Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

4.3.

1 Operasi ke atas Pernyataan


(Contoh Soalan)
April 10, 2015 by

4.3.1 Operasi ke atas Pernyataan

(A) Menafikan suatu pernyataan dengan menggunakan perkataan


‘bukan’ atau
‘tidak’.
1.   Penafian suatu pernyataan ialah satu proses yang menukar kebenaran
pernyataan itu,
iaitu, menukar pernyataan yang benar kepada palsudan sebaliknya dengan
menggunakan perkataan ‘bukan’ atau ‘tidak’.

Contoh 1:
Tukarkan nilai kebenaran bagi pernyataan yang diberi menggunakan
perkataan ‘tidak’ atau
‘bukan’.
(a)  17 ialah satu nombor perdana.
(b)  39 adalah gandaan bagi 9.
 
Penyelesaian:
(a)  17 bukan satu nombor perdana. (Benar kepada palsu)
(b)  39 bukan gandaan bagi bagi 9. (Palsu kepada benar)
2.   Satu pernyataan baru boleh dibentuk dengan menggabungkan dua
pernyataan
menggunakan perkataan ‘dan’.

Contoh 2:
Kenal pasti dua pernyataan yang telah digabungkan dengan perkataan ‘dan’.
(a)  Semua pentagon mempunyai 5 sisi dan 5 bucu.
(b)  33 = 27 dan 43 = 64

Penyelesaian:
(a)  Semua pentagon mempunyai 5 sisi.
Semua pentagon mempunyai 5 bucu.
(b)  33 = 27
43 = 64

Contoh 3:
Bentukkan satu pernyataan baru daripada dua pernyataanyang diberi dengan
menggunakan
perkataan ‘dan’.
(a)  19 ialah satu nombor perdana.
19 ialah satu nombor ganjil.
(b)  15 – 5 = 10
15 × 5 = 75

Penyelesaian:
(a)  19 ialah satu nombor perdana and satu nombor ganjil.
(b)  15 – 5 = 10 dan 15 × 5 = 75.

3.  Satu pernyataan baru juga boleh dibentuk dengan menggabungkan dua


pernyataan
menggunakan perkataan ‘atau’.

Contoh 4:
Bentukkan satu pernyataan baru daripada dua pernyataan yang diberi dengan
menggunakan
perkataan ‘atau’.
(a)  11 ialah satu nombor ganjil.
11 ialah satu nombor perdana.
(b)−3=3√−27−3=−4+1(b)−3=−273−3=−4+1  
Penyelesaian:
(a)  11 ialah satu nombor ganjil atau satu nombor perdana.
(b)−3=3√−27atau−3=−4+1(b)−3=−273atau−3=−4+1

(B) Nilai Kebenaran Pernyataan Gabungan yang menggunakan Perkataan


‘Dan’
1.  Gabungan dua pernyataan dengan perkataan ‘dan’ menghasilkan satu
pernyataan baru
yang
(a)  benar, apabila kedua-dua pernyataan yang digabungkan itu benar,
(b)  palsu, apabila salah satu atau pun kedua-dua pernyataan yang
digabungkan itu palsu.

Jadual kebenaran:
Katakan p  = pernyataan 1 dan q = pernyataan 2.
Nilai kebenaran bagi ‘p’ dan ‘q’ adalah seperti berikut:
 
p q p dan q (pernyataan gabungan)
Benar Benar Benar
Benar Palsu Palsu
Palsu Benar Palsu
Palsu Palsu Palsu
Contoh 5:
Tentukan nilai kebenaran bagi setiap pernyataan berikut:
(a)  12 × (–3) = –36 dan 15 – 7 = 8.
(b)  5 > 3 dan –4 < –5.
(c)  Heksagon mempunyai 5 sisi dan setiap sudut pedalamannya ialah 90o.

Penyelesaian:
(a)
12 × (–3) = –36 ← (p adalah benar)
15 – 7 = 8 ← (q adalah benar)
Oleh itu 12 × (–3) = –36 dan 15 – 7 = 8 adalah satu pernyataan benar.
(‘p  dan q’ adalah
benar)
 
(b)
5 > 3 ← (p adalah benar)
–4 < –5 ← (q adalah palsu)
Oleh itu 5 > 3 dan –4 < –5 adalah satu pernyataan palsu. (‘p  dan q’ adalah
palsu)
 
(c)
Heksagon mempunyai 5 sisi. ← (p adalah palsu)
setiap sudut pedalaman heksagon ialah 90o. ← (q  adalah palsu)
Oleh itu, heksagon mempunyai 5 sisi dan setiap sudut pedalamannya ialah
90o adalah satu
pernyataan palsu. (‘p dan q’ adalah palsu)

(C) Nilai Kebenaran Pernyataan Gabungan yang menggunakan Perkataan


‘Atau’
1.  Gabungan dua pernyataan dengan perkataan ‘atau’ menghasilkan satu
pernyataan baru
yang
(a)  palsu, apabila kedua-dua pernyataan yang digabungkan itu adalah palsu,
(b)  benar, apabila salah satu atau kedua-dua pernyataan yang digabungkan
itu benar.

Jadual kebenaran:
Katakan p = pernyataan 1 dan q= pernyataan 2.
Nilai kebenaran bagi ‘p’ dan ‘q’ adalah seperti berikut:

p q p atau q (pernyataan gabungan)
Benar Benar Benar
Benar Palsu Benar
Palsu Benar Benar
Palsu Palsu Palsu
Contoh 6:
Tentukan nilai kebenaran bagi setiap pernyataan berikut:
(a)  60 boleh dibahagi dengan 4 atau 9.
(b)  53 = 25 atau 43 = 64.
(c)  5 + 7 > 14 atau √9 = 2.

Penyelesaian:
(a)
60 boleh dibahagi dengan 4  ← (p adalah benar)
60 boleh dibahagi dengan 9  ← (q adalah palsu)
Oleh itu, 60 boleh dibahagi dengan 4 atau 9 adalah satu pernyataan benar.
(‘p  atau q’
adalah benar)
 
(b)
53 = 25  ← (q adalah palsu)
43 = 64  ← (q adalah benar)
Oleh itu, 53 = 25 atau 43 = 64 adalah satu pernyataan benar. (‘p  atau q’
adalah benar)
 
(c)
5 + 7 > 14  ← (p adalah palsu)
√9 = 2  ← (q  adalah palsu)
Oleh itu, 5 + 7 > 14 atau √9 = 2 adalah satu pernyataan palsu. (‘p  atau q’
adalah palsu)

You might also like