Buku Skrap BM

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

 Nama : Ariff Danial Bin

Sukendar
 Kelas : 2 Ruby
 Sekolah : Kolej D.P.A.H
Abdillah
 Topik : Adat Resam
Isi
Kandungan
 Penghargaan
 Pengenalan
 Sejarah Kaum Iban
 Kepercayaan
 Pakaian:
- Lelaki
- Perempuan

 Kesimpulan
 Rujukan


Penghargaa
n
 Saya mengucapkan
ribuan terima
kasih kepada Cikgu
Eniza kerana
telah membantu saya
dalam
pembuatan buku skrap
ini dengan
memberi sedikit tip.
Pengenalan
Sejarah telah menunjukkan terdapat
perubahan yang drastik dalam
sesuatu tamadun dan masyarakat di
muka bumi ini. Perubahan tersebut
telah berlaku secara drastik dari
satu tahap ke satu tahap yang lain.
Di samping itu, sejarah juga
menyaksikan bermulanya sesuatu
tamadun dan juga berakhirnya
tamadun tersebut. Dalam tugasan
ini, saya telah memilih suku kaum
Iban sabagai bahan kajian saya.
Kajian saya merangkumi
kebudayaan kaum tersebut dan
bagaimana budaya kaum tersebut
mempengaruhi keperibadian dan
pencapaian akademik anak-anak
mereka di sekolah. Kaum Iban
dahulu dikenali sebagai Dayak Laut
semasa zaman penjajahan Brooke di
tanah Sarawak. Dipetik daripada
Dewan Bahasa (September 2011),
menurut Hugh Low dalam bukunya
yang berjudul Sarawak: Its
Inhabitants and Productions (1989),
istilah Dayak digunakan oleh Brooke
untuk merujuk kaum peribumi
bukan Islam. Menurut Brooke,
Dayak terbahagi kepada dua
kelompok, iaitu Dayak Laut merujuk
kepada suku kaum Iban dan Dayak
Darat merujuk kepada suku kaum
Bidayuh. Brooke memperoleh
maklumat ini daripada dayak Bukit
yang tinggal di sekitar Kuching,
Sarawak. Dayak Bukit merujuk
kelompok Dayak yang tinggal di
kawasan tinggi untuk berlindung
daripada serangan kelompok Dayak
Laut. Lama-kelamaan, kelompok
bukit dikenali sebagai Dayak Darat
dan kelompok laut dikenali sebagai
Dayak Laut.
Sejarah kaum
Iban
 Terdapat banyak kajian mengenai
migrasi kaum-kaum di Sarawak
terutama sekali bagi Kaum Iban.
Apa yang pasti kebanyakan migrasi
kaum-kaum di Sarawak bertitik
tolak daripada adat “Berjalai” iaitu
satu proses yang mana ianya
dilakukan bagi mencari peluang
yang lebih baik contohnya bagi
mencari tanah yang luas dan hidup
di dalam keamanan serta makmur.
Terdapat 3 teori yang menyatakan
asal usul kedatangan kaum Iban ke
Sarawak iaitu berdasarkan teori:

I. Menyatakan bahawa mereka


datang ke Sarawak melalui
Tanjung Datu di Lundu.
II. Menyatakan bahawa mereka
dating ke Sarawak melalui Bukit
Merudu yang terletak tidak jauh
dari Brunei.
III. Mereka dating dari lembah
Kapuas ke Sarawak melalui
kawasan kampung.
Kepercayaan

Dalam kepercayaan Iban, mereka


berpegang kepada adat yang
diwarisi turun temurun dan besar
kemungkinan ditulis di dalam
'Papan Turai' oleh 'Tuai Raban
Bansa' atau "Paramount Chief"
dengan berpandukan nasihat
'Manang' dan 'Lemambang'.
Orang Iban percaya kepada
kewujudan seorang Tuhan yang
agung (Bunsu Petara) yang
mencipta dunia ini dan alam
semesta. Di bawah Tuhan agung
ini, orang Iban percaya ada tujuh
orang dewa yang sentiasa dihitung
sebelum memulakan biau dan
sampi dengan nama-nama
berikutnya:
 Sengalang Burong sebagai dewa
Peperangan
 Biku Imam Bunsu Petara sebagai
dewa keagamaan
 Menjaya sebagai dewa perubatan
 Selempandai/Selempetoh/Selemp
eta sebagai dewa pembuatan
 Sempulang Gana/Semerugah
sebagai dewa pertanian dan tanah
 Ini Inee/Andan sebagai
pemyembuh semulajadi dan dewa
keadilan
 Anda Mara/Gangga Ganggong
sebagai dewa kekayaan.

