). Menurut Abdullah Hassan (2002), kata ganda terbahagi
kepada lima iaitu gandaan penuh, gandaan separa, gandaan berentak, gandaan
sisipan dan gandaan bebas. Tatabahasa Dewan (2010) menyatakan bahawa
terdapat jenis kata ganda, iaitu kata ganda seluruh atau penuh, kata ganda separa
dan kata ganda berentak atau bersajak atau berima.

Bagi pemajmukan atau penggabungan, Tatabahasa Dewan (2010)


mendefinisikan proses majmuk ialah proses yang merangkalkan dua kata dasar atau
lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Menurut Abdullah Hassan
(2002), kata majmuk terdiri daripada dua perkaraan atau lebih tetapi bertabiat sama
seperti satu perkataan. Makna kata majmuk merupakan makna gramatikal kerana
makna itu hadir setelah terjadinya proses gramatikal, iaitu proses pemajmukan. Hal
ini demikian berkaitan hubungan makna antara unsur yang membentuk paduan itu
iaitu ada atau tidak makna yang muncul daripada hubungan makna antara unsur
pertama dengan unsur kedua dari paduan tersebut. makna kata majmuk dapat
dilihat dari unsur-unsur pembentuknya sama ada makna itu terhasil daripada unsur
pertama pembentuknya, unsur keduanya atau daripada kedua-duanya. Oleh itu,
kata majmuk merupakan dua atau lebih kata yang digabungkan dan membawa
makna baharu yang berbeza dengan maksud asal kata tersebut.

2.1.6 Makna Kontekstual

Makna kontekstual merupakan makna sebuah kata atau gabungan kata atau
suatu ujaran di dalam konteks pemakaiannya. Menurut Abdullah Yusof (2009),
makna kontekstual sebagai makna sebuah leksem atau kata yang berada di dalam
sesuatu konteks. Hal ini demikian merupakan konteks kalimat, konteks situasi atau
konteks bidang pemakaian. Misalnya, perkataan ‘mengambil’ yang mempunyai
makna kontekstual dalam konteks kalimat ialah ‘Anak itu mengambil buku saya.’, ‘
Semester ini saya belum mengambil mata pelajaran Ekonomi.’, ‘Pak Uda akan
mengambil dia sebagai pekerjanya.’, ‘ Kita harus bijak mengambil kesempatan.’, dan
‘ Tahun depan kami akan mengambil sepuluh orang pegawai baru.’. Melalui
kesemua ayat tersebut, perkataan mengambil bagi ayat, ‘Anak itu mengambil buku
saya.’, merujuk kepada makna leksikalnya iaitu menjemput sesuatu lalu
membawanya. Manakala, bagi ayat, ‘ Semester ini saya belum mengambil mata
pelajaran Ekonomi.’, perkataan mengambil merujuk kepada makna kontekstual iaitu
mengikut. Bagi ayat, ‘Pak Uda akan mengambil dia sebagai pekerjanya.’, makna
kontekstualnya ialah menjadikan di samping itu bagi ayat, ‘ Kita harus bijak
mengambil kesempatan.’, makna kontekstualnya ialah menggunakan. Seterusnya,
bagi ayat, ‘ Tahun depan kami akan mengambil sepuluh orang pegawai baru.’,
mempunyai makna kontekstual iaitu menerima.

Secara rumusnya, perkataan mengambil pada ayat di atas mempunyai


pelbagai makna yang dimiliki oleh satu perkataan yang digunakan dalam konteks
kalimat yang berbeza dan dikenali sebagai makna polisemi. Hal ini demikian makna
polisemi mempunyai keterkaitan semantik dengan makna leksikal dari perkataan
yang dipolisemikan, termasuk keterkaitan asosiasi dan perbandingan. Misalnya,
perkataan kepala. Makna leksikal bagi perkataan kepala ialah bahagian tubuh
manusia (binatang) dari leher ke atas. Melalui perkataan kepala tersebut, maka
digunakan dalam ayat berikut :

a) Ayahnya merupakan kepala sekolah.


b) Nombor telifon sekolah ada pada kepala surat itu.
c) Kepala paku itu agak rata.
d) Setiap kepala mendapat bantuan kerajaan.
e) Tetamu kehormat akan duduk di kepala meja.

Melalui ayat yang di atas, makna polisemi bagi perkataan kepala dalam ayat
(a) merupakan pemimpin (sekolah), bagi ayat (b) adalah bahagian atas/kertas surat,
bagi ayat (c) adalah menyerupai (bentuk) kepala, pada ayat (d) adalah orang, dan
pada ayat (e) adalah bahagian utama dari meja. Hal ini demikian makna pemimpin
pada ayat (a) dengan kaitan leksikalnya adalah merujuk bahawa kepala merupakan
bahagian utama pada manusia sehingga manusia tidak dapat hidup tanpa kepala.
Perkara tersebut sama dengan sekolah yang mana harus dipimpin oleh seorang
kepala. Makna bahagian atas/kertas surat pada ayat (b) mempunyai kaitan dengan
kepala iaitu merujuk kepada kepala yang terletak di sebelah atas sama dengan
letaknya kepada surat itu yang juga disebelah atas. Makna menyerupai pada ayat
(c) juga mempunyai kaitan dengan kepala iaitu kepala berbentuk bulat sama dengan
kepala paku yang juga relatifnya bulat.