Orang Iban percaya bahawa semua


binatang yang hidup, tumbuhan
dan barangan fizikal seperti bukit,
gunung, sungai, air, ribut dan
sebagainya mempunyai semangat
atau roh masing-masing. Mereka
juga percaya kepada orang
Panggau Libau dan Gelong seperti
Keling dan Laja, dan Kumang dan
Lulong. Juga disembah oleh orang
Iban adalah roh-roh nenek moyang
yang telah meninggal untuk
meminta pertolongan semasa
Gawai Antu.

Ilmu firasat lama orang Iban


bergantung kepada beberapa cara
seperti berikut:

 Mimpi yang baik atau buruk


 Binatang bisa
 Burung bisa yang sengaja dicari
atau dijumpai tidak sengaja
 Hati babi yang dibaca baik buruk
maksudnya.
Contohnya apabila hendak
membuka penempatan dan
mendirikan rumah, kawasan tanah
yang hendak didirikan rumah
tersebut hendaklah disemak
terlebih dahulu. Mereka juga
percaya pada petanda-petanda lain
seperti bunyi burung ketupung dan
burung beragai. Bunyi yang
dikeluarkan oleh binatang-
binatang ini adalah petunjuk dan
alamat untuk menentukan
kesesuaian tapak. Semua petanda
akan ditafsirkan oleh 'Beliau' dan
'Manang' bagi mematuhi adat
supaya tidak mendatangkan
malapetaka.
Mimpi merupakan salah satu
sumber alamat tentang sesuatu
yang bakal terjadi di masa akan
datang dan diterjemah oleh Beliau
dan Manang. Bagi menghidar
alamat yang boleh mendatangkan
malapetaka, biasanya upacara
'Ngintu Burung' dan 'belian' akan
dijalankan mengikut 'Adat' yang
dirujuk kepada Tuai Raban Bansa.
Pakaian
 Lelaki:

Pakaian tradisional lelaki Iban


terbahagi kepada dua iaitu Kain
Sirat dan Dandong. Kain Sirat
dikenali juga sebagai kain cawat
merupakan pakaian asas kaum Iban.
Sirat dipakai dengan cara melilitnya
dipinggang dan celah kelengkang.
Hujung kain ini dijuntaikan dari
pinggang ke hadapan dan belakang
badan, mempamerkan bahagian
yang berhias. Dandong pula
merupakan kain selendang yang
dipakai oleh lelaki Iban.Dandong
lebih lebar daripada bedong.
Panjang dandong tidak tetap kerana
kain ini digunakan sebagai
pembungkus barang-barang
persembahan dalam upacara-
upacara tertentu. Dandong
diperbuat daripada kain yang
ditenun dengan cara ikat.
 Perempuan:

Pakaian tradisonal wanita Iban pula,


terbahagi kepada tiga jenis iaitu
Bidang, Kalambi dan Bedong.
Bidangmerupakan sejenis kain
sarung yang sempit dan panjangnya
cuma separas lutut. Baju Kaum Iban
yang dipanggil kalambi pula ada dua
jenis iaitu kalambi berlengan dan
kalambi tanpa lengan. Wanita Iban
juga memakai kain selendang yang
panjang dan sempit. Kain selempang
ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia
dihiasi oleh reka corak tenunan
yang sangat halus.
Kesimpulan
 Kesimpulannya adalah Kaum
Iban amat mementingkan adat dan
budaya. Hal ini demikian jelas
dilihat setiap upacara berkaitan
adat dan budaya disambut dengan
meriah tidak mengira luar bandar
mahupun bandar malah dari segi
umur juga tidak mengira tua atau
muda. Hasil daripada pegangan
tersebut adat dan budaya kaum
Iban masih dapat bertahan
sehingga sekarang dan tidak lapuk
ditelan zaman. Kaum lain juga
harus meneruskan adat dan
budaya nenek moyang mereka
agar generasi akan datang masih
dapat melihat dan merasakan
sendiri keunikan adat dan budaya
setiap kaum. Sekiranya adat dan
budaya ini tidak diteruskan besar
kemungkinan generasi akan
datang akan mengenali adat dan
budaya melalui muzium dan bahan
bacaan sahaja. Hal ini bukan
sahaja merugikan anak bangsa
malah turut merugikan Negara.
Oleh itu semua pihak harus
bergandingan dalam mendekatkan
masyarakat dengan adat dan
budaya masing-masing.
Rujukan
 bmpengurusan2010.blogs
pot.com /2010/09/kaum-
iban.html

 https://www.scribd.com/doc/
220869691/masyarakat-
orang-Iban

 https://ms.wikipedia.org/wiki
/Iban

You might also like