Tambahan lagi, makna kontekstual dalam konteks situasi kebiasaanya


berbentuk ujaran. Hal ini demikian makna ujaran bergantung kepada konteks
situasinya. Misalnya, ujaran seperti ‘Sudah hampir pukul dua belas.’. Ujaran
sedemikian apabila diucapkan oleh seorang warden asrama pada malam hari, maka
ujaran tersebut ditujukan kepada seorang yang masih berkunjung. Hal ini demikian
merupakan permintaan atau peringatan agar pengunjung tersebut pulang segera
kerana tempoh melawat sudah tamat. Namun, sekiranya ayat tersebut diujarkan
oleh seorang ustaz pada siang hari di sebuah sekolah pondok, maka membawa
maksud peringatan kepada pelajarnya mengenai sebentar lagi akan masuk waktu
solat zohor. Makanya, ujaran ‘Sudah hampir pukul dua belas.’, bukanlah bermakna
hanya memberitahu berkaitan soal waktu sahaja tetapi boleh juga memberitahu
yang lain berkenaan dengan waktu tersebut.
Selain itu, makna kontekstual bagi konteks bidang pemakaian yang berbeza
makna bagi perkataan servis. Contohnya, ‘Servisnya begitu tinggi.’. Hal ini demikian,
perkataan servis yang digunakan dalam ayat tersebut berasal dari bidang olahraga
yang bermaksud pukulan bola pertama (permainan badminton atau tennis).
Seterusnya, perkataan servis bagi ayat, ‘Kereta ini selalu saya servis pada hujung
minggu.’. Perkataan servis pada ayat tersebut berasal dari bidang pengbengkelan
yang merujuk kepada makna perbaikan atau perawatan. Manakala bagi perkataan
servis dalam ayat, ‘ Masakannya enak, harganya murah dan servisnya
memuaskan.’, berasal dari bidang jasa yang bermaksud pelayanan.

2.1.7 Makna Referensial

Apabila perkataan mempunyai referen, maka perkataan tersebut mempunyai


makna referensial. Menurut Palmer (2001), referen adalah hubungan antara unsur-
unsur linguistik berupa kata-kata, kalimat-kalimat dan dunia pengalaman
nonlinguistik. Contohnya beg, kasut dan pakaian. Makna referensial berbeza dengan
makna nonreferensial yang mana perkataan yang tidak mempunyai referen seperti
kerana, namun, walaupun, dan tetapi dikenali sebagai makna nonreferensial. Hal ini
demikian perkataan yang tergolong sebagai kata tugas seperti kata hubung, kata
sendi nama dan kata bantu termasuk dalam perkataan nonreferensial. Manakala
perkataan yang termasuk dalam kategori kata penuh seperti makan, tidur, cerdik,
dan cantik tergolong sebagai perkataan yang mempunyai makna referensial.
Referen atau acuan dapat diertikan sebagai benda, peristiwa, proses atau
kenyataan. Referen adalah sesuatu yang ditunjuk oleh suatu lambang.

2.1.8 Makna Asosiatif

Makna asosiatif merupakan makna yang dimiliki sebuah kata dengan kata lain
termasuk di dalamnya makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, makna refleksi
dan makna kolokatif (Leech,1976). Makna asosiatif ialah perkaitan (antara satu
dengan yang lain), perhubungan dan pertalian (Kamus Linguistik,1997). Menurut
Setiawati Dermojuwono, makna asosiatif merupakan asosiasi yang muncul dalam
pemikiran seseorang apabila mendengar perkataan tertentu (Kushartanti, et.al.,
2005).
Tambahan lagi, makna asosiatif dipengaruhi dengan unsur-unsur psikis,
pengetahuan dan pengalaman seseorang. Bidang psikolinguistik kebiasaannya
mengkaji makna asosiatif (Soenjono Dardjowidjojo,2003). Terdapat banyak
persamaan makna asosiatif di dalam masyarakat bahasa kerana pengalaman,
lingkungan dan latar belakang budaya yang hampir sama. Makna asosiatif turut
memainkan peranan penting dalam menyusun teks iklan dan bukan sahaja makna
refensial sahaja yang dipamerkan. Makna asosiatif memainkan peranan yang
penting untuk pemahaman wacana kerana makna asosiatif dapat menjadi pengikat
makna-makna kata sehingga terbentuk pemahaman suatu wacana. Interpretasi bagi
sesebuah puisi tidak dapat dipisahkan dari makna asosiatif kerana interpretasi puisi
menjadi lebih mudah apabila seseorang itu memahami makna asosiatif (Kushartanti
et. al., 2005).

Makna asosiatif sebenarnya sama dengan perlambangan yang digunakan


oleh sesuatu masyarakat yang mempunyai kemiripan dengan sifat, keadaan atau ciri
yang ada pada konsep asal kata atau perkataan tersebut. Misalnya, perkataan
‘mawar’ yang bermakna konseptual ialah sejenis bunga yang kuning tetapi cantik
dan berbau harum dinyatakan untuk perlambangan ‘bersih’ dan ‘suci’. Hal ini
bermakna sesuatu yang berasosiasi berhubung rapat dengan makna konotatif,
stilistik, afektif, reflektif dan kolokatif. Di samping itu, makna konotatif termasuk
dalam makna asosiatif kerana kata-kata tersebut adalah berasosiasi dengan nilai
rasa terhadap perkataan tersebut.

You might also like